Pages

Wednesday, 9 May 2012

From Taiping with lep....

 

 

Semalam teruk betul akak kena  gastrik. Alhamdulillah dapat jugak tidur bila dah telan ubat. Sweecon syrup tak jalan, kena jugak ambil x'tac sebiji. Lepas tu pukul 4.30 am dah terjaga. Sakit perut lagi. Akak ke dapur buat quacker oat. Lepas tu telan ubat sekali lagi.

So far alhamdulillah lega rasanya, tak sakit lagi. Sikit2 rasa pedih tu, adatlah kan.  Tapi baru kejap tadi hilang kejap rasa pedih tu.

 

 004

Akak dapat ole-ole istimewa dari Taiping ni. Sukeee.....tapi ada sikit terharulah. Ingat jugak  Nini nak bagi akak vitamin ya. Terima kasihlah bobanyak . Akak ni kan selalu je dapat ole2 dari kengkawan blog tau. Nak balas dah tak reti. Dulu mak pesan kalau mak cik nab sebelah rumah tu bagi lauk, jangan hantar balik pinggan kosong kat dia. Masukkanlah lauk yang kita masak pulak. Kalau dah pemalas lipas nak masak, paling kurang bagilah pisang sesikat ke kan.

Masalahnya akak ni, masa masuk kelas cara2 buat blog dulu, bila masuk je topik cara2 nak menghantar barang, akak TERponteng kelas lah pulak. Nak repeat subjek tu dah segan. Hahaha. Tapi memang betul akak akan belajar camana nak hantar barang ya. Arah nak pergi pejabat pos dah tahu, tinggal lagi nak keluarkan emas 20 kg dalam mulut ni, nak tanya kat orang pejabat pos yang ala2 suam2 kuku tu camana nak buat penghantaran. Malulah pulak sebab kompom dia pandang akak pelik nanti sebab benda simple pun tak reti. Hehehe.

 

 

009

Tak menyempat Milo mengambik keychain tu buat subang dia. Macam bikers yang bawak motor Harleylah konon nak bersubang bagai. Tinggal nak cari leather jacket je lagi nih. Muka yang macam atuk boroi tu dah kira sesuai sangat dah.

Tapi tadi ketiga2 kucing akak pakat cium2 semua barang yang akak dapat tu, sampai sarung plastik tu pun nak dijilatnya. Akak belek jugak, kot2 ada bulu Dobot ke kan. Tapi tak de pulak. Frust Milo. Eh, nanti cincin tanda akak main pos je, boleh tak. Kemungkinan besar tak jadi ke Gopeng. Dapat tawaran lain pulak. Akak dah terbayang2 to gether2 dgn Nini makan2 di Jusco Ipoh. Lain kali, lain tempat, ada rezeki kita jumpa ya.

6 comments:

Akma_cikyong said...

wah!somart lah atok kalau naik motor harley pkai jacket!hahaha dpt bayangkan sudeeeehhhh~~

siti murni said...

Ramai blogger yang dapat ole2 ya lately..:) alhamdulillah...memang ensem atuk milo dgn subang ala rockers naik harley gitu!

nape tk jadi ke gopeng? anak akak dapat offer tempat lain yer..?

Nota Cikgu Anum said...

comey sungguh atuk dabelcin ni. sy tgk bulu moli dh berkilat. anak2 sy ni makan sikit sgt dryfood dorg tuh. ari mggu aritu sy rebus ayam. mkn sgt. pastu dah 3 ari ni, dorg x pandang dryfood. ssh ati betoi

Dinas Aldi said...

Akak sangat2 disayangi okeh :)

Saya masa nak menghantar barang haritu pun terkial2 jugak kak, kehkeh! Berapa kali tah saya berulang alik ke pejabat pos tu tapi puncanya sebab ada sebuah pejabat pos yg bagi silap informasi, kesian saya, huhu..

Nini D.. said...

sambil baca sambil senyum suka!
ala kak...takat vit dgn keychain sajor..
hopefully ada kesempatan kita utk berjumpa kan kak

~mrs azmi~ said...

samala macam budak2 kat rumah ni... pantang ada benda baru kat ruma.. depa yang sibuk nak cek dulu!