Pages

Wednesday, 2 May 2012

Dalam hari

 

 

Semalam adalah hari yang super panas. Dan akak pulak adalah super penat. Dari pagi pergi ke arah Kajang dan Bandar Baru Bangi mencari kedai baju kurung untuk anak akak. Si Farah tu bukannya banyak na koleksi baju kurung. Adalah selai dua dari hari raya tahun lepas. Pulak tu, badan kemain makmur sejak habis SPM ni. Maka kenalah mencari baju kurung utk dia pergi lecture nanti.

Setiap kali masuk kedai, akak berdoa je mintak2 ada aircondlaaah kedai ni. Tah kenapa sejak akhir2 ni akak cukup tak tahan dgn kepanasan melampau ni. Manjang nak pitam je. Tak tahulah kot simptom nak expired ke apa kan. Mak akak dulu expired masa umur dia dalam 48 macam tu. Patutnya akak ni adalah masa lebih kurang 5 tahun lagi kot. Tapi tak kisahlah tu, harap2 akak sihat je walaupun dah expired nanti.

Setelah keluar masuk 5 buah kedai di seksyen yang berlainan kat Bandar Baru Bangi tu, dapatlah kami 6 pasang baju kurung yang harganya agak berpatutan. Yang penting kain adalah bukan cotton supaya senang kering lepas basuh dan tak payah gosok. Sangat penting tu sebab Farah ni amatlah rugged orangnya walaupun macam pompuan pemalu gitu. Kalau keluar rumah tu, main pakai je jaket jeans lusuh tu dgn baju kelawar. Lepas tu sarung tudung awning yang kalernya memang sah2 tak masuk dgn baju kelawar dan jaket. Kalau sekali pandang memang tak ubah macam bibik indon rumah mak. Kalau dua kali pandang, bibik indon lagi bergaya daripada dia. Aduhaiii...anakku.

Lepas dah selesai tu akak ke Klinik Haiwan Mesra pulak utk bawak balik Moli.

025

 Ngeri jugak akak tengok perut Moli tu. Ngilu. Maklumlah sebelum ni akak tak de kucing betina. Ini kira first time hantar kucing betina spay.  Doktor suruh kurung 2 minggu supaya dia tak melompat2. Nanti takut jahitan tu terbukak pulak. Jilat lagilah tak boleh. Camana ni? Akak memang tak de sangkar lain. Sangkar satu je, itupun utk quarantine si Micki yang berkurap tu.

002

  Last2 akak beli carrier gedabak paling besar kat kedai tu. Boleh gak guna angkut atuk balik kampung nanti.

 

044

  Letih je si Moli ni masa mula bawak balik tu. Yang paling kelakar bunyi meow dia tu. Tetiba macam halus merdu ala2 kucing ayu terakhirlah. Apasal pulak ni. Agaknya hormon dah jadi tak seimbang kot. Yang si 'confinement lady' aka atuk kat sebelah tu pun sibuk jugak. Konon macam jaga anak dia lah tu.

 

041

Kejap2 dia bangun jilat anak dia macam gaya2 mak bidan mengurut orang dalam pantang. Akak tengok makin hari makin hilang kejantanan Milo ni tau. Aduuiyaaaainyer pun...apalah nak jadi Milo.

 

056

Malam2 suruh dia tidur dalam carrier ni. Senang nak kawal. Kalau tak nanti siap terlompat2 terkinja2 dia dgn atuk tu. Maklumlah dah 3 hari tak ketemu.

 

 

060 

Siang2 pakai leash, malam2 pakaikan baju ni supaya dia tak jilat tempat jahit tu. Baju tu kan sebenarnya akak beli romper baby yang newborn tu. Alah.. yang jual lambak RM5 satu kat Reject Shop tu. Lepas tu Farah jahitlah sikit kat lengan dan badan tu bagi muat sarung kat Moli. Dah anak ramai, kenalah pandai2 jimat kan. Hehehe. Baju baru tak yah beli sekarang sebab dia akan membesar cepat...rugi lor.

Kemain selesa dia tidur kat dalam tu. Dah bukak pintu pun tak nak keluar. Macam wad first class pulak.

062

Pagi tadi amah ni masuk nak bersihkan wad first class Moli. (hari ni memang banyak sikit watak dia ni. Amah, mak bidan, atuk semua kasi taruk! Hahaha)

 

068

Tiba2 dia yang baring kat situ tak nak keluar. Siap marah lagi masa nak tarik kaki dia tu.

Haiyaa Milo. Lu lupa ka? Lu sulah lama potong itu tulur ma! Lu mana ada sakit! Kasi itu opelet punya budak titunlah! Lai, lai, sei fan. (makaaaan lagi)

23 comments:

Iz said...

wow, carrier kita sama laa!! hehe. Alhamdulillah selamat dah Moli. Saya ni, 4 ekor kucing betina kak oiii.. bayangkan la bape kali saya jadi confinement lady. Sebab kucing jantan saya takde yang volunteer nak jadi confinement lady mcm si Milo ni, hehe. Terpaksa la kakaknye ni ha yang bersilat bagi makan ubat, cuci luka. Takpe Moli, ada mama yang awesome macam ni, konfem 2 minggu curfew tu umpama 2 minggu holiday dalam hotel first class, hehehe. Get well soon baby

mama maman aka yana said...

takut tgk jahitan dia.. siannya la..

Aidah said...

Iz,
Memang penat gak jaga kucing betina dari jantan. Milo tu harap menepek je muka kat tepi katil tu. Modal dia air liur je pun. Bape sen sangat. Hahaha.

Yana,
Ha ah. Kesian gak akak tengok Kadang2 nampak macam sakit je.

TopsyTurvyMum said...

Haha..macam2 kisah tucen2 akak ni yer, asyik betul membaca:)
thanks kak link tu, nanti saya study(cehh study tuh)

Acik Erna said...

salam aidah..senangnya dia jahit.silang pangkah je..
tapi tak pe la dapat dok firt class..he he

Akma_cikyong said...

eeeuuu..ngerinyer kak tgok jahitan 2..huhu
akma xsanggup nak membayangkan bila kucing kene jahit 2..huhu kucing kat umah nie dok biar jer dia nak beranak ke ape..huhu xsanggup nak ptong2..cuma kawal lah kucing boboi 2 dari berleluasa..kahkahkah

*milo sgt ober aksi!hahaha

Aidah said...

TTM.
Tak sabar akak nak tengok mahligai baru. Agak2 brape tingkat? Swimming pool pun kena ada tau. Hehehe.

Achik Erna,
Alaikumsalam. Ha ah. Macam lebih kurang cross stitch je. Nasib baik benang tanggal sendiri.

Akma,
Ngeri, ngilu semua akak terasa, dik. Akak ni spay kan dia sebab nak bagi dia lebih sihat jiwa raga. Kat rumah ni yang jantan macam tak de perasaan sejak dah mandul. Kang merana pulak batin Moli. Hahaha.

Suara Kalbu said...

Milo ni patut dapat anugerah Bapa Mithali gituuuuu.....

Sweet jer diorang ni kan kak ?

Cepat sembuh ya Moli.

Naz said...

bgus Milo jaga Moli..asal benda baru semua dia nak cuba..

Aidah said...

Suara Kalbu,
Memang patutnya dah lama dapat anugerah tapi akak tak tempah2 lagi trofi tu. Hihihi.

Naz,
Dia mana boleh kurang dari anak dia. Maklumlah kucing paling atuk sekali dalam rumah ni. Hahaha.

Dinas Aldi said...

Fulamak cantikla carrier tuh! Bertuah sungguh Milo, Moli & Micki, sangat2 disayangi.

Ngeri jugak tengok jahitan Moli tu..aisehh..ngilu pulak rasanya..

Nota Cikgu Anum said...

ank2 ni mkn RC for kitten tu. tp keras gak kn. sy try tumbuk dgn lesung batu x lut. kdg2 bg gak RC yg wetfood tu. mak ai comot gilos. bulat jer kt mulut. dh try sental, kuat lekat nye. dh x comel anak2 ai :)

Aidah said...

Dinas,
Betul Dinas. Akak memula tengok tu ngilu betul. Nak angkat dia hati2 ja. Pas tu Moli ni kuat pulak menjerit. Ada sekor lagi kucing akak betina. Tak tahulah camane nanti.

Cikgu Anum,
Memang kalau bagi wetfood, kompom comot anak2 tu. Tapi kejap je. Nanti bila dah stop wetfood tak comot lagi. Tapi lagi satu keje cikgu, kena mandikan pulak dia, nak bagi hilang comot. Hehehe. Saya gelak sorang2 baca komen cikgu ni. Boleh bayangkan cikgu tak menang tangan dgn anak2 angkat baru ni. Rajin cikgu tumbuk dgn lesung makanan tu.

siti murni said...

fuhh..first class treatment utk moli yang tengah berpantang...kesian dia. tapi..saya tengok bed dia yg first class tu terus rasa nak tido...macam sedap je.

patut la si atuk a.k.a confinement lady tu nak menumpang dua kaki..hehe....atuk tu concern la tu..3 hari takde depan mata...

Aidah said...

Kan. Empuk semacam je bed tu tau. Atuk ni memang sangat risau. Asik bagi akak 'cold stare' je dari semalam. Nak tanya kami citer sebenar tak reti pulak.

So Shy Lady (SSL) said...

aduh jgn lasak2 ye, moli sib baik mak bidan aka amah pndai jaga hahaha
geram btul tngok bontot amah tu!

Nini D.. said...

kak...tetiba jadi cuak nak buat atok jadi menantu..ahkak pasti ke dia ni jantan?..mcm2 job dia sapu.dari confinemnet lady sampai ke tok bomoh..berapa persennn dapat nih?kikiki

Aidah said...

SSL,
Amah seksi tuuu. Tapi memang gigih jaga anak dia. Hahaha.

Nini,
Dah tu. Duit tabung tak cukup buat hantaran. Itulah habis semua job dia sapu. Nini kena tanya betul2 Dobot tau. Jangan tak jadi pulak. Sian atuk nih. Keje siang malam nak buat belanja kawin. Hahaha.

Keratosis_A said...

Salam kak wok, best baca blog akak. Kelakau org melaka kata. Semoga kak wok terus sihat dan menulis celoteh2 budak2 bertiga ni

hmylieen said...

kak aidah, rasa mcm nak gi melawat moli yg dlm hari tu dan jugak nak tgk dak debab milo!!hahhahaha

Teddy Akmal said...

saya baru hantar kucing saya gegerl untuk neuter..tapi dia x dijahit mcm moli ni dia pakai mcm gam ajer...dah 3 hari dah hope dia cepat sembuh

Dinas Aldi said...

Salam kak Aidah, semoga sihat2 selalu :)

Irfa said...

akak ni sgt kelakar tau