Pages

Wednesday, 1 August 2012

Petua karut.

 

 

 

104

Siapa nak anak kembar, sila makan m&m kembar macam ni. Ni zaman moden punyalah. Zaman dulu2 mak cakap makan pisang kembar kan. Ada yang takut nak beranak kembar, tak jadi makan pisang tu. Dapatlah kat orang yang menyebarkan petua sesat ni. Untung dia.

 

 

074

Kalau nak kahwin anak raja pulak, cuba cium katak ni. Hehehe.

Akak tengok katak pun dah cabut lari. Gambar ni pun bukan akak yang tangkap. Akak sub kat Arif je. Iiiieeee...tak sanggup!

Lagi satu citer karut kan, pernah dengar tak pasal pokok duri semalu. Masa akak kecik dulu, orang cakap, kalau kita letak tangan kat daun pokok tu, dan daunnya tak menguncup, maka itu tandanya kita akan kahwin dgn anak raja. Akak ni masa kecik2 berangan nak jadi princess konon. Puaslah mencangkung kat dalam semak tu nak mencuba nasib kat daun semalu. Ptttuiiii...manalah ada orang yang boleh buat macam tu, kan. Kan memang refleks daun semalu tu memang menguncup bila disentuh. Bila dah belajar sains masa darjah 5, barulah tahu kebodohan diri sendiri. Hahaha.

Sapelah yang menyebar ajaran sesat ni. Akak nak bagi royalti kat dia. Tungau sebakul! Kihkihkih.

 

008

Ini petua paling penting.

Kalau nak kucing jantan jadi 'adik-adik', selalu pakaikan kolar pink. Gerenti lepas tu tak yah hantar pergi mandulkan dia. Jimat kos.

 

 

062

012

Kalau nak lagi berkesan, rajin2lah pakaikan dia aksesori pompuan macam tudung dan sanggul princess leia ni. Gerenti lepas tu dia terus jadi mak andam dan mak bidan sekali pakej. Selain jimat kos, siap boleh berbakti lagi cari keje.

 

 

039

Haaa...terkejut badak minah ni mendengar petua mabeles akak. Dia tak sangka agaknya yang 'deddiku ialah mummiku jua'.  Lagipun dia ni belum spay lagi nih. Takut pun ya jugak. Kang tah hape2 petua akak apply kat dia.

  

Mintak mahap ya. Hari ni kapla ada sikit ting tong. Gastrik teruk semalam sampai beberapa kali ulang alik toilet. Paling tak tahan rasa mual tak sudah. Jadi hari ni masa sahur tadi semua ubat akak kena telan. Entri mengarut ini kira kesan sampingan ubat tu lah. Bukan salah akak tau, salah ubat......Hehehe.

17 comments:

muslimah rempit said...

ooooooooooo saya pon buat semua petua tu hahahahaah kenangan sungguh... hahahaha

Acik Erna said...

salam aidah..he he..salah ubek yo..yo lah tu..kkosian atuk tu..cam macam dilotak ateh palo e..tak leh de marah yo aidah

~mrs azmi~ said...

oh comelllllssssss!

tolong gigitkan dorang nih.. isk.. comel sangat

tunfatimah said...

Aidah,

la...kesian u....tak sihat lg eh....u take care eh....comel betul si minah kaktus, muka suci tanpa noda...hahahahah....Puteri Peah mcm mana ekk? sian la dia....bila tgk my Lily...sbb bulu lebih kurang mcm Peah....risau takut Brown buli dia...tp now ni terbalik Lily dh try nak tunjuk power kat gen bulus yg lain.....mentang2 dh besar n Brown ada jd body guard

Akma_cikyong said...

haha bru nk praktik an tang dpt anak kembar 2 nnti pas tawen..hihi
eh,cam ne leh sama mengarut2 nie kak??haha akma klau perut mula berdengdang sayang,otak pun mula lah bersyg2..haha

Saleha said...

hahaha kelakar
saya zaman kecik dulu pun penah jugak wat macam akak.. pegang duri semalu.. tp saya kepit rapat2 dauntu, tak nguncuplah.. kembang kompes hidung ingat dapatlah kawen ngan anak raja.

kawan sy lagilah, dia siap control2 cun dan wat ayu bagai time mandi kalau naapak katak dlm bilik mandi, sbb dia bajet kononnya kataktu anak raja yg disumpah ke.. huh apedaa

Saleha said...

salam kenal, saya follow sini ye

Iz said...

Hahahah kak, saya tak pernah pulak pakaikan collar pink kat kucing jantan. Tak sampai hati den. Udah le yg jantan cuma Lilo ngan Hachiko je. Sian bebenor kalo dipakaikan collar pink, haha. Selalu yang pink pink ni minah memey kuat merengek tu.

Murni Alfathunnisa said...

masyarakat kita ni banyak petua karut...ada jugak yang kedengaran karut tapi boleh pakai..hehe...

gambar katak tu buat bulu roma saya terpacak! geli wooo...sebatu saya lari walaupun katak tu menyorok balik batu..haha...

akak ada gastrik eh...sama la saya pun. minggu ni kerap pulak kena attack..tp alhamdulillah...teruskan jugak berpuasa. makan ubat naa..jangan miss tau..

Dinas Aldi said...

Kahkahkah memang lawak semua petua2 tuh! Tapi katak mintak mahap laa, tak kawen dengan anak raja pun takpa, cek serenderrr! :D

makchaq said...

comeinya..pakai tudung.. mesti kecelaruan identiti lepas ni...

Nini D.. said...

oh bakal menantuku!!

mamamu sesuka hati menjadikan dikau dadi pink....
dobot tak sukeee..........

( kapla biol ni kak..nak muntah hadap kulit popia)

Nota Cikgu Anum said...

sy ni moktan kembar, pisang kembar, kacang kembar semua dh sapu. hehe pantang org cakap jer, sudi jer pelawa diri jd tikus makmal. last2 anak bulu kembar yg dapat. tp bersyukur la tuhan masih bg naluri keibuan walaupon utk dicurahkan pd bdk berdua neh..

Suara Kalbu said...

Cepat sihat ye kak....

Hari hari nak tengok muka Milo ni. Sehari tak tengok, mati beragan saya dibuatnya hihihih

Naz said...

kuat sguh kesan ubat tu ye..hehe..semoga cepat sembuh

mokjadeandell said...

tengok milo teringat dello,kucing fav makcik yg dah berkelana entah kat mana....mcm2 makcik pakaikan dia,ttp dia sabar.

Irfa said...

petua daun semalu tu baru kali ni sy tau ;)
kena tipu rupanya