Pages

Wednesday, 26 June 2013

Jangan pisahkan aku dan dia.

 

 

Akak kadang2 pelik dgn kucing2 ni. Ingatkan ada makanan ada tempat tido, okeylah kan. Happy. Tapi taaaaak jugak.

 

022

Si Kitteh ni. Pandai pulak nak tak de mood bila tak de Tomey. Dgn menan pun tak de napsu. Muka sediiiiiih je.

 

 

IMG_20130622_174947 

Hari tu sebelum balik siap kiss2 bagai. Camana husband akak tak saspek bukan2. Cer tengok tu. Ini gamba yang Miss Nisya amik guna tablet mama dia so adalah tak sharp tapi akak tabik budak ni. Baru 5 tahun dah pandai capture momen terbaik.

 

 

 

003

 Siaaaaaan Kitteh. Dah biasa tidur peluk2 dgn Tomey. Kali ni peluklaaaaah kotak tissue. Tragis sangat di situ.

 

 

022

Kadang2 peluk henbeg. Nak buat camano. Takkan nak poluk anak dagho duo ekor tu lak kan. Harommm hukum e. Hahaha.

 

 

001

Muka atak sinyuumm. Patutlah dulu masa mak akak masih ada, akak pernah nak kidnap Tomey atau Kitteh balik KL tapi mak akak tak bagi. Dia kata " Eh, tak buleh Da. Kucing tu tak buleh dipisah an. Adik boghadik tu. Tak tontu aghah sekor tu nanti. Sian. Jangan, jangan. Kalau nak bawak, bawak doduo skali. Tontulah kabar e."

 

Translation :  Whaaaaat! U want to bring one only a? No way man. Cannot separate one. Like siamese twin, the two brothers. You want, you bring both. Then only, you can story me.

 

24062013383

Tapi akak tak faham kenapa Kitteh nak sedih2. Adik dia si Tomey ni happy je duduk kampung. siap main mekap2 lagi dgn Nisya. Semalam akak dapat mms dari Alang. cer tengok tu. Atas kening ada blue eyeshadow, hidung pun letak blue eyeshadow. Haa, tengok tu Kitteh, ko mampu mekap2 ni? Adik ko selamba je. Haaiiihh nasiblah kau Tomey. Bila jerebu, banyak betul masa lapang bebudak ni kat rumah.

Tuesday, 25 June 2013

Jerebu lagi

 

 

Dah 2 hari Arif tak sekolah. Anak2 akak dedua orang ada penyakit athma. Arif tak teruk sangat tapi Farah memang sangat sensitif. Keluar balcony rumah pun bahaya pada dia. Akak yang tak de athma ni pun rasa sesak nafas.

Wiken lepas akak balik PD. Memang jerebu kat PD paling teruk akak rasa. Dalam rumah pun memutiiiiiiih je asap masuk.

 

 

067

Laut pun tak nampak. Memang agak lengang jugak kat Dataran Kemang tu. Selalunya dari rumah akak boleh dengar bunyi speedboat kat pantai tu. Tapi kali ni senyap sunyi je.

 

 

098

Sampai kat hi-way lagi haru. Rasa lemas kejap.

 

 

168

Kalau tak de bau asap ke apa mesti boleh bayangkan gamba ni amik kat tempat sejuk kan. Sejuuuuuuuuuk sangat. Berkabus. SEJUKLAH SANGAT!!! Tak de maknanya pun adoiiiyaiiiii nyer pun! Rasa macam nak pakai topeng gas yang ada 2 corong tu baru lega kot.

 

 

020

 

Matahari pun nampak sakit. Tak boleh bayangkan masa gunung krakatoa di Indonesia meletup satu masa dulu. Ada documentary dia buat, tajuk 'A Year without Sun'. Kira masa tu jerebu hitam menyelubungi Pulau Jawa selama setahun. Gelap je. Ramai orang sakit dan kelaparan sebab tak boleh bercucuk tanam langsung.

Itulah kan bila Allah menduga. Dia nak suruh kita beringat......bumi ni tak lama mana pun umurnya. Bila jerebu, cuaca kering pulak. Nak benihkan awan pun tak boleh. Bila hujan, banjir pulak siap ribut lagi. Kita yang lemah ni tak mampu berbuat apa2 tanpa rahmat dan kasih sayang Allah. Allahuakbar.

 

 

057

Dan gamba Kitteh mengakhiri post hari ni. Kitteh yang rasa macam tak dak mood nak balik KL sebab si Tomey kena tinggal kampung. Sedih....dah macam tu aturan custody nya kan. Saba yo lah Teh. Nak buek canno kan.

Sunday, 23 June 2013

Jerebu terhebat katanya...

 

 

 

216 

Akak baru je balik dari kampung sebentar tadi. Tanjat tengok. Tasik Mines dah hilang?

 

 

013

Dua hari lepas sebelum balik kampung.....masih nampak lagi. Walaupun masa ni dah mula jerebu.

 

 

008

On a clear sunny day....macam ginilah ghopenye. Nampak segaaaaar je kan.

 

 

215

110

Cer bandingkan sendiri 2 gambar atas tu. Kejap ada kejap tak de.

 

 

213

Sesak napas......

 

 

001

Ahhhhhhh....segar dan nyaman. Bilalah lagi nak dapat ghope macam gini iye. Tak tahulah. Meh lah kita nadah tangan, Ya Allah, turunkanlah hujan bersama2 rahmatmu ke bumi ini. Dan hilangkanlah jerebu ini agar kami dapat terus menikmati pemandangan indah ciptaanMU ya Allah. Amin.

 

 

122

Mak aiiiiii.....dasatnya mama. Terral lah magic ni. Hilang terus tasik mines kan kan kan.

 

Sekadar berkongsi: Malam ni malam nisfu syaaban. Marilah kita berebut memanjatkan doa untuk segala hajat kita kepada Allah yang sentiasa menunggu doa2 kita. Semoga semua malaikat akan turut mengaminkan doa kita itu, insyaAllah.

Friday, 21 June 2013

Kenan anjing ke lembu ni.....

 

 

Merapukah tajuk akak pada hari ini? Macam biasa....read at your own risk. Hahaha.

Adalah sekor pompuan tu kan, cukup ganas. Pegi mana2 pakai seluar pendek dgn singlet je. Deddi pun dah tak koser nak pantau lagi.

 

132

Inilah dia budak pompuan tu. Setahun dah akak peratikan perangai dia. Pelik. Selalunya dgn orang luar yang dia tak berapa kenallah. Anak2 buah akak selalu jadi mangsa. Baru bukak pintu bilik sikit, dah meluru Miki ni ke pintu. Terkangkang2 pulak tu. Ingat kot garang sangat rupa dia. Padahal kecik je. Tapi menjerit2 jugaklah bebudak tu takut kena kejar dgn si Miki ni. Kejar siap dgn bunyi kucing nak berkelahi tu kan. Macam menyalak pun ada jugak.

 

 

145

Paling suka kalau orang gosok2 perut dia. Tapi dgn amaranlah. Kalau salah garu, ngap sekali. Sedekah jari satu. Hahaha. Taklah sampai macam tu tapi bertanda jugaklah kat jari tu.

 

 

060

061

Kak Peah selalu jadi mangsa dia. Asik terbaring je kalau kena attack. Tak de can langsung nak bangun. Kadang2 Miki ni buat bunyi yang mendengus tu. Bukan hissing tau macam bunyi lembu tu. Entahlah kompius akak. Dia ni kan datang dari pasar. Tak tahulah mak dia kenan anjing ke lembu masa mengandungkan dia. Pasar teluk kemang tu semua ada. Anjing bersepah. Lembu pun jadi pelanggan jugak kat situ sekali sekala.

 

 

 

001

Dgn the jantan brothers tu dah macam ngam sangat. Tak de segan2 lagi dah. Oh ya, status dah tukar......no longer boyfren/girlfren. Lebih sesuai berkawan katanya. Tak tahu pulak akak kategori kawan biasa atau teman tapi mesra. Yang penting akak boleh tarik napas lega sebab dedua ni dah dispay/neuter. Fuhhhh....lega.

Wednesday, 19 June 2013

Bromance

 

Hari ni kita layan gamba dgn video je ya. Tak dak mood nak citer panjang pasal tengah puasa. Tekak kering. Hahaha.

 

043

Husband akak selalu tanya, " Kucing ni jantan ke betina ni Da? Lain macam je I tengok."

Musykil di situ sebab pantang jumpa dua badik ni. Mesti nak jilat each other lepas tu peluk2. Tidur pun sama2 peluk2.

 

 

044 

Akak pun jawab pada husband, " No, definitely bukan  yang U fikir tu lah. This is what we called bromance." Hahaha. Kejap je sayang menyayang ni pastu gaduh2 dan gigit2 balik. So not to worry. Tak de sumbang mahram yang berlaku di rumah ini.

 

 

 

 

 

 

Okey tu je dari akak yang sangat lemau pada hari rabu.

Monday, 17 June 2013

Emergency kejap.

 

 

 

DSC_0229

Hari Jumaat malam, akak singgah sini kejap. Columbia Hospital Cheras.

Sebab musababnya ialah si Farah yang dah keracunan makanan. Dari lepas isya' tu dia muntah2 tak berhenti. Akak bagi makan ubat pun muntah semula. Keluar segala ubat. Lepas tu dah rasa tak sedap hati sebab dia nampak resah semacam je dengan perut memulas. Masa tu dah pukul 11.00pm. Lalu akak tukar baju capai kunci kete dan terus drive ke Balakong nun bawak Farah.

Alhamdulillah keracunan makanan je dan bukan sebab virus kencing tikus tu. Sekarang ni memang kena berjaga2 tau. Sebab hari tu pun Alang kena pergi taklimat tentang virus ni di Hospital S'ban. Memang ramai orang kena virus ni. Simptomnya muntah, demam dan menggigil kata MO kat Columbia tu. Tapi akak duduk kat rumah merpati ni jarang jumpa tikus. Dulu masa duduk rumah bawah memang ada. Hari tu akak pergi supermarket kat Midvalley tu pun jumpa tikus melintas depan mata. Besar. Macam besar si Miki ni.

 

Balik pada citer farah tadi. Lepas masuk air sebotol dan masuk ubat, alhamdulillah boleh discharge. Dan hasil dari menumpang agak2 sejam dua di katil emergency, dapatlah bil RM156. Haha. Syukur jugak lagi tak kena admit kan. Dan pukul 1.30 pagi sampai umah dengan sebeban ubat.

 

DSC_0213

Sebut pasal sepital ni, meh lah kita citer sikit pasal Atuk Milo. Dia dah bertambah uzur sekarang. Akak saspek ada organ dalam badan yang dah tak berfungsi dgn baik. Nak bawak gi sepital UPM tu, kesian pulak. Nanti macam2 test doktor tu buat. Masuk wad memang kompomlah. Stress lagi dia.

 

DSC_0217

Bekfes in bed. Bukan beskfes je, lunch dan dinner pun kadang2 in bed jugak. Sekarang ni kami cuba bagi dia seselesa yang boleh. Itu je yang dapat kami buat untuk Milo yang sangat2 kami sayang. Forever and ever.

Thursday, 13 June 2013

Ombak besar di Penang, Podeksen pun sama....

 

 

Semalam akak tengok berita pasal fenomena ombak besar sekarang ni di Penang kan. Ingatkan belah utara je. Rupa-rupanya kat PD pun sama. Alang cakap memang ombak besar sekarang ni. Minggu kedua cuti sekolah dulu, ada 3 orang mati lemas di batu 8, Teluk Kemang tu. Salah sorangnya ialah orang yang selalu bawak banana boat tu. Life jacket yang dia pakai pun tercabut. Kesian. Entah macamana hari tu dia teringin nak naik banana boat tu. Selalunya dia bawak boat yang tarik banana tu je. Kesian. Lagi 2 orang yang meninggal tu tak silap akak kanak2. Bapak dia suruh anak2 dia tunggu dulu tepi pantai sementara dia pergi beli nasi lemak. Tapi budak2 kan. Manalah boleh sabar tengok air laut. Baru je masuk dalam air dah kena tarik ombak dan lemas. Sedih sangat dengar.

 

483 

Lama dah akak tak balik PD. Dah sebulan lebih. Rindu nak ziarah kubur mak. Ini gambar yang akak ambil tahun lepas. Masa tu, ombak besar jugak. Sampai melempah ke jalan. Silap haribulan memang kena kereta.

 

 

492

Nampak tak tembok tu basah. Masa tu ombak baru je melempah ke jalan. Pekan PD memang mudah banjir kalau air pasang besar dan hujan pun turun dgn lebat. Akak pernah terperangkap dalam pekan PD tu sebab banjir. Nak balik rumah di Teluk Kemang pun tak boleh. Tunggu air surut dulu baru boleh jalan kereta.

 

 

 

485

Bila ombak besar macam ni, air laut tu memang kotor. Segala sampah sarap keluar. Kalau mandi laut masa ni mesti gatal2 badan. Akak ni dah bertahun tak mandi laut. Selalunya lepak tepi pantai feveret akak tu sambil tengok ombak dan laut. Tenang je rasa. Tunggulah. Mungkin next wiken kot.

Anyway, berhati2lah ya pada sape2 yang nak pergi berkelah.