Pages

Monday 27 February 2012

Ekso Buku Islam, Putrajaya.

 

 

Semalam akak ke Putrajaya. Sangat tak sabar rasanya sebab nak pergi Ekspo Buku Islam di Dewan Cempaka, Perbadanan Putrajaya. Senang je nak cari sebab ia terletak di P 3. Kalau sesape pernah pergi pasar tani atau bazar ramadhan putrajaya tu lagi familiar dengan tempat ni.

 

020   

Dewan Cempaka tu terletak di sebelah kiri bangunan Perbadanan Putrajaya ni.

 

008 

Akak sampai awal sebelum pukul 10 pagi. Walaupun dia cakap buka pukul 10 pagi tapi akak saja datang awal sebab kat Putrajaya ni, parking sangat susah dan jauuuuuuuh. Kalau nak parking dekat, sila pergi awal.

 

013 

Masuk je, dongak ke atas dan sangat kagum. Macam space ship pun ada. Kalau tak silap kat situ ada dewan auditorium kot.

 

011

Naik escalator, terus masuk dalam perut space ship tu. Rasa macam jakun pulak kejap. Maklumlah tak pernah sampai pun sini.

 

012

Banyak booth yang ada. Akak paling suka pergi booth Telaga Biru. Buku2 Islam keluaran Telaga Biru ni sangat berkualiti dan menepati citarasa akak. Rasa yakin je baca sebab Ustaz Zahazan ni pengarah eksekutif nya. Tapi tak dapat pun jumpa Ustaz Zahazan sebab dia datang pada hari Sabtu je.

 

015

Banyak sangat memborong buku sampai terpaksa pinjam kereta tolak Milo. Hihihi.

 

 

051

Sebahagian dari buku yang akak beli. Sangat puashati. Rasa macam nak beli lagi tapi kena beli almari baru dulu. Sebab dah bersepah2 kat rumah sebab tak cukup space dalam almari yang ada tu. Ensaiklopedia solat tu akak dapat beli dengan harga RM90 sahaja di sini. Semua buku dapat diskaun 10%. Dan baucer buku tu pun boleh guna kat sini untuk sesiapa yang masih belum spend baucernya. Ekspo ni akan berakhir ahad depan kalau tak silap akak. Jadi sape yang ada berhampiran serbu cepat ya.

 

055

Akak nak citer sikit pasal 2 buku kisah hidup Rasulullah saw yang kita rindui ni. Sebelah kiri tu akak beli dah lama. Belum habis baca lagi sebab sayang nak habiskan. Beeeesssssttt sangat, percayalah.  Akak baca sambil tersenyum, kagum , menangis dan bertambah rindu padanya. Every pages sangat meralitkan. Dalam buku tu jugak akak found out yang Rasulullah saw bukan sahaja dimusuhi saudara mara sendiri tapi juga menantunya, suami puteri baginda, Zainab. Bila berperang, suami Zainab, Abi Al-'Ash menjadi tawanan perang. Zainab cuba menebus suaminya dengan satu bungkusan. Bila baginda buka bungkusan tu, dia termenung dan merintih terharu. Sebab dalam bungkusan tu ialah kalung hadiah Khadijah pada anaknya Zainab di hari perkahwinannya.

Satu lagi yang buat akak menangis ialah kasih sayang baginda saw pada kita ni umatnya. Risau sangat Rasulullah saw pada kita ni sampai tak lalu makan dan minum bila dapat tahu ada antara umatnya yang akan masuk neraka walaupun neraka di tingkat paling atas.

Buku yang sebelah kanan tu pulak, akak baru beli semalam. Agak berbeza dari buku kiri tu. Dalam buku ni ada banyak gambar. Contohnya gambar Quran yang ditulis semasa zaman Uthman bin Affan dan sekarang ni disimpan di Topkapi Palace Museum, Turki, gambar jubah Rasulullah saw dan banyak lagi gambar yang colourful. Harganya kalau tak silap RM55. Dan yang sebelah kiri tu harganya RM35.

Dua2 buku ni memang best seller kat Ekspo Buku tu. Jadi apa tunggu lagi. Belilah salah satu atau kedua2 sekali. Gerenti puas hati. (haiih...dah macam jual ubat pulak akak. Kihkihkih)   

6 comments:

Nini D.. said...

teringinnye nak ada buku biografi tu...akak ada nk pegi lagik ke ekspo tu?..sampai bila eksponye?Nini nak jugak la buku tu..

Aidah said...

Ekspo tu sampai 4 Mac kalau tak silap. Akak merasa pergi sekali je iaitu semalam. Tak dapat nak mengulang macam selalu akak buat kalau pergi ekspo buku macam ni. Sebab suami akak keje dan weekend ni ada hal lain nak diuruskan. Cuba Nini cari kat MPH atau Popular. Rasanya ada jugak jual tapi mungkin tak dapat diskaun kot.

Akma_cikyong said...

alahai beznye kak buku2 akk beli 2 :)
nak target dpatkan buku biografi lah bln nie...misty sayu kn bila baca buku 2,
ari 2,ader tgok video kt u tube kak..tntg Muhammad S.A.W jgk lah..smpai nanges akma tgok ustaz don 2 bercerita..

Murni Alfathunnisa said...

Alahai..memang dah lama saya dok usha ensiklopedia solat tu...rm 90 kira okey la tu kak..sini mahal.

nak memborong buku memang time2 ada ekspo macam ni lah..baru berbaloi kan...alahai..jeles saya...

Dinas Aldi said...

Syahdu ja baca pasal 2 buah buku kisah hidup Rasulullah SAW tu..

Aidah said...

Akma,
Memang best, dik. Bila beli satu, rasa macam nak cari lagi yang lebih detail.

Siti murni,
Akak pun dah lama berhajat nak beli. Dapat bonus ASB barulah dapat borong buku puas2. Hehehe.

Dinas,
Setiap hari rasa semakin rindu padanya...