Pages

Tuesday, 15 May 2012

Member baru

 

 

 

085                                                TOULOUSE

 

049                                                   O' MALLEY

 

Comel kan. Tapi bukan akak punye. Akak kan dah tak de kuota lagi. Husband akak dah warning siap2. Tak kiralah macamana kiut pun, dah tak boleh lagi amik yang baru.

Makanya ini adalah mak akak punye kat kampung. Biasalah rumah mak akak tu memang tempat orang buang kucing. Biasanya yang dibuang ialah ibu2 mengandung yang ada skandal sebelum nikah ni. Selang sebulan dibuang mesti terberanak kat rumah mak akak. Sebelum ni ada jugak seekor ibu muda mengandung macam ni tapi tak sempat beranak. Satu pagi tu tengok dah mati dalam kebun. Badan dia luka2 kena gigit anjing liar agaknya.

 

026

Kali ni ibu muda ni selamat jugak beranak kat belakang akuarium rumah mak akak. Masa memula beranak tu, 3 ekor yang keluar. Lepas tu si Bibik masukkan dalam kotak tepi mesin basuh tu. Entah macamana suatu hari tu, yang belang mati mengeras je. Yang putih tu pulak hilang entah kemana. Malam sebelum tu pulak memang ada kejadian ribut kat rumah mak akak. Kawasan kotak anak kucing tu tak pulak basah tapi anak dia tinggal sekor je. Tak tahulah apa citer sebenar.

 

024

Belum sempat daftar nama lagi dah arwah.

 

025

 Tapi yang putih ni panjang umur. 2 hari lepas kejadian ribut tu, Puan Alang jumpa balik tapi kotor berlumpur kaki dan badan dia.

 

043

Maka campur dengan 3 ekor yang sedia ada, dah bertambahlah bilangan kucing mak kepada 5 ekor. Dan mak kucing ni entah kemana perginya. Last sekali akak nampak dia dengan boifren baru tengah bersenggama di tengah jalan. Memang buruk betul akhlaknya. Patutlah kena buang daerah.

 

038

Tinggallah si Toulouse dan O'Malley ni dibela oleh deddi angkatnya Encik Wahau. Kelakar kan nama kucing mak akak. Kalau tiba ilham mat saleh tu kemain lagi nama Toulouse lah, O' Malleylah. Kalau ilham kampung tu yang datang dalam kepala, haa, amek sekali. Keluar pulak nama Wahau dan ada sekor lagi tu lagi best, Kerumun namanya. Tapi sekarang ni memang meriahlah kat rumah mak akak. Mak akak, kak wok pun asik gelak je tengok telatah anak kucing tu dgn deddi yang ala2 gerabak keretapi ni. Sekali dia turun sheikh nak bergurau, hilang anak2 dia bawah perut tu.

 

045 

Semua orang happy je dgn member baru ni kecuali Puteri Peah ni. Kemain menggarang lagi dia. Setiap kali balik kampung sibuk menyembur je bila mak akak bawak tidur. Marah betul dia. Ni dah dua hari balik KL, marah pun tak reda lagi. Deddi Milo pun kena sembur jugak. Tak tahulah macamana nak bagi dia cool down. Tak boleh biarkan ni. Takut kena darah tinggi pulak Puteri Peah ni. Sape yang susah? Deddiiiiiii jugak.....

16 comments:

Suara Kalbu said...

Ohhhhhhhhhhhhhhhhh...shomelnya toulouse.. meh cini ibu peluk cikit

TopsyTurvyMum said...

Hahaha..suka betul nama2 kucing mak akak. Tak menahan nama kokesen pun ada.
Puteri Peah tuuu hadoii!

Nota Cikgu Anum said...

sgt mensomel. anak2 sy dah tersgt aktif. abis blkg encik bebi kena cakar. lari xde brek. cume tu la bdn x naik2. ke sebab kuat sgt bersenam ye.

Iz said...

amboi nama kemain lagi Toulouse. Sebutnya TULUS ke kak? hehehe.. comel la anak2 kucing. Tapi saya paling ngeri nak bela anak kucing. Masa kekenit tu kecik, saya harap sangat semua cepat besar. Sbb masa kecik ni senang je kena penyakit. Cirit la, apa la, vaccine la. Skrg dah besar, lega.. hehehe

tunfatimah said...

at last....i've beeen waiting for new post....ghindu kat Milo...tengok2 ada lak citer sikenit2 yg comel.....nama glamour tu.....cute betul la u all. Moli tu bukan apa, tergugat la tu ada yg lebih kecik dari dia, nanti attention kureng.....hugs n kisses to Milo ye......kene tengok psot lama tengok muka dia......hehehe

Aidah said...

Suara Kalbu
Tengah sedap buat main ni ida. Keje dia asik bergurau je 2 beradik. Nak pegang kemain susah.

TTM,
Memang ada 2 tema kucing2 rumah mak akak ni. Tema omputih tu lebihlah sikit glamernya. Tema kampung tu sabar je lah.

Cikgu Anum,
Tengah aktif ya. Memang kalau fasa kuat bergurau tu macam kaktus bergerak. Calar balarlah kita dibuatnya. Hehehe.

Iz,
Betullah Iz. Akak serik betul dgn si Micki ni. Susahnya nak jaga. Semalam baru masuk wad. Dah 5 kali ulang alik sepital. Semalam tu kes buntut berdarah pulak. Kena buat enema pulak bagi flush out najis yang dah stuck tu. Aduuiiiyaii.

tunfatimah,
Hehehe. Semenjak 2 menjak ni memang lembap betul mengupdate. Terimakasihlah sudi datang jengah. Atuk Milo tu tengah berehat, baru balik dari kampung. Macamlah dia tukang bawak kete. Penat kemain lagi.

Nini D.. said...

nama udah upgarade ke kak?...Puteri Peah?..sesuaiiii..!!!
kak,...Wahau dah semakin kacak la...tetiba bak tukar bakal menantu pulak.hahahahha..nnti tanya dobot,..dia setuju x?

Aidah said...

Camtu lah gamaknye. Juling mata pegawai pendaftar nak tulis nama tu lam surat beranak Kihkihkih.
Hamboiii bakal mak mertua. Dah beralih pulak citarasa ya. Tak pe. Wahau pun jalan jugak. Kurang sikit moodynya dari atuk. Umur pun tahap pak cik lah, tak tua sangat. Kalau buat gulai pun sedang eloklah dagingnya, tak macam atuk kena rebus 2 jam baru empuk. Tetiba...Kahkahkah.

Dinas Aldi said...

Fulamak, Toulouse ada, O'Malley ada, muka pun dah macam omputeh gitu, gevu!

Yg mata biru tu cantiknya tapi sayang dah arwah..

Err takut tengok Puteri Peah menyeringai tu..

Acik Erna said...

he he..seronok baca..tapi betul 2 comel la aidah.

Aidah said...

Dinas,
Sekali sekala nak gak nama omputih. Hahaha. Puteri Peah tu memang terlampau garang. Bila tangkap gamba memang serupa itu ja raut wajah. Tak pernah manis.

Achik,
Memang comel dan rasa macam nak angkut bawak balik KL tapi asben dah jeling tak bagi. Huhuhu.

Akma_cikyong said...

hamboi!nama sgt vevabum orang putih gituwww~~kihkih
serem lah tgok muka si peah 2,haha marah kot kak cz disunatkan??2 yg dok menyeringai kemain muka dia..hihi

Naz said...

apa la Moli ni..asyik nak marah je..kedut bulu muka nanti..

siti murni said...

Hehe....amvoi2...nama2 kucing mak akak tu very the perancis lah! suka!

sesuai dengan rupa fizikal..mulus, gevus gitu....yang putih tu nampak innocent sangat..jantan ke betina tu kak...?kalau betina..jaga2 lah..gevu sangat tu..kang termengandung luar nikah lagi.....naya je...haha

So Shy Lady (SSL) said...

oloh ni touching neh.... ssl dulu ponpnah ada 3eko meow sbijik cam 3 baby tuh - nm bubu, putih n moyen tp smua hanya tinggl knangn sob sob sob


syoknya klau dpt gesel kaki kat en wahau neh heheh

Irfa said...

eeeeeeeeeeeee geramnya.comel2.tapi kan kak.ada jiran bela kucing..comel jugak.asal kami balik keje mestid ai datang umah nak gesel2..yg pelik dulu si kenit saya tu cukup kucing.skrg asal nampak je kucing tu dia cakap 'eow..angan asuk..umie..akut'
(meow.jangan masuk.umie,takut)
salah saya ke?hehe