Pages

Friday, 30 March 2012

Sila ukur baju di badan sendiri sekali lagi, the sequel.

 

 

Ni felem sequel dari yang pertama dulu yang bertajuk sila ukur baju di badan sendiri.  Pelakon utama masih lagi Milo yang sangat mantop lakonannya terutama setelah mendapat award baru2 ni.

 

010

Akak bagi serba sedikit sedutan dari felem pertama tu ya. Milo tu kan comel sesangat badan dia kan. Maka rumah Moli ni pun dia nak try jugak masuk. Nasib baik tak tersekat.

 

025

Hari tu masa klepang klepung, wedding tu, Moli dapat bakul ni sebagai hantaran dia. Comel je, sesuai lah untuk Moli, kan.

 

023

Dan Milo yang tak pernah serik,  naaaakkk jugak masuk dalam bakul tu. Dia tak peduli bila akak cakap jangan. Dapat masuk perut pun jadilah. Maka macam bertenggek je lah dia atas bakul tu. Nasib baik tak patah bakul hantaran Moli. Kalau angkat ni, memang kompom patah tangkai tu. Meraung pulak Moli nanti.

 

058

Bila akak bising, tau pulak dia sentap. Lepas tu dia buat road block kat depan pintu bilik mandi tu. Macam bump atas jalan tu pun ada jugak rupanya. Terpaksa pulak melangkah dia kalau nak masuk bilik mandi. Haiih...Milo, Milo.

14 comments:

souled_oUt said...

hihi comelnyaaa si milo yang bulattt ni.. mesti best peluk2 cium2 si milo yang gebu nihh.. heeee geram saya tgk kat ofis.. kekadang balik keje penat2 terhibur tgk gelagat kucing2 ni.. macam2 kerenah hehehe. mcm my cats dengar je saya bukak pagar nak masuk kereta semua dh ready tunggu depan pintu sambut kakak dia balik kerja. bila pagi2 nak pegi keje siap berhantar depan pintu heheh..

tetibe rindu pulak kucing2 kat rumah..

-finaz-

Akma_cikyong said...

hahahahahaha kaler bumper alaf baru!
ceklat + putih..slalu itam putih~~hakhakhak
dah tua2 pandai lak sentap2 erk..hikhik

Nini D.. said...

tok...duit dah cukup ke nak pinang dobot nih?..smlm ada boypren yg dtg meminang..tp dobot dah reject..cpt tok..

kalo cenggila road blocknye kak...biar nini aje yg langgar.pehtu suh tok saman...kalo tok yg saman..seploh kali kene saman pon nini rela~~

ni kalo kepam-kepamkan pehtu buat peluk..sedap nih!

Aidah said...

Finaz,
Ha ah memang sedap dipeluk terutama bila cuaca sejuk hujan ni kan. Panas je. Kalau dia berkeruh, lagi macam terapi. Hihihi.

Akma,
Dah tua2 lah selalu buat hal. Nak2 bila dah dekat menopause ni. Hahaha.

Nini,
Alamak Dobot. Atuk ni macam nyanyuk pulak. Tadi kata duit dah cukup. Lepas tu bila tanya sekali lagi, lupa pulak. Terpaksaaaa kira sekali lagi. Dah doploh kali kira tu, tak tally memanjang. Hahaha.
Teruskan mereject ya, Dobot. Ada jodoh ni, akak dapat rasa.(cheewaaah..stetmen macam bagus)

Naz said...

adoi Milo..awat jadi lagu tu..sedar la perut tu dah membangun dgn pesat..Akak jgn tersepak lak bumper tu..hehe

mama maman aka yana said...

cumil bekas milo tuh.. tp tulisan akak blur la.. tak berapa jelas la kak.. ke salah mata sy.. huhuhu

~mrs azmi~ said...

canggih oh bumper jlan kaler2.. dah macam lap kaki pun ada kak! hihi..

budak2 kat rumah tu pulak kalau saya nak masuk bilik air dorang pun sibuk nak masuk sama.. masa tulah nak minum air.. masa tulah nak buang air.. isk..

lepas tu dua2 jadi jaga depan pintu bilik air

Dinas Aldi said...

Alaaa kesian bawak diri merajuk jadi speed bump pulak depan pintu bilik air tuu, kihkihkih macam2 la si Milo nih! Tak bleh tahan gelak tengok dia duduk atas bakul Moli tuh!

Suara Kalbu said...

Kak Aida...

Tolonglah izinkan saya peluk si Milo dan Moli ni dalam seminit dua.. geram saya kat diorang terutama Milo tu dah tak mampu dibendung-bendung lagi dah ni :-(

Aidah said...

Naz,
Itulah pasal. Kaki akak ni bila dah tua selalu jugak tersadung kat mana2 bila melangkah. Geram tengok Milo kalau dia sentap macam ni.

Yana,
Ye ke? Akak tak tahu pulak macamana boleh blur. Mungkin kena besar sikit tulisan agaknya.

mrs azmi,
Memang pun. Milo ni kadangkala suka jugak berebut dgn orang bila kita nak keluar bilik. Berpusu2 dia dgn kita.

Dinas,
Akak rasa kan Milo ni macam jeles tau. Perangai dia sejak akhir2 ni macam nak mintak perhatian je. Kesian pulak akak tengok.

Suara Kalbu,
Kalau boleh pos, akak poskan. Lepas peluk puas2, hantar balik ya. Hahaha.

siti murni said...

Milo..milo...sakannya milo kalau merajuk..siap buat road block bagai..
hehe...

makin lama tengok si milo ni makin geram lah..macam nak pelok ciom je....eeiii...

So Shy Lady (SSL) said...

ololo sentap bebeno la tu he..he... meh sini meh nk pluk!

byk cite psl milo ssl dh miss...eh, milo t.sihat ye? ok nk g bc skrg

Irfa said...

kes nak masuk bakul ni igt lagi anak saya sihero tu masa kecik ngamuk nak masukkan diri dia dalam kotak kecik..sebelah kaki pun xleh masuk..huhu

Iz said...

hahahahaha lawaknye la Milo masuk bakul. Feeling kurus la tu hahahaha