Pages

Sunday, 31 July 2011

Selamat Hari Selasa ....ooopps Hari Puasa.

 

Masa kekecik dulu, bulan puasa memang seronok walaupun sementara menunggu berbuka tu amatlah seksanya. Hausnya jangan cakaplah, macam boleh je habiskan satu jag air sirap tu. Penyudahnya nasi dapat masuk sesuap dua sahaja. Bila selesai sebulan puasa, badan saya makin kurus melidi. Tapi itu cerita masa kecik ketika tulang rusuk pun boleh buat gitar.

Masa sekolah asrama pulak, puasa saya sangatlah rugged. Sahur memang tak pernah. Manalah nak ada selera bila lauk sahur selalunya ikan jaket goreng  dan sup kosong. Masa buka pulak memang cukup sepinggan sahaja. Tak pernah dibuat pulak  dek student lain bertambah dua tiga pinggan, maklumlah sekolah perempuan jadinya penuh berhemah dan bersopan santun gitu. Hasilnya bila balik rumah masa raya, berat badanku pun sangat ideal. Adalah jugak dapat jelingan di beberapa sudut dari jejaka-jejaka kampung yang datang beraya. (perasan je lebih sebenarnya). Walaupun puasa rugged, solat terawih tetap pergi, yang bestnya kalau pergi terawih, prep dikecualikan.

TAPIIIII  entah dimana titik mulanya saya pun tak sedar, tetiba tersangatlah makmur lemak di badan, walaupun telah berpuasa sebulan. Sahur pun boleh tahan selera tuuuu. Bila berbuka jangan cakaplah, bazar ramadhan memang wojib pergi setiap hari. Apa taknya anak-anak punya selera lain, mak lain, bapak lagilah lain. Jadi pergilah beli ikut selera dan kehendak tapi tidak ikut nafsu tau! Selalunya saya akan pastikan tidak berbelanja lebih dari dua juadah seorang. Satu juadah heavy dan satu lagi kuih atau apa-apa yang ringan yang boleh dimakan lepas terawih. Dapur rumah pun kadang kadang sahaja berasap di bulan Ramadhan ni. Bukan malas masak tapi saya nak sokong peniaga-peniaga muslim kat bazar Ramadhan tu (kononnn). 

 

Tahun ni tak tahu lagi macamana ibadat puasa saya dan keluarga. Mohon saya pada Allah agar kami dapat menjalankan ibadah puasa dan ibadah-ibadah lain dengan lebih cemerlang. Supaya apa yang kami laksanakan nanti jadi bekalan untuk 12 bulan yang akan datang bila tiba Ramadhan sekali lagi. Agar kami menjadi individu yang lebih beriman dan bertakwa bila selesainya Ramadhan ini. Amin.

 

 

Di rumah ini cuma Mizz Nisya yang baru nak belajar puasa tahun ini. Kanak-kanak lain semua dah dapat lesen F1 kalau bab puasa ni. Dalam erti kata lain, kalau tak puasa memang tak patut sangatlah kan.

 

Namanya pun baru nak belajar puasa jadi puasa pun boleh tersasul jadi selasa. Maafkan je lah.

 

 

Lepas tu si Abang pulak nak bagi ucapan selamat berpuasa.

Tinggal satu batang je lagi gigi susu yang masih belum dicabut kat depan tu. Tersangatlah kelakar rupanya sekarang, macam atuk-atuk je. Si Wahau tu pulak memang jadi mangsa buli budak berdua ni.

 

Bila dah pakai tudung, barulah sejuk ilmu nak serap dalam kepala. Satu take saja, loud and clear

SELAMAT BERPUASA KAWAN-KAWAN!!!

Sebagai permulaan bulan mulia ini, saya ingin memohon maaf pada sesiapa sahaja walau hanya di alam maya, atas segala kata-kata yang menyinggung perasaan atau bahasa yang terkasar sehingga mengilukan hati. Selamat mengerjakan terawih. (yang ini kalau disuruh ustazah tu berucap, menangis dia. Panjang sangatlah....Nisya penatttt!)

Saturday, 30 July 2011

Rendang merendang. Part 1.

 

Dengan berbekalkan 4 keping Salon Pas di pinggang dan beberapa bahagian lain di badan, saya pun turun ke dapur untuk acara kebesaran keluarga kami iaitu masak memasak. 4 orang askar pengiring pun sudah diberi taklimat untuk membantu  chief tukang masak nanti. Semua bahan penumis pun sudah siap ditumbuk dan dimesin oleh bibik.

 

047 Kaki dapur outdoor ni baru saja saya beli semalam. Oleh kerana pinggang dah sakit nak membongkok, masak dibawah, saya dan En.Ahby gigih mencari stand untuk dapur gas outdoor tu. Jumpa jugak satu di kedai hardware di Port Dickson yang dijual dengan harga RM54.00. Lepas ni tak de lah jalan macam nenek bongkok tiga lagi setiap kali jadi tukang masak rendang ni. Siap boleh duduk atas kerusi lagi sambil mengacau rendang. Sukeeeee.

 

059 Mula-mula saya masak rendang ayam. Bahan-bahannya ialah 3 ekor ayam, cili kering, cili api, kunyit, halia, lengkuas, serai, bawang putih, bawang merah, daun kunyit, kerisik dan 1 kg santan. Jumlah setiap satu bahan penumis tu tak yah cakaplah, sebab kalau ikut resipi kak wok ni biasalah kan, 1 genggamlah, 1 cekaklah, sebesar ibu jari dan macam-macam lagi ukuran anggota badan yang akan jadi rujukan. Lagi pening kepala orang yang nak salin resipi nanti. Jadi ikut pandai-pandailah ya.

 

061 Bila dah menggelegak santan tu, masukkan pula daun puding untuk rasa yang lebih oomph. Kacau perlahan-lahan supaya rendang tak hangus dan tak hancur daging ayam tu. Bila sudah semakin kering kuahnya, masukkan kerisik dan daun kunyit yang dah dihiris.

 

058 Ini pulak pembantu saya yang paling mahal gajinya. 1 jam pakai kena bayar RM500.00. Saya dah komplen kat agen tadi, siap bertengkar lagi. Katanya rate dia memang macam tu. Malas nak kecoh-kecoh, jadi saya guna jugaklah khidmat dia ni tapi hanya selama 3.5 saat.

 

065

   Pung pang, pung pang dah siap pun rendang ayam. Yang hitam-hitam tu ialah daun puding ye, bukan cili kering.

 

 

 

Okey, oleh kerana entry kali ini agak panjang, saya telah membahaginya dengan sesuka hati kepada 2 parts. Kalau rasa membosan tu bolehlah sambung baca lenkali ya.

 

RENDANG MERENDANG. PART 2.

Acara seterusnya pulak ialah memasak rendang daging hitam (minang style).

Oleh kerana ini kali pertama buat rendang minang jadi haruslah di salin resipi betul-betul.

2kg daging batang pinang, 1/2 kg paru dan 1/2 kg hati.

2 sudu plastik bubur McD jintan manis

2 sudu plastik bubur McD jintan putih

2 sudu plastik bubur McD biji ketumbar

Kesemua bahan diatas(kecuali daging) digoreng tanpa minyak kemudian ditumbuk.

5 senduk melamine cili kering yang telah dikisar.

Satu bekas tapau putih tu, bawang merah yang dihiris.

Satu genggam tangan kanak-kanak 5 tahun, bawang putih.

5 ketul halia sebesar ibu jari kaki.

1 ketul ibu jari kaki lengkuas.

Secekak serai dihiris-hiris. (macam lirik lagu irama malaysia pulak)

Daun puding yang telah dipetik semahu-mahunya.

1 kg santan......eh kalau tak cukup tambah lagi RM2.00 santan.

1 biji kelapa parut yang dijadikan kerisik.

Jangan lupa 2 sudu besar gula enau.

 

050 Mula-mula tumbuk bahan yang perlu ditumbuk sambil mulut terjerit-jerit kat askar-askar kecik yang dah buat acara bebas di keliling rumah.

 

062 Habis semua harta karun dikutipnya. Penat je chief tukang masak bagi taklimat kat diorang ni pagi-pagi tadi.

 

070 Tumis dulu segala rencah-rencah sampai naik bau, barulah di masukkan daging. Bila dah kecut daging tu barulah masukkan santan. Kemudian bila dah mendidih santan, masukkan pula daun puding dan gula enau/merah. Bila dah nak kering santan, barulah masukkan kerisik.

 

054

Untuk tujuan mengacau rendang hingga kering, saya telah menggunakan khidmat buruh buruh paksa. Kebetulan agen tu memang ramai buruh ni dalam simpanan, murah pulak tu. Gajinya, 2 ketul rendang ayam dan nasi panas untuk makan tengahari nanti. Murah kannnn. Tapi sebab murah maka halalkanlah kalau ada setitik dua peluh masuk kat dalam rendang tu nanti ya. He he he.

073 Dah siap pun rendang daging minang saya. Inilah yang akan jadi hidangan untuk bersahur esok-esok, insyaAllah.

Hari Mantai

 

Di Negeri Sembilan ni,  sehari dua sebelum Ramadhan atau Syawal adalah hari yang sangat meriah dengan masak-masak. Keluarga saya pun tak ketinggalan. Dari kecik memang sangatlah sibuk jabatan dapur ni. Menu masakan pulak semuanya mencabar. Rendang ayam, rendang daging, lemang, dodol . Tapi itu masa mak saya, kak wok, masih aktif menjawat jawatan ketua pengarah jabatan dapur ni. Sekarang ni sejak dia dah naik pangkat jadi presiden, tugas dapur telah di sub kan pada dua orang anak perempuannya iaitu saya dan Puan Alang. Biasalah kitorang ni, kalau leceh sangat tu, pangkah saja dari menu, tak yah buat. Bukan rajin sangat pun. Lepas tu, puaslah mengadap kak wok, menerangkan pelbagai alasan kenapa menu itu kami pangkah dengan sewenang-wenangnya. He he he.

Kali ini, menu hari mantai pra Ramadhan kami ialah rendang daging hitam dan rendang ayam.

 

DSC00471Pagi-pagi lagi saya dan En.AHBY dah menuju ke batu 4 untuk mendapatkan daging lembu kampung fresh.

 

DSC00468 Dengar-dengar daging batang pinang dah naik hargalah pulak. Saya hanya beli 2 kg daging batang pinang, 1/2 kg hati dan 1/2 kg paru. Semuanya adalah kira-kira RM58.00 (after discount, sebab penjual daging itu sedara arwah abah saya. He he)

 

DSC00467 Suasana hari mantai ni tak semeriah di Seremban. Ada 1 gerai jual daging lembu dan 1 gerai jual ayam. Gerai yang lain-lain tu jual sayur-sayur kampung, pakaian dan juadah sarapan.

 

DSC00469 Nasi kerabu dan nasi dagang pun ada dijual.

 

DSC00466 Kebetulan pulak hari ini ada acara Perbarisan Tamat Latihan Perdana di Port Dickson. Maka jalanraya adalah sangat sesak. Nasib baik ada ramai abang polis trafik ni, kalau tidak berensotlah kereta nak bergerak. 

Thursday, 28 July 2011

Kuasa tambahan

 

Bila dah umur 40 an ni terasa lambat sangat segala otot dalam badan nak recover. 2 hari yang lepas saya telah mengemas, menggosok, menghayun dan menyental. Secara tak lansung saya telah mendera segala otot dan tulang belulang dalam badan ni.

Hari ini saya hanya lepak atas kerusi dan atas katil. Ingatkan bila bangun tidur pagi tadi, legalah. Rupanya tidak. Maka diselongkarlah laci mencari segala tampalan dan koyok yang panas menyenggau untuk ditampal diseluruh badan.

Besok nak balik kampung untuk menyambut 'hari mantai' (hari sebelum puasa atau sebelum raya bagi orang negeri sembilan) . Biasalah kalau hari mantai ni ada yang masak rendang dan lemang bagai. Tapi di rumah  kami CUMA masak rendang ayam dan rendang daging. (CUMA???!!!!!)

Pinggang saya ni sakit na lah pulak. Mintak -mintak esok legalah. Amin. 

Hari ini, satu benda pun saya tak buat kat rumah ni, kecuali basuh baju, sidai baju dan lipat baju.

Dan seharian saya berkunjung ke rumah rakan sepermainan yang dah lama saya tak jumpa.

 

021 Si detektif Jane yang sangat sibuk dengan kes terbarunya. Hari ini saya naik pangkat woo.

 

019 Dan si burung merah yang ada penyakit darah tinggi ini. Kali ini saya siap bawak kuasa tambahan lagi untuk tolong dia.

Mintak-mintak dapatlah naik level.Asik-asik kat situ je, tak gerak-gerak. Dah naik menyampah nengok si hidung kembang tu.

Wednesday, 27 July 2011

Wok wok Wednesday

 

Wok kat atas tu bukan kak wok mak saya tapi wok, kuali kat dapur tuuu.

Hari tu pi Langkawi, leher panjang jugak menjengok kat seksyen Tefal tu. Memang sangatlah murah Tefal di Langkawi. Kalau di KL ni tak mampu nak beli banyak-banyak sebab yang kecik untuk goreng telur je dah dekat RM30.00. Haruslah yang besar tu pulak beratus kan.

Makanya saya pun membelilah serba sedikit.

 

312

Grill pan tu harganya ialah RM99.90.

Pancake pan tu pulak RM 81.90.

Stirfry pan (wok) tu ialah RM 109.00.

Dan periuk tu pulak RM 169.00.

Bagi mak cik-mak cik yang dah bermesyuarat hari tu dan sebulat suara untuk membuat rombongan ke Langkawi lepas raya ni bolehlah mula compare price Tefal di sini. Kalau murah agak agak berpuluh-puluh ringgit tu, eloklah bincang dengan pak cik-pak cik POP (persatuan orang pencen) tentang bajet membeli periuk belanga di Langkawi.

 

 

Hari ini saya masak simple sahaja iaitu........

 

 

022

Sardin goreng kicap berlada yang sangat sedap rasanya sebab dimasak penuh kasih sayang dengan kuali Tefal yang bersinar-sinar. He he he .

Kaunter order makanan yang bersantan dan perlu direneh, ditumbuk dan diuli ditutup buat sementara waktu kerana hari ini dan hari seterusnya, tukang masak sibuk mengemas dan menggosok baju. Sila rujuk menu stir fry untuk makanan hari ini. Harap maklum.

Tuesday, 26 July 2011

Sibuknya Selasa

 

 

002

Pagi-pagi lagi semua orang teramatlah sibuk dan nak cepat bergerak ke destinasi masing-masing. Semoga nanti dapat menyumbang kepada produktiviti negara agar Malaysia lebih makmur, aman dan bahagia.

 

Yang di rumah pun sibuk jugak ke?

Hmmm.....hari ini nak kemas rumah untuk persiapan menyambut Ramadhan. Sebaaaab masa bulan puasa haruslah tenaga tak sebanyak mana kan.

Jadi....cadar setiap bilik perlu ditukar ganti. Sepanjang bulan puasa ni tak yah nak ngada-ngada tukar cadar dan comforter nanti lepas raya baru boleh ganti lagi (kecuali emergencylah kan, nanti jadi ibu kejam pulak). Selimut pun semuanya perlu dibasuh. Langsir juga perlu diturun dan dibasuh. Kemudian gantikan dengan yang bersih.

Bilik air kena basuh dan kilatkan lebih-lebih sikit.

Aircond perlu di cuci filternya, kipas pulak disedut dengan vacum cleaner.

Dah alang-alang bawak keluar vacum cleaner, haruslah carpet di vacum sekali. Rumah saya ni pulak menggatal dipasang wall to wall carpet masa baru pindah dulu. Maka menangislah saya sambil menolak-nolak corong vacum tu.

Dah selesai vacum, ternampak pulak almari buku yang berserabut. Dari almari buku berjangkit pulak ke almari pinggan mangkuk di ruang makan yang penuh dengan barang yang patut dibuang lamaaaa dulu. Lepas tu ternampak pulak rak kasut yang dah penuh sampai tak boleh tutup. Apa taknya, kasut koyak pun masih simpan lagi ke?

Dapur pulak paling penting dalam senarai membersih ni sebab maklum bulan puasa. Memang semua akan makan serentak dan sepah-sepahnya nanti jangan cakaplah. So kenalah kilat-kilat kan lebih sikit supaya amik masa lama untuk berserabut dan kotor balik.

Telekung extra dalam almari tu kena siap basuh dan iron.

Haa...lagi satu kena kira stock dalam fridge dan food cabinet. Selalunya di bulan puasa memang sangat jarang pergi supermarket. Kalau tak cukup, nak pergi JJ pulak.

 

 

UUUMAK AIIII.....buleh buek ko sumo tu?

Ontahlah omak. Den baghu boghangan yo. Bolun buek laiie. (terjemahan: pelamin anganku musnah, ibu. Tak sempat nak buat apa-apa)

 

Sehingga kini saya masih terkebil-kebil sebab matahari dah tinggi tapi masih lagi berangan rumah berkilat dan bersih menggunakan kuasa magic tanpa perlu mengangkat punggung yang berat ini.

Monday, 25 July 2011

Istimewa Isnin

 

Omputih tu pandai-pandai je cakap manic Monday kan. Hari lain pun ada gak kelam ribut, bukan khas hari Isnin je kan.

Jadi nya hari ini saya nak kongsi sikit kejadian istimewa berlaku pada hari Isnin ini.

 

1.   Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan.

2.   Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.

3.   Bukti keEsaaan Allah diturunkan.

4.   Nabi Idris AS dinaikkan Allah ke langit.

5.   Nabi Musa AS mengunjungi bukit Tursina.

6.   Nabi Muhammad s.a.w wafat.

 

Walau bagaimana pun ada jugak beberapa kejadian kurang istimewa yang selalunya terjadi pada hari Isnin.

1.   Anak-anak masuk bilik pagi-pagi dengan muka berkerut dan cembeng disertai dengan mulut   yang tak habis-habis memberi alasan untuk cuti sakit.

2.   Mak cik yang berniaga nasi kerabu dekat depan 7-11 tu bercuti pada setiap hari Isnin.

3.   Kalau weekend tu tak duduk rumah maka berkoyan-koyanlah baju yang hendak dibasuh.

4.   Perut meragam, kapla fenin sebab asik melantak masa weekend, maklumlah jemputan kahwin segala bagai. (konon....alasan macam terpaksalah teww)

5.   Wallet yang sudah kempis akibat sale pada hujung minggu di merata tempat.

Daaaaaaaaaan  banyaaaaaaaaaak lagi yang selalu terjadi pada hari Isnin disebabkan oleh diri kita sendiri yang tak tahu nak mengisi Sabtu dan Ahad dengan berhemah dan sopan santun.

Bak kata Mak saya sepatah: Buek apo kau carhik pasal. Cubo ontok-ontok kek ghumah, kan elok. Ni tak. Asa cuti yo mulolah moghambu. Dah tak ghoti nak duk ghumah ko?

Translation :  Kenapakah anda selalu mencari masalah? Bukankah elok duduk diam sahaja di rumah. Apabila cuti umum, anda selalu pergi bersiar-siar. Adakah anda tak jumpa rumah sendiri lagi? (okeylah saya tahu, terjemahan tak tepat tapi biasalah kan kalau pakai penterjemah tak bergaji ni memang macam tu)

 

DSC00017

DSC00018Hari Isnin juga ialah hari di mana saya dan dua orang ahli kumpulan ini sahaja yang tinggal di rumah (yang lain pergi skolah dengan muka masam). Hari ini kami akan merancang bagaimana untuk mencuri masa untuk menyelesaikan perkara tertangguh.

Sekian. Terima kasih.