Pages

Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Tuesday, 15 May 2012

Member baru

 

 

 

085                                                TOULOUSE

 

049                                                   O' MALLEY

 

Comel kan. Tapi bukan akak punye. Akak kan dah tak de kuota lagi. Husband akak dah warning siap2. Tak kiralah macamana kiut pun, dah tak boleh lagi amik yang baru.

Makanya ini adalah mak akak punye kat kampung. Biasalah rumah mak akak tu memang tempat orang buang kucing. Biasanya yang dibuang ialah ibu2 mengandung yang ada skandal sebelum nikah ni. Selang sebulan dibuang mesti terberanak kat rumah mak akak. Sebelum ni ada jugak seekor ibu muda mengandung macam ni tapi tak sempat beranak. Satu pagi tu tengok dah mati dalam kebun. Badan dia luka2 kena gigit anjing liar agaknya.

 

026

Kali ni ibu muda ni selamat jugak beranak kat belakang akuarium rumah mak akak. Masa memula beranak tu, 3 ekor yang keluar. Lepas tu si Bibik masukkan dalam kotak tepi mesin basuh tu. Entah macamana suatu hari tu, yang belang mati mengeras je. Yang putih tu pulak hilang entah kemana. Malam sebelum tu pulak memang ada kejadian ribut kat rumah mak akak. Kawasan kotak anak kucing tu tak pulak basah tapi anak dia tinggal sekor je. Tak tahulah apa citer sebenar.

 

024

Belum sempat daftar nama lagi dah arwah.

 

025

 Tapi yang putih ni panjang umur. 2 hari lepas kejadian ribut tu, Puan Alang jumpa balik tapi kotor berlumpur kaki dan badan dia.

 

043

Maka campur dengan 3 ekor yang sedia ada, dah bertambahlah bilangan kucing mak kepada 5 ekor. Dan mak kucing ni entah kemana perginya. Last sekali akak nampak dia dengan boifren baru tengah bersenggama di tengah jalan. Memang buruk betul akhlaknya. Patutlah kena buang daerah.

 

038

Tinggallah si Toulouse dan O'Malley ni dibela oleh deddi angkatnya Encik Wahau. Kelakar kan nama kucing mak akak. Kalau tiba ilham mat saleh tu kemain lagi nama Toulouse lah, O' Malleylah. Kalau ilham kampung tu yang datang dalam kepala, haa, amek sekali. Keluar pulak nama Wahau dan ada sekor lagi tu lagi best, Kerumun namanya. Tapi sekarang ni memang meriahlah kat rumah mak akak. Mak akak, kak wok pun asik gelak je tengok telatah anak kucing tu dgn deddi yang ala2 gerabak keretapi ni. Sekali dia turun sheikh nak bergurau, hilang anak2 dia bawah perut tu.

 

045 

Semua orang happy je dgn member baru ni kecuali Puteri Peah ni. Kemain menggarang lagi dia. Setiap kali balik kampung sibuk menyembur je bila mak akak bawak tidur. Marah betul dia. Ni dah dua hari balik KL, marah pun tak reda lagi. Deddi Milo pun kena sembur jugak. Tak tahulah macamana nak bagi dia cool down. Tak boleh biarkan ni. Takut kena darah tinggi pulak Puteri Peah ni. Sape yang susah? Deddiiiiiii jugak.....

Thursday, 10 May 2012

Rasa macam besday pulak.....

 

 

Hari ni rasa tak berapa sihat sangat sebab semalam tak boleh nak tidur. Terkesan betul dengan video mak kejam yang mendera anak tu. Sakit dada menengoknya. Walaupun dah ditangkap tapi trauma yang ditinggalkan pada budak sekecik tu mesti tak tertanggung olehnya. Kesian anak tu. Kalau tak nak, bak sini. Akak boleh jaga macam anak sendiri insyaAllah.

Kalau nak tahu setiap kali akak baca berita tentang orang buang bayi, akak wish sangat dia buang depan rumah akak. Akak memang suka budak kecik ni. Dulu masa akak sekolah rendah, ada orang tipu akak. Dia kata kalau akak nak sangat adik kecik pergilah KL. Kat KL ada orang lelong baby. Akak memang tertipu tipah jugaklah. Lepas tu merengek2 kat mak suruh pergi KL dan beli baby tu. Tapi sampai sekarang tak tercapai nak adik tu, maka jadi anak bongsu je lah sepanjang hayat.

Walau macamana pun ramai jugak adik2 blog akak sekarang ni. Baik2 pulak tu. Siap hantar hadiah lagi. Hari ni akak dapat satu lagi hadiah.

 

001

Dah keluar dari kotak, kastam ni check dulu. Ada bau-bauan kucing lain tak.

 

004

Okey, pass. Siap peluk lagi. Nak buat harta sendiri agak eh.

 

005  

Lama jugak duduk celah ketiak dia tu. Sampai panas. Nak ambik takut sebab atuk bad mood hari ni, datang bulan agaknya. Hihihi.

Yang kelakar budak pos laju tu lah. Macam boring je sebab tiap hari hantar pakej kat rumah akak. Tak tanya apa pun. Hulur pakej dan hulur borang tu suruh sain.

Hari ni memang akak asik terserempak dgn budak pos laju je. Tadi nyaris sorang mat pos laju nak langgar kereta akak. Akak dah signal nak masuk parking sebelah kanan. Dia datang dari belakang dgn lajunya nak potong kereta akak yang dah membelok separuh ke tempat parking tu. Akak berhenti kereta dan tanya, "adik tak nampak ke signal akak?"  Lepas tu mamat ni macam terpinga2 je sambil pandang signal akak yang berkelip2 tu.  Akak pun nasihatkan dia,"Baik2lah bawak motor tu. Nanti kemalangan susah pulak" Lepas tu dia boleh dengan kurang ajarnya marah kat akak " Rileklah, tak kena pun kereta kan! Tak kena pun kan!"

Akak pun cakaplah, "Memanglah tak kena tapi hati2 lah bawak motor tu nanti awak jugak yang susah nak kerja bila cedera." Lepas tu dia terus pecut motor dia sambil buat muka kat akak. Apa kena dgn budak2 ni. Orang nasihat elok2 pun dia nak marah. Datang bulan jugak agaknya budak tu. Kesian kan bila orang lelaki datang bulan. Hahaha.

Terimakasih Akma kerana hadiah yang kiut tu. Happy akak bila balik rumah ada mat pos laju yang bawak hantaran spesel ni. Serta merta terpadamlah dari kapla akak kes mat pos laju yang kurang ajar tadi tu. Terima kasih ya, dik.

Monday, 30 April 2012

Rojak sambil menyapu rumah....

 

 

Assalamualaikum...

Masuklah rumah akak. Mahaplah kalau berdebu sikit. Baru je tadi menyapu. Berabuk sikit semenjak dua menjak ni. Maklumlah agak busy sejak akhir2 ni. Badan pulak kemain selow lagi kalau buat keje ni. Tak macam dulu macam lipas kudung bergerak. (kesian lipas....kena kencing manis lalu kudung kakinya)

Akak ni busy bukan apa, sibuk menyiapkan barang2 keperluan anak akak je. Maklumlah nak berjauhan dari mak ayah. Anak sulung pulak tu. Haruslah lengkapkan segala2nya. Lepas tu pulak sekarang ni Metrojaya ada buat warehouse sale kat Bukit Jalil kan. Dari cadar sampailah ke barang cinonet, semuanya harus diborong di sana. Jimat gak duit sikit.

Tapi yang paling best kalau warehouse sale MJ ni ialah bab perfume. Memang murah bangat. 

 

033

Paling banyak dijual ialah Chris Adams punya perfume, sebotol yang 100 ml tu harganya RM69 saje. Kalau beli 2 botol (boleh campur2) harganya RM129. Jimat lagi. YSL tu pulak sekotak perfume dgn body shower dan lotion harganya RM135. Sarah Jessica Parker Endless tu pulak hanya RM60 sahaja. Burberry pun ada jugak tapi cepat habis. Yang kat sudut atas sebelah kanan tu pulak perfume cap montot Milo. Ini lagi panas dan cepat habis. Hahaha.

Akak beli ni bukan semua akak punya. Ada utk mak dan Puan Alang punye yang enteprem jugak.

Comforter set Jean Perry pun ada jual tapi tak banyak sangat. Jeans pun berbaloi gak beli sebab kalau kat luar harganya jeans goggles tu lebih RM100 kan. Kat sini hanya RM49 sahaja. T-shirt Polo tu pun ada gak. Kemeja Polo yang RM179 tu dijual RM71 saja. Dapatlah beli sehelai dua utk anak. Macam tu lah kalau dah tua macam akak ni. Beli untuk anak dulu. Kita punya kemudian citer.

Jadinya dari hari Jumaat, akak dah bertunggu tangga di Dewan Sri Putra Bukit Jalil tu (alah tempat konsert Mania masa 2 minggu lepas). Last day sale ialah esok, maka kalau sesape yang ada bajet tu bolehlah pegi. Akak ni dah terlebih bajet sampai duit operation Peah gossip tu pun akak dah terpakai. Nasibbaik boleh cover dgn duit belanja harian. Kalau tidak hantar kat bidan kampung je lah utk spay. Boleh? Hahaha.

022

Masa ni Moli sedang menikmati saat2 manis sebagai anak dara yang ada harapan jadi ibu. Semalam akak dah hantar ke Bangi untuk dimandulkan. Pakej 3 hari 2 malam duduk wad di bilik single ialah RM120.00. Yang atuk kompius sebelah tu pun akak hantar vaksin jugak. RM35 utk pakej angkut sendiri dan bawak balik sendiri dgn mengahnya.

 

004

Tapi Milo masa nak bagi ubat cacing, sangatlah drama. Siap sembur2 doktor tu. Lepas tu dikunyahnya ubat yang pahit tu sampai berbuih2 mulut. Dah masuk setengah, dimuntahkannya pulak depan doktor tu. Muntah pulak siap complete dgn makanan yang dia makan tengahari tu. Selambak di situ. Puaslah doktor tu mengelap. Buat malu kaum kerabat je tau.

Tapi dengan bangga dan kembang hidung Milo nak bagi tahu yang berat badan dia turun lagi 100g dan doktor telah mengisytiharkan Milo tak obese lagi. Bestkan. Makan sampai lima enam kali sehari, tidur 24 jam tapi berat badan masih turun. Kalau sesape ada kucing boroi, debab semacam kat rumah tu, cepat2lah bagi makan RC Indoor. Memang berkesan.

068

Hari ni atuk dapat m.c sebab baru lepas cucuk montot. Walaupun dah ringan, tapi tetap gebus. Tiap kali akak bawak klinik, semua orang nak pegang dan peluk dia. Dan soalan wajib ialah "brape kilo kucing akak ni? Stetmen wajib dari peminat pulak ialah "Umanngaiii besarnya, tak pernah nampak kucing besar camni!" Sian kan. Masih tak nampak slim. Lepas ni nak buat plastik surgery pulaklah utk kulit yang dah menggelebeh tu. Agak2 ada tak bomoh kampung buat pakej. Bajet akak dah tak de nih. Heheheh.

Mintak mahap ya dgn tajuk atas tu. Rojak tak jadi datang utk acara kemas rumah hari ni.

Thursday, 12 April 2012

Panas!!! Peah gossip, kim salam kat Sotong Kurita!

 

 

Abaikan je lah tajuk gempaq akak tu ya. Ini kejadian dah lama tapi kalau berulang-ulang terjadi macam citer CSI kat Astro tu, nyampah jugak kan. Sekuriti guard kat rumah akak ni suka na buat hal tau. Asal anak2 akak pergi swimming je, terpacul je guard ni tah mana2. Sampai doploh kali round kat situ. Anak akak pulak pakai swimming suit yang tutup kepala terus tu kan. Yang Arif pulak pakai baju swim arena dan seluar pendek. Ada pulak si security ni suruh  Arif keluar dari pool sebab tak boleh pakai t.shirt. HALLOO DEY!!! Boleh tengok elok2 tak, siap ada tulis arena lagi. 

Akak masa tu kat dalam rumah. Bila anak telefon mengadu, akak capai tudung dan turun dgn berbaju kelawar  je. Punyalah marah sebab dah banyak kali kena. Kali ni rasa macam nak bertumbuk je dgn sekuriti gad tu. Nanti kau! Tapi tahu pulak dia lari bila nampak akak. Akak suruh Arif turun balik dalam swimming pool sambil akak pergi cari guard bertuah tu. Akak nampak kelibat dia naik lif tah floor mana entah. Akak terus je pergi management ofis jumpa supervisor dia kat situ.

Panjang lebar jugaklah akak komplen. Lepas tu, orang pejabat tu cakap ada orang komplen dan nampak dari atas seolah2 Arif pakai t.shirt. Dah akak komplen, tahu pulak mintak maaf. Memang nak kenalah dgn akak kalau akak tahu sape si Peah Gossip ni sebenarnya. Macamlah akak tak tahu undang2. Sejak awal pindah lagi memang tak pernah pakai t-shirt kalau turun mandi. Akak ni pun pakai swimming suit muslimah tu jugak  walaupun tak sanggup tengok cermin sebelum turun mandi tu.

Agak2lah kan. Takkan nak suruh kitorang pakai bikini lak. Haaa..kalau yang turun mandi tu ala2 sotong kurita, kompom guard puas hati dan puas mata. Sangat dialu-alukan lagi. Sib baik tak ada bungga manggar dan kompang.

P3311321   

Kalau budak kecik dua orang ni bolehlah ber 'two piece' dan ber 'trunk' kan.

 

P3311303 

Kecik2 pun kami pakaikan baju mandi yang decent. Masa seronok2 mandi ni ada jugak kes sotong kurita over konfiden. Akak tengok macam orang Arab je tapi tak sampai hati nak gi berborak sebab mata pun tak tahu nak pandang mana. Dia tak kisah lansung nak sorok segala lemak dan selulit di peha dan perut yang berlipat2 semata2 kerana nak berbikini. Kecik sangat tau. Setakat tutup, jangan masuk ulat je tau. Istighfar panjang mak akak tengok.

Macam2 karenah manusia yang tinggal kat sini. Dah ramai foreigners ni memang macam2 hal lah kan. Kat apartment akak ni lagi ramai foreigners dari orang Malaysia. Kadang2 geram jugak. Masuk negara orang tu elok2 lah sikit bawak diri. Dulu neighbour akak ni minah arab. Buat birthday party, sampai maghrib pun elok je kuat lagu yang dia bukak. Lagu shakira pulak tu. Siap jerit2 pakai lidah lagi kan macam tradisi orang arab tu. Bila guard datang, suruh slow down, dimakinya guard tu.

 

P3021279

Haiihhh...panas, panas. Dah berendam dalam air pun belum tentu boleh sejuk hati ni. Ni anak akak, Arif, yang cukup pandai baring dalam air. Akak?? Jangan haraplah. Kompom tenggelam. 

Wednesday, 4 April 2012

Semalam sahaja....

 

 

Hari Sabtu lepas, mak akak datang ke rumah akak bersama Puan Alang dan keluarganya. Dalam pada tak sihat tu, ada juga rezeki mak nak duduk 1 malam di rumah akak.

 

076

Last sekali diorang datang ialah bulan Disember lepas. Masa tu Puan Alang bercuti ke Cameron Highland dan mak akak duduk rumah akak  lama jugak. Memang best sangat. Wahau pun ada sekali. Tapi kali ni mak akak tak lama di rumah akak sebab buah hati intan payungnya, si Wahau tinggal di PD.

 

071

Moli memang jadi hot favourite. Asik diusung ke sana kemari. Tak jejak lantai lansung. Nasib baik makan tak bersuap.

 

 

034 

Riuh sekejap dalam rumah dengan telatah dua beradik ni. Dalam bilik akak, yang tak pernah2 buka citer kartun, asik mengkartun je sepanjang hari. Cer tengok Mizz Nisya tu, dah besar kan. Dia sekarang ni dah masuk 5 tahun. Tapi nak dekat sama tingginya dgn abang tu yang dah 10 tahun. Sekarang ni dah kurang kelakarnya dan nak masuk fasa seram pulak. Ada aje citer seram dia. Siap kadang2 dia kata dia nampak hantu. Bila akak tanya camana rupa hantu tu. Dia cakap, rambut panjang hitam, pakai baju putih tapi muka ada mata saja, tak de hidung, dan mulut. Kosong je macam tu. Anak akak si Farah memang termakan betul dgn temberang Mizz Nisya ni sampai kalau dia nak pergi ke dapur sorang2, dia tak kasi Nisya ikut.  Lagi seram nanti bila dia cakap nampak itulah, inilah. Hahaha. Errr...tapi kan... akak pun tak pasti budak ni betul2 nampak ke atau imaginasi je lebih sebab citer dia tu real habis. Kadang2 meremang jugak bulu hidung dengar.

 

036

Si Milo ni duduk berkubang di bakul dia je. Ingatkan terselamat dari ancaman. Rupa2nya jadi minah cabaret dia sekejap. Ini Nisya lah punya keje. Sabar je lah Milo kan. Alah, budak-budak.........

Hari Ahad semuanya dah balik dan bila rumah sunyi akak rasa homesick pulak. Padahal duduk rumah sendiri. Sape suruh beranak dua orang je kan. Tak pe lah, dah rezeki Allah bagi 2 je. Alhamdulillah syukur.

Wednesday, 28 March 2012

Lubuk Air 5 Bintang

 

 

Baru 12 jam tak de air, simpanan air dah mula kering. Tinggal sikit je untuk emergency dan ambil air sembahyang. Lepas tu, kepala otak ni asik fikir nak kenc.. saja bila tahu air tak de. Kalau masa air ada tak pulak rasa terkepit2. Haissy...memang tak boleh jadi.

Kebetulan En.AHBY cuti semalam, maka akak pun ajak dia keluar. Hajat hati nak cari perigi. Tak pun sungai ke. Tapi sungai yang akak jumpa semua macam air teh tarik. Silap2 gatal satu badan kalau berendam dalam sungai tu.

Apa2 hal Moli dan Milo akak hantar boarding dulu kat Klinik Haiwan Mesra. Milo duduk sangkar king size RM17 dan Moli duduk yang biasa saja RM12.

Lepas tu teruskan pencarian lubuk air.

 

019

047

015

Muahahaha...Ya air di mana2. Saja akak setkan GPS En.AHBY  sampai jumpa lubuk air baeeeeekkk punya ni. Hahaha. Tak de lah. Sebenarnya ada staff rate kat sini. Sape nak bagi diskaun sampai 40% utk 1 bilik dari harga yang memang dah promotion kan. Lagi pun kami memang nak bawak Farah makan2 sempena result SPM nya yang sangat menggembirakan hati kami. Kalau akak, dalam mimpi jelah dapat result bagus macam tu.

 

080 

053

Nampak tangga tersergam macam ni, ingat citer Hindustan. Kalau family tu terlampau kaya, mesti rumah dia ada tangga macam ni. Lepas tu siap heroin tu turun tangga sambil si hero ni pandang dari bawah dgn muka ala2 terkesima dgn kecantikan pompuan tu kan. Akak tak de lah buat adegan camtu sebab lutut sakit. Tak de makna En.AHBY nak terkesima dgn bunyi lutut akak ni. Lagi pun badan akak dah melekit akibat mandi darurat. Siap dah nak ada bau2 bangla pulak sikit2.

 

063 

Dapat bilik je terus uruskan apa2 yang patut. Bilik okey tapi tilam dia memang  sangatlah tak firm utk orang yang sakit belakang macam akak ni. Macam dah patut kena ganti je tilam ni tau. Lembik semacam, siap melengkung sikit kat tengah tu. Kalau tak kenang tak de air, mahu je akak balik tidur rumah malam tu. Susah betul nak lelap bila belakang meragam.

 

010  

Mana letak lubuk air ni? Akak bagi clue sikit ya. Masa turun escalator ni, akak ternampak tapak kasut Lisa Surihani masa dia kahwin hari tu. Haa, kat situlah, kami duduk semalam. Hari ni akak dah balik rumah dan air pun dah ada semula. Alhamdulillah.

Monday, 26 March 2012

Surat Chinta yang meresahkan....

 

 

Di satu subuh yang hening, akak ternampak sekeping surat dilayangkan di bawah pintu rumah.

027

Maka kami yang duduk rumah merpati ni kenalah berterbangan mencari lubuk air sementara, untuk 3 hari paling bertuah ni. Nak marah tak boleh jugak sebab dah nak jadi. Lagi pun En.AHBY antara orang dalam management board rumah merpati ni yang dah buat mesyuarat dan amik keputusan ni. Redha je lah.

Kalau tak dapat cari lubuk air, kenalah buat undang2 baru. Bangun pagi, bersihkan taik mata je macam P.Ramlee dalam seniman bujang lapuk tu. Hahaha.

Akak kalau bab mandi tak risau sangat. Bab membuang tu nanti yang jadi kemusykilan akak. Kucing 3 ekor ni, pakai wet tissue je, tak kisahlah. Kita manusia ni, takkan nak istinjak lebih kurang je kan.  Kalau ada sungai belakang rumah, tak pe jugak.

 

044 

Perigi pun tak ada. Yang ada cuma tasik besar ni haa. Tapi kalau tak sayang nyawa bolehlah berendam kat situ. Tasik Mines ni memang lombong terbuka yang paling besar dalam dunia tau. Dalamnya tu kalau tak silap akak, beratus meter jugak kot. Hari tu ada orang buat filem kat situ dan stuntmannya mati lemas dan tak jumpa pun mayatnya. Kalau cuaca mendung dan gelap, memang seram jugak tengok tasik tu, hitaaaaam je. Dan macam biasalah tasik ni ada jugak cerita seram. Dan akak pun pernah kena sekali tu. Siap menumpang lagi belakang akak. Entah apa hal, rasa berat semacam dan membongkok je badan. Ada kawan akak tu pandai bercakap dgn benda yang orang tak nampak ni. Dia cakap dah beratus tahun umur nenek yang tumpang tu. Bukan Islam, tapi dia suka sangat dgn akak. Suruh balik menangis2 dia. Sampai akak pun menangis2 masa kawan akak memujuk nenek tu pergi dan tinggalkan akak. Entah ape hal, sedih sangat pulak tetiba masa tu. Padahal bukan kenal pun. Macam best friend forever pulak akak tetiba. Tak sesuai tau. 

Apa2 hal pun, kalau cuaca cerah, tasik ni memang cantik dan mendamaikan. Tapi kalau tak de air, tengok tasik pun hati tak damai tau. Sabar je lah.

Wednesday, 7 March 2012

Mee melayu vs spaghetti omputeh.

 

 

Dua tiga hari ni selera akak sangat mengada2. Kejap nak makan pedas2 (tak insaf jugak, padahal gastrik), kejap nak makan western pulak. Lepas tu bila makan 2, 3 suap, rasa macam tak puas hati jugak. Apalah kan. Nak makan luar memang tak berbaloilah time macam ni. Jadi hari Isnin lepas, paginya akak masak mee goreng melayu style.

 

048 

Letak taugeh banyak2. Sayur lain belum tanam lagi. Hehehe. Alhamdulillah menepati rasa tekak dan kenyang perut.

 

090

Tengaharinya pulak, anak akak Farah masak spaghetti with meatballs. Kat rumah akak stok spaghetti dah habis, yang ada cuma tofe yang macam kulit kerang tu. Hantam sajalah Labu. Janji kuah tu kena sedap. Alhamdulillah cukup rasa dan sedap di tekak.

Jadi hari Isnin tu akak turutkan saja tekak yang nak makanan melayu dan omputeh.

Hari Selasa, semalam, akak turutkan saja kepala yang migrain sampai ke malam. Agaknya ada pahlawan melayu dan italian swordsman tengah bertarung lam kapla akak. Dalam kepala berdengung sakit tu, akak gigihkan jugak bawak kereta jemput anak sekolah. Sampai rumah terus baring.

Penyudahnya seharian suntuk, laptop tak on. Akak pun asik terbaring je, tak dapat angkat kepala pun. Bila akak sedar, alangkah terkejutnya tengok satu kejadian yang sangat kurang asam.......

 

 

 

028

APAAAA??!! Laptop akak dijadikan alas tidur budak kucing dua ekor ni. Kurang asam tau.  Si Moli tu suka sangat mengunyah wayar mouse tu. Dah 3 kali akak ganti mouse baru. Aduuiiyaii apa ke jadah nyer pun adoi!!

Monday, 5 March 2012

Waah...manyak kembang aa.

 

 

023

Disember 2011.   

 

 

049

3 bulan kemulian. Manyak kembang lia punya balan. Itu pelut pun sudah muncit mah!  

 

 

087 

Ini tucen, wa ta tau apa mau cakap wo. Lia punya balan aa, manyak kembang selupa itu melon (bukan tembikai tau, belon. hehe) Wa cakap jangan makan, dia lagiii mau makan. Maaaanyaaaak degil ini tucen. Haiiyah...wa malah pun tatak guna. Mmmsai aa. Lai, lai, Ah Fatt, sei fan ah. ( makaaaaan lagi )

Dekat rumah akak ni bukan setakat kucing je makmur, orang pun makmur gak badan. Dah keturunan (alasan baiiik punya). Dulu masa akak kecik2, mak akak kat rumah pun macam tu. Suka masak sedap2 terutama kalau anak2 balik cuti. Balik je dari asrama , mesti ada lauk favourite menanti atas meja. Besok tu pun tanya lagi, nak makan apa.

Bila balik cuti, badan okey je, nak kata slim tu tak jugak tapi bolehlaaaah. Macam ala2 sedap dipandanglah. (statement baiiiiik punya) Balik ke asrama lepas cuti habis, amik kau. Punyalah makmur sampai nak tarik zip skirt pun berpeluh2.  (iyaaaa, dulu akak sukeee sangat pakai skirt, tah hape2)

Kadang2 abah akak sound mak, "U ni bela anak macam bela ayam daging."  Mak akak merajuk bila abah cakap macam tu. Sebab dia memang suka masak sedap2 utk anak2. Bila tengok badan anak2 susut masa balik dari asrama tu, sikit punya risau dia. Itulah citer akak masa kecik dulu.

Sekarang ni, kemakmuran badan tu diwarisi pulak oleh seisi rumah akak termasuk kucing. Alahaii... camne ni.

Sunday, 4 March 2012

Suatu hari di Putrajaya

 

 

Hari tu masa pergi Ekspo Buku Islam, sempat jugak akak amik gambar bangunan yang cantik2 di sekitar Putrajaya tu.

 

007

Bangunan mahkamah yang femes ni. Kalau amik gambar sukalah, kalau hal2 lain, mintak dijauhkan. Hehehe.

 

016

Setiap bangunan di Putrajaya sangat tersendiri rekabentuknya. Akak suka tengok sebab nampak tersusun dan bersih saja. Satu masa dulu, kawasan ni penuh dengan ladang kelapa sawit. Siapa sangka dah jadi pusat pentadbiran kerajaan dan penuh dengan pencakar langit sekarang ni.

 

043

031 032

Singgah dataran masjid ni jugak sebab nak makan. Kat bawah tu ada foodcourt yang memang maveles.

 

033 

Ada Nandos, Secret Recipe, Nasi Arab Cafe, Nasi Kandar Hameed yang jugak sangat sedap tapi rempahnya sangat kuat sampai pedih perut akak malam tu. Akak ni memang jarang2 dapat makan luar macam ni sebab kesihatan tak berapa mengizinkan. Selalunya kami tapau je. Tapi Alhamdulillah hari tu, okey pulak rasa badan jadi kami makan di tempat 'rahsia ' itu.

035 Chicken Blackpepper, En.AHBY punya.

 

036  Nasi goreng 'rahsia', akak punya.

 

037  038 

Yang dua ni utk anak2 akak yang bertekak mat saleh. Atas tu ayam apa ke bende namanya dan yang bawah tu baked fish yang akak pun jugak lupa namanya aduiyaiii nye pun.

Alhamdulillah semua yang dipesan, sedap di tekak dan mengenyangkan perut.

 

003

Ramai orang kat Putrajaya weekend tu sebab ada hot-air balloon rupanya. Siap ada banyak gerai2 jualan macam karnival pulak kat tapak pasar tani tu. Akak kalau naik  ni kompom bersila je kat dalam bakul tu sampai habis. Tak berani, gayat. Hehehe. Lagi pun byk gas nanti guna nak bakar lebih2 udara dalam belon tu bagi panas maksimum sebab nak bawak akak yang gebus ni. Tak pasal2 kena bayar extra. Hahaha.

Dalam pukul 1 lebih tu kami pun balik rumah sebab tak sabar nak tengok buku2 yang dibeli. Kalau sesape masih belum pergi ekspo buku islam tu bolehlah pergi hari ni, last day tau. Dia bukak dari 10 pagi sampai 9 malam. Hari ini akak duduk dendiam kat rumah sebab En.AHBY nak hantar servis keretalah pulak.

Thursday, 1 March 2012

Rupa-rupanya sebaya kita ni....

 

 

Orang kata perempuan amat sensitif bila tanya bab umur. Akak tak begitu tapi akak faham kalau ada orang yang tak suka orang tahu berapa umurnya. Adalah sebab2 tersendiri kan. Tahun ni je akak dah masuk 43 tahun. Selalunya peralihan dari 29 ke 30 atau dari 39 ke 40 amat mencabar. Akak masa tu terasa betul lompatan umur tu walaupun badan tak berapa larat nak melompat. Hahaha. Tak pelah, biarlah nombor melompat dulu, badan ni kita kayuh pelan2. Eh, boleh ke camtu? Tak de maknanya. Badan mula lah pandai sakit dan lenguh sana sini. Kalau seharian duduk dapur tu, rasakanlah esoknya nak bangun dari katil. Macam baru lepas latihan angkat berat sukan olimpik je. (pernah ke???)

 

085 

Sebenarnya akak nak citer pasal majalah kucing yang akak beli ni. Ini macam special senior edition , tu lah Milo minat sangat nak baca tu. Antara artikel yang begitu menarik perhatian Milo ialah, 'how to glide through menopause with flying colours'. Hahaha. Akak lawak je. Mana ada artikel tu pun, aduiiyai nye pun.

Yang paling akak suka dalam majalah ni ialah artikel pasal umur kucing dan human equivalent nya.

 

Life Stage                          Age of Cat                               Human Equivalent

*****************************************************************************************************

Kitten                              0 to 1 month                               0 to 1 year

                                       2 to 3 months                              2 to 4 years

                                             4 months                               6 to 8 years

                                             6 months                                10 years

*****************************************************************************************************

Junior                                  7 months                                  12 years

                                           12 months                                  15 years

                                           18 months                                  21 years

                                              2 years                                    24 years                                    

******************************************************************************************************

Prime                                   3 years                                     28 years

                                                4                                               32

                                                5                                               36

                                                6                                               40

********************************************************************************************************

Mature                                     7                                               44

                                                8                                               48

                                                9                                               52

                                               10                                              56

********************************************************************************************************** 

Senior                                    11                                               60

                                               12                                               64

                                               13                                               68

                                               14                                               72

 

***********************************************************************************************************    

Macam tu lah seterusnya setiap tahun dia digandakan 4 tahun kalau nak banding dgn kita. Kesian kan.  Cepat na tuanya.

 

072

Daaaaannnn....akak baru dapat tahu rupa2nya Milo hampir sebaya dengan akak. Patutlah kadang2 bila dia turun katil akak terdengar bunyi 'ketup ketup'. Rupanya lutut dia dah mula berbunyi macam lutut akak. Hahaha. Paling penting dah mula tutup aurat ni tau. Dah insaf.....Alhamdulillah. (gasaklah kau Milo, kejap jadi jantan, kejap jadi betina...kompius mak)

 

077 

Jangan tak tahu, akak selalu doakan Milo ni panjang umur tau. Risau jugak bila dia buat malas, tak aktif macam pengsan je atas katil ni. Dalam majalah ni siap ada contest untuk kucing paling tua. Yang dapat first place, 23 tahun tu. Maknanya sama dengan 108 tahun umur kita. Banyak makan akar kayu dan ulam-ulaman agaknya ni. Balik kampung ni nak belikan Milo ulam lah. Hehehe.