Pages

Friday 9 March 2012

Klepang Klepung Klepang Klepung.........

 

 

Haa dengar tak bunyi kompang tu. Esok kan mula cuti sekolah. Maka berlambaklah undangan yang mak akak dapat. Akak? Tak de makna akak nak dapat undangan sebab kawan2 akak punya anak pun lebih kurang sebaya je dgn anak2 akak. Kocik laie. Bolun buleh kawin. Hehehe.

Tapi kawan En.AHBY ada jugak yang selalu mengajak sebab kawan2 dia ramai yang dah pencen macam dia jugak. Jarak umur akak dengan En.AHBY 16 tahun. Ha ah memang betul 16 tahun. Akak jumpa dengan dia first time dulu thru blind date tau. Mula2 macam tak suka je, tapi dia ikhlas dengan akak. Setahun lepas tu, kami kahwin. Alhamdulillah.

Kat rumah akak ni pun sibuk jugak dengan fotografi pengantin. Meh kita tengok sape kahwin.

 

046

Bukan, bukan Milo nak kahwin ngan Dobot tapi anak dara dia ni haa. Ini persiapan awal pagi di hari berlansungnya majlis.

 

057 

Ayu dan tersenyum malu. Lagu tema ialah lagu Yuna; Terukir di bintang. (nak jugaaaak)

 

058

Sekali sekala menjeling pengantin lelaki. PENGANTIN LELAKI??? MANA ADA!!!

Woi! Moli! Itu BAPAK kaulah bukan BOIPREN!! Iyaaa, Moli sekarang ni masuk fasa kompius dan suka berhalusinasi. Dia dah mula mengiau gatal bila Milo tak de dalam bilik ni. Apa hal pulak kan. Hissy, tak lama lagi akak kena hantar operate ini kucing. Takut kalau Milo tak layan nanti, dia keluar cari kucing jantan lain pulak.

 

 

006 

Maka hari ini Milo tukar watak lagi iaitu Mak Pengantin. Hahaha. Hari ni mak pengantin tak tutup aurat tapi pakai wig. Blonde lagik.

Ni akak  nak citer sikit pasal penggunaan wig utk tutup aurat. Fahaman salah tu tau. Hari tu akak tengok Discovery channel pasal  yahudi orthodox ni. Kaum wanitanya memang selepas kahwin, tak boleh lagi tunjuk rambut pada lelaki lain selain dari suaminya. Jadi dia pakai wig dan bagi yang tak berwig, dia hanya pakai  kain tutup kepala tu. Kita dilarang sama sekali oleh Allah swt dan Rasulullah saw menyerupai kaum lain. Setahu akak dalam ugama Islam memang haram untuk wanita pakai rambut palsu. Wallahualam. Lagi satu orang Yahudi ni sembahyang waktu senja bila matahari nak dekat terbenam tu dan waktu tu juga ialah antara waktu haram untuk kita sembahyang. Akak ni tak de lah banyak na pengetahuan. Sikit2 je, bolehlah share sesama kita kan. Kata orang sembang2 masa rewang kan. Hihihi.

Alahai, tetamu datang nak jamu apa ya......

 

 

002  

Jemput2.... Makan aiskrim dengan bun je lah ya. Ini je menu pilihan mak pengantin yang sangat vass tu. Sangatlah vass.......kunun.

12 comments:

Irfa said...

akak ni kan..pecah perut saya gelak tahu..sian dia crown dgn kulit pisang je?huhu..bajet ciput ye

16 tahun beza umur akak dgn en ahby?wow..hebat.mesti akak nampak lebih muda.risaulah en ahby kalau akak keluar sorang2.saya dan suami beza 4 tahun je

Aidah said...

Tak de makna nak nampak muda, dik. Orang lelaki ni awet muda tau. Silap2 akak nampak lagi tua dari dia. Hahaha.

~mrs azmi~ said...

sempat lagi mengimbau kenangan silam ye kak! heheh

cepat hantar moli tu g operate kang tak pasal2 terjun dari balcony rumah sebab cinta terhalang! kehkehkeh

Nini D.. said...

lagu taknak kalah..nak lagu femes kemain!
Milo,jgn kasih berpaling tadah..meroyan bakal tunang ko kat sini kang...
Moli...silalah g klinik haiwan..suh tuan doktor pasangkan IUD ;)

Nini D.. said...

lupa plak nk tulih lg 1...16thn??!!!!....jauhnya beza!!!!..tak sangka tau.Nini dgn boypren(nk jgk panggil boypren) beza 5thn aje.

Aidah said...

mrs azmi,
Banyaaaak dik, kenangan silam akak. Masa akak jumpa husband tu, akak baruuuu saja putuih cinta. Tapi citer ni bukan sedih tapi penuh tragedi tau. Hampir2 akak ni kena jual, tak pun kena kidnap sindiket jual organ tu. Hebat kan kisah benar akak.

Nini D,
Milo paling setia tau. Tiap hari kira duit tabung. Kahkahkah.
Nape, tak percaya ke??? Memang betul. Husband akak tu pun masa tu dah janji ngan diri sendiri mesti kahwin sebelum 40 thn. Itulah pasal Allah temukan jodohnya ngam2 umur 39 thn. Yang akak pulak suka na nyanyi dlm dapur. Cam tu lah citernya. Hihihi.

So Shy Lady (SSL) said...

kehkehkeh mmng thibur lah kisah kawin2 neh. sib baik ank2 sy tde klau tak mahu depa rewind bc kisah moli n milo ni 2, 3 x hehe


sy n hb sbaya tapi dlu2 nmpak mcm beza 10 thn je usia kami coz sy ni m=nmpak awek muda ngeh3x... dulu....tp skrg tak lgi...kami dh s iring nmpak tua bsama huhu

Dinas Aldi said...

Wahhh beza umur akak dengan suami adalah lebih kurang sama dengan beza umur mak saya & arwah bapak. Dema berdua sangat bahagia & saya doakan akak pun begitu jugak :)

Sungguh ayu pengantin muda itu, siap ada pose tertunduk malu lagi, fewit!

Ros said...

Salam Aidah,

Amboi ayunya penganti tu ya Aidah....tersipu sipu malu pulak dia....he.he.he...

Tapi sesekali kak Ros tengok tu...,macam kena kahwin paksa ja nih....he.he.he...

Jarak umur ni tak jadi masaalahnya kan Aidah,yang pentingnya keserasian dan kebahagiaannya tu......

Murni Alfathunnisa said...

Adeh..moli...jangan nak ngada...dosa tauuu..sumbang mahram...harommmm tu...hakhak. nanti kite carikan pengantin lelaki utk moli...nak tak moli...hensem wooo...

lawak la baca cerita akak ni..tu yg suka mai sini..haha..

and tq for the info...pernah gak baca pasal tu...tapi dah ingat-ingat lupa..hari ni refresh balik.

Naz said...

Milo nak dapat menantu dah ea..hehe

Iz said...

wah lagu tema taknak kalah dengan Lisa Surihani punya wedding. Tapi ni Molihani. Hahhah.

Dulu masa Hime 5 bulan, dia dah start menonggeng-nonggeng. Bunyik halussss je. Takde meow gatal ke apa. Rupanya dia silent heat! Nasib baik la saya perasan & esoknya terus gi spay.. Risau gak sbb petang2 bebudak ni main kat laman rumah. Sedar-sedar kang Hime mengandung anak luar nikah pulak kang. Hui.