Pages

Wednesday 6 November 2013

Jadilaaaah......daripada tak de.

 

 

 

Assalamualaikum. Berkurun nak tengok akak update blog kan. Hihi. Sebenarnya bukan sekadar sibuk je akak ni, dua minggu lepas demam. Dua sesi pulak tu. Kali pertama Alang prescribed antibiotic. Lepas 5 hari eloklah demam. Dua hari lepas tu demam balik. Adooiiiyaiiinyer pun ter ber. Sangatlah menguji keimanan dan kesabaran dihatiku ini, aduhai virus. Semalam baru habis makan antibiotic sesi kedua. Mintak2 Allah jadikan ubat yang akak dah telan semua tu sebagai penawar kan. Kenyang dah makan ubat.  

Jadiknya oleh kerana masih kelemauan akibat baru elok demam, hari ni akak keluar citer lama je lah ya. Citer sebelum raya aji dulu. Orang dah kenyang makan murukku deepavali akak baru berensot dgn citer basi. Hahaha.

Wiken sebelum raya haji yang lepas akak balik PD. Dah lama tak balik tidur di rumah mak. Selalunya balik pun kejap2 je. Dah naik merajuk Alang. Akak bukan tak nak balik tidur rumah mak tapi tak sempat. Sejak meniaga ni, wiken akak selalunya habis kat pasar borong dgn dapur je. Kadang2 dari pagi sampai lepas zohor masih di dapur. Baju yang basah dek peluh pun boleh kering atas badan je.

 

001 

Dua beradik ni pun jadi mangsa keadaan. Sekor di PD sekor di KL. Sejak raya puasa tu Alang tak bagi akak bawak Tomey Bambam balik KL lagi sebab penghibur hati katanya. Maka dah hampir 2 bulan tak berjumpa dua beradik ni.

 

 

039

On the way nak balik kampung masa wiken tu. Kitteh cukup baik. Tidur je atas pangku akak dalam kereta.

 

051

Sampai kampung, terus duduk tepi tingkap, borak2.....catching up with the latest gossip. Termasuklah gossip perut Peah yang boroi semacam. Mula2 cakap perut masuk angin, tetiba melarat jadi termengandung pulak. Dah jadi berita hangat kat kampung. Sian Peah. Suci lagi bersih sebenarnya dia tu. Halalan thoyyiba sangat. Tak pasal2 kena fitenah. Hahaha.

 

 

056

Nilah dia si pembuat onar menyebarkan gossip sambil mengutip kutu vavi di ladang. Eksyen sangat muka dia ni. Macam mintak kena buli je gamaknya.

 

 

020

Ini je aktiviti berdua ni masa kat kampung. Mengumpat Peah. Dah kering tekak mengumpat, dia baring kat tempat sempit tu. Berhimpit2. Jadi keje pulak akak nak keluarkan sekor, sekor.

Hajat hati akak, naklah tidur dua malam kat kampung. Tapi hari sabtu tu, malamnya dapat call tentang bapak sedara akak masuk hospital. Pagi Ahad dah kena balik KL.

 

030

Dalam kereta tu terpaksalah tatap muka atak sinyum ni. Massseeeemmmm sangat. Kalah cuka.  

Kitteh, bersyukurlah. At least dapat jugak jumpa Tomey walau semalam pun. Cer bandingkan dgn adik badik yang kena diagih2 kan kat family berlainan. Langsung tak dapat jumpa lagi seumur hidup. Lagi sedih. InsyaAllah ada kelapangan kita balik kampung lagi okay.

Okey. Tu jelah citer akak. Nampakkan kelemauan tu. Terimakasih pada yang layan biskut lemau akak. Hihihi.

11 comments:

Acik Erna said...

alhamdulillah aidah dah sihat..
i anak acik pulak batuk ..sampai susah nak bonapeh..dah la hari ni pekso..

Dils said...

alalala... sian sangat Uteh ni. Rindu betul die pada Tomey. Haha..

Peah ni.. mesti malas tangkap cicak kann. Tu jadi boroi. Macam Kurap. Makan, jilat bulu, tido.

zard said...

assalammualaikummmmmmm Aidah... horeyy horeyyy horeyyy.. eh jap jap..salam maal hijrah Aidah. cepat sembuh, aamiin... i linduuuuu kat kat semua2..kelu rasa jari jemari nak komen apa lagi.. sebab terlalu gumbira... nak cepat virus pegi.. cepat update byk2..lemau pun lemau lah.. tiramisu yg sedap tu, tak sedap kalau biskut nya ranggup terpaksa lemaukan dgn ayaq kopi naaa.. psst..psst.. kita dah ada ahlil baru.. kihkihkih.. nanti kita bagi awak jealous hokey..haha.. *itu kita pembakar semangat supaya antibodi tu lawan habis2an penyakit tu..* **hugs ketat ketat**

Dinas Aldi said...

Tu dia masamnya muka dia, hehe. Tang yg kena bok keluaq sekor2 dari tepi tingkap tu buat saya gelak sungguh la dok membayangkan camana kekdahnya..

Aidah said...

Acik,
Allah...sian lak donga anak acik tak sihat. Memang musim ni acik. Sughuh dio minum air masak banyak2. Kok dapek air zam2 lagi elok.

Aidah said...

Dils,
Sekarang ni menjadi2 perut dia tu naik. Jatuh saham. Lagipun akak rasa Peah ni kan, tah kenal tah tidak cicak, dik. Silap2 kalau nampak cicak, dia yang lari dulu. Hahaha.

Aidah said...

Zard,
Hehehe. Lemau pun lemaulah kan. Ada jugak jenis bisekut yang sedap walaupun lemau. Nak jugeeekk. Hahaha.
Apa?!!! Ada ahli baru??!! Ini sudah mendatangkan kejelesan melampau. Baru tadi Farah cakap dah lama tak dengar suara anak kucing lam rumah. Maklumlah kucing2 I dah akil baligh semuanya. Nanti share story ngan gamba ya. Na, thanx for your support sis. Appreciate it mucho.

Aidah said...

Dinas,
Masemmm kan. Lagi masam dari jeruk kelubi kat chowrasta dik. Hahaha. Memang teknik keluarkan tu agak kelakar, dinas. Sebab masing2 boroi.

Murni Alfathunnisa said...

salam kak..

rindunya. lama tak mai melawat blog..blog sendiri pun nak naik cobweb dah.

moga akak cepat baik demam.

peah termengandung..benarkah..?bukankah dah spay hari tu...atau adakah pitnah mereka2 itu semata-mata..konpius saya kak...

Nini D.. said...

kak,..nini merindui atok milo...peah the great beserta micki...

fadz said...

hi kak aidah...
lama x singgah blog ni.. sorry pasai fadz tgh busy ngan thesis... comeyyy je tgk kiteh n tomey... mana peah, miki n atuk milo?? btw hope kak aidah sihat walafiat laa hendaknya...