Pages

Thursday, 22 March 2012

Tut..tut..tut..tut..tut.....

 

 

Ooopss..itu bukan perkataan tak senonoh tau tapi busy signal dari akak. Hehehe.

Mintak maaflah kalau bunyi cengkerik je yang menyambut sesiapa yang datang singgah. Dah lebih seminggu akak berperang dengan migraine yang agak teruk jugak diselang selikan dgn hal berbangkit secara tiba2.

Hari ni je dari pukul 8 pagi akak keluar rumah menguruskan si Micki, ahli baru tu pergi sepital. Pukul 11 tadi baru balik rumah dan bekfes.

 

056

Punyalah besar UPM ni. Dah banyak sangat berubah sampai akak sesat barat dibuatnya. Nasib baiklah akak pernah jugak berjimba dan  berrumba di UPM ni selama 5 tahun satu waktu dulu. Jadi taklah teruk sangat sesatnya.

 

044

052

Rupa2nya fakulti veterinar dah tukar dan sekarang ni kat sebelah MARDI tu. Jauh jugaklah tapi nasib baik parking masih banyak lagi.

 

048 046

Besar dan sangat selesa. Yang sebelah sana dinding oren tu untuk anjing. Yang purple ni untuk kucing. Tak boleh campur tau. Dan akak dengan puas hatinya mendapat no giliran 1001 walaupun telah sesat dan terpaksa tanya orang kat tepi jalan tu kat mana hospital ni.

Bayaran untuk spay ialah RM120 untuk pakej 3 hari 2 malam. Untuk vaksin pulak RM45 sekor. Tapi lagi byk ternakan yg kita bawak lagi byk diskaun.

 

049

Tapi kena banyak sabarlah sebab banyaaaaaak soalan yg akan ditanya dan berulang kali pulak tu. Nama pun universiti hospital kan. Jadi sebelum jumpa doktor tu kena hadap student sampai 4 orang mengerumun si Micki. Habis semua tempat boleh korek, dikorek dgn jayanya. Siap amik blood test lagi. Kesian pulak akak tengok.

Doktor saspek Micki kena cirit birit sebab dia tak serasi dgn makanan yang akak bagi. Ingatkan nak bagi friskies je, rupa2nya nak royal canine jugak kucing ni. Alahaiii.

 

057

Punyalah banyak ubat nak makan. Sampai berbuih mulut si Micki sebab a/biotic tu pahit sikit kot. Semua sekali akak kena RM54 lebih kurang sebab new patient. Kalau dah ada kad, consultation fees hanya RM15 kalau tak silaplah.

 

058

Boleh buat satu fail untuk kad2 rawatan kucing2 akak ni. Yang penuh warna kuning tu dah tentulah atuk punya. Semuanya klinik yang berlainan. Tapi rasanya kali ni akak nak stick dgn UVH ni saja. Dekat dgn rumah lagi pun.

Dah sayang punya pasal, tak pelah. Lagi pun nak berubat tradisional susah sikit sekarang ni sebab bomoh air liur kat rumah akak ni pun dah seminggu m.c.

 

028

Macam ni je pemandangan kat hujung katil akak sejak seminggu ni. Dah jadi patung kat situ. Esok2 akak citer pasal masalah atuk ni  pulak.

9 comments:

Nini D.. said...

huk aloh...tok bomoh sakit ker?..sakit mende la pulaks tok bomoh nih..

dobot pon pegi vaterina pagi tadik...biasalah..unsur2 bulu gugur..tp entry blom up..tak sompek!!!

Akma_cikyong said...

alololo tok mok mc ka??awat nyer??mmg benar kata2 akk,nmpak mc dia tang mata 2..hikhik tutup mata rapat2 2..hihihi
semoga sehat2 ajer yer korang-korang
1.tok milo
2.mak moli
3.dak miki =) hikhik

Irfa said...

banyak jugak modal jaga kucing ni yer

kak..tq join mini contest saya tu

Naz said...

Tok bomoh feeling kot..anak makin ramai

Dinas Aldi said...

Tak bleh tahan tengok gambar tok bomoh tu, kahkahkah!

Micki pun sama macam saya ke sepital hari ni :D

TopsyTurvyMum said...

Salam kak,
Moga cepat sembuh migraine tu yer..
memang betul, dah sayang tu, tak kisah ler bayar byk mana pun kan?
macam kuarga sendiri dah.

Suara Kalbu said...

Uhhhhh...Milo tak sihat ke kak ?

Sian dia.. tapi tetap maintain kacak

siti murni said...

alahai..kesian atuk milo...monyok je saya nengok. micki takut makan ubat tak...?jangan skip ubat yer micki..hehe...

urm..kira okey la kena caj banyak tu kak..tak la mahal berapi macam sesetengah vet...

nurmaia said...

entry ni sgt berguna utk sy sbgai pembela kucing yg baru je amik kucing..

thanks! :)