Pages

Friday, 3 February 2012

Bibik oh bibik, di manakah gerangan.

 

 

Dah dekat 6 bulan rumah mak akak tak berbibik. Susahnyaaa nak dapat bibik. Siap kena tipu dan kena bawak lari duit lagi. Dah report polis pun, agen tu masih liat nak bayar lagi RM2500. Sekarang dah tukar agen lain, tapi agen ni pun susah nak cakap jujur ke tak. Padahal dah lama kenal. Sampai 4, 5 kali bagi alasan yang tak munasabah. Lepas tu nak bagi kitorang bibik yang reject dan yang dah direcycle tah berapa kali. Lepas tu dah dekat 3 minggu dah sampai sini. Kalau kitorang ambik, maka tinggal seminggu saja lagi nak kena ambikkan permit pulak. Padahal tak tahulah kerja dia ok ke tak. Maklumlah dah reject dek orang lain kan.  Haiiiihh....susahnya nak dapat agen yang ikhlas, jujur ni.

Akak bukannya tak pernah offer mak tinggal sama2 ngan akak tapi dia tak nak. Dia nak duduk rumah sendiri jugak terutama bila kaki dah tak berapa kuat dan badan pun dah selalu tak sihat. Puan Alang pulak kerja dari pukul 9 pagi sampai 9.30 malam. Masa break lunch tu lah dia masak dan angkat kain semua. Mak akak ni pulak mesti nak tolong jugak walaupun ditegah. Terbongkok2 dia mandikan cuculah, angkat kain lah, menyapu lah. Pakai tongkat pulak tu. Siap menggigil2 lagi kaki dan tangan dia buat semua kerja tu.  Bila malam2 dia tak boleh tidur sebab sakit2.  Risaunya akak. 

Hari tu beli ikan2 kat Pengkalan Balak tu kan. Haaa, masa beli tak hengat. Bila balik rumah, siaplah senseng lengan baju, nak cuci ikan semua tu.

090 

094

Ini baru setengah je. Yang gambar atas tu ialah ikan jenak dan ikan bawal mas. Ikan bawal mas tu akak beli 3 ekor. Sedap tau dari bawal biasa. Harganya RM24 sekilo dan sekor tu tak sampai sekilo biasanya.  Gambar bawah ni pulak ikan mayong. Ikan ni isinya memang lumayanlah dan murah sikit dari ikan lain.

 

104

Nak sampai ke stage ni, menanges lah jugak sebab lebih  sejam duduk kat singki tu membersihkan segala2nya.

 

096

Termasuklah sotong gedabak ni. Siap jumpa anak ikan lagi dalam perut dia tu. Ada satu masa tu, kat PD ni ada kejadian bot org Indon karam. Ada jugak yang maut. Masa tu tak siapa berani makan sotong sebab ada yang terjumpa jari orang dalam perut sotong tu. Ngeri kan.

Sebenarnya akak ni bukan selalu membeli sebanyak ni.  Mana larat kudrat dan poket nak menanggung. InsyaAllah cukup untuk sebulan kot.

 

105

Ikan mayong tu akak masak gulai tempoyak cili api. Sotong besar tu goreng tepung dan sebab laris sangat tak sempat amik gambar. Hahaha.

 

108

Ikan tenggiri pulak panggang dalam aluminium foil ni tapi bila dah curah air asam, jadi macam stim pulak. Sekali sekala makan besar macam ni sebab nak layan selera mak. Bukan senang dia nak berselera makan.

Weekend ni akak akan balik kampung lagi, jengok mak. Kalau lebih 2 minggu tak balik, dia akan muram dan sedih sebab rindu pada akak. Dan bila weekend tu lah akak cuba tolong Puan Alang buat apa yang patut sebab kami ni tinggal dua beradik saja. Kalau tak kami berdua, sape lagi yang mak nak harapkan.

Jadiknya, weekend ni akak akan senyap sunyi je lah kot sebab line wifi lembap selembap2nya kat kampung. Jumpa lagi lepas cuti panjang ni dan selamat menyambut maulidur rasul ya.

9 comments:

Mieza said...

Salam akak, entri akak buat saya rindu pada umi saya, teramat sangat...

Aidah said...

Alaikumsalam. Alamak, sorry ya, mieza. Macam tu lah kan kalau tinggal berjauhan. Sampai tua macam akak ni pun masih rindu. Nasib baik ada tepon.

mama maman said...

mmg susah nak dpt bibik yg elok2 skrg.. diam2 dia lari la apa la.. menyakitkan hati kan kak.. nih pun tgk pengalaman ipar sy la.. br nih egen kasi bibik umur dah 50++ camne la nak buat keja kannn... aduhai.. kalu ada pun malas tak hengat.. kih..kih..

Nini D.. said...

Nini pon balik kampung kak...Negeri Sembilan :)

Rumah Kuning said...

alamak sedapnya..... terutanya ikan air asam tu.

Akma_cikyong said...

akma dlu penah jugak beli ikan kat area sana..mak pling suka ikan parang..mmg fresh lg terbaekkkk lahh~~smpaikan akma jd over excited beli ikan..mmg sakan beli ikan mcm beli brg kt mydin..ngeh3
ikan mayong sedap gak buat asam pedas..smpai mak mentua lalu sobolah xsedar..hikhik
errmmm...nyum..nyum..dap..dap..

Aidah said...

mama maman,
Alamak 50++ ? Payah tu yana. Nanti kitalah pulak kena jaga dia.

Nini D,
Baghu akak tau. NS kek mano, nini?

Rumah Kuning,
Teringat akak kat rumah sukan akak masa sek. rendah dulu tu. Hehe. Memang sedap, dik. Kecur air liur ni haa bila tengok gambar tu balik.

Irfa said...

ngeri..jumpa jari dalam sotong.huhu
kami dua menjak ni asik makan tomyam sotong je..makan selagi tak jemu

Nini D.. said...

kampung laki den N9 kek Kota...tak jauh dari Tampin..tau ko?