Pages

Monday, 29 April 2013

Kena hukum

 

 

Sekarang ni rumah akak kemain meriah dengan kucings. Macam2 peel masing2.

 

080

Peah masih tak boleh terima dgn dua beradik pendatang asing tu. Muka dia ni manjang macam tu. Telinga kebelakang....mulut asik nak sembur je sape datang dekat.

 

 

054

Yang dia ni pulak ekseeeen.  Perasan hot sangat. Sombong ni tau. Tiap hari kata, duduk KL ni tak best. Tak dapat pijak tanah pun. Kat kampung lagi best. Tiap pagi dapat kejar burung. Setiap hari menghitung hari...bilalah dapat balik kampung. Semalam akak balik kampung, berjemaah 5 ekor kucing dalam kereta. Berhenti kat traffic light, mesti ada orang kete sebelah main mata dgn akak.......eh, kucing akak. Hahaha.

 

074

Kitteh ni very friendly. Best sangat. Dah menerima hakikat pun yang dia sekarang ni duduk rumah tak de tanah.  Sangat mesra dgn kucing2 kat umah akak ni.

 

039

Romantic at heart. Kesayangan mak akak ni. Dia pesan kalau makan goreng ayam ke apa, bagilah Kitteh ni sikit. Mak akak selalu cakap, " Tigo kali yo Da. Dah tigo kali bagi tu, tau lah dio poie. Tak maun dio mintak laii doh." Dan memang Kitteh ni macam tu, bila kami makan, dia dah tunggu depan. Dah bagi 3 kali, dia pun pergi duduk jauh2. Ingat dia pesan mak akak agaknya.

Masa mak akak baru duduk umah akak dulu, akak selalu dengar dia pesan dgn kucing2 dia, " Jangan jahat duduk umah ni pulak yo. Jangan cakar2 krusi ghumah ni pulak. Babap nanti." Akak selalu senyum je dengar dia cakap dgn kucing2 dia. Kadang2 kelakar jugak sebab kucing2 tu siap mengadap lagi depan mak....macam faham je apa mak cakap.

 

 

141

Yang tak reti bahasa....MINAH ni. Sejak dah ramai kucing jantan kat umah akak, dia ni kemain lagi gatal. Malam2....lepas pukul 12 je mulalah dia buat lari marathon keliling bilik. Relay pulak tu. Bayangkan 4 ekor marathon macam kena sawan. Kejap2 Peah naik atas katil, lompat atas badan orang....kejap2 Miki, kejap2 si Kitteh. Event plannernya si Miki ni lah. Kalau dia tak start...kucing2 lain tu elok je tidur.

Lalu bila akak dapat tangkap 'kapla'  ni maka kenalah hukum.

 

079  

Sedang menjalani hukuman. Baik je dia duduk diam kan.

 

075

Sebaaaab kena pakai kon. Ini kes di siang hari ni. Siang2 hari pun dia boleh buat tak sedar diri lari keliling bilik, pijak kepala orang semua. Macam lari berhalangan pulak. Ingat badan orang ni hurdle ke apa.

 

 

076

Selalunya lepas setengah jam pakai kon, dia pun mengantuk. Bila dia ngantuk tu akak bukaklah kon ni, bagi dia tidur. Aman sekejap.

28 comments:

Acik Erna said...

assalam Aidah..3 kali sari ko Aidah mandikan kucng2 ni..elok yo lawa e..beroseh..comel yo..rajin aidah kan..

NM03 said...

naper kena letak kon tu?

Murni Alfathunnisa said...

kesian..kena pakai kon. tu la buas sangat..hehe.

meriah sangat tengok kuceng2 kat umah akak...riuh rendah gayanya ni.

tunfatimah said...

as salams .....ya Allah meriahnya....i rasa kan mmg perangai they all klu mlm2 suka lari2....my cats ada 7...tp mlm suma masuk snagkar xcept brown. lily yg paling kecik..msk pun lewat ard 11pm...the other 5 kul 630 or b4 maghrib suma dh reti bahasa tunggu kat cage masing2...bila nak dekat2 kul 11 tu mmg ada marathon lily dgn brown...risau klu2 terlangggar2 apa2....anak i selalu kata..suara i mcm ada anak ramai...ye la nama kucing mcm2..ada Lily la...Noni la...Mama la

Dils said...

hihihi. comelnye. kena hukum pakai kon. Saya pon selalu rase gitu. Bile nak hukum nak pakaikan die org kon, kurang aktif sikit. Tapi kucing saya tak aktif sgt kecuali pukul 2 pagi la.

tunfatimah said...

nak tulis lagi....i tak bole tahan tgk si oren hensem tu.....muka ...eee geramnya....xpression mmg nampak ketensionannya.....hahahahahah....sian la Sheripah tau....x habis2 dr dulu berapi.....tp kan si Kitteh tu mcm mana bole baik mcm tu kan...Hows Milo..? Miss him so much

fadz said...

hi kak aidah... wahhh meriahnya rumah akak.. banyak laa drama nanti... hehehe...

PakcikLie PCL said...

lahai kesiannya kena hukum...noty lg ! , ..idea letak kon tu memang utk tenangkan kucing ea ?..hehe pcl mmg tak reti bab2 nih ..

Naz said...

haha..kemain kena denda..kucing mmg paham apa tuan dia cakap..cuma kadang2 tu malas nk ikut je..

Dinas Aldi said...

Tu laa, besa dia tu, buaih sangat, haaa amek hang kena pakai kon, muahahaaaaa! *gelak evil*

Fuhh kucen oren yg eksen tu, renungan dia, takut saya tengok, kak.

Akak, apa benda hijau keliling kepala Kitteh tu?

zard said...

alahai kesiannya sampai kena ala pasungan haaa... dulu kat rumah ni..konon kesian bagi lah si Baby dgn Lady tidur dalam bilik.. sudah nya jam 3 pagi.. macam tu gak larian marathon.. abis badan ligannya.. sudahnya, bangun tangkap sekor sekor, buka pintu, sila sambung kat hall.. adehh.. bayang kan all 32 buat mcm tu kat i.. agaknya boleh tak hilang berat badan.. haha.. (nak jugakkk)

Aidah i berkenan betul dgn the two boys ni.. lawa betul..patut Micki tak keruan..haha

.. said...

terjatuh hati tgk si kitteh juling mata siyom bunga rose tu ...

Aidah said...

Acik Erna,
Alaikumsalam acik. Tak do lah selalu na mandikan acik. Tapi bilo duduk ghumah ateh tak botanah ni, borosihlah sikit. Hehehe.

Aidah said...

NM03,
Bagi dia selow sikit, dik. Tak larat nak kena pijak bila dia tak sedar diri main kejar2 tu.

Aidah said...

Murni,
Memang meriah. Hilang sikit rasa sedih akak. Tapi bila dibuatnya marathon memalam tu, macam burung hantu pulak akak. Tak dapat tidur, dik.

Aidah said...

tun fatimah,
Alaikumsalam my fren. Kucin2 I ni tak biasa duduk dalam sangkar. Pernah dulu masukkan Miki dalam sangkar, dia buat choir sampai pagi. Haruuu...Solution I selalunya I bagi Miki ni main siang2, tak bagi langsung dia tidur supaya dia letih malam2.

Aidah said...

Dils,
Tak laratlah dik nak layan marathon tengah malam ni. Akak selalu tangkap kapla dia, si Miki tu. Bagi dia main puas2 masa siang. Jgn bagi langsung dia tidur. Macam baby pulak kan. hahaha.

Aidah said...

tun fatimah,
Owh dah tergoda sama Tomey ya. Tomey tu memang nampak eksen kan, bangga semacam je. Kitteh tu very casanova, cepat mesra dgn org lain. Peah macam biasa darjat lain dari orang. Milo, a little bit sad lah tun. Dah kurus badan...sakit tua kata vet.

Aidah said...

fadz,
Ha ah...drama bersiri 40 episod, dik. Hahaha.

Aidah said...

PCL,
Akak saja je pakai kan kon tu. Sebenarnya kon tu supaya dia tak scratch telinga dia bila akak letak ubat. Tapi boleh jugak guna untuk slowkan dia sikit, bagi ngantuk. Hihi.

Aidah said...

Naz,
Memang kucing ni terlebih pandai kan. Tak macam anjing...ikut je cakap tuan. Hehe.

Aidah said...

Dinas,
Malam2 kan akak cakap macam dinas ni lah. Besa dia! Tapi dia buat derk je, dinas. Penyudahnya kon tu paling mujarab.
Kitteh tu pakai aksesori. Sebenarnya benda ijau tu untuk organise wayar2 laptop akak. Saja letak kat kepala dia sebab dia suka sangat main dgn bendalah tu.

Aidah said...

zard,
Kenapalah kan marathon ni start after midnight? Saja nak bagi tuan dia jerit2 tetengah malam. Kadang2 I berselubung dalam selimut...takut diligan.

Handsome kan the two boys. Bertuah sangat bila I dapat bela. Yang Tomey tu badan dia sangat lembik, zaph. Bila pegang kan, lembut je dia macam ragdoll. Sedap bawak tidur macam teddy bear.

Aidah said...

..,
Kitteh tu juling2 air kata orang tua2. Hemsem.

❤Kamsiah❤ said...

comel2nya..gebu gebas bulunya..mintak seekor hehe
salam kenal dari akak..follower ke 76

Iz said...

Hahahaha tang active menggila lepas kul 12 tengah malam tu, berlaku di sini juga. Kalau Hime, lepas 12am je, dia mula sawan main sendiri, kejar diri sendiri. Kitorang ni yang panik. Kadang suruh dia kejar Sookie ke Hachiko. Bila Hachiko join je, hoh habis la semua benda tunggang langgang siap menjerit2. Geram, tapi takpelah, dari engko main sorang2 tu lagi scary hahahahaha

Nini D.. said...

Rindunya nk baca cerita diaorg sumer ni kak.tp,atuk milo xde pulak.rinduuu...

Nini rindu dgn dobot kak.dh 3minggu xjumpa :-(

Honey said...

Ya ampun sebijik macam kucing saya bulu dia macam kucing putih ni. ada tompok dua kat belakang warna hitam. kedudukan pun sama.