Pages

Friday, 2 March 2012

The cutest body part

 

 

 

200

Kalau jumpa kucing, inilah yang akak suka tengok. Tapak kaki yang sangat cute. Selalu jadi mangsa picit2an akak. Kucing2 yang akak bela, lembut semacam je tapak kaki dia. Sebab asik kena picit2 ngan akak kot.

 

207

Gerrrrrrammm je tengok tapak kaki tuh. Nasib baik Moli dan Milo tak marah kena picit2 tapak kaki tu. Malah tidur nyenyak lagi bila dimassage oleh akak. Milo tu dari kecik sampai sekarang suka tidur hulur tangan atau kaki kat akak mintak massage. Nasib baik ada tukang basuh kaki setiap kali lepas dia pergi toilet. Nak harap dia jilat sendiri, kirim salam. Hihihi.

 

153

Kesian si atuk ni. Sebab dah nampak tua tapak kakinya. Macam berkedut2 pulak.  Walau macamana pun, tapak kaki Milo tetap cute dan tembam dan memang penuh je tapak tangan bila digenggam. Kehkehkeh.

Tapak kaki kucing, bagak2 pun tetap cute. Tapak kaki kita.......no komen. Hihihi.

14 comments:

Naz said...

ooo..akak sk paw diaekor..sy lak suka picit hidung...

So Shy Lady (SSL) said...

mmng best pgang2 part tu, kak! depa pun suka kita blai2 kan ;)

mama maman aka yana said...

Hahaha.. mmg cumil..:)

Akma_cikyong said...

akma plak suka cubit pipi tucen 2 :) hihi gebus sgt kaki si milo =)

Irfa said...

tapak kaki kita kena selimut pun boleh tertarik benangnya :)

eh sayalah..bukan akak

Nini D.. said...

tapak kaki kita.....auww!!
tapak kaki dobot hitam legam..tak nampak pape...
lebih rela cubit pipi dobot berkali-kali sebab kalo picit tapak kaki kang dia bagi penyepak..

Aidah said...

Naz,
Akak punya elder sis pun suka picit hidung kucing. Kucing kat umah dia semua lembik je tang hidung. Kahkahkah.

SSL,
Kan. Dari dulu akak suka macam kacang je bentuknya. Geraaammm.

Yana,
Subhanallah. Sangat kagum setiap hari dengan kecomelan ciptaan Allah ni.

Akma,
Akak musykil kat mana nak cubit tang pipi tuh. Bersemak dgn misai je akak tengok. Kehkehkeh.

Irfa,
Alah, Irfa. Akak pun. Jalan pun boleh tersangkut kat carpet. Kadang2 berdarah lagi. Sakit. Tapi pasrah je lah. Dah penat sapu losyen.

Nini D,
Akak kan, lagi dia marah lagi akak suka menyakat tau. Sampai last2 Milo dah tak kuasa nak marah akak lagi. Hulurkan je lah kat tuan aku yang pelik ni. Hahaha.

siti murni said...

Eh saya pun suka picit-picit tapak kaki anak2 bulus ni...tapi meow-meow dengan nico tersangat la buas...tak sempat nak belek-belek abis every inch of their body..tambah si meow2..asyik buat muka tak puas hati kalau kena kacau..

fadz said...

hi kak aidah.. nk bgtau ni.. kucing fadz nama bocheh.. bila fadz dok layan blog akak sambil tgk gambar2 milo... terus bocheh tu block screen... tak nampak apa2 bila dia dok depan screen.. agaknya dia jeles kot tgk milo montel macam tu... si bocheh tu pun tgh usaha nak memontelkan diri sekarang ni.. bangun tido je terus makan lepas tu tido balik... x lama lg milo ada geng laa... hehehe

KayNisa said...

kalau baring2 tgk tv dgn kucing sy, mesti sy pegang kaki dia sbb nak main kt tapak kaki dia.. dh gaya main dengan bantal busuk pun ada

Aidah said...

Siti murni,
Kiut sesangat kan. Tak boleh tahan mesti nak picit2. Agaknya meow meow tu pelik tengok perangai manusia ni suka belek2 badan dia. Hehehe.

Fadz,
Tayanglah gamba bocheh, fadz. Biar dia rasa jadi retis femes. Hihihi.

KayNisa,
Kita geng. Akak kalau tidur pun mesti amik kaki kucing, picit2 macam bantal busyuk jugak. Boleh ralit, wa cakap lu. Hahaha.

Dinas Aldi said...

Cantiknyaa, pinkish gitu. Yg brownish tupun tetap kiut sebab hati dah sayang, nampak cantik jugak :)

Memang betoi, tapak kita kita no komen :D

Aidah said...

Itulah kan. Akak punya kaki tak de makna nak smooth. Dapat berjalan tanpa sakit, dah cukup bersyukur, Alhamdulillah. Bab pilih kasut pulak, masyaAllah. Hahaha.

Iz said...

comelnya tapak kaki pink. Hehehe. Kucing saya yg tapak kaki pink cuma Aoi dan Hime. SI gemok Suki tu tapak kaki coklat tapi tak nampak apa pun sebab bulu sampai ke tapak kaki. Paling susah time nak potong kuku la. Byk sgt bulu :(