Pages

Monday 14 October 2013

Masih ingatkah lagi pada kami.

 

 

Assalamualaikum. Lamaaaa dah tak ketuk keyboard. Dahlah menaip pakai dua jari je. Haha.

Macam dah akak citer sebelum ni kan, akak super bizi lately. Carik makan, jual nasi lemak tepi kaki lima. So far alhamdulillah. Tak de lah sampai ratus sehari. Tapi akak bersyukur. Apa sahaja rezeki yang Dia beri, alhamdulillah. Sekurang2nya ada jugak yang dapat diusahakan. Dah lama nak mengusahakan sesuatu dgn tulang empat kerat yang Allah bagi. Nak bekerja makan gaji....entahlah....ada ke orang nak employ orang tua yang tak de pengalaman keje langsung ni.

Jadiknya buatlah apa yang akak tahu dan mampu. Masak nasi lemak, goreng samosa, popia....pastu jual.

 

DSC_0290

Camnilah rupanya kedai kecik kali lima akak. Yang dalam bekas polistrin tu mihun dgn mee. Ada hari terlebih rajin akak buat lontong. Kalau ada request dari mat arab pulak, akak buat macaroni goreng.

 

 

DSC_0293

Ni kuih tetap yang mesti ada sebab dah jadi pemula rezeki akak since bulan ramadhan lagi kan.

 

 

DSC_0294

Yang ni namanya crispy cheesy sosej roll. Panjang nama minah ni sebab bahannya pun banyak. Siap ada cheese lagi kat dalam tu meleleh2. Cukup poplar dgn kanak2.

 

 

DSC_0310

Yang ni semua orang kenal kan, donat ball. Akak tak sempat nak buat lubang kat tengah2, maka beginilah seadanya, bulat2 macam dragon ball. Haha.

 

DSC_0314

Yang ni pulak karipap brutal yang dalam hatinya ada taman. Intinya kentang dan ayam.  Baru best makan kan. Tapi tang kelim tu mintak mahaplah....memang brutal.

Akak kalau masak apa2 untuk dijual memang stail macam makan sendiri. Ajinomoto memang tak pernah letak pun sebab tak reti. Arwah mak dgn abah akak dulu pun tak suka jadi memang tak pernah beli.

 

 

DSC_0317

Yang ni nasi lemak sambal kampung. Selalunya yang beli orang cina dan melayu. Diorang suka sebab ada banyak bawang akak letak. Foreigners kebanyakannya tak reti makan nasi lemak ni.

 

 

DSC_0316

Yang ni ayam berempah. Sori gambar tak clear sebab amik gambar guna camera henfon je kan. Selalunya foreign student gemar meratah je ayam ni. Kalau orang cina atau melayu makan dgn nasi lemak.

Semua ni akak start prepare dari pukul 3.30 pagi setiap hari Isnin sampai Jumaat. Tapi ofkos lah popia, samosa dan karipap tu lipat siap2 petang sebelumnya dan simpan dalam fridge. Itupun rasa macam tak sempat je tiap hari. Berlari2 jugak akak dari dapur ke meja makan tu. Dah rasa macam pressure test masterchef pulak.

Tapi walau macamana pun pukul 6.30 pagi dah siap semuanya.

Camnilah tiap hari selagi Allah beri kesihatan dan kudrat. Memang dari dulu akak nak buat macam ni terutamanya bila suami akak retire dari keje kat bank dulu. Tapi arwah mak perlukan perhatian akak tanpa berbelah bagi. Jadi kita fokus pada mak dulu. Ada jugak orang mintak akak usahakan cafe di tepi swimming pool apartment ni tapi akak tahu batas tenaga akak yang bekerja sorang diri tanpa pembantu ni. Takut pulak nanti kesihatan sendiri terjejas. Ada masanya akak tak berapa sihat sebenarnya tapi demi anak2 akak perlu cari rezeki. Doakan akak ya.

 

DSC_0299

Sebelum akak sign off nak jugak share gambar maskot kedai kecik akak. Kucing ni datang dari hari akak mula meniaga.

 

DSC_0301

Tiap hari bekfes dgn sepinggan kibbles. Masa mula2 datang dulu dia ni pregnant sekarang ni dah kempis perut tapi anak dia tak tahu kat mana disoroknya. Akak bagi nama kucing ni Pia Zadorra sempena nama popiah. Ada jugak husband dia datang sekali sekala. Yang tu nampak brutal dgn parut luka sana sini. So akak panggil dia Samdol sempena samosa. Hahaha. Ada jugaklah peneman akak.

So sekian dulu ya, sahabat2 sekelian yang akak sangat sangat rindu. Selamat menyambut hari raya aidil adha kepada semua. Tahun ni first time akak beraya di KL. Sedih.

P/S Terimakasih pada yang selalu sms tanya khabar akak. Bila mak dah tak de ni akak terharu sangat bila ada orang lain yang ambil berat tentang akak. Nangis.

17 comments:

Acik Erna said...

Selamat hari rayo aidah.
Alhamdulillah murah rezeki aidah..semoga aidah tetus sihat untuk terus berniago

Tijah said...

Kek mano gerai eh tu kak? Cam tingin lak nasik lomak kampong tu hah

Dinas Aldi said...

Salam kak Aidah. Saya tau akak sibuk meniaga, sebab tu saya tak SMS, kehkeh. Alasan yg tak kukuh langsung di pihak saya. Alhamdulillah ada peluang rezeki, kalau saya dok dekat, mau hari2 saya beli nasik lemak, ayam goreng & kuih yg ada chis meleleh2 tu, haha!

Saya doakan semoga Allah SWT memurahkan rezeki akak sekeluarga & semoga akak sentiasa berada dalam rahmatNya, amin.

Dils said...

Selamat Hari raya kak. Saya dah agak akak busy meniaga... wah dengar macam sedap je. Lagi2 ayam berempah tu. Moga makin murah rezeki dari niaga akak ni.

Naz said...

alhamdulillah..rezeki ada pada yg berusaha...rindu akak

tunfatimah said...

Alhamdulillah u sihat.....tu yg nak tau dulu. Alhamdulillah dh mula biznes mcm ni...tak kisahla Aidah kat mana pun janji rezeki halal n something yg we are good at. Mudah2an u maju jaya n bole berkembang lagi . Bole cari pembantu...u can never know the power of rezeki.
Rindu sgt2 ....tiap2 hari cek...tak de entry....tertanya2....
Anyway...all the best...x bole tahan tu nama minah n mamat peneman u .....hugs n kisses to babies bulus kat rumah. U take care...jaga kesihatan ok. I doakan u sentiasa sihat n murah rezeki.

Murni Alfathunnisa said...

ala..kak..tak mau nanges..tak mo..takmo..! we r here for you kak. ada masa tu akak luahkan je kat blog ni. blog ni la tempat kami melepaskan rindu kat akak.

9 dr 10 punca rezeki dari berniaga. start kecil-kecilan..mana tau ada rezeki nanti dapat betul2 bukak cafe tepi swimming pool tu. saya pun kalau ada rezeki, ada modal..ada peluang nak jugak bisnes sendiri, kecil pun takpe.

nice to know u pia zadorra..macam nama portal online shopping..zalora...haha

Teddy Akmal said...

miss akak..miss baca blog akak

Teddy Akmal said...

miss akak..miss baca blog akak

Aidah said...

Naz,
Patutnya dari dulu akak dah mula berniaga tapi keadaan tak mengizinkan. Naz doakan akak ya.

Aidah said...

tun fatimah,
Terima kasih my dear kerana selalu mendoakan I. Terimakasih jugak sebab masih datang menjengok walau ada sawang je menanti. Hahaha. Memang my sister suggest amik pembantu satu hari nanti tapi so far I boleh manage. Sebab jualannya pun sikit je, tun. orang kat apartment I ni macam jaga badan tak macam I. Haha.

Aidah said...

Murni,
Akak kan, bila dah emosi sangat tu ada jugak rasa nak luah kat blog tapi pastu macam tak sampai hati nak publish. Terus delete. Tah hape2. Last2 menangis sendirian berhad.
Akak ni walaupun ada degree tapi tak dak pengalaman bekerja dik. Pengalaman jaga anak dan masak je ada. Tak pe lah kan. Semoga Allah memberkati usaha akak.

Aidah said...

Teddy Akmal,
Betullah dik. Long time no hear from you. Miss you too.

Aidah said...

Acik,
Terima kasih sebab solalu yo acik doakan. Sayo memang haghap kek doa kongkawan ni. Maklumlah mak pun dah tak do nak doakan sayo laii. Sodih lak ghaso.

Aidah said...

Tijah,
Alahai Jah. Akak moniago kek dalam opatmen ni ha. Bolun boghani poi jua topi jalan. Sambal akak sambal ulu yo dik. Tah sodap tah tidak.

Aidah said...

Dinas,
Tak pa dik. Dinas tak sms pun tapi akak can always count on you to doa for me kan, dik. Kalau dinas ada dekat sini, tiap hari akak ajak bekfes free ja kat sini. Hahaha.

Aidah said...

Dils,
Dulu akak sentiasa focus on mak. Every wiken on standby. Dia suruh akak balik, akak balik. Every two weeks pun memang tetap balik jumpa dia. Rindu kalau tak jumpa. Sekarang ni akak focus carik rezeki untuk anak2 pulak since husband pun dah retire. Terimakasih atas doa.