Pages

Monday, 13 February 2012

Antara bercuti dan balik kampung

 

 

Ramai kawan2 anak akak di sekolah jealous je bila tahu kami ni kerap ke Port Dickson. Sebenarnya balik kampung je. Dan kami pun amat jarang mandi laut. Nak dapat setahun sekali pun susah. Bukannya tak suka tapi entah kenapa seringkali tangguh menangguh je niat tu. Anak sedara akak Mizz Nisya dah banyak kali merengek mintak bawa dia mandi laut. Entah bilalah agaknya dapat ditunaikan permintaan dia tu.

 

 

044

Walau tak mandi laut, akak tetap akan cuba jalan2 tepi pantai, setiap kali balik PD. Baru2 ni kami jalan2 kat pekan PD yang baru ditambak tu. Angin memang meriah kat sini. Nyaman je rasa ditiup angin laut ni. Angin laut ni pulak unik sikit pasal ada bau2 masin air laut tu. Sambil tu layan perasaan dengan bunyi ombak yang membuai2 lagi perasaan yang memang sudah sedia sayu.

 

047

Tapi kalau jalan pagi2 memanglah nyaman. Kalau tengahari atau petang, memang hangat sungguh. Sebab pokok yang ditanam tu pun masih kecik lagi.

 

067 

Waktu petang akak lebih suka ke sini, Blue Lagoon. Pokok2 pine yang besar2 dan rendang meredupkan lagi suasana. Cuma bila weekend orang ramai sangat. Parking pun penuh.

 

078

Balik PD baru2 ni juga akak sempat berjalan2 manja kat Dataran Kemang tu. Dapat 3 round je, tuan2 puan2 sekelian. Sebab lutut dan belakang akak sakit sekarang ni.

 

 

074

Selebihnya akak hanya melayan ombak surut di pantai tu. Kalau nak tahu air nak pasang atau surut, perhatikan ombaknya. Kalau ombak makin kecil, maknanya nak surut. Kalau mengganas menghempas pantai tu dan semakin besar maknanya air nak pasang. Itu yang abah akak selalu cakaplah. Itu yang bangunan jauh ada dome putih tu ialah tempat tengok anak bulan, kalau tak silap. Akak tak pernah sampai lagi kat situ sebenarnya. Hehehe.

 

083

Dari kecil sampai sekarang, sangat suka tengok pelampung yang beraneka warna ni. Kalau singgah sini mesti muka tu ceria je, kan. Kecuali muka mak ayah yang ada anak meroyan dan berguling-guling kat depan gerai ni.  Hehehe.

 

 

088

Tapi dah dua kali akak balik PD, jalan sangat sesak. Nak balik rumah dari roundabout Port Dickson tu sampai lebih setengah jam, padahal 3km je dari rumah akak. Sabar je lah. Nak buat camana kan. Orang pun nak bercuti jugak tengok pantai, ombak dan pelampung tu kan. Itulah dia kalau kampung kita, kawasan percutian. Bersesak-sesaklah akak dengan orang lain yang datang bercuti. Mungkin tak boleh balik kampung masa cuti weekend yang panjang kot. Tapi bising pulak mak nanti. Nak tak nak, akak redah dalam redha lah nampaknya.

15 comments:

Nini D.. said...

Nini suka pegi tepi laut tapi tak suka mandi laut.hahahaha

apa kata sekali sekala akak rendammm Moli & Milo dalam laut?..bleh gitu?

Aidah said...

Dah lamaaa akak terpikir nak bawak dua ekor tu mandi laut. Tengoklah nanti balik kampung sekali lagi akak packkan bikini dan swimming trunk memasing. Hahaha.

Irfa said...

kalau ke pantai..anak2 nak mandi mula la saya rema sejuk..paling tak suka bila nak salin baju anak2..dgn pasirnya melekat2.huhu

Mieza said...

Assalamualaikum Kak Aidah,
Saya rindu PD...Redha Allah mengiringi dalam setiap langkah akak bersesak untuk balik tengok mak, alhamdullilah.

Suara Kalbu said...

Kahkahakahkah... tak bleh imagine la camno milo mandi laut. Sekali dia pagai gogle.. pastu gi menyelam.. pastu Milo terapung sebab berat. Ingatkan dugong rupanya si Milo hahahha

mama maman said...

seronok sesekali dpt rasai angin pantai..:)

WuMing said...

Wah... indahnya... WuMing tak pernah sampai lagi..

Aidah said...

Irfa,
Itulah salah satu sebab akak asik postpone je nak bawak bebudak ni mandi laut. Leceh.

Mieza,
Alaikumsalam. Dah lama tak balik M'sia ke? InsyaAllah akak akan cuba pulang sekerap mungkin tika dia sangat memerlukan kami di usia tuanya ini.

Suara Kalbu,
Nanti akak amik gambar banyak2 bila bawak diorang mandi laut ya. Tungguuuuu.....

mama maman,
Kalau dah lama tak duduk tepi pantai tu menikmati anginnya dan mendengar suara ombak, memang boleh rindu.

So Shy Lady said...

wow blue lagooon mmng syok! t.pe la kak bsesak2 demi ibu tchenta, kan!

Dinas Aldi said...

Kalau sesak memang serabut kan, nak parking pun takda tempat, camana nak mencapai objektif pi tu untuk menenangkan fikiran.

Memang menarik pelampung2 tu, seronok tengok. Tapi betoi la, kalau ada anak yg guling2 kat situ nak benda tu, mau mak bapak pun guling2 jugak, kahkah!

Nini D.. said...

sangat rindu dengan ceritera Milo & Moli...

Mak Wardah said...

Bestnye kg u...

Akma_cikyong said...

hihi rindu nak p PD lg..hihi walaupun panas2 suam kuku kt situ tp mmg xjemu dok p mandi kat sini..pas nie klau p PD bleh singgah umah akak kan??hihi
hari 2,penah beli sovenier kt PD..ader abg 2 dok speking nogori ngan cikyong..hoho cikyong pun apolagi sakan lah speking2 nogori :) and part pling bez dpt harga terbaekkkkk~~

Dinas Aldi said...

Kak Aidah, take care ya. Semoga sihat sejahtera hendaknya..

Akma_cikyong said...

kak aida
lama xdgr cerita milo,rindu dgn cerita dorg kak..
semoga akk sehat2 hendakNya..