Pages

Friday, 25 May 2012

Cuti jap....

 

 

 

 

050

Cuti sekolah 2 minggu kan. Nak bercuti kemana ya? Hah! Tak de maknanya akak nak bercuti sakan. Kat atas tu beg anak akak si Farah. Dah siap2 nak pergi belajar lagi dan buat pertama kalinya berjauhan dari mak ayah.

Rumah akak ni macam tongkang pecah dibuatnya. Kemas barang macam nak merantau jauh bertahun2. Padahal atas sikit je dari Shah Alam.

 

029

Kat sinilah tempat belajar dia nanti. Puncak Alam namanya. Anak akak dapat tawaran masuk program asasi sains setahun di sini. Alhamdulillah.

Nampak tak kat sebelah sudut kiri bawah dalam gambar tu. Ha, itu adalah anak tangga kemain tinggi yang bawah sikit je dari tangga batu caves. Punyalah tinggi, 214 anak tangga tuu. Ini gambar yang akak amik masa pergi jalan kat sini minggu lepas. Maklumlah bukan ada gps. Kalau hari pendaftaran baru nak tercari2 tempat, kompom ada orang meroyan nanti.

 

026

Akak tak pernah nampak lagi tangga setinggi ni kat mana2 kecuali batu caves lah. Sekali turun naik je dah cukup kardio. Itu untuk orang sihatlah. Kalau akak ni sampai ke bawah je alamat tercabut kepala lutut. Barang lama kan. Spare part pun dah tak jual lagi. Nak servis pun dah tak boleh lagi dah. Siap ada warning kat tepi tu, untuk siapa yang ada penyakit jantung, athma dan sebagainya dinasihatkan naik bas. Tapi masalahnya bas sejam sekali. Nak tak nak, tangga ni lah jadi pilihan untuk pergi lecture tiap hari.

Dari hari dia dapat tawaran tu, akak kemain sibuk lagi menyiapkan semua barang dia. Duit pun kemain sibuk lagi nak keluar dari purse. Berlumba2, berebut2 nak keluar.

Bila dah beli barang, sibuk pulak nak tulis nama bagai. Kalau tak nanti, tak pasal2 akak menjawat jawatan lama, stokis alatan sekolah. Masa anak sekolah rendah dulu, itulah jawatan akak. Tiap minggu nak kena supply pemadam, pembaris, pengasah pensil dan segala adik beradiknya. Manjang hilang. Yang paling laris ialah pemadam. Sampai rasa macam nak bagi dia getah ikat tu je, gumpal2kan buat pemadam. Penat tau, nak memenuhi permintaan pelanggan yang tak membayar ni. Lama2 akak niat sedekah je lah.

 

035   036

Antara yang dibawak ialah reading light yang ganas ni. Ganas kan. Siap berdarah telinga, calar balar muka. Kat kedai tu, ini je lah satu2 nya yang working. Yang lain harap rupa je kiut tapi tak boleh on.

 

042

Cam ni lah rupanya setelah di make over. Gasaklah kan. At least comot dan bukan ganas. Dan yang paling penting lampu menyala bila dah caj.

 

 

056

Iron dia pun akak make over sekali satu pakej. Siap buat bibir angelina jolie lagi. Taik lalat tu bonus, free of charge.

Sibuk betul akak kan. Ha ah, ya lah tu. Sibuk buat kerja tah hape2. Tapi memang betul, banyak kerja nak diselesaikan terutama bab dokumen2 yang perlu di isi, matikan stem dan macam2 atuk nenek lagi.

Jadinya akak nak buat pengumuman penting sikit hari ni.

 

001                            Gambar hiasan yang tak de kena mengena dgn pengumuman.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya sebagai penyimpan kunci pagar rumah kak wok,  mengisytiharkan bahawasanya pada hari ini pada tarikh 25 haribulan Mei pada tahun 2012, ilham untuk terus memblog tidak kelihatan. Maka tarikh untuk saya bercuti jatuh pada hari esok bersamaan 26 haribulan Mei pada tahun 2012. Sekian terima kasih.

 

Akak nak amik cuti kejap ya. Alah barang seminggu dua je. Tapi tak tentu jugak. Tetiba kalau ada berita hangat, boleh je memblog balik. Maklumlah tema blog akak ni pun 'sesuka hati riang ria sendirian berhad' kan. 

 

003

  Ada rezeki kita jumpa lagi ya. Sebelum akak cuti, nak jugak atuk ni enterfrem bergambar dgn handbag akak yang makin kempis. Hihihi.

 

P/S   Bila ada kelapangan dan kesihatan mengizinkan, akak akan tetap jalan2 ke rumah kawan2 untuk bergossip2 manje ok.

18 comments:

Zulfadly said...

Uitm memang terkenal dengan tangga yg banyak, dekat main campus pon ada tangga batu cave jugak

Suara Kalbu said...

Waaaaaaaaaaaaaaahhh.. teringat zaman dulu-dulu masa nak gi matriks. Mak saya pun sibuk sampai siap bangun pagi masak nak bagi bekal masa hari pendaftaran. Maklumlah 18 tahun tak pernah duduk berjauhan tetiba saya dapat offer kat KL so dari Pahang nak kena duduk KL sorang2 takde sedara mara.

Time abis daftar, salam dgn mak ayah sebab diorang nak balik dah la.. tetiba je mak nangis stok tak ingat punya. Masa tu pulak mana ada handphone bagai...so tiap hari keje saya ni kan cari public phone sebab nak call mak ngadu itu ini sampaila habis satu semester hihihihihihi

Selamat menempuh hidup baru ye Farah. Tak jauh pun Puncak Alam tu so mak dia jangan cengeng ya hihihi. Anytime leh start kete pegi jenguk

mama maman aka yana said...

cumil iron dia.... Hehe

Aidah said...

Zulfadly,
Ye ke? Patutlah masing2 selim melim je, akak tengok. Cukup exercise. Hehehe.

Suara Kalbu,
Macam tahu2 je maknya yang terlebih cengeng dari anak. Hihihi. Sebelum ni memang tak bagi pun dia skolah asrama sebab tak nak berenggang. Kali ni tak de pilihan, terpaksalah akak berkorban. Sunyi. Huhuhu.

Yana,
Memang beli yang cumil je supaya harga pun cumil. Hihihi.

Akma_cikyong said...

selamat menempuh alam baru yer farah..be strong to face everything di alam matriks 2..gud luck in your life!caiyok!caiyok!
waaa..semangat sungguh tangga 2 kan..klau nak p exercise buleh x??hikhik

Nini D.. said...

kak..jgn cuti lama sgt tau..nanti daku kerinduan akan tulisan comelmu...
atok,..takkan takde flying kiss sikit utk gepren kat sini?...meroyan dah tu~

Acik Erna said...

salam Aidah..baik punya posing ngan beg tu..jadi tak nampak la beg tu kempis..he he

Naz said...

daftarkan atuk tu sekali..boleh dia main2 tangga sementara farah pegi kelas..

hmylieen said...

akakkk, semoga sihat selalu...tapi yg tambah sihat ialah dak milo gebusss jer....tambah gerammmm saya. tahniah utk anak akak dpt further studies & gud luck utk dia.

Dinas Aldi said...

Farah, selamat melanjutkan pelajaran, belajar rajin2 yeh! Dan selamat panjat tangga! Hehe..Takpa, muda lagi mesti cergas naik turun tangga tu :D

Kak Aidah take care naa :)

akusucikaukeji said...

Akak ni comella..iron pun nak make over dengan bibir seksi tu..

tunfatimah said...

aduss...cuti lagi...punya nak tgk si milo n the gang , everyday cek...cuti lagi. Tak pela as long as u olls suma sihat n happy alhamdulillah.Salams utk all the best for farah....n again 'hugsnkissesketat2' for milo...n the gang. U take care Aidah

siti murni said...

Tengok gambar luggage pun dah boleh agak, ni bukan mak farah punya ni...ni farah punya..hehe..good luck untuk farah, selamat menempuh alam kampus. Kita serupa tau, farah..chaiyoook!

Akak...jangan nak cuti ber'blogging' lelama yer....boring tau kalau takde entry akak...huhu..

Iz said...

Wowww... siap ada taik lalat free lagi kat sebelah bibir angelina jolie haha. Nasib baiklah saya dulu UiTM Jengka je. Takde la banyak sangat anak tangga kecuali dekat hostel. Tu pun tiga tingkat je dah surrender. Kalau dah duduk dlm bilik, if takde kelas memang malasssss nak turun. Bertapa la ko dlm bilik tu. Beli makanan pun kena ikut turn sebab malas punya pasal. Haha

Dinas Aldi said...

Rindu kak Aidah :)

souled_oUt said...

alamak kak rindunyaaa dengan milo and moli.. sorilah saya pun dh lama tak tinggalkan komen kat blog akak ni sbb bz dgn keje..

haritu bukan farah dpt offer blaja kat perak ke? uitm mmg terkenal dgn bukit bukau nyer.. kalau kat main campus tu lgla.. mmg semput esp kalau kelas kat menara.. tp dulu2 kitorg mmg slim river sbb hari2 exercise jln kaki kan..

farah dh xde.. siapa yg amik alih tugas cebok milo n cuci kaki + tangan kalau dh pergi toilet? hehe.. gamba yg first skali dlm entry ni comel je tgk dia terlentok kat atas katil sebelah beg..

Nini D.. said...

rindu btol dgn bakal menantu den nih.....

makchaq said...

Salam kenal

Banyaknya tangga.. kalau makchaq kena bawak bekal, berhenti 4 5 kali makan minum baru sampai atas kot..

Selamat menempuh hidup baru untuk Farah..