Pages

Friday, 18 January 2013

Di kala hati merintih.....

 

 

Sejak mak tak sihat, akak hilang tempat mengadu nasib, meluahkan masalah yang tak pernah sudah. Akak tak mahu membebankan mak di kala mak perlukan sekitaran positif untuk sihat. Biarlah mak dengar cerita yang baik2 belaka. Walau berat mana dihimpit masalah akak tak akan bebankan mak.

 

056

Dan bila hati merintih.......asik nak cembeng je lately, akak lari ke sini. Risau mengenangkan sakit mak yang tak menentu. Ada hari macam dah susut ketumbuhan tu. tapi kadang2 macam bengkak semula.

 

 

062

 

Tapi akak tak boleh menangis depan dia. Have to be strong for mak. Padahal dialah selalunya sumber kekuatan akak. Jadi bawak diri ke sini. Menangis sepuas2nya. Sambil menadah tangan pada Yang Esa. Akak mengharap masih ada lagi simpanan rahmat Allah untuk akak kerana sedar diri ni taklah sebaik mana.  Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, rahmatilah mak, berikan kesembuhan pada mak.

 

 

069

 

Semoga Allah makbulkan doa kami dan sekelian sahabat yang turut mendoakan kami....

Thursday, 17 January 2013

Tong sampah + vacuum cleaner

 

 

 

Korang ada tak benda ni. Akak ada. Canggih tau. 2 in 1 gitu. Senang aje fungsinya. Macam robocleaner ke apa tu....alah yang salesman jual tu. Macam tu lah lebih kurang. Kalau ada sampah je kan, benda ni datang je sedut. Tak payah on pun sebab dia sentiasa bekerja siang malam, automatic sensor katanya.

Kadang2 siap mop sekali fungsi dia. Berkilat lantai. Itu terpulang pada mode yang kita set lah...eh silap mood dia. Haa ....mesti dah boleh teka ni.

 

 

024 

Ni haaa...tong sampah + vacuum cleaner atau nama glemer dia Tovac vr 2020. Masa ni tengah caj. Tapi caj tak lama mana pun. Kadang2 seminit pun cukup. Ada je makanan terjatuh kat lantai, berkejaran dia pegi vacuum kan. Best sangat. Tapi kalau beg boroi dia tu penuh which is sangat jarang sekali, dia akan slow sikitlah.

 

 

 004

 

Tovac in action. Tu tengah cari food crumbs lah tu.  Ni kena pakai kon sebab telinga tengah treatment.

Akak geram betul dengan dia ni. Hari tu ada abuk coklat kit-kat atas katil. Boleh dia nak jilat. Nasib baik akak sempat amik. Cokelat kan racun pada kucing kan. Lepas ni kalau sesape nak makan cekelat kena makan kat luar, jauuuuh dari minah ni.

 

 

 

009

 

Cer tengok. Apa je yang dia tak makan. Nak kata tolak batu dgn kayu pun tak boleh. Semua ngap. Dari kiri, getah, rotan kat bakul tidur dia tu dan cotton bud.

 

 

 

012

 

Cuba bandingkan cotton bud yang original dgn yang telah dimamah sesedap rasa oleh minah tu. Apalah sedap sangat mengunyah cotton bud tu. Tu Peah tu pun sama je. Tapi dia lagi pelik. Makanan dalam tin tu tak nak. Yang dia nak, getah dgn cotton bud ni. Selalu sangat akak jumpa getah yang dah putus2 kena gigit kat bawah katil. Petua nak slim agaknya. Peah ni kan cita2 nak jadi model centrespread.

 

 

 

001

007

 

Ini keje terbaru dia semalam. Mengunyah rotan tu. Kemain susah akak nak amik dari dia. Macam duri kaktus.  Lepas tu bila akak dah amik, dia pergi balik ke bakul tidur tu dan patahkan lagi setangkai. Adoooiiii...

 

 

 

 

011

 

Kesian atuk. Tempat tidur dia pun nak dirobohkan dek anak bertuah. Itu yang bahagian luar yang akak nampak. Kalau tengok bahagian yang tersorok tepi dinding tu, tah camana lah agaknya rupa.

 

 

 

020

 

Tahulah awak tu asal dari pasar tapi takkanlah semua nak sapu. Dah bagi makan elok2 pun masih mengidam sampah jugak. You can take the cat out of pasar but you cannot take pasar out of the cat. Hahaha. Perumpamaan sangat. Sudah dasar pasar. Nak buat camana....sabar je lah.

Tuesday, 15 January 2013

Mainan kucing

 

 

Busy,busy,busy....kali ni mencari daun lobak putih pulak. Semalam sempat akak ke Jusco Balakong, jumpa ah soh yang bungkus sayur organik tu. Dapatlah 2 bungkus, alhamdulillah. Lepas tu dgn lajunya ke Jusco Seremban pulak, jumpa Alang...pass kan kat dia untuk buat sup mak. Lepas tu balik KL, jemput Arif dari sekolah. Fuuh, penat. 

Sekarang ni memang akak selalu merayau ke supermarket kat area rumah ni dan KL. Di samping mencari bahan2 sup mak tu, sempat jugaklah menyimpang. Tapi akak selalu menyimpang ke tempat pets tu je. Tengok menan2 kucing, baju ke.

Akak selalu jugak beli mainan kucing ni. Tapi tak de lah yang mahal2 tu. Sekadar yang bawah RM10 je. Itupun tak selalu. Kalau akak balik kedai, mesti kucing2 ni suka sangat mengorek2 plastik bag yang akak bawak balik. Nak usha permainan barulah tu.

 

026

Cukup susah nak amik gamba. Ada je yang nak enteprem. Dia paling tak sabar tengok kita susun2 menan dia dengan banyak sekaligus. Rambang mata nak pilih ni.

 

027

 

Setakat ni adalah jugak 8 ke 9 tangkai jugak. Ada jugak yang dah arwah. Permainan ni pantang disepah2kan. Kalau kita tak simpan, beberapa saat je dah lesap dibawak lari dek Puteri Peah. Siap sorok bawah katil lagi tu.

 

 

 

054

 Sama je perangai kucing2 ni. Asal dapat je bawak lari bawah katil.

 

 

028

 

Cer tengok tu. Asalnya panjang gebu je. Dibawak lari dek Peah, terus jadi nazak, nyawa2 ikan .  Kalu tengok kat bawah katil memang nampaklah bukti pembunuhan beramai2 menan ni oleh Peah dan geng.

 

 

 

025

 

So selalunya akak simpan dalam laci bila dah puas main dan bagi diorang exercise setiap hari. Bila dengar je akak bukak laci tu, dua ekor ni terus datang nak bizibodi jengok2 kat dalam tu. Bukan setakat mainan kucing je ada dalam ni. Mainan manusia macam DS dan PSP pun akak simpan jugak. Masa sekolah mana boleh main kan. Tunggu bila sekolah cuti hujung tahun nanti baru boleh main.

Tapi kucing2 ni kan, memang bertuah. Dah dibeli mainan pun.....

 

 

 

003 

.......masih jugaaaak suka main beg plastik,

 

016

tutup botol daaaaan

 

042

 

getah. Ini memang turun temurun nih. Atuk tu dulu masa muda2 juara baling getah. Elok je masuk dalam botol ubat akak kat rumah kalau dia membaling. Kalau bawak pegi funfair ni, kompom lumayan hadiah. Hihihi. Bolehlah kalau nak banding ngan akak ni haa. Tong sampah sejengkal jaraknya pun tak masuk balingan.

Tapi atuk memang pencinta sejati kotak. Dia tak pandang menan yang beli kat kedai ni. Maklumlah generasi lama. Macam akak dulu jugak, main upih kelapa, main wheelbarrow abah, main panjat pokok. Semua yang ada di sekeliling rumah. Tak kenal pun menan kedai ni

 

 

047

 

Lagi satu kotak. Atuk Milo paling suka bab ni. Pantang nampak kotak. Masa bakal mentua hantar kuih raya hari tu, dia yang lebih2 masuk dalam kotak tu. Jadi anjing kastam pulak dia. Tercium2. Rindu kat Dobot lettew.

 

 

 013

011

 

Lagi satu yang dia paling suka ialah kotak Pak Donal ni. Dah naik rabak dibuatnya. Tak muat pun sebenarnya tapi diusahakan jugak. Sardin je muka tu masuk lepas tu tak nak keluar. Siap nak tidur lagi.

 

 

303

 

Asal nampak kotak je, Milo lah yang paling happy. Tapi kan, itu dulu. Sekarang ni dia tak de mood nak main2 dalam kotak lagi. Tengok kotak pun tak bernapsu.

 

 

084

Sekarang ni turn Peah........

 

 

097

 

dan minah kaktus ni pulak main dalam kotak. Tak pe lah. Time akak sibuk ni, kucing2 pandai layan diri sendiri. Lepas main, pandai kemas balik. Hehehe. Bidaah sangat tew. Tak de lah IQ tinggi sangat cam gitu. Kalau kucing akak seghope itu, NASA pun nak tempah satu hantar outer sepes kan.

Friday, 11 January 2013

Merci mon amie...

 

 

Alhamdulillah. Hari jumaat lepas memang penuh barakah. Dari awal pagi akak dah dapat rezeki dari seorang sahabat. Tak pernah pun jumpa. Hanya kenal melalui blog je pun. Tapi dah rezeki akak nak dapat kawan yang baik2 belaka. Kecik tapak tangan, akak combine tapak tangan kucings dalam rumah ni tadahkan lagi.

 

074 

Akak pelik betul dengan kucing2 akak ni. Setiap kali akak dapat parcel, dia pun sebok cium sana sini.

 

 

073

Dekat seploh minit nak clear check kastam ni.

 

 

078

Dah bawak keluar barang pun masih tak puas hati. Yang peliknya paperdoll grace kelly tu cukup lama diciumnya. Apa barang?

Terimakasih sangat2 pada my dear friend, Zaphrina. Banyak betul ole-ole dari kampung. Sukaaaaa sangat kita ini menerima hadiah itew.

Merci d'etre mon amie. J'espere que notre amitie` durera pour toujours. (sekali sekala bercakap loghat orang kampung pe salahnya. Kalau broken, harap maaf ya. Hihihi. Jgn lari maksud sudah.)

 

 

100

Dan satu lagi yang buat akak happy sangat dgn rahmat Allah hari tu ialah dapat melengkapkan bahan2 untuk buat sup lima warna mak. Akhirnya berjaya jugak mencari  si Goboh dan kawannya En. Shitake yang bermastautin di Isetan. Alhamdulillah atas segala rahmat dan rezeki Allah.

 

Alhamdulillah bengkak di leher mak akak juga dah mula hilang. Semalam puan Alang hantar mms, nampak macam almost gone. Tinggal kat rahang dia tu je yang nampak masih bengkak. Terimakasih kepada semua yang mendoakan mak akak. Semoga kalian juga dirahmati Allah selalu. Amin.

Wednesday, 9 January 2013

Makanan untuk atuk bertuah.

 

 

Atuk ni sekarang kan bertuaaaaaah sangat. Iyalaaah faham....sakit mulut kan. Nak buat camana.

 

051

Dia ni sekarang kalau ambik gamba, temanya adalah menyampah semedang. Tengok muka orang pun tak nak. Dahlah hidung mulut comot. Nak bersihkan muka dia siap kena pakai gloves tebal 3 inci tu. Kalau tak, koyak tangan.

 

 

152

Walaupun dia sakit tapi tak de makna nak buat muka mintak simpati. Nak melempang orang adalah. "You come near me, I ngap you!! Dah macam bela rimau pulak akak ni.

 

007

Badan dia pun dah banyak kurus dari dulu. Dulu dekat 8kg kan. Sekarang ni 5.5 kg je. Mula2 dulu akak bagi dia makan fussie cat. Okey je untuk 2 minggu. Lepas tu dia dah tak nak. Yang dia nak makan ialah ayam yang akak makan. Kalau akak makan nasi kerabu siap memanjat2 lagi nak cukai lauk ayam tu. KFC pun sama berselera dia.

 

005

 

So sekarang ni akak rebus dada ayam setiap tiga hari bagi dia makan. Buat banyak sekali dan simpan dalam fridge. Mula2 tu kemain berselera dia makan. Tapi sekarang ni pantang silap sikit. Kalau akak terpanaskan sampai kering sangat ayam tu, dia mula sentap. Kalau berair sangat dgn sup tu pun dia sentap jugak. Sambil dia makan tu pulak kena ada amoi kasi massage kat dia. Tapi kat rumah ni mana ada amoi masat. Amoi tua ni adalah. Jadi Arif lah jadi tukang urut dia. Arrrgghhhh...akak adalah sangat stress.

 

 

008

 

Pot sentap dia. Cukup payah nak bawak keluar dari bawah katil. Dahlah lutut akak ni sakit. Adooiii Milo!

 

 

022 

Tapi yang peliknya aktiviti kegemaran di masa lapang tetap berjalan seperti biasa. Mengopek di selimut akak atau selimut En.AHBY. Kata sakit mulut kan, tapi mengopek boleh pulak. Dan selimut yang dia nak ialah selimut yang kami pakai. Hari tu akak gunting selimut lama yang dah koyak, bagi kat dia. Pandang pun dia tak nak. Bertuah betul. Basah tau selimut akak dikopeknya. Sejuk je kaki kita malam2.

 

Cepatlah elok wahai Milo. Doktor pun tak nak bagi a/biotik kerap sangat. Milo kan dah tua, nanti takut buah pinggang dia rosak pulak. Jadi dia cakap sabar je lah. Akak kesian sebenarnya dgn Milo ni. Kadang2 menangis bila tengok dia tak bermaya. Pagi2 kalau beli nasi kerabu, siap bungkus lebih lauk ayam tu untuk dia sekali. Puas hati kalau tengok dia mau makan.

 

 

057

 

Akak tahu suatu hari nanti akan berpisah jugak dgnnya. Tapi mintaklah hari tu jauuuuuh kedepan lagi. Biarlah 5 atau 10 tahun lagi. Tak sanggup nak fikir.

Tuesday, 8 January 2013

Mari merebus: Sup Dr Tateishi dan lain-lain...

 

 

Assalamualaikum.

Ingatkan bila masuk tahun baru, gigihlah mengupdet kan. Rupanya lagi teruk dari tahun lepas.  Busy sangat lately, mengalahkan YB akak ni. Setiap hari kena keluar especially last week.

Hari tu akak ada citer pasal buat sup dr tateishi untuk mak kan. Kalau sape2 rajin google pasal kanser mesti pernah dengar pasal sup lima warna ni kan. Kalau tak pernah google, meh akak citer camana nak buat sup tu.

 

 

102

Bahan2 yg diperlukan untuk sup tu.

450g lobak putih

225g to 380g daun lobak putih. (susah sikit nak cari ni sebab tak de jual. Akak pegi jusco dan mintak ah so yang bungkus sayur organik tu untuk savekan akak daun lobak putih ni. biasanya diorang buang je)

225g to 280g carrots

225g fresh burdock root atau gobo kata orang jepun. (inipun susah nak cari. Selected supermarket je yang jual.)

3-5 japanese shitake yang dah kering tu. Kalau tak berkedut tak sah. Sila jemur supaya dia berkedut habis. Ini semua untuk pastikan Vit.D masuk dalam itu cindawan. Tapi MESTI japanese shitake. Tak mo cina mali ya.

Lebih afdol kalau beli yang organik saja ya.

 

 

105  

104

Inilah dua benda paling bertuah tu. Cukup susah akak nak cari. Habis semua supermarket area serdang, balakong, putrajaya akak redah. Last2 ke KLCC jugak dia nak menetap. Bodoh je si Gobo duduk situ. Yang cindawan jepun tu pulak sampai berkedut tunggu akak beli dia.

Anyway, gobo root tu murah je. Ada 2 jenis. Jepun mari adalah mahal sedikit. Yang shitake tu.....ummangggaiii.....mahal dari shitake cina mali. Lebih kurang 10 keping je sepaket dan harganya adalah RM38.88.

 

106

Cara2 nak buat sup tu pulak.

Mula2 basuh bersih2. JGN KUPAS sayur2an itu. Lepas tu potong kecik2 'bitesize'. Bite size standard manusia ya. Jangan ukur mulut gorilla belakang rumah pulak. (amboiii..bela gorilla belakang rumah iya..hahaha)

Lepas tu masuk dalam stainless steel pot. Yang ada tefal atau sepupu tefal tu tak boleh guna tau. Aluminium, emas, platinum ke lagi tak boleh.

 

 

109

 

Lepas tu isi air 3 kali ganda dari jumlah sayuran tadi. Biarkan mendidih. Dia mendidih je, sila kecikkan api dan biar sup tu mereneh sampai 2 jam. Dia merengek ke, menangis ke, buat tak tahu je tau. Dah 2 jam barulah pergi tutup api tu.

Haa cam tu je lah. Lepas tu tapis dan minum air sup ni. Sayuran tu pulak kalau nak tumis buat mix vege pun boleh. Air sup tu simpan dalam bekas kaca dan masuk dalam fridge.

 

 

118

 

Sekali minum adalah sebanyak 200ml. Dan minumlah sebanyak 3 kali. Dan JANGAN minum bersama teh. Kalau nak makan ubat pulak, sila jarakkan 2 jam sebelum dan selepas minum sup ni. Maknanya lepas makan apa2 ubat, tunggu 2 jam dulu before minum sup ni. Dan kalau dah minum sup tu pulak, 2 jam lepas tu baru boleh makan apa2 ubat. Clear tak akak explain. Ke makin serabut??

Sebelum try buat sup ni rujuk dulu kat SINI ya.

Katanya sup ini boleh merawat berbagai2 penyakit terutama kanser. Selain tu sup ni juga ialah detox soup. Buang semua yang tak perlu ada dalam badan kita.

Tapi paling penting semua ini adalah dgn izin Allah. Kalau DIA tak izinkan apa pun tak boleh, ye dok. 

Akak dgn Puan Alang pun minum jugak sup ni sama2 dgn mak. Kira bagi mak support jugak, disamping tu tumpang2 lah sikit kan rahmat Allah. Mudah2an semua pun sihat.

Hari ni masuk hari kedua minum. Rasa berpeluh2 jugak lepas tu. Dan kaki tu kadang2 ada rasa macam lepas buat urut dgn OSIM tu. Mak akak pulak rasa panas kat kaki. Mungkin blood circulation dia dah bertambah baik kot.

Dan kalau sape2 pernah buat program detox mesti ada rasa ringan badan dan happy je kan. Macam tu lah lebih kurang rasanya. Rasa macam cergas dan aktif semacam je rasa.

Akak masih try nak adapt dgn perasaan aktif ni sebab kepala ni macam tak mo ikut pulak cakap badan. Nampak katil, nak landing je.

Walaubagaimanapun pagi ni je akak dah kemaskan lemari Arif yang macam sarang kucing nak beranak tu. Punya banyak baju dia tapi semalam dia tidur dgn pyjamas koyak kat lutut. Bila akak tanya, dia cakap baju dia dah tak de. Padahal tiap hari akak basuh baju. Bila bukak je lemari dia tu macam gunung berapi meletop. Muntah segala baju, seluar dan boxers dia atas lantai. Kalau duduk asrama ni, masak kena leter dgn warden.

Tak pe, dia balik sekolah ni akak nak rebus segala leter akak dan tuang dalam telinga dia. Hahaha.

Wednesday, 2 January 2013

New Year Partayy.....ko ada?

 

 

 

129

Event planner, Seripah Moli. Tarikh majlis ialah pada pagi ini dan waktu mula majlis ialah seawal 6.30 pagi. Nampak tak Seripah Moli baru bangun tidur tu. Taik mata pun tak sempat nak buang.

Tema majlis ialah freedom. Makanya tetamu adalah sangat digalakkan untuk tidak memakai apa2 pakaian pun. Seripah tu okeylah kalau telanjang kan sebab calico...warna bulu meriah.

 

 

144 

Si minah ni?? Kesian tengok. Dahlah perut tu masih botak dari operation hari tu. Buruk beno rupenye. Tapi dia ni tak kisah pun. Party tetap party.

Apa hal pulak kucings ni nak berparty bagai kan. Sebaaaabnya hari ni Arif dah start pergi sekolah. Makhluk paling hepi ialah kucing 2 ekor ni. Kalau Arif ada kat rumah, asik kena kacau je. Dahlah suara macam petir. 

 

 

113

 

Dari 6.30 sampailah pukul 11 pagi, kucing 2 ekor ni bergurau sakan. Akak yang duduk atas katil dgn laptop ni macam tak wujud je. Badan akak dah dibuat jadi trampoline pulak. Tahulah badan kita gebu banyak lemak tapi agak2lah kan. Ini siap lompat kijang lagi. Kurang asem punya kucen. Anak sapalah ni.

 

 

 

139

 

Anak dia ni lah. Tapi deddi lagi kesian sebab kepala pun jadi mangsa jugak. Tu deddi tengah mengadulah tu. Senget2 kepala dia kena karate kick. Nampak tak serius muka. "Sekali lagi...sekali je lagi..siap kau ya! Aku tampo gak sekor2 ni kang!"