Pages

Monday, 29 October 2012

Raya haji tahun ini

 

 

Assalamualaikum,

Memandangkan kesihatan mak yang baru nak pulih dan cuti raya aji pun macam kedekut sangat, maka akak nyaris2 tak merendang tahun ni.

Akak bertolak balik kampung hari Rabu selepas ambil Arif dari sekolah. Memula cikgu kata sekolah tak cuti hari Khamis tu. Akak pun plan baeeek punya suruh Arif ponteng je sehari. Tak kosser sesangat nak harung jam balik hari Khamis petang esoknya tu dgn kete yang kadangkala mengigil2 enjinnya kalau terpaksa berensot2. Tapi tetiba Arif masuk kete cakap " Mama, esok sekolah ambik cuti berganti sebab cikgu2 ramai request." Alhamdulillah jawabnya.

Jadi kami pun bertolaklah ke kampung dgn jalan yang aman damai, tak dak jam langsung bersama 5 ekor kucing. Hati pun senang sebab anak tak perlu ponteng sekolah.

 

Photo0424

Nee noooneeenoooo...tepi tepi...sila beri laluan pada kenderaan yang bawak kucing sakit ni. Oh ya. Lupa nak bagi tahu. Si Tomey ni sebenarnya ada masalah infection jugak, bukan sekadar mogok lapar rupanya. 2 kali akak ulang alik ke klinik. Kali kedua tu, sebeban ubat dibekalkan doktor. Sibuk betul akak dgn pakej nak bagi ubat yang super pahit tu, dgn suap dia makanan lagi (force fed). Lenkalilah kita citer panjang lebar sikit ya.

 

 

Photo0420

Boipren dan girlpren duduk dalam kete sebelah menyebelah dgn ditemani oleh Kak Peah. Tak boleh, tak boleh......no no no. Kalau duduk berdua duaan kan, sape orang ketiga tu? Syaitonnirajim ya, anak2. Muka Uteh macam berbulu je sebab tengok Kak Peah kacau daun orang nak deting. Memang berbulu pun....semulajadi kan. Hahaha.

 

Photo0422

Sebenarnya kat dalam kete tu sempat jugak Peah menampar sedas dua si Uteh tu. Tah kenapa. Tak pasal2 dapat tamparan sulung akak ipar yang ganas. Tu micki tu macam menyorok malu kat badan Peah. Gambar ni akak ambik lepas kejadian kecoh tampar menampar tu lah. Tak bagi can langsung kat adik dia, Ustajah Peah ni. Siaaaan. Dahlah nak spay lagi 2 minggu. Baru jumpa jantan macho, dah kena tarbiyah dgn kakak. Selama ni pun duduk rumah ala2 kayangan ni mana pernah jumpa kucing lain kan. Tak sempat nak gatal dah kena tenyeh.

Deddi kat mana? Deddi tu sekarang ni memencil je. Dia duduk kat kaki akak tu. Tak kosser nak layan bebudak banyak hormon. "Aku ni dah menopos. Berbulu mata aku menengoknyer." kata Milo tu tau. Hari ni pakej semuanya berbulu ya. Maafkan akak dgn vocab yang manjang berbulu, tak tahu kenapa.

Sampai kampung, akak pun bukak topik menu raya. Sekali tu Alang kata, tak daya lah nak merendang. Akak pun macam...aduiiyaii letihlah pulak. Mak pulak cakap dia tak kisah pun. Tapi bila pandang muka anak2...tak sampai hati pulak akak.

 

087

Lalu pagi Khamis tu digagahkan jugak diri mencari daging fresh. Akak beli 3 1/2 kilo daging batang pinang + hati untuk direndang. 2 calar tulang rusuk pulak untuk dibuat sup. Total semua yang dibeli RM149. Mahal betul daging lembu sekarang ni.

 

097

Rendang dalam proses mengeringkan air daging. Belum masuk santan lagi ni. Mak akak pantang betul kalau tak betul langkah2 merendang tu. "Kau kocutkan dulu daging tu Da! Jangan totibo nak masuk santan yo!"

Dan pakarnya mak akak bab masak2 ni, sebab dia tahu je kalau tak betul langkah akak tu walaupun dia tak tengok pun akak masak. Tak payahlah nak skip mana2 langkah. Kalau nak malas2 ke kan, lupakan je lah. Sebab nanti bila mak rasa rendang tu dia akan cakap " Apo yang tak kono ni? Macam ado silap e ghondang kau ni lah." Haa masa ngadap mak tu kan, berpeluh2lah ketiak bagai. Sila mengaku sebelum terlambat. Kalau tidak.. kena jelingan mak, boleh trauma kejap.

 

157

Ini je lah pun menu akak. rendang daging, sup tulang dan nasi impit. Alhamdulillah ada ongkos nak beli bahan mentah dan ada kudrat nak masak. Hayam pulak akak panggang je di pagi raya tu. Gambar hayam tak dapat ambik sebab hot setuff sangat. Dah licin sebelum sempat pose. 

Semalam akak dah balik KL pun sebab Arif sekolah hari ni. Ada exam lagik. Tapi sepanjang cuti raya aji ni tak nampak pun dia pegang buku. Haiiih laa... anak. Rilek je dia walaupun banyak yang tak study lagi. Mama ni pulak yang risau bangat. Nak suruh study cukup payah. Asal pegang buku je mata dia mulalah mengantuk. Kalau pegang controller Wii tu tak pulak mengantuk ya. Rasa nak marah je ni. Jangan jadi incredible hulk, sudah. Nanti berbulu tengkuk Milo tengok. Hahahah.

21 comments:

zard said...

salam eid adha Aidah, amboi micki belum spay lagi ea.. hot stuff betul lettew.. hachiko kirim salam.. mungkin hachi pon akan ikut jejak micki gak lah kena neuter.

p/s: hachi masih tunggu jawapan dari Aidah, boleh ke idak dia jadi pen pal si micki ituuuu..hehe.. take care Aidah.

zard said...

eh lupa plak.. Aidah.. boleh bagi email address tak, please.. tenkiu.

zaph

Aidah said...

Zard,
Salam eid adha to you too. Kalau teman tapi mesra tu bolehlah kot. Hehehe. Appointment dah buat utk spay. Tadi baru balik klinik utk 2nd shot of vaccine. Lagi 2 minggu masuk wad 3 hari 2 malam utk operate pulak.
My e-mail add toyen1607@yahoo.com...nak sembang panjang2 boleh je.

tunfatimah said...

As salams Aidah....last post u tak sempat nak komen....sakit + bz...tp tetap membaca...alahai....si tomey tu punyala comel beriba dlm kete ...muka they all mmg comel2 kan...muka ala2 bulat ...peah muka dia mcm mancung.....Milo tak yah citer la..forever debab everywhere...dia dgn sookie seperjalanan.....
Btw..Selamat Hari Raya Aidil Adha...alhamdulillah Mak u makin better....alhamdulillah kita suma dpt menyambut lagi hari raya korban ni....u take care aidah

makchaq said...

Ingat ada terselit gambaq atuk..
rindu bayangan la nampaknya makchaq ngan atuk milo..

Dinas Aldi said...

Bau rendang tu sampai Penang la kak, slurrrpppp! Hehehehhh!

Tu la, kesian dia kena tuduh mogok lapar, padahal kawan tu sakit. Sedih la pulak..

zard said...

thanks Aidah.. btw hugs and kisses kat Tomey ya..semuga cepat sembuh.. btw pada Atok Milo, jangan lah sentapp je.. kat rumah I ni pun ada satu Tok Tine nama dia Blackie.. nak kawan ke Atok Milo?

=*_*=Phat Cat with Phat Lady said...

asal baca blog akak, saya senyum sorang2.. cara akak bercerita sempoi jer..x boring..hehehe

rasanya dlm anak2 bulus akak tu, yg paling pemes di mata saya, si Milo tu..heheheh

Aidah said...

tun fatimah,
Patutlah lama tak dengar berita. Tak pe tun. Tak komen pun tak pe, asal you sihat. Jaga kesihatan tun. Take it easy ya, my dear friend.

Aidah said...

makchaq,
Hihihi. Atuk low profile mak chaq sebab katanya muka tak hensem nak masuk cover majalah.

Aidah said...

Dinas,
Kalau duduk berjiran dah akak anta kat Dinas. Kenyanglah kita dgn makanan2 kita. Dinas pulak bagi laksa sepiring. Wah, boleh bayangkan nih. Hahaha.
Itulah..tuduh2 pulak kan. Tapi sempena raya aji tu akak dah mintak maaf dgn Tomey.

Aidah said...

zard,
You're welcome. Atuk pun ada orang nak berkenalan jugak? Boleh2...kecik tapak kaki, perut atuk tadahkan. Hehehe.

Aidah said...

Phat cat with Phat Lady,
Borak kosong je akak ni, dik. Ramai betul peminat Milo. Tapi dia sgtlah menyampah bila orang nak amik gamba sekarang ni. Dah tak kosser layan, katanyer. Hihihi.

Dils said...

salam aidiladha.

alaaa kesiannye utehh. Harap2 baik cepat. Macam Bobby la tu, kena lung infection tanak makan masa raya lepas.

Nampak sedap jee sup tulang tu. terliur saya. Raya haji saya sempat masak cucur bawang je. Huhu, anak meragam punye pasal. Takpela. saya dan anak je kat rumah. maid duduk dalam bilik tak keluar. tak kose saya. Huhu.



Aidah said...

Dils,
Alahai sorilah, dik. Buat you terliur pulak. Akak masak paling simple sebab tak larat dah. Frustlah bila kucing sakit ni. Nak tanya, tak reti jawab pulak. Nanti akak nak amik diploma cat whispererlah. Hahaha. Tak balik kampung ke raya hari tu?

Acik Erna said...

assalam Aidah..samo lah ngan omak acik dulu..abang2 acik pun macam tu..ado sekali kak ipar gulai ikan yo..tak kocut dulu..abang acik tak nak makan..apo raso gulai ni kato e..mesti tak kocut dulu ni..he he,..kantoi kak ipat acik tu.lidah orang nismilan ni..jangan la nak tipu kan aidah.

Aidah said...

Acik Erna,
Alaikumsalam acik. Memang botullah tu acik. Tak yah susah2 nak mombongak kek mak. Dio tauuu yo apo yang silap.Hehehe.

Suara Kalbu said...

Wahhhhhh..meriahnya dengan kucing hihihi

Selamat Hari Raya Aidiladha kak

Dils said...

Saya tak balik kampung kak. Pening memikirkan camne nak handle anak dan drive. Maid yang ade ni buat lagi tambah pening dari bantu. So last2 decide malas nak balik. Duduk rumah sajelah saye. Hehe.

Aidah said...

Dils,
Emosilah agaknya si bibik tu. Akak dah pencen bab2 layan emo bibik nih. Beruban rambut. Kalau kena jaga orang tua lagi diorang banyak songeh tau. Sabar ya, dik. Dalam pada tu hati2 jugak ya.

Murni Alfathunnisa said...

raya aidilfitri hari tu mak akak yang merendang sakan kan..kali ni turn akak la pulak ye...hehe

orang tua2 ni memang pakar segala hal...tak boleh skip langsung rules n regulation diorang..tau aje ye..hebat diorang ni...berpengalaman dari kita...kena la akur.