Pages

Wednesday, 13 November 2013

Drama anak2 bila mak tak de rumah.

 

 

Tiap hari akak rasa macam tak cukup je 24 jam. Banyak sangat nak dibuat. Nak rehat pun tak sempat. Kebanyakan hari hanya lebih kurang 3 atau 4 jam je tidur. Dah macam zombie bila jalan. Terhuyung hayang. Tapi dari dulu pun masa tak berniaga, akak kurang tidur jugak malam2. Cuma masa tu tak sibuk sangat. Boleh je layan golek2 baring atas katil kan. Nak buat camana kan, tuntutan hidup.

Anyway, bila iolls sibuk dgn nasi lemak, anak2 bebulus iolls buat kerje sendiri untuk mengisi masa lapang mereka. Sangat kreatif. Terharus sangat iolls. *mata ke atas, tangan di dada* (dah lama tak buat camni kan. Haha.)

 

073

Ketua kumpulan yang sedang merancang beberapa projek musim cuti sekolah atau lebih tepat lagi musim mak tak de kat rumah. Kepala jendul dia sangat efektif mengeluarkan idea bernas. Kadang2 terover bernas sampai juling2 dah mata tu.

 

 

076

Inilah dia projek mega dia. Stalk Cik Peah kita yang jelita. Peah sekarang ni dah jadi anti sosial akak tengok. Seharian duduk bawah katil. Cukup susah nak tengok dia. Mana taknya. Kasanova tu daring sangat. Pantang nampak Peah ni. Kadang2 Peah duduk atas pangku akak pun Kitteh boleh terkam. 'Banglo perlindungan'  pun dah tak selamat lagi.

 

 

031

Si Miki ni Kitteh tak heran sangat. Dah tu. Macam rupa dia jugak kan. Putiiiih je. Pastu dia pernah cakap Miki ni tak macam pompuan, macam tomboi sikit. Hahaha. Betul. Hari tu masa Peah kena attack, Mikilah yang jadi penyelamat. Ditamparnya montot Kitteh. Tanjat mamat tu. Member tengah elok2 skodeng Peah kan. Tak sangka pulak diserang hendap dari belakang.

Lepas tu bercekau2 lah berdua. Lari2 marathon langkah badan orang semua. Sampai empat lima kali round satu bilik.

 

 

014

Hasilnya......parut mael lambung atas hidung dia tu.

 

 

010

Minah ni pun dapat jugak sedas kat hidung. Tapi dia punya memanjang. Kitteh punya melintang. Tepi mata tu ada nampak berdarah sikit. Nasib tak kena mata. Ngeri memikirkan.

Apa2 hal pun Peah tetap menten jelita parut free.

 

082

Sebaaaaab dia ni awal2 lagi dah masuk dalam panic room dia. Panic room lah sangat! Kena angkut dengan Alam Flora baru tahu.

12 comments:

Acik Erna said...

pandai Aidah ambik gambar maso nampak comel je..
sibuk2 pun jangan lupo rehat yo Aidah..jago kesihatan aidah tu

Dils said...

Ni sebab die jantan terulung la. Tok Milo retired dari segala scene, so die rase hero. Naseb baik ade Miki kan. Kesian Peah. Babap sikit bontot Puteh tu

Nini D.. said...

hahahahahaha...jgn..jgn..
cuti skolah ni musim org kawen.kang ada pulak mama Aidah buat kenduri kawen sekali :)

Nota Cikgu Anum said...

hihihi iols x boleh blah tgk Peah dalam bakul sampah. skeri sungguh gamak nya kehidupan serumah dgn Kitteh..

B-ha said...

Suka baca cerita kucing2 akak ni..hehe

makchaq said...

Usik mengusik bawa bahagia...
tapi kalau lebih usik boleh bawak bencana tau...

Sian... nasib semua dah boleh berdikari..walaupun ada yang panic..

zard said...

alahaiii Kitteh, meh datang rumah Na je lah.. kat sini banyak anak daro aa.. juling2 pun hensem tau.. sian Peah..tapi apa nak heran, kucing cantik mmg selalu kena skodeng.. Miki tu pun cantik gak..tapi dia tak mau tunjuk je.. sbb dia tau nanti jadi mangsa sekodeng..

Sis, jgn over worked sgt, jaga kesihatan.. if not nanti i yg stress sebabbbbbbbbb tak dapat baca entri you .. haha.. take care tau.. moga rezeki you terus melimpah ruah Aidah, aamiin ya Rabb.

Murni Alfathunnisa said...

haha..kerlass peah..ada panic room lagi. maka selamat ia di situ tanpa parut barang sebaris dua.

sudahnya yang lain jadi mangsa..hehe.

saya pun asyik tak cukup tido je lately kak..sibuk macam2 hal. macam akak kata...tak cukup doploh pat jam.

take care kakak.

huda said...

blogwalking.. nice blog :)

visiting me back
hudakassim.blogspot.com

Dinas Aldi said...

Peah siap dok dalam bakoi, kahkah! Adoyai, kisah2 kucing kak Aidah memang buat saya ceria :D

Naz said...

Hehe..lama xsinggah sini...cian Peah

mama maman aka yana said...

amboi... kasonovq sgt eks.. sian peah... hihi