Pages

Thursday, 31 January 2013

Gambar zaman muda.....

 

 

Minggu ni akak kurang sibuk dari minggu lepas. Akak dah jumpa tempat menyorok daun lobak putih tu. So insyaAllah, lepas ni dapatlah bekalan tetap untuk mak.

Oleh kerana itu dapatlah akak menyelak2 album gambar dalam laptop ni. Asiiiik amik gamba pastu masukkan dalam laptop. Jarang betul dapat tengok satu2.

Bila selak2 gambar tu jumpalah gambar bebudak ni masa kecik2.

 

 

015

Moli masa mula2 adopt. Kesian sangat. Dia ni akak jumpa bawah timbunan kayu kat belakang rumah. Orang buang. 4 hari dia mengiau. Yang dengar mak akak pulak tu. Padahal mak akak tu bukan boleh pun turun cari. Bila akak balik kampung wiken tu, akaklah yang pergi cari. Hari kedua cari barulah jumpa. Dah kurus kering dia. Lemah sangat nampak. Agaknya kalau tak jumpa mahu mati kebuluran kat celah2 kayu tu.

 

 

089

Seripah Moli sekarang. Title Seripah baru dianugerahkan oleh mak akak. Kemain diva lagi. Perasan model femes. Pagi2 keje dia tan kan badan kat tepi tingkap. Sekarang ni kalau bawak balik kampung, dah tak campur lagi dgn orang kampung. Lupa daratan gamaknya.

 

 

026 

Si Miki yang berkurap. Ini masa baru amik dari pasar Teluk Kemang. Kes akak kesian tak boleh blah. Mak akak pun pelik. "Manolah lotak e kiut kek kucing tu. Tak paham mak. Apo lak yang bokughap yang kau amik Da? Tak do ko laie yang cantik e kek pasa tu?", kata mak akak. Tapi nak buat camana kan. Dah rezeki Miki dan rezeki akak jugak nak bela dia.

Bil sepital dia ni yang paling tinggi. Makan ratus jugak masa dia kecik2 tu. Muka akak dah muka permanent kat Hospital haiwan UPM tu. Kadang2 sampai dua kali seminggu ne no, ne no....bawak dia pi sepital. 

 

 

043

 

Miki sekarang. Makin cantik hasil dari krim fer and lovely cap hospital UPM. Dah beratus habis, takkan tak cantik kan. Hahaha. Dia ni sekarang kemain mengembang dgn maju jaya. Terutama bahagian punggung. Kadang2 bila jalan laju depan kitorang, nampak punggung je. Tapi ada aku kesah. Tetap jugak makan dan makan. Vacum semua yang ada depan mata. Janji hepi.

 

 

 

P5220635

Ini yang paling kiut. Milo. Dia ni jiran kampung akak Mak cik Nam yang bagi. Mak dia mix siam dan burmese. Adik beradik ada 4 orang. Mak Cik Nam bagi akak sekor. Dari kecik dah tembam.

Lepas 4 tahun akak tak membela kucing, Milo lah yang pertama akak adopt. Masa mula kawen akak ada sekor persian cat. Tapi dia mati kena langgar. Masa tu Farah baru setahun. Lepas tu ada sekor kucing akak adopt. Bobbi namanya. Hilang pulak lepas akak bela dia 3 bulan. Semua ni pengalaman pahit sangat. Berhari2 akak menangis.

Milo ni memang kesayangan betul. Serik takut hilang, jadinya simpan dia dalam rumah sahaja. Nak pergi toilet pun dukung dan ada orang tukang cebok bagai. Kerrlasss sangat. Hehehe. 

 

 

P5220627

Milo 8 tahun kemudian. Masih berdukung untuk ke toilet. Kaki tak pernah jejak tanah. Dobot, sila jangan gelak. Nanti abangmu ini sentap.

 

 

 

116

Kesayangan semua. Pandai amik hati ni. Tapi sekarang sejak tak sihat, dia dah jadi kucing tua yang grumpy. Nak marah je. Sikit2 menyembur, sikit2 ngap orang.

 

 

001

Ini pulak akak masa umur 7 tahun. Saling tak tumpah rupa amoi jiran sebelah. Selalu was2 tentang asal keturunan masa ni. Adik badik pulak suka menyakat...cakap akak ni anak angkatlah, orang buanglah. Akak pulak sensitip sangat. Bila kena marah dgn mak mulalah bungkus baju nak lari. Paling jauh lari pun kat kandang kambing belakang rumah je. Habis tu. Camana nak lari jauh2. Naik bas pun tak reti. Gambar ni amik masa melaram jubah graduation abah. Orang dulu2 suka sangat buat macam ni kan. Konon macam bagi anak tu ada cita2 nak belajar tinggi2lah. Tetiba akak graduate dulu pun pakai jubah hijau jugak. Tapi UPM mari.

Nak tengok gambar akak sekarang?

 

 

                                                                  II

 

                                                                  II

 

                                                                  II

 

                                                                  II

 

                                                                 II

 

 

 

144

Ni haa....gambar akak sekarang. Siap dialog lagi akak bagi, "Errrr, Cikgu Kadimah, boleh tak cikgu siapkan minit mesyuarat PIBG tu. Lepas tu hantar ke bilik saya ya. Errr...cikgu Romli, jadi tak nak bawak budak2 berpeknik di Port Dixon tu minggu ni?" Macam tu lah lebih kurang. Hahaha.

Tah pesal bila tengok gambar ni je teringat watak gurubesar dalam drama swasta tu. Gurubesar konon. Pffttt. Padahal akak ni memerap je kat rumah jadi guru tadika kucing2 tak mesra alam ni. Ada hati nak bawak watak gurubesar. Hahaha.

PEMBERITAHUAN : Sebenarnya rupa akak tak sama pun macam dalam gambar tu. Tang spek tu dengan dabelchin je yang sama. Yang lain semua ke laut. Memang tak boleh buat rujukan pun. Harap maklum.

Wednesday, 30 January 2013

WW : Once Upon a Time....

 

 

Jarang beno akak buat WW ni kan. Moh lah kita sekali sekala ber WW pulak.

 

112 

Kekdah tido malam...........

 

 

004

Kekdah balik kampung........

......di suatu masa dahulu....

Tuesday, 29 January 2013

Pukul 3 pagi....

 

 

 

Kucing akak ada 3 ekor. Dan memalam, semuanya tidur dalam bilik dengan akak. Dahlah sebilik, nak sekatil lagi. Katil akak pun bukannya gedabak king size tu walaupun yang tidur atasnya macam kentang. Hehehe.

Keje akak sebelum beradu tiap malam itu ialah menyusun kucing2 ni supaya tak menganggu teman sekatil akak yang lagi sorang tu. Kang hangin member. Dahlah dia cukup menentang bila akak nak menambah jemaah kucing. Baru cakap, 'boleh tak' je, dia dah berkerut muka. Kemain kerut lagi nak bagi akak tarik balik perkataan boleh tak tu. Macam ada super power je kat kerutan tu. Tapi akak kebal. Masih tetap berjaya tambah si Miki dan Moli kan. Hihihi.

 

 

162

 

Mula2 akak susun si tua ni dulu. Betul2 tengah2 antara kaki akak dgn kaki member sebelah. Atuk Milo ni sekarang  tak nak lagi tidur dalam bakul dia. Puaslah akak basuh tempat tidur dia.....bagi wangi, letak alas lagi......tapi dia masih degil tak nak tidur dalam bakul. Kang marah lebih2 sentap pulak.

 

 

 

106

 

Yang dua ekor ni pulak jadi penunggu tempat tidur deddi dia. Lagi best kan. Deddi tak nak tidur, tak pe. Yang dua ekor ni boleh takeover anytime. Nampak macam baik je kan. Susun2 tidur berdua. Sekor gulung sebelah kiri, sekor gulung sebelah kanan.

Okey set. Dah susun semua akak pun boleh tidur dengan senang hati. TAK ADA MAKNANYA PUUUUN ADDOUIIIYAAAAIIII!!!!!

 

 

 

004 

Pukul 3 pagi..... siminah gumuk ni dah conquer katil tu dgn jayanya. Teknik dia cukup halus.

 

 

003

Mula2 dia capai sikit2 buntut moli tu. Kemudian dia stretch badan dia agak2 setengah tempat tidur tu. Lepas tu si Moli tu macam saiko sikit. Dia cukup tak suka minah ni tidur dekat2 dgn dia. Macam geli kot. Kang orang tuduh lesbian pulak kan. Hahaha. Si Minah tu nyenyak je tidur tapi Moli ni asik terkebil2 je. Mulalah dia jilat2 badan dia, mandi di tengah malam pulak. Nak tidur pun tak dapat. Pastu, nak tak nak dia beralah...bagi minah ni tidur kat situ sorang2.

 

 

 

067

Bawak dirilah si moli ni ke bawah katil akak. Kesian kan. Kat sini lah tempat dia tanpa gangguan dari minah tu.

 

 

 

005

Kadang2 dia tidur kat belakang kerusi. Kat mana2 saja asal tak sekatil dgn minah tu. Orang zaman sekarang kalau gossip tak mengagak kan. Kang tetiba keluar citer kat twitter pasal pasangan lesbian Moli dan Miki....haaa sapa nak jawab? Malu sekampung.

Atuk pulak? Haa...sebelum akak tidur tu dah siap2 susun dia kat tengah2 kaki kami kan. 

 

 

 

 

537

 

Yang ni citer dia pukul 3 pagi. Atas kepala akak tu. Ini gambar Arif yang amik. Siap gegar2 lagi sebab tengah tahan gelak tengok muka selamba tak bersalah Atuk Milo tu. Si Arif bangun buang air....nampak Milo sedaaaap je tercongok kat situ.  Patutlah akak mimpi macam kena himpit dgn raksaksa berbulu. Sampai terbatuk2 akak. Rupanya memang ada satu bongkah Milo kat atas kepala akak.

 

 

 

001

 

Sekarang ni nak bagi sama rata tak de komplen kan, akak belikan si minah ni bakul kat Giant. Lepas tu letak atas kerusi sebelah katil akak. Diorang ni memang rebut2 semua nak tidur dekat2 dgn akak.

 

 

 

008

Moli pulak, bagi dia katil deddi ni. Kesian kan. Takkan nak tidur bawah katil....banyak abuk. 

 

 

 

010

Okey adil dan saksama. Dua2 ada bakul sendiri dan tidur sebelah je dgn akak.

 

 

 

055

Atuk pulak sekarang ni dia masih tidur antara kaki akak dgn member sebelah tapi sekarang ni dia dah ada bantal sendiri. Jadi tak de lah dia nak share bantal dgn akak lagi. Apa tak cakap awal2 nak bantal kan. Main himpit2 kepala orang pulak. Trauma akak tau, mimpi kena himpit dgn raksaksa. 

Wednesday, 23 January 2013

Kalau tuan ke Ikea, tapaukan hamba meatballs 1 set.

 

 

Haa? Tapau? Boleh tapau ke makanan kat Ikea tu?

Boleh...cam gini caranya.

 

017 

Sila bawak sendiri tupperware dari rumah ya, adik2. Lepas tu beratur macam biasa. Sampai kat tempat orang tukang senduk tu, hulurkan saja tupperware berwarna warni anda. Lepas tu kasi senyum manis lebih sikit sambil cakap, "Gravy lebih ya, bang."

 

 

 

002

007

 

Makanan tapauan yang telah dimasuk dalam tapawer. Lepas tu pergi dekat cashier dan bayar macam biasa. Harga tetap sama walaupun pakai bekas sendiri.

 

 

 

021 

Sampai rumah atau masuk kete, terus ngap. Sedapnyaaaaa. Tengok gambar ni pun boleh meleleh airliur. Last time pergi bulan lepas kot. Tak tahulah bila nak mentapau lagi agaknya.

 

Sekian tutorial akak untuk tapau meatball Ikea. melampau sangat kan. Nampak sangat tak de modal nak citer. Nak tapau meatballs siap tutorial. Hahaha. Terimakasih kerana melayan tutorial akak. Tutoriallah sangat!!

 

Sebenarnya akak ni lebih selesa tapau makanan sejak 5 tahun lepas. Semuanya berpunca dari perangai akak yang sikit2 pitam, sikit2 pitam. Baru order makanan, kepala dah rasa lain macam. Tapi itu dululah paling teruk. Sekarang ni okey sikit tapi kadang2 tu ada jugak buat hal. Yang peliknya tu, kalau shopping baju ke, handbag ke, okey pulak. Asal order makanan je nak pitam, asal pitam je order makanan. Apa cerita? Jadi solutionnya ialah tapau. Cukup jarang kami satu family keluar makan di kedai. Kat kampung pun kami selalu bungkus bawak balik. Makan jemaah dgn mak yang sememangnya tak larat nak keluar. Macam tu lah citernya lebih kurang.

Alhamdulillah hari ni akak dapat beli lobak putih daikon organic cap Zenxin dengan daun2nya sekali. Dan dah selamat pun hantar balik kampung kejap tadi. Dapat jugak melepaskan rindu kat mak walaupun sekadar sejam dua. Dah balik KL ni, rinduuuu balik. Canno tu?

 

Selamat menyambut hari kelahiran Rasulullah saw  pada semua.

Monday, 21 January 2013

Wanted : Daun lobak putih (daikon leaves)

 

 

Hari ni akak buat 2 apdet. Tapi yang ni special untuk Acik Erna yang tengah mencari bahan untuk sup tateishi tu jugak.

 

Daikon[1]Gambar ehsan pak gugel.

 

Kalau sape2 nampak dia ni merayau2 kat kawasan rumah, tolong tangkap dia ya. Reward dia ialah ciuman ber air liur dari Atuk Milo. Eeeeuuwwww...sape nak kan. Hahaha.

Inilah rupa daun lobak putih yang betul untuk Sup Tateishi tu. Cukup susah nak cari. Besok mungkin akak nak pergi area Damansara pulak. Sebab cendawan shiitake Jepun tu pun dah tak de kat rumah. Kat Isetan KLCC dah habis stok. Sapa nak ikut, jomm... 

Semoga acik dapat cari bahan2 tu dgn mudah. Jangan lupa, timbang betul2 ya, acik sebelum rebus. Dan semoga Allah jadikan sup lima warna ni sebagai penawar kepada mereka yang kurang sihat, termasuklah mak dan acik jugak. Amin.

Me and my boipren

 

 

 

Hari ni akak masih lagi ke sana sini mencari daun lobak putih organik. Adooiiiyaiii...susah betul nak mencarinya. Kat Jusco Cheras Selatan tu dah seminggu lebih tak de. Ah Soh yang dah macam best pren akak tu pun macam serba salah je bila lobak putih tu tak dihantar lori Zenxin Organic tu.

Pagi tadi akak ke warehouse Zenxin kat Seri Kembangan. Pun tak ada jugak. Macam nak pergi Cameron Highland je nampak gaya ni. Tak pun pergi organic farm kat Kluang tu. Mak pulak memang tak boleh putus bekalan ubat ni. Kena minum sup tu tiap hari. Bila berhenti kejap atau kalau guna sayur tak organik, dia punya growth tu nampak besar balik. So minggu ni akak akan teruskan misi akak untuk mak dapat constant supply of the soup.

Oleh kerana terlalu busy, jadi akak apdet citer basi jelah ya.

 

012

 

Tahun lepas.

Kucing KL : Jom skodeng skodeng sotong kurita kat suming pul. I faham badan U berat sikit, tak dapat naik atas kerusi tu. Tak pe. Dapat sama2 jengok kepala pun cukup. Cantik kan sotong2 kurita tu. U suka yang made in Mongolia ke Kazakhstan? Ke you suka yang China mali. Pilih, pilih....

Kucing kampung : Meeeeeooooowwwww.... (maklumlah tak pernah masuk sekolah, jadinya kurang sikitlah fasih berbahasa melayu)

 

 

 

037

 

Kucing KL : Meh I belanja you makan Fussie cat. Kesian pulak I tengok U makan, habis licin. U tak pernah rasa ke makanan macam ni?  Kitorang kat KL selalu makan camni. (stetmen eksen + riak)

 

Kucing Kampung : Meeeeeoooowwwwww.....(masih lagi tak reti bercakap)

 

 

061

 

Kucing KL : U ni hemsemlah. Sekali tengok macam bradd pitt. Dua kali tengok macam Hafiz awan nano tu. Cute. Eh you tau tak, father I bradd pitt tau. Tapi dia dah pencen. Sekarang ni dia atuk Milo je, duk rumah diam2, no more bradd pitt.

Kucing Kampung : Prrrrrrrrreeeeoooowwwww  (masih tak reti bercakap tapi menggatal tu kompom reti)

 

 

045 

Macam tu lah citer boipren and girlpren ni tahun lepas. Tidur pun atas selimut yang sama. Sehati sejiwa sangat kannn.

 

 

 

050

 

Siap kiss kiss lagik. Nampak tak ada elemen terlebih gatal kat kucing KL tu. Ini citer masa belum spay ni, yang sikampung tu pun belum khatan lagi. Macam ada harapan je akak nak berkitten2 di rumah ni. Hmmmm...tak de maknanya punn...adouiiyaii. Apa nak stoli lagi, dua2 parents tak setuju. Datuk Milo dan Tan sri Wahau tak restu maklumlah musuh ketat.

 

 

 

113

 

Haaa, ini pulak citer last wiken. Nampak tak sikucing KL punya muka tu. Kemain garang macam tak pernah kenal pulak. Padahal boipren lama kan.

 

 

 

115 

Bila tersentuh sikit dek Uteh, kemain melompat dia lari. Masa ni macam muslimah pilihan pulak dia. Siap betulkan tudung lagi. Padahal dulu, dialah yang terlebih gatal.

Macam tu lah sekarang status relationship dua ekor ni. No longer dating, no longer friends.

Kucing KL: Uteh? Sapa tu? Tak kenallah? Is that a name or colour? I'm confuse! (pertanyaan bertalu2 yang sgt eksen, nyampah dengar)

 

 

033 

Kucing kampung : Tak po lah. Kalau ekau tak kona den. Den ni namo yo duduk kampung tapi ghoman den ni ghoman omputeh. Tak nampak ko? Jangan main2. Ramai aweks nak kek den ni. Potik jaghi yo, soploh datang! Nanti den blaja potik jaghi dulu yo.

( Haa, ambik sekali. Stetmen straight to the point untuk ex gurlpren KL. Eksen sangat! )

Oh ya, kucing kampung dah pandai cakap sebab tiap hari tadika kat kampung. Gurubesar tadika ialah mak akak sendiri. Hehehe. Tiap hari dia bercakap dgn kucing2 dia ni. Kelakar.

* Ghoman tu loghat NS untuk rupa, kalau ada yang nak tahu. *

Friday, 18 January 2013

Di kala hati merintih.....

 

 

Sejak mak tak sihat, akak hilang tempat mengadu nasib, meluahkan masalah yang tak pernah sudah. Akak tak mahu membebankan mak di kala mak perlukan sekitaran positif untuk sihat. Biarlah mak dengar cerita yang baik2 belaka. Walau berat mana dihimpit masalah akak tak akan bebankan mak.

 

056

Dan bila hati merintih.......asik nak cembeng je lately, akak lari ke sini. Risau mengenangkan sakit mak yang tak menentu. Ada hari macam dah susut ketumbuhan tu. tapi kadang2 macam bengkak semula.

 

 

062

 

Tapi akak tak boleh menangis depan dia. Have to be strong for mak. Padahal dialah selalunya sumber kekuatan akak. Jadi bawak diri ke sini. Menangis sepuas2nya. Sambil menadah tangan pada Yang Esa. Akak mengharap masih ada lagi simpanan rahmat Allah untuk akak kerana sedar diri ni taklah sebaik mana.  Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, rahmatilah mak, berikan kesembuhan pada mak.

 

 

069

 

Semoga Allah makbulkan doa kami dan sekelian sahabat yang turut mendoakan kami....

Thursday, 17 January 2013

Tong sampah + vacuum cleaner

 

 

 

Korang ada tak benda ni. Akak ada. Canggih tau. 2 in 1 gitu. Senang aje fungsinya. Macam robocleaner ke apa tu....alah yang salesman jual tu. Macam tu lah lebih kurang. Kalau ada sampah je kan, benda ni datang je sedut. Tak payah on pun sebab dia sentiasa bekerja siang malam, automatic sensor katanya.

Kadang2 siap mop sekali fungsi dia. Berkilat lantai. Itu terpulang pada mode yang kita set lah...eh silap mood dia. Haa ....mesti dah boleh teka ni.

 

 

024 

Ni haaa...tong sampah + vacuum cleaner atau nama glemer dia Tovac vr 2020. Masa ni tengah caj. Tapi caj tak lama mana pun. Kadang2 seminit pun cukup. Ada je makanan terjatuh kat lantai, berkejaran dia pegi vacuum kan. Best sangat. Tapi kalau beg boroi dia tu penuh which is sangat jarang sekali, dia akan slow sikitlah.

 

 

 004

 

Tovac in action. Tu tengah cari food crumbs lah tu.  Ni kena pakai kon sebab telinga tengah treatment.

Akak geram betul dengan dia ni. Hari tu ada abuk coklat kit-kat atas katil. Boleh dia nak jilat. Nasib baik akak sempat amik. Cokelat kan racun pada kucing kan. Lepas ni kalau sesape nak makan cekelat kena makan kat luar, jauuuuh dari minah ni.

 

 

 

009

 

Cer tengok. Apa je yang dia tak makan. Nak kata tolak batu dgn kayu pun tak boleh. Semua ngap. Dari kiri, getah, rotan kat bakul tidur dia tu dan cotton bud.

 

 

 

012

 

Cuba bandingkan cotton bud yang original dgn yang telah dimamah sesedap rasa oleh minah tu. Apalah sedap sangat mengunyah cotton bud tu. Tu Peah tu pun sama je. Tapi dia lagi pelik. Makanan dalam tin tu tak nak. Yang dia nak, getah dgn cotton bud ni. Selalu sangat akak jumpa getah yang dah putus2 kena gigit kat bawah katil. Petua nak slim agaknya. Peah ni kan cita2 nak jadi model centrespread.

 

 

 

001

007

 

Ini keje terbaru dia semalam. Mengunyah rotan tu. Kemain susah akak nak amik dari dia. Macam duri kaktus.  Lepas tu bila akak dah amik, dia pergi balik ke bakul tidur tu dan patahkan lagi setangkai. Adoooiiii...

 

 

 

 

011

 

Kesian atuk. Tempat tidur dia pun nak dirobohkan dek anak bertuah. Itu yang bahagian luar yang akak nampak. Kalau tengok bahagian yang tersorok tepi dinding tu, tah camana lah agaknya rupa.

 

 

 

020

 

Tahulah awak tu asal dari pasar tapi takkanlah semua nak sapu. Dah bagi makan elok2 pun masih mengidam sampah jugak. You can take the cat out of pasar but you cannot take pasar out of the cat. Hahaha. Perumpamaan sangat. Sudah dasar pasar. Nak buat camana....sabar je lah.

Tuesday, 15 January 2013

Mainan kucing

 

 

Busy,busy,busy....kali ni mencari daun lobak putih pulak. Semalam sempat akak ke Jusco Balakong, jumpa ah soh yang bungkus sayur organik tu. Dapatlah 2 bungkus, alhamdulillah. Lepas tu dgn lajunya ke Jusco Seremban pulak, jumpa Alang...pass kan kat dia untuk buat sup mak. Lepas tu balik KL, jemput Arif dari sekolah. Fuuh, penat. 

Sekarang ni memang akak selalu merayau ke supermarket kat area rumah ni dan KL. Di samping mencari bahan2 sup mak tu, sempat jugaklah menyimpang. Tapi akak selalu menyimpang ke tempat pets tu je. Tengok menan2 kucing, baju ke.

Akak selalu jugak beli mainan kucing ni. Tapi tak de lah yang mahal2 tu. Sekadar yang bawah RM10 je. Itupun tak selalu. Kalau akak balik kedai, mesti kucing2 ni suka sangat mengorek2 plastik bag yang akak bawak balik. Nak usha permainan barulah tu.

 

026

Cukup susah nak amik gamba. Ada je yang nak enteprem. Dia paling tak sabar tengok kita susun2 menan dia dengan banyak sekaligus. Rambang mata nak pilih ni.

 

027

 

Setakat ni adalah jugak 8 ke 9 tangkai jugak. Ada jugak yang dah arwah. Permainan ni pantang disepah2kan. Kalau kita tak simpan, beberapa saat je dah lesap dibawak lari dek Puteri Peah. Siap sorok bawah katil lagi tu.

 

 

 

054

 Sama je perangai kucing2 ni. Asal dapat je bawak lari bawah katil.

 

 

028

 

Cer tengok tu. Asalnya panjang gebu je. Dibawak lari dek Peah, terus jadi nazak, nyawa2 ikan .  Kalu tengok kat bawah katil memang nampaklah bukti pembunuhan beramai2 menan ni oleh Peah dan geng.

 

 

 

025

 

So selalunya akak simpan dalam laci bila dah puas main dan bagi diorang exercise setiap hari. Bila dengar je akak bukak laci tu, dua ekor ni terus datang nak bizibodi jengok2 kat dalam tu. Bukan setakat mainan kucing je ada dalam ni. Mainan manusia macam DS dan PSP pun akak simpan jugak. Masa sekolah mana boleh main kan. Tunggu bila sekolah cuti hujung tahun nanti baru boleh main.

Tapi kucing2 ni kan, memang bertuah. Dah dibeli mainan pun.....

 

 

 

003 

.......masih jugaaaak suka main beg plastik,

 

016

tutup botol daaaaan

 

042

 

getah. Ini memang turun temurun nih. Atuk tu dulu masa muda2 juara baling getah. Elok je masuk dalam botol ubat akak kat rumah kalau dia membaling. Kalau bawak pegi funfair ni, kompom lumayan hadiah. Hihihi. Bolehlah kalau nak banding ngan akak ni haa. Tong sampah sejengkal jaraknya pun tak masuk balingan.

Tapi atuk memang pencinta sejati kotak. Dia tak pandang menan yang beli kat kedai ni. Maklumlah generasi lama. Macam akak dulu jugak, main upih kelapa, main wheelbarrow abah, main panjat pokok. Semua yang ada di sekeliling rumah. Tak kenal pun menan kedai ni

 

 

047

 

Lagi satu kotak. Atuk Milo paling suka bab ni. Pantang nampak kotak. Masa bakal mentua hantar kuih raya hari tu, dia yang lebih2 masuk dalam kotak tu. Jadi anjing kastam pulak dia. Tercium2. Rindu kat Dobot lettew.

 

 

 013

011

 

Lagi satu yang dia paling suka ialah kotak Pak Donal ni. Dah naik rabak dibuatnya. Tak muat pun sebenarnya tapi diusahakan jugak. Sardin je muka tu masuk lepas tu tak nak keluar. Siap nak tidur lagi.

 

 

303

 

Asal nampak kotak je, Milo lah yang paling happy. Tapi kan, itu dulu. Sekarang ni dia tak de mood nak main2 dalam kotak lagi. Tengok kotak pun tak bernapsu.

 

 

084

Sekarang ni turn Peah........

 

 

097

 

dan minah kaktus ni pulak main dalam kotak. Tak pe lah. Time akak sibuk ni, kucing2 pandai layan diri sendiri. Lepas main, pandai kemas balik. Hehehe. Bidaah sangat tew. Tak de lah IQ tinggi sangat cam gitu. Kalau kucing akak seghope itu, NASA pun nak tempah satu hantar outer sepes kan.