Pages

Sunday 7 August 2011

Perkara yang membatalkan puasa.

 

Kalau nak dengar tentang perkara2 yang membatalkan puasa yang tak pernah kita dengar, tanyalah pada budak yang baru nak belajar puasa. Memang macam-macam jawapan pelik yang kita akan dengar.

Kat rumah ni ada sorang budak 7 tahun yang dah 2 tahun tamat puasa sebulan tapiiii dia punya syarat sah puasa memang tak terikut dek kita ni. Si Muhammad Thaqif ni cakap perkara-perkara yang membatalkan puasa ialah:

1. Terkentut. Apa-apa yang keluar dari mana-mana lubang pada badan akan membatalkan puasa.

2. Menghabiskan air dalam kahak. Saya memang terperanjat besar bila dia cakap tu. Rupa2nya tekak bukan kahak. Ustazah dia cakap jangan asik nak telan air liur nanti batal puasa. Oooh barulah saya faham.

3. Korek hidung sendiri dan korek hidung orang lain. Yang korek hidung orang lain tu memang saya tak paham. Apalah nak cari penyakit pergi korek hidung orang lain.

4. Mandi lama-lama dalam bilik mandi. Hmmm...tapi tiap2 petang selama ada di kampung ni, saya tengok dia duduk dalam blik mandi kemain lama. Selagi tak disergah suruh keluar memang dia tak keluar. Camno tu Abang Thaqif ooi!

5. Memandang makanan diikuti dengan rasa lapar. Kalau tak bernafsu tengok makanan tu, tak pe. Tapi kalau meleleh air liur memang batal katanya.

6. Menangis dan membiarkan sahaja airmata masuk dalam mulut. Memang saje nak rasa airmata gamaknya.

7. Bersin dan membiarkan sahaja hingus masuk kedalam mulut. Samalah jugak kekdahnya dengan di atas.

8.Berak melebihi 30 minit. Dia cakap puasanya masih ok lagi sebab selalunya dia berak tak lebih 20 minit. Ustazah dia cakap, kalau duduk dalam bilik mandi lama-lama tu orang cakap minum air. (Ini kira kes syak wasangkalah ni)

 

Sekianlah panduan berpuasa dari sudut budak yang berumur 7 tahun. kalau ada informasi terkini akan saya update kemudian sebab budak ni memang cepat lupa. Bila teringat saje, dia akan call saya immediately. Lawak-lawak. Tapi bagi dia memang serius habis!! 

 

027 Cukup bersemangat dia berceramah tentang puasa hari tu. Walau macamana pun saya kagum dengannya yang sudah hampir hafal surah Yasin. Semoga anak saudara saya, Muhammad Thaqif ni akan jadi anak yang soleh dan berbakti pada kedua ibubapa satu hari nanti. Amin. 

2 comments:

Dinas Aldi said...

Adoihhhh lawakkk! Tapi masih menang cerita "itik bopoluh ayam pun bopoluh" tu lagi, kahkahkah!

Aidah said...

Dua beradik tu memang pak lawak di kampung. Anak-anak akak ni pulak suka melayan, macam-macamlah cerita yang keluar.