Pages

Thursday 2 June 2011

Nasiblah Milo

 

 

Bila kakak pergi kem selama 4 hari ni, Milo dibawah jagaan En. Abang boi lah yek! Alamak seksanya rasa si Milo ni. Tiap-tiap hari diusik dek pengasuh baru dia tu. Nasib baik mama ada, boleh gak marah bila Arif mula nak menyeksa dan menyakat. Tapi kadang-kadang tu mama ni bukan perasan especially kalau tengah mengadap laptop. Bilalah kakak nak balik ni.

Macam tu lah agaknya kat fikiran Milo sekarang ni. Tapi okeylah jugak kerja si Arif ni. Tak pernah ponteng kerja yang diamanahkan oleh kakak padanya walaupun berat terutamanya bila nak mengusung Milo tiap pagi dan petang.

 

P6020957

Setiap pagi dan petang Milo ni kena hantar pergi jamban dia kat luar nun.

 

P6020960Milo tengah concentrate dengan bisnes di bilik termenungnya ituh!

 

P6020961

Sikit punya lama tunggu. Tak tahulah samada kencing tak lawas ke atau berak batu ke. Tak sampai ati lak nak skodeng. Arif pun macam dah nak mengamuk menunggu.

 

P6020962

Tengoklah muka Arif tu. Sikit punya berkerut . Tak tahulah samada bau Milo yang busuk ke atau  berat no badan Milo tu nak diusung. Milo ni selepas membuang, mesti diusung begini untuk tidak mengotori rumah. Nanti kang tak pasal-pasal ada najis merata, tak sah lak sembahyang nanti.

 

P6020963

Lepas tu Milo hendaklah dicebok dan dibasuh segala kaki dan tangannya. Teknik Arif ni memang tak sama dengan kakak yang sangat loving gitu. Kalau dengan Arif, dihulurnya saja kaki dan tangan Milo kat paip sinki. Nasiblah kalau air paip tu menjirus kat hampir separuh badan Milo. Habisss basah! Kesiaaan Milo, macam mandi lak!

 

P6020968

Lepas tu ambik towel Milo kat dalam yard dan cubalah keringkan kaki dan tangannya yang tersangatlah basah dek pancuran air paip yang sangat meriah tu. Nasib baiklah Arif ni cekap jugak. Milo ni bukan boleh lama-lama di terbalikkan macam tu sebab dia mudah sesak nafas. Doktor cakap sebab Milo ni dah obese. Haaaiii……sama-samalah kita diet, Milo. 

0 comments: