Pages

Monday, 9 September 2013

Laaa.....baru siap baju raya!!!

 

 

Citer horror baju raya sambung balik hari ni. Gara2 tempah baju lambat sangat, rasakan. Dah habis bulan syawal baru siap.

Orang patutnya sedar dirilah kan. Simple2 cukuplah. Kalau takat baju kurung biasa tak de hal mak cik mek nak siapkan dalam 3 hari je pun.

 

163

Dah tahu lambat tempah, naaaaak jugek pesyen peplum bagai. Orang peplum lengan panjang kan. Tapi disebabkan mak cik mek protes, maklumlah orang sibuk beraya, dia kena siapkan tempahan. Haa amek sekali, peplum bertali je uolls! Seksi habis. Arif cakap, ini dah macam swimming suit je ni mama. Tak kisahlah. Janji baju raya kita pink.

 

167

160

Peah punya baju sopan sikit. Masih peplum tapi ada kolar dan off course tak de lengan. Kampung panas kan.

 

 

147

Yang si Kitteh ni, akak beli jersi bola tepi jalan je. Jadilah daripada pakai bra kan. Baju melayu, mak cik mek tak reti buat.

 

 

174 

Miki paling bergaya. Siap dgn henbeg pink. Sedondon sangat. Tapi kesian, raya dah habis. Tak pe lah, raya aji nanti kita raya sakan dgn peplum pink ni ya.

Oops lupa pulak, si Tomey Bam Bam pulak? Owhh...dia dah balik kampung masa minggu kedua raya hari tu lagi. Dijemput oleh Alang. Dengar je nak balik kampung kemain hepi dia. Terbayang2 kegemukan kutu vavi kat ladang.

 

003

Excited sangat sampai tertinggal bra raya dia. Maka bertopless lah dia dikampung sekarang ni. Hahahaha.

12 comments:

Acik Erna said...

gigih tu aidah siap an baju rayo walaupun rayo dah abih he he..

Acik Erna said...

gigih tu aidah siap an baju rayo walaupun rayo dah abih he he..

Nini D.. said...

hakhakhak...tang kutu vavi tu mmg sgt vovular..
makcik Yb pon kalo sakan sgt buat lawatan,..adalah sekor dua kutu vavi tumpang ikut balik rumah sama..

atok milo pakai jubah ke kak?

NenetPenne (NP) said...

hahaha cute nyaaaa

Bonda Ryan said...

kelass baju2 korang yer! takpelah..pakai raya haji je nakk..haha!. aahh lah kak ida ni pun..apa peplum ghupa bikini tuh..hish! cekci >:O

juls julie said...

adoii kak..

gambar yg last sekali tu buat saya tergelak sesorang depan pc..hahahah

linda said...

Salam... Kak ida jahit sendiri ke baju raya depa ni??? Terel nyaa

Murni Alfathunnisa said...

hehehehe..ada2 je kucen2 ni tauuu! kerlasss sangat..pink lagi! ya Allah..kitteh..muka bulat macam vanida imran, segak! :D

Suara Kalbu said...

Kahkahkahkahkah...

Akak ni teruk tau. Ida baca entry ni tergelak gelak sampai pengsan pastu bangun balik, pastu gelak balik, pengsan balik, bangun balik dan pengsan balik...

zard said...

hensemnya kittehhh dah macam Cristiano Ronaldo plak.. Peplum Miki kembang payung lah.. baju Seripah Peah pun cantik, macam rupa kate middleton pun ada seripah ni..

Dinas Aldi said...

Kahkahkah adoi kak Aidah, tak bleh tahan gelak nih! Semua bergaya sakan dengan baju masing2, glamer habeh! :D

tunfatimah said...

as salams Aidah....are u ok? Mudah2an dikurniakan kesihatan yg baik...lama x dgr kabar berita.....