Pages

Monday, 9 July 2012

Ini baru citer bapak susuan.

 

 

Mintak maaf ya, siaran tergendala selama beberapa hari sebab akak tak berapa sihat, kata orang kampung akak, feeling under the weather, haa camtulah lebih kurang. Selsema tak menahan sampai dua tiga hari hingus meleleh macam kepala paip tutup tak ketat. Penyudahnya akak sumbat tisu je dalam hidung. Sekarang ni tengah picit2 hidung bagi kecik balik lubang hidung yang dah semakin besar. Hahaha.

Kita sambung balik citer bapak susuan tu ya. Entah apalah nasib family akak ni. Selalu je dapat kucing baka mental. Macam2 perangai. Akak kat rumah ni dgn Puteri Peah yang self abuser tu. Tiap hari ada je masa nak tendang dan lempang diri sendiri. Akak saspek dia ni selalu rasa diri berdosa agaknya. Kadang2 sampai akak kena pegang kaki tangan dia tu. Kalau tak bergegar2 kepala dia kena tendang. Kuku memang kena mantain pendeklah, kalau tak siap berdarah pulak nanti.

Yang si Micki aka Minah Kaktus ni manja terlebih. Kalau tinggal sorang2 dalam bilik, kemain kuat dia merahang, mengiau kat depan pintu. Terutamanya kalau Farah balik rumah. Tak boleh hilang Farah, si minah ni.  Lately ni pulak suka sangat mendengar orang berborak. Asal akak berborak dgn Farah je dia datang menyelit kat tengah2. Entah mana datang, tetiba je terpacul.  Time akak kekecik dulu, kena jegil mata dgn mak kalau nak mendengar orang tua2 berborak. Kalau kawan2 mak datang, silalah buat air di dapur. Lepas hidang air tu, janganlah nak tersipu2 duduk sama2 walaupun kita kenal rapat sangat dgn kawan mak tu. Kompom kena buntang mata. Daaan kalau dah buntang mata, masih lagi buat blur, siaplah bila dah habis sesi fes to fes mak dgn bff dia tu nanti. Dapatlah barang se das sepit ketam di lengan.

Owwwh akak dah jauh sangat keluar tajuk. U- turn balik. Akak nak citer hal kucing mengong + pelik yang mak akak bela.

102

Yang warna putih pengumpul taik mata tegar tu namanya Saguah. Dia ni akak amik kat kedai achi kat depan hospital PD tu.  Kesian tengok. Achi tu nak jual adik beradik dia yang lawa2 belaka. Yang dia ni achi tu kata dia tak nak bela dan nak jual pun tak laku sebab kepala macam tak betul. Suka sangat kacau adik beradik dia yang perasan glamer ala kakak tiri cinderella tu. Dia ni kononnya macam cinderella lah. Pfftt. Lupakanlah. Tak de makna nak jadi cinderella. Balik rumah dan dah bela sebulan baru nampak jelaaaassss (bak kata Hafiz) perangai mental dia tu. Kadang2 macam orang kena sampuk. Tetiba dia pecut 100m dan berulang alik sampai soploh doploh kali. Lepas tu diselang seli dgn terkinja2 di tengah2 larian tu. Macam kena gigit ulat pun ya. Bila akak tengok kat badan dia, tak ada pulak. Mata dahlah juling. Lepas tu bab makanan, semua dia sapu. Selipar Nisya asik nak kena ganti je. Dikunyahnya selipar tu sampai tinggal separuh. 

 

Ada sekali tu akak bawak klinik, pegi makan ubat cacing dan vaksin, doktor cakap dia ni mmg buah pinggang satu je. Yang satu lagi dah mengeras. Masa tu badan si saguah ni mmg kurus melidi. Padahal makan banyak. Lepas tu tukar diet dia ke RC fit. Alhamdulillah dia okey. Dah gemuk. Dan yang pasti lebih cergas dan lebih mental dari dulu. Cuma selipar jepun tak dibenarkan lagi di sepah2 kan depan dia.

 

 

041                                            Ya, ada apa-apa boleh saya tolong?

 

Ini pulak namanya kerumun. Asalnya adalah anak kucing yang dibuang di depan pagar di bawah pokok bunga kertas mak akak. Masa mula2 ambik tu letak dalam kotak. Cucu2 mak akak sibuk berhimpit2 nak tengok anak kucing ni. Mak akak pun cakap, " Janganlah di koghumun kucing tu. Lomehlah dio."  Maka si Nisya ni pulak faham ke lain. Dia ingat mak akak panggil kucing tu 'koghumun'. Siap panggil dgn suara kiut2 " krumuuuun, meh, meh main." Sampai sekarang lekat nama kerumun tu.

Dia ni tak de lah pelik sangat. Cuma agak gatal sejak akhir2 ni. Asik nak cari jalan keluar je nak jumpa boipren. Tapi dalam pada tu, mengopek jugak bila jumpa bantal.

 

009

 Tangan kita pun kena kopek jugak tau. Siap basah segala jari tu. Jari Nisya lah yang selalu kena, terutama kalau dia tengah tidur. Sedap je si kerumun mengopek.

Alamak aiii...citer bapak susuan tu esok2lah ya. Tak sempat nak citer hari ni. Budak tampal poster wayang ni memang nak kena buang keje agaknya. Selalu je salah tampal tajuk. Hehehe.

22 comments:

Irfa said...

pelik2 jugak pe'elnya ye
dah boleh buat filem ni kak
tajuknya 'kisah kucing2 ku'hehe

Murni Alfathunnisa said...

Akak tak sihat rupa nya. patut la berhari menyepi. Mudah2an kesihatan akak beransur baik naa...

Amboi...si saguah tu..muka macam singa..peel pun dah ada macam singa...ape hal la dia pi makan selipar tu...hehe.

anyway....asal usul nama kerumun tu memang sempoi...tergelak chek sorang2 baca entry akak ni...

tunfatimah said...

Aidah dear.....tq for coming back cepat sikit dr yg dulu...hihihi...u tau, penat i gelak baca ur post today.....dhla ada yg sakit mental....pastu si comel tu namanya kerumun/keghumun....nak kuar air mata dibuatnya dek si Nisya tu....org suka kucing ni faham bahasa each other sbb tu bole gelak sakan.....my fren yg biasa2 je kat kucing tak pun ketawa mcm i...again tq Aidah...u really make my day....miss Milo ....cium sikit kat dia ye

mama maman aka yana said...

haha... meriah umah akak kannn, mcm2 peel... :-)

Aidah said...

Irfa,
Filem tak laku, dik. Bajet ciput, pelakun pun jenis tak makan saman. Hehehe.

Aidah said...

Murni,
Ha ah. Tak sihat. Antibiotik dah selesai 1 course tapi masih tak baik lagi. Dasyat betul kuman zaman sekarang, kan.
Akak pun tak sangka nama kerumun tu lekat pulak kat kucing tu. Memang kitorang pun tergelak sakan bila dengar. Budak kecik Nisya tu mmg kelakar.

Naz said...

hehe..extreme sgt puteri peah tu..cian Milo..asyik dibayangi kucin2 lain..hehe

Aidah said...

tun fatimah,
Alahai segan pulak i bila baca komen u, tun. Kucing2 ni memang byk buat citer kat rumah ni. Dia sama dia pun bergossip jugak tau. Sebab kadang2 dia tengok kita semacam je at the same time macam gaya org baru lepas mengumpat je. Hahaha. Hidup ni akan sunyi tanpa makhluk kesayangan nabi saw ni.

Aidah said...

Yana,
Betul, yana. Memang macam2 pe'el. Kelakar sangat kalau kita perhatikan. Akak anak dua saja, kucing2 ni jugak yang tambahkan meriah.

Dinas Aldi said...

Patutla akak sonyap yo, tak sihat naa. Semoga segera sembuh & boleh tulih lagi pasal kucing2 tu, hehe.

Tak bleh tahan baca pasal selipar Nisya kena kunyah sampai tinggal separuh, adehhh..sedap sangat ka selipar tu, kehkehkeh!

Nini D.. said...

aduila...aduila..larik tajuk lagik tapi takpe sbb ceriteranya best!

kak...nini macam boleh bayangkan camne nengok Minah Kaktus tampar2 diri sendiri...blom campur lagik bila nak bayangkan perangai Kerumun yang berlarik tak tentu hala..mata juling lagik..haduii..mmg boleh cepat pankreas pecah sbb asyik ketawa aje

Acik Erna said...

salam aidah..ayoai..loteh acik golak ha sampai lapa poghut.
kesudahannyo jadi namo yo aidah..kerumun..he he

naisnpriti said...

dasat2 la nama kucing2 mak akk... ala2 taiko-mafia-yakuza kekdahnya... heheh

Bonda Ryan said...

hadoi kakak...tiap kali baca post akk mesti saya senyum sorang2..udah parah :P

Aidah said...

Naz,
Mmg pelik tapi benar. Tu lah pasal Milo menjauhkan diri. Takut berjangkit. Hahaha.

Aidah said...

Dinas,
Entah kenapa virus zaman sekarang sgt tough. Makan ubat pun tak jalan. Ker akak yang dah makin tak fit macam dulu. Hehehe.
Kesian Nisya asik nak berganti selipar, nasib baik selipar jepun je. Kalau selipar scholl yang diidamkan saguah, bankrap dibuatnya.

Aidah said...

Nini D,
Tu lah rupenye kalau bace blog orang tue. Manjang lari tajuk je. Mukaddimah je dah dekat seela.
Nini, cer tambah adik beradik utk dobot. Gerenti meriah. Hahaha.

Aidah said...

Achik,
Memang tak sangko, achik. Apolak hal e diambik lak namo koghumun tu. Kolakar tul budak soghang tu.

Aidah said...

naisnpriti,
Masa memula nak bagi nama mmg kelakar. Semua nak amik tanggungjawab. Penyudahnya yang sempoi tu jugak jadi pilihan.

Aidah said...

Bonda Ryan,
Apa kurangnya dgn akak ni. Selalu je gelak sorang2 menengok telatah kucing ni. Penghibur hati sebenarnya. Subhanallah, indah betul ciptaan Allah kan.

Suara Kalbu said...

Akak,

Adoiiiiii.. saya baca entry akak ni sambil gelak guling-guling. Lawak lah akak ni ...part "kerumun" tu tak menahan betul

Iz said...

Kak, semalam baru je saya komplen dekat husband, si Hime tiba2 je berlari ke hulu kilir pastu tetibe melompat-lompat macam mengelak something. padahal takde apa pun. And takde sape pun kejar dia. Mental sorang diri. ahaha..

Kalau bab suka pasang telinga tu, si Sookie pun sama. Asal orang duduk berkumpul ketawa-ketawa je kang siap la dia pun tiba-tiba datang jadik inti. Sibuk nak dengar jugak orang gosip apa. Kalau dgr bunyik apa2 dekat luar pun, dia la nombor satu serbu tingkap atau sliding door. Memang kepochi sangat.

Seronok kan kak, ada banyak kucing. Tapi menaikkan darah kadang-kadang tu, ye jugak. Hahaha