Pages

Thursday, 2 February 2012

Kasih sayang kucing.

 

 

Akak baru je tengok MHI pasal kucing2 gelandangan ni. Respek betul kat adik tu yang bela kucing jalanan sampai 21 ekor tu. Adibah Noor pun sama. Dahlah suara sedap, hati pun baik jugak. Susah nak cari orang cam tu. Bukan senang nak bela 23 ekor kucing. Dahlah sibuk nyanyi semua kan. Semoga mereka yang bermurah hati mengutip kucing jalanan ni dan bela,  dimurahkan rezeki oleh Allah, hendaknya.

Akak ni kalau tak de Jabatan Kawalan, memang penuh balkoni rumah tu dek kucing. Akak kalau gi mana2 nampak kucing melarat, sakit, kurus kering mesti nak amik bawak balik rumah bagi makan. Kasi gemuk macam Milo. Tapi Ketua Jabatan Kawalan tu srict habis. Tak jalan rasuah akak, kelip2 mata kat dia. No tetap no. Masa bawak Moli dulu pun lamaaa dia sejuk dingin beku ngan akak tau. Dengan Moli memang avoid eye contact betullah.  Tapi si Moli ni tak reti bahasa. Suka sangat pegi main2 kat kaki ketua jabatan tu. Konon macam nak amik hati tapi tak kena gayalah pulak.

Tapi betul kata orang, kalau kita murah hati bagi kucing terbiar tu makan atau bela sekali pun, insyaAllah rezeki kita murah. Lepas sebulan amik Moli, En.AHBY dapat keje. Setelah 3 tahun bersara, dia bekerja semula. Syukur Alhamdulillah sebab akak pun risau jugak. Maklumlah duduk kat KL ni semua mahal. Anak2 pun masih sekolah lagi. Dulu akak ada menjual kuih kat Cafe bawah tu. Kadang2 akak hantar donut dan samosa. Lepas tu tak berapa sihat, akak stop. Sekarang ni dah tukar owner lain dan akak pun tak bertanya lagi boleh tak hantar kuih, sebab badan masih belum sihat sepenuhnya. Akak berdoa sentiasa agar suami sihat dan kontraknya disambung oleh majikan setiap 6 bulan.

 

163

Banyak hikmahnya bela Moli ni. Si Boroi ni dah lama tak goyang2 buntut mengendap macam ni. Sejak akhir2 ni cergas dia bergurau dgn Moli. Lari sana sini. Tapi bergegar jugak katil akak kalau dia berkejar2an melompat bagai tu. Maklumlah macam karung beras 7 kilo kan.

 

047

Dan bila dia dapat tangkap Moli, siaplah segala keganasan 18SG semua keluar. Menjerit2lah Moli ni.

 

042

Bila dia himpit, memang boleh sesak nafas si Moli ni. Kahkahkah.

 

010

Bila dah tak tahan, pandai pulak dia lari menyorok.  

 

 

009

Debab ni pulak sambung ganas dia dengan mainan bulu-buluan tu atas sejadah akak. Dulu susah nak nampak Milo macam ni tau. Syukurlah kami dibuka hati nak kutip Moli yang dibuang orang ni.

Kucing2 ni pandai balas kasih sayang kita tau. Milo ni bila akak bangun tengah malam, buang air, dia akan bangun jugak dan tunggu sampai akak keluar dari bilik air. Bila akak tidur semula, barulah dia naik tidur sebelah akak. Kadang2 kalau lepas subuh akak baring je, dia mesti datang mengiau dan jilat2 tangan dan muka akak. Sebab dia tahu akak kurang sihat. Akak jarang baring lepas solat subuh. Selalunya akak terus bangun dan buat keje. Kalau akak nampak lemah je, dia dah faham dan akan duduk di katil temankan akak. Akak rasa nak hantar dia kursus belajar massage ni lah. Boleh gak tolong urut badan akak yang sakit2 ni. Daripada duduk tercongok tepi katil tu kan. Hahaha. Melampau taw.

Lagi satu, kalau akak terlepas azan subuh, dia akan kejutkan akak. Pandai pulak mengiau perlahan dan jilat tangan akak. Masa bulan puasa dulu macam tu jugak. Pandai kejut sahur. Tapi jaranglah sebab akak buat alarm semua kan. Melainkan terlupa ke, maka Milo ada utk kejutkan. Hehehe.  Macamanalah tak sayang kan. Akak rasa bertuah sangat dapat bela kucing2 yang akak kutip dari orang yang tak nak ni. Syukur Alhamdulillah.

15 comments:

cheqna said...

besh sebenarnya ada kucing ni..
tapi cheqna tak leh bela kucing lagi skang

Nini D.. said...

btol kak kan..diaorg memang tau camne nak balas kasih sayang kita...

cuma dobot tu je kadang2 bebal sikit..ggrrrr

So Shy Lady said...

sy dulu t.suka kucing. mmng benci yg amat. lpas tu sy tfikir knp lah sy bnci sdngkn kucing tu kan bntg ksyng nabi. mulai hari tu sy brubah, sdar t.sdar kmudiannnya sy dh bela 12 ekor kucing haha...ni ms kat kg dulu la

Aidah said...

cheqna,
Kenapa? Nanti akak jengok rumah cheqna pulak ya. Terima kasih datang jengok akak.

Nini D,
Akak saspek dia bukan bebal tapi terlebih pandai. Kucing ni kan, dia anggap manusia tu orang gaji dia tau. Maka tak yah selalu2 sangat nak amik hati nanti besar kepala sudah. Milo ni kalau akak panggil, mana dia nak datang. Dia datang bila dia nak datang bukan sebab orang panggil. Amboii sangat!

Naz said...

bela makhluk pandai ni kena banyak bersabar

Mieza said...

...baru saja kehilangan seekor anak kucing, cuma sempat bermanja selama 7 hari. Alhamdullilah ada 4 ekor lagi.

Akma_cikyong said...

hahaha moli mangsa pembulian secra paksa rela dek milo..hakhakhak

penat jaga kucing dari jaga budak kecik kak..mak kt umah smpai merungut2 abes kusyen2 sume dorang lintang pukang kan..cz berlari 200m berganti2 dlm umh..lg2 klau naik syekk..fuhhh!!semangat nk ngomeh umah!

Aidah said...

Naz,
Memang terlebih pandai tau. Dia tak payah amik hati lebih2 macam anjing dgn tuannya. Tapi tuannya tetap sayang dan buang *toot* dia dgn penuh rela. Hahaha.

Mieza,
Kesiannya. Tapi ada lagi 4 ekor untuk dibuat main kan. Alhamdulillah.

Akma cikyong,
Kirim salam kat mak cikyong ya. Memang akak faham tu sebab rumah akak ni lintang pukang dikejekannya. Tak de anak kecik, kucen pulak buat hal. Hehehe.

Suara Kalbu said...

Salam Kak,

Setuju dengan akak. Alhamdulillah, walaupun kadangkala kami macam tak ada duit nak beli makanan diaorang tapi saat-saat akhri ada saja rezeki tak diduga. Selalu terjadi macam tu.

Diorang pandai. Pagi-pagi kejutkan kita bangun, mengiau depan pintu, tendang-tendang pintu, tak yah nak set alarm bagai ... tu sayang tak terkata kat depa ni

Nota Cikgu Anum said...

bila la ai nk jumpa kucing idaman ati :(

Dinas Aldi said...

Kasih sayang seekor kucing..terharu pulak baca nih..tapi saya tetap penakut dengan kucing, hehe..

Aidah said...

Suara Kalbu,
Kaan. Kita manusia ni dah ditentukan rezeki, ajal dan jodoh masa dalam rahim lagi. Akak rasa kucen pun dah tentu ada rezeki dari Allah. Apa salahnya kita kongsi sikit yang Allah bagi pada kita kan.

Nota Cikgu Anum,
Tak lama lagi tu, insyaAllah. Ajaklah Bebi pergi jalan-jalan cari kucen lagi. Hehehe.


Dinas,
Kucing2 akak ni banyak berbudi ngan akak, dinas. Paling best sebab dia pandai baca isi hati akak bila akak stress. Datang je menghiburkan. Tak payah upah clown. Hahaha. Akak rasa tak lama lagi hilanglah takut, Dinas tu, insyaAllah.

Irfa said...

oh gtu ye kak..
rasa macam nak bela kucing la plak
satu je baca entri ni

hantar kucing kursus urut>mmg melampau la tu.hehe

BondaRyan said...

aduhai kakak..kaka dah buat saya bernapsu utk bela kucing semula..hihi.tapi dgn anak kecik 4 org berderet..napsu tuh terbantut lah pulak.teruskan update pasal milo moli yer..shuker!!! ^_^

Zakiah said...

huhuhu..sama la macam kucing sya yg tuan die nk buang..sbb tu sya ambil die..dia tau bila sya tengah sedih n akan duduk kat riba sya sambil ngiau..ngiau die tu yg slalu wat sya tersenyumm..hehehe..follow la blog sya yg msih baru lagi nie..