Pages

Saturday 19 October 2013

Cuaca mendung seakan mengerti....

 

 

Assalamualaikum.

Lately ni asal petang je ujan, asal ujan je petang kan. Pukul 4 petang tu kadang2 dah macam pukul 7 malam. Gelap semacam. Sejuk pun sejuk jugak. Kalau orang yang suka tidur memang ngamlah cuaca macam ni kan. Tapi mata akak ni susah nak lelap. Malam pun susah nak lelap, siang apa lagi.

005

 

Jadiknya, makanya, mulalah akak melayan perasaan syahdu tiap kali hujan petang. Sedih semacaaaaaam je. Mulalah rindu kat arwah mak sangat2. Arwah mak akak pun macam akak jugak. Tak reti nak tidur siang, malam pulak imsomnia. Sepakej. Kadang2 time cuaca mendung, dia selalu tepon akak, kata rindu pada akak, rindu pada suasana anak2 semua tinggal bersama sebumbung dgn dia dulu. Kadang2 dia boleh menangis dalam tepon. Lalu menangislah akak sama2.

Sunyi betul rasa sekarang ni bila mak dah tak de. Raya haji hari tu pun akak beraya di KL je. Buat rendang sikit dengan nasi impit.....makanlah kami empat beranak. Alang pulak beraya dengan mertuanya. Akak ni mertua pun dah tak de. Hajat hati nak beraya rumah bapak sedara akak di Cheras. Bapak sedara akak ni lah antara tiga orang relative mak yang masih ada dan yang ambil berat pada akak. Keluarga kami kecik sangat especially sebelah mak. Tapi tak siapa menyangka dapat call hari sabtu tu dari anaknya mengatakan dia masuk hospital, sakit.

Baru dua minggu lepas dia tepon akak. Hampir setengah jam bersembang dgn akak. Masa tu pun dia baru elok dari sakit jugak. Mulanya dari penyakit gout. Kaki dan tangan semua membengkak. Memang tak boleh gerak langsung. Lepas tu melarat ke paru2 pulak. Masa akak visit dia tu, macam2 hal kami sembangkan. Siap gelak2 jugaklah. Tapi kemudiannya meleleh jugak airmata nak balik dan tinggalkan dia kat hospital tu.

Masa hari raya puasa baru2 ni, dia sanggup drive sorang2 dari KL ke PD dgn tangan yang membengkak dan jari2 yang bengkok2 tu semata2 untuk temankan akak anak beranak beraya di PD. Dia tahu akak sedih kerana baru kehilangan mak. Arwah mak dulu selalu pesan mintak dia tengok2kan akak dgn Alang bila dia dah tak de. Terperanjat jugak akak tengok dia dah sampai depan rumah masa hari raya kedua. Tak sangka dia drive sorang2 dgn keadaan kesihatan macam tu.  

Bapak sedara akak ni sebenarnya sepupu pada mak akak. Masa kecik dia banyak dihabiskan di rumah mak dan abah akak sebab adik beradik dia ramai. Abah akaklah yang selalu belikan seluar sekolah dia. Mak akak selalu suap dia makan. Memang kesayangan mak dan abah dia ni. Akak dan adik beradik lain panggil dia Om. Sepatutnya Pak long tapi kami pelat masa kecik jadi yang keluar 'Om' je.

Semalam akak dapat call....Om dah makin tenat. Sekarang ni on life support system. Dah sepsis. Bengkak dah mata menangis. Bila mak tak ada ni Om jugak turut terkesan. Dah banyak kali dia mengadu, katanya hidup dia tak happy lagi sejak mak pergi. Banyak kali jugak dia pujuk akak balik dan tinggal di PD saja. Supaya dia boleh balik PD selalu sebab Alang bekerja dan bukan ada di rumah. Tapi itu satu keputusan yang sangat sukar sebab banyak perkara perlu diambil kira.

Semalam akak menemankan dia di ICU. Ajar mengucap, bacakan yassin. Semoga dia bersemangat dan diberi kekuatan dan kesembuhan dari Allah. Akak selfish sebab akak masih nak dia ada dalam hidup akak walaupun nampak dia sakit sangat. Tak mampu rasanya nak hilang seorang lagi dalam waktu terdekat ni. Tapi Allah Maha Mengetahui. Janji Allah kita tak tahu kan cuma akak harap Allah beri akak kekuatan jika waktunya sudah tiba.

Mohon kawan2 doakan Om sekali ya. Terimakasih banyak2. Akak tahu ramai jugak yang mendoakan akak. Tak terbalas rasanya. Cuma lepas solat akak turut doakan kalian juga diberikan Allah seperti mana yang kalian doakan untuk akak. Semoga doa kita dimakbulkan olehNYA. Amin.

8 comments:

Acik Erna said...

assalam Aidah..doakan yang terbaik untuk om aidah..
kalau raso sunyi bona..boleh tipun acik aidah..biar acik layan aidah berburak

Anonymous said...

Allah, besarnye dugaan akak...insyaAllah semuanya akan baik-baik sahaja

berdoalah selagi mampu.
Semoga pakcik akak sihat semula.

Amin.

Juls Julie80 said...

Assalam Akak..

tiap kali baca entry akak psl mak akak, air mata saya laju jer turun.. terkenang mak sorg2 yg lbh selesa nak kat kpg..

selaku anak bongsu yg sgt rapat dgn mak, saya tak dpt membayangkan situasi mcm akak.. Saya doakan dari kejauhan agar roh mak akak sentiasa dicucuri rahmat & diletakkan di kalangan hamba Allah yang beriman. Dan juga saya doakan pakcik akak dipermudahkan apa juak aturan Allah utk dia..

Amin..

tunfatimah said...

AL Fatihah....semuga arwah ditempatkan bersama2 yg disayangi oleh NYA.
Sabar ....i guess thats the best i can say .....n byk2 bersedekah pada yg telah pergi.

Aidah said...

Acik,
Memang selalu rasa sunyi sojak mak tak do. Solalu e sayo cembeng sensoghang yo, acik. Timo kasih sobab solalu tanyo kobar sayo acik.

Aidah said...

zaffira,
Alhamdulillah setakat ni akak hanya diduga dgn dugaan yang mampu akak tanggung. Allah lebih tahu kan, dik. Akak yakin tu.

Aidah said...

juls julie,
Akak pun anak bongsu. Dia punya telepathy dgn mak tu lain kan. Selalu rasa apa yang mak rasa walaupun dia jauh. Sekarang bila dia dah tak de, akak selalu terasa2 dia usap rambut akak terutama kalau akak letih sangat dan terlelap.
Dik, sampaikan salam akak pada mak ya. Jaga dan berbaktilah pada mak masa dia masih ada. Jangan lupa beritahu dia yang kita sayang sangat dgn dia.

Aidah said...

tun fatimah,
It's always comforting to hear from you, my friend. Tu lah. Kadang2 dugaan datang berganda2. Apa lagi yang kita boleh buat selain dari redha dan sabar kan. I hope Allah gives me strength.