Pages

Sunday, 20 October 2013

Allah lebih menyayangi Om.

 

 

Assalamualaikum.

Hati memang tak sedap sejak malam tadi. Sebelum akak terlelap, tiba2 rasa sebak. Airmata laju mengalir. Tersedu-sedu akak menangis. Tapi akhirnya terlelap jugak. Baru lebih kurang sejam tidur, bunyi tepon kat sebelah akak. Memang dah boleh agak beritanya. Om dah tiada. Rupa2nya saat akak sebak sebelum tidur tadi  Allah telah menjemput Om untuk kembali padaNya. Lebih kurang pukul 11 malam tadi.

Sekali lagi akak diduga dgn dugaan hebat. Om, bapak sedara yang paling mengambil berat tentang akak. Segala masalah akak luahkan padanya. Dan dia seboleh-boleh cuba mencari penyelesaian untuk akak. Bila mak tak ada, pada dialah akak tumpang bermanja.

 Aturan Allah paling sempurna. Akak tak tahu apa yang diaturkan Allah tapi akak yakin itulah yang terbaik. Kejap lagi akak akan ke Taman Maluri Cheras untuk ziarah Om buat kali terakhir. Arwah mak dan abah sudah menunggu favourite cousinnya ini. Dan mereka berdua tentu tak sabar nak dengar citer Om tentang akak dan Alang. Semoga Om sampaikan salam rindu dan sayang akak pada mereka berdua.

Al fatihah untuk Badaradudin Mohd Som.

11 comments:

Acik Erna said...


Al Fatihah..salam takziah buat keluarga.

Dinas Aldi said...

Innalillahi wa inna ilaihi roji'un..Al-Fatihah buat arwah. Semoga kak Aidah tabah menghadapi perpisahan ni..

Bonda Ryan said...

Takziah buat seluruh ahli keluarga. al fatihah...

makchaq said...

Innalillahiwainnailaihirojiuunn
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 beriman

Dils said...

Takziah kak. Al Fatihah kepada arwah.

rezeki said...

salam takziah

AL FATIHAH

Rose Azadir said...

Alfatihah..takziah....anyway...Salam…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com . Saya follow sis n kalau sudi follow la saya balik yer…

Cikda said...

alfatihah. salam takziah.
lama cikda tak singgah sini.. sabar kak aidah. Moga rohnya bersama orang2 yang beriman.

Aidah said...

Terimakasih pada acik, dinas, bonda ryan, mak chaq, dils, rezeki dan cik da atas doa kalian. Semoga Allah mengurniakan pahala sewajarnya pada kalian semua.Amin.

zard said...

Innalillah waiinahirojiun. Salam takziah Aidah. moga rohnya dibawah lindungan kasih sayang Allah selalu. Aamiin. Aidah kena kuat semangat tau, jgan hiba sebab masih ramai yang ambil berat and sayang kat Aidah. Hugs!

juls julie said...

Takziah kak..bertabah yer.. :'(

Innalillah..