Pages

Wednesday, 28 March 2012

Lubuk Air 5 Bintang

 

 

Baru 12 jam tak de air, simpanan air dah mula kering. Tinggal sikit je untuk emergency dan ambil air sembahyang. Lepas tu, kepala otak ni asik fikir nak kenc.. saja bila tahu air tak de. Kalau masa air ada tak pulak rasa terkepit2. Haissy...memang tak boleh jadi.

Kebetulan En.AHBY cuti semalam, maka akak pun ajak dia keluar. Hajat hati nak cari perigi. Tak pun sungai ke. Tapi sungai yang akak jumpa semua macam air teh tarik. Silap2 gatal satu badan kalau berendam dalam sungai tu.

Apa2 hal Moli dan Milo akak hantar boarding dulu kat Klinik Haiwan Mesra. Milo duduk sangkar king size RM17 dan Moli duduk yang biasa saja RM12.

Lepas tu teruskan pencarian lubuk air.

 

019

047

015

Muahahaha...Ya air di mana2. Saja akak setkan GPS En.AHBY  sampai jumpa lubuk air baeeeeekkk punya ni. Hahaha. Tak de lah. Sebenarnya ada staff rate kat sini. Sape nak bagi diskaun sampai 40% utk 1 bilik dari harga yang memang dah promotion kan. Lagi pun kami memang nak bawak Farah makan2 sempena result SPM nya yang sangat menggembirakan hati kami. Kalau akak, dalam mimpi jelah dapat result bagus macam tu.

 

080 

053

Nampak tangga tersergam macam ni, ingat citer Hindustan. Kalau family tu terlampau kaya, mesti rumah dia ada tangga macam ni. Lepas tu siap heroin tu turun tangga sambil si hero ni pandang dari bawah dgn muka ala2 terkesima dgn kecantikan pompuan tu kan. Akak tak de lah buat adegan camtu sebab lutut sakit. Tak de makna En.AHBY nak terkesima dgn bunyi lutut akak ni. Lagi pun badan akak dah melekit akibat mandi darurat. Siap dah nak ada bau2 bangla pulak sikit2.

 

063 

Dapat bilik je terus uruskan apa2 yang patut. Bilik okey tapi tilam dia memang  sangatlah tak firm utk orang yang sakit belakang macam akak ni. Macam dah patut kena ganti je tilam ni tau. Lembik semacam, siap melengkung sikit kat tengah tu. Kalau tak kenang tak de air, mahu je akak balik tidur rumah malam tu. Susah betul nak lelap bila belakang meragam.

 

010  

Mana letak lubuk air ni? Akak bagi clue sikit ya. Masa turun escalator ni, akak ternampak tapak kasut Lisa Surihani masa dia kahwin hari tu. Haa, kat situlah, kami duduk semalam. Hari ni akak dah balik rumah dan air pun dah ada semula. Alhamdulillah.

9 comments:

Dinas Aldi said...

Micky tinggal kat mana pulak?

Bab bunyi lutut tu lawak la kak, lutut saya pun kekadang berbunyik, sabaq jalah, kahkah!

Cantikla gambaq fountain tu, fuhhh. Rasa teringin plak saya nak celup2 tangan (dan seluruh badan jugak sebenarnya) kat situ tapi nanti kena tangkap plak, kehkeh!

Naz said...

Tahniah Farah..nape tak usung Milo ngan Moli gi situ gak..bagi bg swimming pool

Aidah said...

Dinas,
Micki duduk kat rumah je sebab dia ada sangkar besar. Yang 2 ekor ni payah sikit sebab lepas bebas je kat dalam rumah. Lutut akak ni on off je bunyinya. Cari suis, tak jumpa pulak. Kahkahkah.

Naz,
Terima kasih. Terfikir jugak nak seludup tapi dalam mimpi je lah. Hahaha.

Suara Kalbu said...

Ngeh ngeh ngeh.. akak dah bau bangla. Statement tak bleh blah kahkahkahkah...

kat Palace Golden Horses ni kan kak ?

Aidah said...

Kalau mandi lebih kurang, macam2 bau keluar tau. Hehehe. Bukan, dik. Akak duduk di Putrajaya Marriott. Memang cantik tempatnya.

Nini D.. said...

tu la...dobot dah offer suh atok milo dtg umah tapi jual mahal..kan dah kene tido hostel..kikiki

kemain ko kak..siap tido hotel 5 bintang!..ada pow air bawak balik umah x? ;)

Akma_cikyong said...

tahniah jgk kt farah =)
hamboi~klas taw tiap2 kali xdo air p sni,haha
tgok fountain 2 nak nyanyi lagu kuch2 hota hai lah :) wakakaka

Aidah said...

Nini,
Kalau boleh pos, dah akak poskan Milo ni. Lupa pulak akak nak pow air tapi bab membuang tu memang meriahlah. Bagi tangki kosong sebelum balik rumah. Kahkahkah.

Akma,
Sekali sekala je Akma. Kalau selalu mahu kering kontang poket nanti. Akak kagum betul dengan lobby hotel ni yang sangat besar. Memang cantik.

siti murni said...

tinggi sungguh daya imaginasi kak aidah...dari tangga sampai pilem hindustan...hehe...

tahniah utk farah..dapat keputusan yang membanggakan family..alhamdulillah..:) rezeki dia.