Pages

Friday 12 August 2011

Empukkah atau liat kekdah bangun sahur anda?

 

Awal2 Ramadhan dulu baik je memasing. Anak-anak senang nak kejut. Suami pun bila kita kejutkan, terus bangun je. Yang mak ni pulak bagus je memasak untuk sahur. Siap tukar2 menu setiap hari. Hari pertama-rendang ayam. Hari kedua-chicken chop. Hari ketiga nasi goreng cina. Hari keempat bistik. (yo yo oh je bunyinya). Dah habis makan sahur dengan muka manis berseri, sama2lah pulak membasuh pinggan di dapur.

Minggu kedua pulak, bolehlah diterima lagi. Bangun tidur pun setakat dua tiga kali teriak je nama memasing. Suami pun terus bangun bila dikejutkan tapi sambung tidur di sofa lah pulak. Yang mak ni pulak dah tak kuasa putar menu lagi, hanya panaskan lauk je dan masakkan nasi. Dah habis makan, pinggan mangkuk, sendiri pakai sendiri basuh. Masa ni, adalah kot yang mengimpikan makan dalam pinggan kertas je. Kalau boleh nak simpan bekas tapau nasi ayam semalam (memang dasat kreatif otak berfikir kalau dah malas). Lepas selesai bersahur, berlumba2 masuk tidur balik. Bila azan subuh, alarm memasing berlumba pulak berbunyi dengan azan.

Bila dah nak masuk minggu ketiga pulak?  Nak kejut anak2, punyalah susah. Sorang dah bangun, sorang lagi tidur balik. Bila kejut yang sorang tu, yang memula bangun tadi, tidur baliklah pulak. Itu ajelah keje si mak ini. Dok ulang alik mengejutkan seisi rumah.  Lama2 rambut serabai si mak ni dah macam hantu kak limahlah pulak. Yang si suami pun sama jugak. Tarik selimut lagi bila kita kejutkan. Bila dah bangun, duduk kat tepi katil tu, sambung lelap (sangat berkebolehan dalam seni tidur duduk ni). Lauk kat dapur tu pun tak kuasa nak hangatkan. Dah siap2 dipanaskan oleh si mak ni waktu sebelum tidur malam tadi (ye, mak juga diserang virus malas!). Muka masing2 sangatlah kelat bila makan sahur. Mata lelap. Itu yang kekadang nasi tersuap dalam lubang hidung. Ada pulak yang makan kat tepi katil je. Senang. Lepas makan, lap tangan pakai wet tissue dan terus rebah balik, sambung tidur. Uuuuuuuumak aiiiiiiiii! Dah masuk tahap kronik ni.

 

 

Apa pulak akan jadi di minggu terakhir Ramadhan nanti? Tak sanggup nak bayangkan.

 

 

Tapi kannn, satu hari nanti kita akan tidur panjang, tak bangun2 lagi. Dan sebelum waktu itu sampai, eloklah kita empukkan sikit bab bangun tidur ni (kamus akak cakap, perkataan berlawan liat ialah empuk). Tidur pun biarlah ala kadar je di bulan Ramadhan ni, kumpul pahala bebanyak. Nanti kita boleh bersara dengan nyaman dan selesa di sana, insyaAllah.

 

046

Al-Fatihah untuk mereka yang telah bersara untuk selama-lamanya.  

2 comments:

Dinas Aldi said...

Sebelum ni saya dah biasa bangun pukul 5 pagi masak bekal utk bawak pi keja sebab merajuk dgn kantin sekolah.

Tapi dugaan pulak la di bulan puasa ni. Boleh bangun tapi tak lalu pulak nak makan masa sahur. Namun ku jolok jua makanan, takut lembek sebab memang jenis gebu kentang bodyku ini, hehehe

Aidah said...

Selalu macam tu kan. Bila bukan bulan puasa, pukul 5 dah celik tapi bila bulan puasa, apa ke berat badan dan mata. Cobaaaaaann.