Pages

Tuesday, 20 May 2014

Hari hari yang sunyi tanpa MILO......

 

 

Setiap yang kita ada di dunia ini hanyalah pinjaman. Macamana sayangnya kita pada sesuatu itu, kita tak boleh lupa hakikat ianya sekadar pinjaman.

Milo peneman setia akak selama 10 tahun telah pergi buat selama-lamanya pagi semalam.

014

Dah hampir setahun dia sakit. Mulanya dengan sakit mulut, warded seminggu. Lepas tu masih tak elok lagi. Bawak ke doktor lain untuk 2nd opinion. Bagi satu round of a/biotics dan ubat-ubatan lagi. Kali ni dia suruh try bagi air gamat. Akak beli jenis healin botol biru tu. Tapi tak jugak elok. Last2 akak bagi dia soft food...rebus ayam.

Okeylah jugak selera makan dia tapi badan makin kurus. Kemudian infected by kutu pulak. Ini pun satu kes cari pasal. Wahau yang datang kejap rumah akak masa tu rupa2nya banyak kutu sebab si Wahau ni selalu terlepas keluar masuk dalam semak sebelah rumah arwah mak akak tu. Akak tak perasan yang Milo ni kena jangkit sampailah satu masa tu nampak banyak habuk hitam celah bulu dia. Rupa2nya droppings kutu!!

Kalau ikutkan kena bagi injection lepas tu mandi dengan syampu kutu bagai. Tapi Milo dah kurus sangat masa ni. Tak mungkin dia tahan dengan ubat kuat. Pakai ubat kutu dalam tiub tu pulak tak berkesan sangat sebab kutu dia memang banyak.

Sedih sangat rasa. Tapi akak fikir tak pe lah....akak akan make sure dia hidup seselesa mungkin di akhir hayatnya. Makan apa saja yang dia nak. Alhamdulillah selera makan okey tapi badan tetap makin kurus.

Beberapa minggu lepas dia mula buat hal. Kencing merata2, buang pun merata jugak. Selalunya di atas lantai bawah singki dapur akak. Nak kurung dalam cage tak sampai hati sebab Milo ni jenis carefree dari dulu. Lama2 akak pun alas dengan suratkhabar lama tebal2 bawah singki tu. Setiap kali dia kencing, buang. Nak marah pun dia macam buat tak faham je....lagipun akak tak sampai hati. Kita kalau dah tua nanti tak tahu macamana pulak kan. Mintak2 janganlah menyusahkan anak2. 

Anyway selera makan dia makin bertambah. Kadang2 dalam satu hari sampai 4 kali makan. Setiap kali akak ke dapur dia berlari2 ke fridge mintak makanan dia. Akak ikutkan je sebab kesian sangat tengok badan dia makin kurus. Sampailah hari jumaat lepas, dia hanya makan pagi tu sikit, kemudian pukul 10 pagi akak bagi lagi ayam...sikit saja dia makan. Petang tu Arif bagi makan pun dia tak sentuh. Masa ni dia asik tidur bawah sofa, tempat gelap2. Hari Sabtu akak meniaga di kampung tapi akak tak bawak dia balik sama sebab takut dia tak tahan duduk dalam kereta. Pagi Ahad akak balik tengok makanan tak bersentuh langsung. Cari dia bawah sofa....mengiau2 dia nampak akak dengan anak2. Jalan pun dah bayang masa ni. Badan dah kurus sangat. Akak cuba suap dia makan tapi langsung tak dijilatnya. Cuma minum air je. Tapi masih larat panjat kerusi dan katil lagi.

Pagi Isnin, semalam, lepas subuh, Arif dan Farah cari Milo bawah sofa....tengok dia dah tak berdaya nak angkat kepala. Angkat dan letak dia atas ottoman...mengiau je dia bila akak panggil. Setiap kali panggil dia akan menyahut. Setianya dia pada akak. Meleleh airmata tengok dia dalam keadaan macam ni, nak tolong tak tahu macamana. Cuma akak berdoa pada Allah supaya dipermudahkan segalanya untuk Milo. Banyak sungguh jasanya pada akak. Masa akak sakit dulu dialah yang menunggu akak depan pintu bilik mandi di tengah2 malam ketika semua orang tidur. Setiap kali akak masuk toilet dia akan bangun sekali. Kalau akak ke dapur dia akan ikut temankan akak....takut akak terjatuh sorang2 agaknya. Akak masa tu tangan dan kaki asik menggigil je. Bila akak baring dia akan tidur dalam bakul dia sebelah katil akak. Bila akak menangis dia akan cium akak. Ya Allah syukur sangat dapat berkongsi hidup dengan binatang setia ini.

Akhirnya lebih kurang pukul 10 pagi semalam Milo pergi buat selama2nya depan akak dan suami. Tiga kali dia tarik nafas panjang. Kali pertama tangan dia terangkat, kemudian kakinya pula terangkat sebelum jatuh semula kemudian mulutnya terbukak melepas nafas terakhir. Tak sanggupnya tengok masa ni. Tersedu2 akak menangis. Tak kuat rasanya. Akak urut je badan dia buat kali terakhir. Terimakasih Milo...... jasamu terlalu banyak sayang. Sampai sini saja rezeki kita untuk hidup bersama atas dunia ini. Tiada kucing lain yang dapat gantikan tempat Milo. You will always be my one and only darling Milo.

 

099

 

006

Bakul fevret dia sebelah katil akak. Tapi sejak dia sakit, dia tak mahu tidur di sini lagi. 

 

014

Antara memories kelakar Milo. Cuba jugak nak masuk dalam playhouse Peah.

 

145

Muka puas hati dapat duduk dalam rumah Peah. Punyalah padat kat dalam tu...hahaha.

 

192

Kenangan indah dengan first daughter, katanya. First time bawak balik Peah, akak kemain risau dengan reaction Milo. Takut dia merajuk. Masa ni dah 7 tahun dia jadi kucing tunggal kat rumah akak ni. Tapi alhamdulillah, it went well. Dia jadi lebih playful pulak lepas tu.

 

002

Kalau tidur, dia paling suka kalau akak pegang tangan dia, massage tapak tangan dia. Hihihi. In fact hari Ahad lepas, kemain berkeruh dia bila akak gosok tapak tangan dan kaki dia. Gonna miss that chubby paws.....

 

 

004

Goodbye Milo. Terimakasih atas segala-galanya.....we will never forget you sayang.