Pages

Tuesday, 8 May 2012

Duda beranak dua

 

 

Mintak mahaaaaplah banyak2 pada semua yang baca blog akak. Kapla otak akak ni lembap na seminggu dua ni. Tak tahulah apesal. Dah banyak kali dah akak cakap dgn anak akak untuk stop writing for a while. Badan pun selalu tak sihat. Kadang2 pagi2 sihat, tetiba petang meragam pulak sakit sana sinun. Tapi akak tetap jugak pergi melawat kengkawan yang mana sempat. Cuma kalau badan tak sihat sangat tak de lah akak berjalan kemana2. Lap top pun tak on camana nak gi jalan kan.

Hari ni akak nak citer tentang duda anak dua ni yang sentiasa hot di pasaran.

 

016 

Walaupun dah pencen dan ada anak dua tapi masih encem. Tapi susah jadi duda dan kena jaga anak dua ekor secara tiba2. Dahlah selama ni dia anak tunggal. Kalau ada adik beradik, ipar duai ke taklah kekok sangat kan.

 

056

Anak dua ekor ni pulak pantang berjumpa. Asik nak bercakar je. Mula2 nampak macam bergurau tapi si Moli tu siap sembur2 lagi kalau Micki tu dekat dgn dia. Micki dah elok daripada masalah kurap dia tu. Kalau dulu banyak part2 yang botak kat badan dia. Sekarang ni dah tumbuh bulu balik. Yang hitam comot kat muka dia tu bukan natural beauty tau. Tapi krim kulat tu yang macam opposite fair and lovely pulak. Letak krim tu je jadi macam comot hitam tetiba. Bila dimandi dan disental, pink balik hidung dan muka dia tu.

 

028

Dah diasingkan pun tetap nak bercakaran jugak. Selalunya Moli lah yang tak ada semangat kesukanan. Asik nak menyembur marah je terutama kalau Micki kejar dia laju2. Dahlah awak tu belum habis pantang. janganlah nak cepat marah kan. Kang kalau gila meroyan, sape susah? Deddiiiiiiii jugak.

 

015

Haa inilah dia bukti Moli ni kemain melasak lagi dan cukup payah nak jaga sepanjang berpantang ni. Riben kat perut tu pun dah terburai. Hari tu dah elok doktor tu buat cross stitch. Akak nak gunting tapi husband akak tak bagi. so biarkan je lah. Jangan tersangkut kat carpet cukup.

 

024

Duduk dalam carrier ni yang terbaik untuk dia. Siap merayu2 lagi kat deddi suruh bukak. Tapi deddi tu, akak pujilah. Tough love sangat method dia. *tangan ke dada mata ke atas* Hahahaha.

 

004

Macam baguuuuus je citer duda ni kan. Macamlah dia hands on sangat bab jaga anak. Padahal bagi kat bibik je untuk uruskan. Hehehe. Dia tahu tidur 24 jam dan makan makanan diet dia tu bermangkuk2.

Dan semalam jahitan Moli dah terbukak semuanya. Tinggallah kawasan botak yang tak berapa cantik tu kat perut dia. Turun saham anak dara duda ni. Susah nak cari menantu nanti. Hahaha. Sape yang susah sekarang? Deddiiiiii jugak.

14 comments:

Nini D.. said...

takpe dedi...anak dara tak laku takpe asalkan dedi laku di mata dobott!...

gile ah kak...tengok jahitan si moli terus terhengat jahitan kat perot nin masa bersalinkan dobot..rasa mcm nk suruh doktor tu buat jahitan sembat aje kat perot..hahahaha

mama maman aka yana said...

mmg ganteng.. :)

Aidah said...

Nini,
Alhamdulillah masih naik saham di mata Dobot. Hahaha. Nini dulu operate ke? Akak punya sis dulu pun operate jugak masa lahirkan kedua2 anaknya. Memang kesian tengok. Siap ada complication lagi lepas tu.

Yana,
Kok gue yang gendut ini dibilang ganteng. Makasih buk. Hihihi.

Suara Kalbu said...

Duda pun dudalah Milo...

Yang penting awak memang kacak...

Iz said...

Sabar la ye kak. Nak train kucing calico ni memang tough sikit. Kuat jeles. Aoi tu dah setahun hidup bersama adik2nya, still tak suka kalau depa cuba nak bergurau senda. Hissing aje.

Akma_cikyong said...

kak,hamboi-hamboi deddi..
jentik peyut 2 nanti..haha suka taw posing gmbar2 hot n spicy..haha
kak,ngilu lah plak ase tgok jahitan si moli 2..hui..ngeri..ngeri..rela akma tgok ulat dri tgok jahitan 2..
hope micky cpt sembuh..xsabar nak tgok dia jdy heroin bersaing ngan si moli..hikhikhik

Naz said...

Cayalah duda terhangat..tinggi saham..deddy mithali lagi tu

hmylieen said...

deddi milo tetap maintain hensen eventho kena jaga anak2...heheheh gevammmmmmmmmmm ngan dia!argghhh rasa nak geget2jer telinga dia tu...

Aidah said...

Suara Kalbu,
Bukan dia tukang beranak, tulah pasal mantain hensem. Hahaha.

Iz,
Memanglah Iz. Lain macam betul garang si Moli ni. Tak macam Milo masa kecik dulu. Macamlah dia jelita sangat, tak layak nak kawan dgn si comot Micki tuh. Perasan tau.

Akma,
Hah? Akma lagi rela tengok ulat? Nak pergi mancinglah tu. Hahaha. Saje akak melawak. Akak pun ngeri jugak mula2.

Naz,
Saham tinggi pun tak guna jugak Naz sebab tak boleh pakai pun itu kejantanan. Hihihi.

siti murni said...

Ouch..ngeri pulak tengok 'cross stitch' kat perut moli yang hampir terburai 'riben' nya tu...nasib baik dah tanggal kan..mcm akak kata..bimbang sangkut kat carpet.

anyway...wajah deddi memang sentiasa dirindukan..nasib baik akak buat entry hari ni..terubat sikit kegusaran hati saya ni...haha...

TopsyTurvyMum said...

Kejap je dudanya tu nanti :D
Ngeri tengok benang kat perut moli tu. Macam terasa2 benang kat gusi hari tu:)

fadz said...

hi kak aidah,
wahh bukan main lagi daddy sekarang.. dah macam2 tugas kena pikul... hehehe... owh micki dah balik.. adoiyaii kenapa laa si moli tu buas bebenor? habis jahitan terburai... ermm che puteh kucing kami tu pun buas gak lepas kena spay.. ermmm agaknya apa laa ubat ke benda yg doktor pakai lepas operate tu?? bukan main buas lagi.. habis sarung sora rosak kena cakar... tak pasal2 nk kena keluar budget beli baru... owh ye... nak bagitau kami ada anak kucing baru.. che puteh jadi nenek lagi sekali.. hehe lagi laa dia tension pasal saham dia jatuh... hahaha

Irfa said...

sapa jadi bibik?akak la kan?hehe

molliesa said...

ish ish...nape kucing tu same name ngan saye.... -_-"