Pages

Tuesday, 7 August 2012

Laptop demam

 

 

Entri kali ni adalah panjang sikit sebab agak serius jugaklah kejadian yang menimpa laptop akak.  Lepas je akak buat post petua karut tu kan, akak pun jenjalanlah jengok blog orang. Selalunya ikut jalan yang dah biasa akak amik. Tak de shortcut. Singgah pun kat rumah yang dah biasa akak singgah. Entah kenapa hari tu, internet pun laju kemain, maka akak pun gatal pulak nak pegi ikut jalan jauh. Singgah kat rumah tah sape2. Memula skrin tu macam berkelip2. Line tenet pun tetiba slow nak loading. Lepas tu keluar kat skrin katanya ada detect virus. Akak pulak tak check message tu dari antivirus sendiri ke bukan. Terus tekan remove. Apa lagi, memang panas tak sampai ke petanglah jawabnya. Hujan lebat di tengahari jugeeeek. Si Malaun yang menyamar antivirus ni, bukan remove virus, dia masukkan lagi.

Lepas tu terus laptop tak boleh tekan apa2 lagi dah. Semua file dah infected. Siap antivirus akak sendiri pun kena infected. Demam kekura. Menggigil2 lagi antivirus akak tu. Habis tu camana nak buat. Nak bawak sepital ke nak berubat kampung. Maka akak pun pergi menghadap pengamal perubatan tradisional IT ni yang pandai mengubat laptop iaitu suami sendiri. Kihkihkih. Sebelum mengubat tu kena bebel jugaklah akak.

 

Suami kuat bebel : Apesal you tekan remove sebelum tengok messege tu dari siapa?

Isteri mithali lagi taat : Kan i dah tanya you tadi. You cakap suruh tekan remove.

Suami kuat bebel : Aduuiyaiii. Habis semua game pun tak boleh main. Antivirus sendiri pun kena infected. Adouii. Besar keje ni, ida.

Isteri mithali lagi taat : Tolonglah ubek an. Lopeh tu tak yah lah bebel2. Nak buat camano. Dah jadik.

Suami kuat bebel :  Bebel, bebel, bebel, bebel, bebel........sampailah 3 hari berikutnya.

 

109 

Peah sedang pose maut berbackgroundkan pengamal perubatan tradisional in action. Tuuu yang t-shirt biru berkain pelekat kat belakang tuuu. Itulah dia pengamal perubatan tradisional yang kuat bebel tu.

Memang lepas 3 hari baru pulih semula. Alhamdulillah. Akak dah bopoluh2 ketiak memikirkan gamba2 yang tak sempat back-up lagi dalam pendrive. Dalam kamera memang tak simpanlah, terus delete je.

Dah elok laptop dari demam tu pulak dah wiken panjang pulak. Macam biasalah aktiviti akak. Balik kampung. Tapi kali ni jemput Farah sekali. Uwan eh dah tolampau ghindu kek cucu.

 

004

Rombongan balik kampung beramai2. Memula elok je bersusun 3 ekor kat tengah2 tu.

 

009

Atuk yang dah kelenguhan tangan. Mana taknya. Dulu dia sorang je conquer tempat duduk tengah2 tu. Sekarang ni nak kongsi pulak dgn anak2 angkat 'tak rela mak noks' tu.

 

014

Peah pulak tak reti duduk diam. Ditolaknya buntut atuk sampai macam nak tertunam ke depan orang tua tu. Kalau boss break tetiba, memang naya hidung atuk yang tak berapa nak mancung tu. Dah lah lepas raya ni nak berwalimatul urus. Haiiihhh.

 

132

Balik kampung hari Sabtu pagi dan balik Kl semula hari Ahad malam. Oleh kerana hari Isnin cuti, akak pun bertolak lewat sikit balik KL.  Lebih kurang pukul 9.30 baru bertolak. Kereta memang banyak tapi alhamdulillah bergerak at a steady pace. Tak de lah jam kat mana2.

 

140

On the way balik KL, atuk amik tiket 1st class. Tak kose nak berhimpit2 lagi. Maka lelaaaaaap sajalah dia di sepanjang perjalanan. Mood pun tak baik sikit sebab dah way past bedtime dia. Nak buat camana. Dalam 24 jam tu 20 jam adalah bedtime dia. Pukul berapa pulak yang paling sesuai nak bergerak kalau ikut waktu dia kan. Sila pasrah ya, wahai atuk bertuah.

Macam tu lah rangkuman citer akak beberapa hari yang lepas. Ada jugak beberapa kejadian in between tu. Tapi esok2lah citer ya.

Oh ya, nak bagi tahu jugak. Kalau ada antivirus cap Platinum... dan simbol dia shield yang berwarna biru muda beritahu yang dia detect virus dalam komputer kita, jangan sesekali layan ya. Tekan x sahaja. Ramai yang dah terkena. Akak tengok dalam forum, ada sorang pak malang ni siap beli antivirus daripada malaun platinum ni utk buang virus dari laptop dia. Last2 dia kena call bank utk cancel dan block credit card. Sebab malaun platinum ni memang tipu dan tak jual pun anti virus ape2. Keje dia masukkan virus dan tipu orang suruh beli antivirus daripada dia. Dan sebenarnya antivirus tu tipu sahaja. Credit card kita jugak nanti di perabih kan. Hati2 ya.

15 comments:

Acik Erna said...

assalam aidah..timo kasih la bagi tau..acik kan tau bondo2 camtu..tapi nasib baik kalu kemahiran acik tokan x tu.apo2 pun acik tokan pangkah kadang sampai mengoloh hero bungsu tu..abih sumo mak buang kato e he he..

fadz said...

hi kak aidah...
ermm laa ni macam2 cara org nak tipu.. fadz hari tu terkena pasal email.. si penggodam tu masuk email fadz n send kat semua contact list kata kononnya fadz ada italy, tengah ada masalah kewangan sebab dompet hilang n perlukan wang ngan segera.. kawan2 fadz ramai terkejut bila dapat email tu.. plak tu yg lagi geram.. habis email lama yg ada dlm akaun fadz tu si penggodam tu pi delete.. sakit hati btul... apa2 pun laa ni kena jaga2.. jgn masuk sebarang website yg pelik2

tunfatimah said...

aidah....i suka bc blog u, ur style of writing, sure buat i gelak, wpun psl citer virus n milo debab tu.....
Nampak mcm Putei Peah dgn Milo dh leh duduk sebelah menyebelah tu, dh ok ke ? tak dianaktirikan lagi? alhamdulillah, tak lak sempat u letak gambar kat kg ? nak gak tau kabor si wahau, mat salleh kenit 2 ekor tu?

Dinas Aldi said...

Adoi memang bengang la kalau jadik camtu, tak guna sekupang pun la mala'un2 tu semua. Saya pun geram betoi baca.

Nampak macam montot keta saya dalam gambaq ke 5 tu. Eheheheh bukanla keta saya betul2, macam aja :D

Tang ambik tiket 1st class tu tak menahan!

Aidah said...

Achik,
Alaikumsalam achik,
Solalu e se ni main pangkah yo. Tah apo hal haghi tu, tojulur kalimuai, bak kato mak sopatah, poiie lak tokan remove. Apo laiie mongadap kek boss lah jawab eh. Kihkihkih.

Aidah said...

Fadz,
Canggih sekarang ni kan. Untuk orang yang tak berapa canggih IT macam akak ni, terpaksalah rujuk pakar. Mintak2 lepas ni janganlah jadik lagi. Menanges akak.

Aidah said...

Dinas,
Betul, Dinas. Akak ni bukan tahu pun nak solve. Nasib baik ada en. somi. Kena bebel pun, tahan jelah. Dah silap sendiri pi tekan remove. Tapi niat akak baik sebenarnya tau. Ececece..nak jugak bela diri sendiri. Hihihi.
Kalau betul Dinas depan tu, dah akak suruh en. asben overtake dan tengok2 betul2 muka dinas. Padahal bukan tahu pun rupa dinas. Ikut firasat je, dik. Kahkahkah.

Aidah said...

tun fatimah,
Alamak tun. Borak kosong je pun. Camana i cakap kat luar, cam tu lah jugak merepek kat dalam blog. Kalau ada Farah lagi terbahak2 gelak sambil berborak. Macam2 yang mengarut kalau ada budak tu di rumah esp pasal kucing.
Dalam kereta, tiket pulak 3rd class memang tak boleh pilih bululah si atuk tu. Terpaksa sebenarnya melepak rapat2 dgn Peah sebab seat sebelah menyebelah. Itu yang masa balik tu beli tiket 1st class. Tak sanggup nak dgn bau badan Peah. Kihkihkih.
Citer kampung tu esok2 ya, insyaAllah.

Nini D.. said...

hoke...entry kali ni sangat cacamarba..sumer sekali sapu masuk tapi best!

takboleh bayangkan hidung atok rompong sbb xcident jatuh dlm kereta...abes sudah kehensemannya ilang nanti....tidak!!!!!!

Aidah said...

Nini,
Memang, nini. Macamana lauk yang ada time berbuka, macam tu lah entri akak ni. Macam rojak mamak, semua kasi taruk, dey!
Sekarang ni bila balik kampung, muka mmg tak pernah hensem. Marah je. Dah tua2 ni, penat kot berulang alik. Kesian atuk.

Murni Alfathunnisa said...

thanks kak aidah for the pesanan. laptop saya pun buat perangai hari tu..nasib baik dapat recover balik..tapi bukan sebab virus la..entah install program apa tah.

seronoknya tengok 3 ekor tu duduk secara berjemaah...iktikaf tu...dalam keta...hehe....atuk milo tu dah la "gobu", buatnya 'tertomoih' ke depan..naya ja...hehe

Iz said...

Baiknya diorang duduk dalam kereta kak. Kalau kucing saya, siap la panjat sana, panjat sini. Kalau si Hime lagi la siap menyanyi-nyanyi, happy sangat dapat tengok lampu. Dalam pada bising mulut dia tu, siap pandang muka kita.. disuruhnya menikmati lampu lampu jugak mcm dia. Kiranya kalau dilepas dalam kereta, mulut saya memang macam mak nenek lahhh, hahaha

Aidah said...

Murni,
Akak, kalau laptop demam, akak pun rasa nak demam. Mana taknya, semua kat dalam tu, dik.
Diorang memang macam tu sebab imamnya si atuk Milo tu sangat behave dalam kereta. Kalau imam celaru, makmum lagilah panik. Hahaha.

Aidah said...

Iz,
Dulu masa Milo kecik2 memang tak reti duduk diam jugak tapi first 10 min je lah. Bila dah masuk hi-way, dia leka kira tayar lori pulak. Tegak je kat cermin kereta. Bukan nak tido. Tapi sejak dah tua2 ni mentido je keje dia, iz. Lepas tu sampai rumah terus flat, 2 hari tido je. Bangun utk pegi toilet dan makan. Kesian akak tengok. Lenguh2 badan kot travelling bila dah umur kilauan mas ni.

Suara Kalbu said...

Waahhhhh...Milo steady je duduk dalam kereta. Kalau Bella saya, semua dia panjat. Dekat pedal minyak pun dia nak duduk. Atas kepala saya pun dia nak bertenggek hahahahah