Pages

Wednesday, 30 November 2011

Jangan jadi anak kurang asem dan garem.

 

 

Mak akak, kak wok selalu tak dapat tidur malam sekarang ni. Kadang2 sebab sakit, kadang2 matanya yang tak mahu lelap. Ada satu malam tu dia lansung tak boleh tidur. Dahlah tak boleh tidur, sakit pulak sampai tak boleh duduk dan baring. Berjalanlah dia ke hulu kehilir dengan tongkat kaki empat tu. Menangis dia sorang2 sampai pagi. Dia kata macam nak telefon akak kat KL ni tapi takut ganggu tidur pulak. Akak pun malam tu seperti malam lain2 bukannya dapat tidur nyenyak. Sebenarnya akak tak kisah kalau dia call akak pun malam tu sebab pukul 3 pagi tu memang akak dah bangun . Tapi mak, memang macam tu, kalau boleh bertahan dia akan bertahan. Tak mahu susahkan anak2 katanya. Sedih akak mendengarnya.

Mak akak ni ada slipped disc sebenarnya. Akak dah lupa tulang vertebra nombor berapa yang slipped tu. Tahun 2006 lagi, kalau tak silap dah dikesan masa bawak dia pegi x-ray. Masa tu teruk jugak tapi  on off lah sakitnya. Bila dia tak sakit, mulalah dia sibuk mengemas dan memasak. Kadang2 bawak kereta pergi pasar lagi padahal kaki tu kebas. Lama2 akak tak bagi lagi dia bawak kereta, rasa nak sorok je kunci kereta tu.

 

325 Dua tahun kebelakangan ni sakitnya makin menjadi. Kaki dan lutut dia pun mula lemah. Dulu boleh je dia jalan tanpa tongkat tu tapi sekarang tak boleh lagi. Mak masih bersyukur sebab dapat uruskan diri sendiri, mandi dan pergi toilet bagai. Dia risau betul kalau menyusahkan orang walaupun akak selalu cakap yang akak akan jaga dia walau apa pun keadaan. Sebenarnya akak pun pernah jaga mak mertua yang bedridden selama 2 tahun. Bagi akak, kalau dapat jaga mereka ni seolah2 macam kita beli saham untuk akhirat kelak. Entah cukup entah tidak saham akak tu sebenarnya sebab kena tolak dgn dosa yang dilakukan tiap hari kan.

 

 320

Semalam akak pergi belikan wheelchair ni untuk dia sebab teringin nak bawak dia keluar berjalan. Dah berbulan2 mak hanya duduk dalam bilik dia dan tak keluar rumah. Kesian akak tengok.

Selagi mampu akak akan buat yang terbaik untuk mak. Yang penting jaga hati dia. Maklumlah orang tua, bila sakit lagilah mudah tersentuh.

 

237

Jangan jadi anak yang kurang asem macam Moli ni. Selamba je main kepala bapak dia. Milo tu sabar lagi nampaknya. Alah budak kecik, maafkan jelah, Milo. Hihihi. 

Tuesday, 29 November 2011

Sila ukur baju di badan sendiri

 

Mintak maaflah ya, lama dah tak hapdet. Bukannya apa, akak masih belum pulih sepenuhnya lagi, kenalah take it slow kan. Boringnya tak tahu nak cakap.  Nasib baik kat rumah ni ada anak angkat Milo yang baru, Moli.

Hari tu akak ada beli rumah baru untuk Moli ala-ala crash pad lah lebih kurang.

 

063

Kecik je sesuailah dengan Moli yang kecik.

 

 012

Tiba-tiba ada seekor kucing demuk tu teringin pulak nak mencuba. Kan ke kes menganiaya jiwa raga tu. Dah tau badan debab, nak cuba jugak. Lepas tu tersekat separuh jalan. Kepala lepas, tang perut boroi tu tersekatlah pulak.

 

018  Lepas 10 minit mencuba, dapatlah masuk lagi seinci. Tapi akak tabik tu sebab tak give up. Hahaha.

 

106

YEEEEAAAAYYY!!!! Akhirnya berjaya jugak masuk seluruh  badan selepas berpeluh2 kami yang kat luar ni bagi support. Tapi muka tu macam seksa habis. Bukan selesa pun, macam balut badan dengan baju tebal je, Milo. Tak pe lah kan, janji dapat rasa duduk kat dalam rumah  mewah Moli ni. Itu pun nasib baik Moli dah keluar. Kalau ada kat dalam tu, kompom penyet. Hahahaha.

Wednesday, 23 November 2011

Syukur Alhamdulillah.

 

Bila dah sakit barulah rasa macam kita ni selalu ambil ringan tentang kesihatan. Akak tak pernah sangka puncanya dari otot leher dan boleh sakit macam tu sekali. Sebelum ni ada jugak akak sakit tengkuk macam tak boleh pusing kiri atau kanan tu. Orang tua kata salah bantal dan petuanya jemurkan bantal tu di panas matahari. Tapi kali ni memang bukan sakit macam tu. Kali ni sakitnya sampai ke belakang kepala. Ada masanya akak tak boleh lansung tegakkan kepala ni, leher macam rasa nak terpeletok macam ayam kena sembelih pulak. Hahaha. Kelakar pun ada jugak rasa sekarang ni tapi masa sakit tu amatlah tak kelakarnya. Nak pegang gelas pun sakit segala bahu dan leher. Puan Alang cakap akak punya otot leher ada kecederaan. Ubatnya ialah muscle relexants dan pain killers. (PCM saja sebab akak allergic pada ponstan) Lagi satu ialah stay away from the laptop. Ketiga2 ubat tu memang pahit nak ditelan terutama yang last tuh. Ada jugaklah akak langgar pantang tapi lepas tu tahan je lah sakitnya. Ya lah, sebelum ni bila mengadap laptop akak lupa seketika masalah problem dalam hidup ni yang dah semestinya berguni2. Bila tak dapat pegang laptop satu hari rasa macam mati kutu pulak. Adoiiiiiiyaaiiii.

Kadang2 akak suruh Farah check e-mail dan masa ni sangatlah terharu dengan sahabat2 yang kenal akak melalui laman cikwok ni. Terima kasih sangat atas doa dan rasa malu pulak, takut tak terbalas budibaik semua yang mengingati akak. Tak sangka pulak pada umur macam ni akak dapat kawan baru yang sangat perihatin. Dulu masa zaman jadi student, memanglah akak ada bestfriends tapi dah lost contact sebab akak ni tak pernah pun nak pergi reunion semua tu. Entahlah, rasa malu pun ya jugak. Nanti kalau orang lain semua berkarier tapi akak ni duduk je memerap kat rumah selama ni. Jadi selama ni akak duduk je lah diam2 kat rumah besarkan anak yang dua orang tu. Bila dapat menulis dan buat blog, sangatlah happy rasanya sebab bolehlah akak buat kawan kan. Dan Alhamdulillah kawan2 baru akak semuanya baik2 belaka.

Kadang2 akak pelik jugak dengan sakit otot ni. Macam beralih2 pulak. Kata doktor mungkin saraf yang buat akak sakit macam tu sekali. Puncanya ialah muscle spasm kat tengkuk yang terjadi satu malam tu masa akak tak boleh lelap tidur. Terbongkok2 mencari remote tv yang entah kemana jatuhnya. Tiba2 rasa macam menangkap kat belakang tengkuk terus sampai belakang kepala. Sakitnya ya Allah, tak dapat nak bayangkan. Nak letak kepala atas bantal pun susah. Sekarang ni sakitnya tu on off pulak. Ada masanya macam tak boleh bangun, makan pun anak2 yang sediakan dan bawak kat katil akak.

Hari ni akak dah rasa sakit tu makin berkurang. Kalau sebelum ni tidur pun tak boleh sebab sakit sangat tapi malam tadi akak dah boleh lena tidur.  Syukur Alhamdulillah, Allah makbulkan doa akak, keluarga dan sahabat2 akak semuanya. Mmmmmmmuaaaaaaah. Terima kasih semua ya! Akak akan berdoa  untuk sahabat2 sekelian (you know who you are) semoga Allah beri sebanyak2 pahala untuk kamu yang telah menceriakan hidup akak terutamanya bila akak sakit. Kadang2 rasa macam rahmat Allah ni datang dalam bentuk yang tak pernah kita sangka. Sahabat2 baru akak ni tak pun pernah akak jumpa tapi kenal di alam maya sahaja, tapi suci murni sungguh semuanya. Sangat2 bersyukur. Sekurang2nya akak tahu akak boleh harapkan doa dan Al Fatihah dari kamu semua bila masa akak sudah tiba nanti kan.  

 

034

Pada yang rindu kat Milo tu, hah inilah keje kucing demuk ni. Orang dah lah terlentang terbaring atas katil tu, dia pun menyelit sama kat celah2 bantal. Itu muka dia tengah marah tu sebab ada orang yang kacau dia yang tengah lentok menyelit celah bantal akak.

 

 

016 

Inilah dia budak dua orang yang kerja part-time jadi misi mama. Tolong bawakkan makanan, minuman untuk akak. Lepas ni akak kenalah lipatgandakan hal2 ibadat ni sebab Maha Suci Allah yang berikan akak dua orang anak yang sangat2 baik selama ni. I could not have wished for more. Malu sendiri atas dosa2 yang telah dilakukan selama ni.  Kesian pada Farah yang sedang menghadapi SPM dan akak ni pulak sakit masa ni.

 

022 Tak dapat nak hidangkan apa2 pada yang datang jengok akak hari ni, maklumlah kurang sihat. Hanya gambar orkid ni saja yang dapat akak hidangkan buat menjamu mata sahabat sekelian. Terima kasih sangat2 pada semua ya.

Thursday, 10 November 2011

Don't forget to remember me.

Aduuuh! Camana nak buat ni. Mundar mandir dua tiga kali, tak jugak tahu apa nak buat. Yaa lah, memang akak salah sebab kerap sangat tunduk mengadap laptop. Kadang2 baring pulak. Ada masa tu sampai berjam2. Itulah buruknya orang tua yang baru nak kenal alam blog. Masa kecik2 dulu tak de pun. Kalau dapat tekan typewriter cap brothers abah punya tu pun dah cukup bagus.

Nak main game jauh sekali. Yang kitorang tahu naik basikal chopper, pergi kedai aci kat 'kaman' tu untuk main tikam. Meleleh air liur tengok siap ada menan anak patung lagi melekat kat papan tikam tu. Tapi tak pernah dpt pun. Paling bagus adalah kitorang dpt menan ular dgn tangga tu. Alah board game tu tapi buat dpd kertas nipis je. Baru seminggu dah lunyai, koyak terus.

Yang sebenarnya apa yang akak nak citer ialah tentang larangan doktor untuk akak mengusik laptop. Sekurang-kurangnya untuk seminggu jugaklah. Hari ini akak sebenarnya dah langgar pantang. Sakit sangat ni. Tengkuk, leher sampai ke bahu dah jadi kejang pulak. Tapi akak tak rasa akak boleh buat camtu lama sangat. Mintak2 dalam dua tiga hari ni okeylah. Sunyi betul rasanya. Akak ni berkawan hanya di alam blog. Kat luar manalah ada sebab akak ni kan duduk umah saja.

Hari ini, akak nak mintak mahap kalau tak de cerita baru. Jangan lupakan akak ya kalau lama akak tak dapat hapdet.   

005 Inilah pemandangan akak. Lampu kat siling yang sangat mewah dengan habuk. Adoooiyaiii sakitnya hati mandang habuk tuuuu!!  Nak mengiring sakitlah pulak. Rasa nak potong je tali lampu tu biar putus lepas tu ketuk2 kat dinding. Nanti kang jadi kes marahkan nyamuk kelambu dibakar. Padahal salah sendiri. Okeylah. Akak kena stop bebel sekarang. Sampai jumpa lagi ya! Don't forget me kay. I'll be missing all of you, my dearest friends.

Tuesday, 8 November 2011

Abang dan kakak Milo

 

 

002

Abang ni sangat penyayang hari ni. Kalau hari lain dipeluk2nya  kuat-kuat Milo tu, menjerit meraung Milo.

 

 

004 Senang nak potong kuku masa ni sebab Milo tu baru bangun tidur, lembik je badan dia. Mata pun kuyu je.

 

041

Yang si kakak ni pulak teringin nak bawak Milo naik buai. Terlebih sudah kakak ni. Menjerit jugak Milo ni sebab gayat kot.

Bebudak dua orang ni memang suka kalau ada adik tapi mereka berdua je rezeki yang Allah bagi pada akak. Itu pun akak sangat bersyukur. Maka bagi mereka ni, kalau tiada tanduk, rotan pun berguna. Milo pun macam adik angkatlah jadinya. Kakak tu, lembut sikit kalau handle Milo, kadang2 over.  Kalau Milo dah dibawak exercise pagi2, the rest of the day, dia suruh Milo rest saja. Milo pulak pandai berlakun, lembik semacam je dia bila dah lari2 tu. Apa lagi, risaulah si Farah. Siap nak call doktor pulak. Alahaiiii. Kalau dalam kereta, siap cover Milo kalau cahaya matahari kena kat kucing dia tu. Memang entah hape2. Milo pun berlagak macam putera lilin, kalau panas sikit, siap terjelir lidah dia padahal bukan tak biasa balik kampung naik kereta.

Yang si adik pulak, ganas sangat. Suka main kejar2 dgn siboroi Milo tu. Terjerit2 Farah marahkan adiknya ni. Akak jugak yang pening kepala macam beranak tiga kat rumah ni. Sekarang ni dah tambah sekor lagi iaitu Moli. Bertambah riuh rasanya tapi akak tak kisah pun. Sebab akak memang suka kanak2 dan suka jugak pada kucing dari dulu lagi. Mana2 akak pergi, ada je kucing mengekor dan kadang2 ada je kanak2 nak ikut. Kelakar betul, macam ada bau makanan kucing atau candies je akak ni.

 

183 Ketiga2 nya jadi penyeri hidup akak. Alamak, kamera pun tangkap syahdulah pulak, macam bergenang airmata je amik gambar. Hahaha. Sebenarnya si tukang amik gambar ni yang tak reti2 nak amik gambar elok2. Salahkan kamera konon. Hihi.

Saturday, 5 November 2011

Rindu, syahdu dan sedih.

 

Tatkala tahmid bergema , rindunya rasa hati. Bilakah agaknya tiba hari istimewa untuk akak dijemput menjadi tetamuNya.

 

images  (gambar dari Google)

Mohon akak agar akak sihat dan dapat menjadi tetamu Allah dan berpeluang menjalankan rukun Haji dengan sempurna kelak. Pernah bermimpi satu ketika dulu menyaksikan baitullah. Meleleh lagi airmata. Dalam mimpi pun sangat indah tak tergambar dengan kata2. Alhamdulillah atas rezeki kurniaanNya dapat lihat baitullah walaupun hanya dalam mimpi.

Hari ini hari wukuf. Mak, Puan Alang dan Farah dapat menyelesaikan puasa sunat. Alhamdulillah.  Akak je yang tak dapat sebab uzur, nak buat macamana. Orang kata, kalau masa wukuf tu kena banyak bersabar kerana ramai diuji ketika di sini. Akak dan keluarga juga tak lepas dari ujian. Seharian menangis, masak rendang pun menangis. Pernah tak rasa dikhianati orang yang rapat dan yang kita sayang. Itulah yang akak rasai. Selama ni tak percaya bila orang mengadu dan bila tiba2 orang yang baik dgn kita menjauhkan diri. Rupa2nya ada orang memfitnah dan menghasut dibelakang kita. Astaghfirullahalazim. Itu saja yang mampu akak ucapkan.

Si polan ni terkantoilah pulak mengumpat kami sekeluarga bila dia tertekan redial pada telefon dan masuk dalam voice box. Tak ke kes haruuu di situ. Agaknya macam muncung mak bedah (bukan nama sebenar) masa dia mengata kami ni. Patutlah ada orang yang mula berubah sikap dengan kami. Isy! Tak sangka betul. Selama ni akak memang susah nak percaya dia ada kebolehan mengata kami macam2 sebab kat depan, manis je muka, baik orangnya. Muka memang naif sesangat. Tapi Allah nak tunjuk perwatakan sebanar dia, kan. Mak akak paling sedih bila diperlakukan begitu di hujung usianya ni. Akak cuma mampu istighfar dan maafkan je lah si polan ni. Akak pun banyak gak dosa, bukan manusia sempurna. Biarlah. Allah Maha Mengetahui. Walaupun membantunya diwaktu dia susah dulu menyebabkan akak rasa macam melepaskan anjing tersepit, akak redha. Walaupun akak pernah dihujani surat lawyer kerana urusan dia, akak pasrah. 

Mintak mahap pada semua orang bila akak hanya melayan jiwa yang terguris hari ini di tanah akak ni. Tak tahu nak luahkan kat mana.

Sedih sangat sampai hampir lupa nak ucap Selamat menyambut Aidil Adha pada semua. Sekali lagi akak nak mohon maaf pada semua.

Thursday, 3 November 2011

The Bibiks

 

Hari ni pagi lagi dah hujan. Mencurah2 turun tapi lembut saja curahannya. Tak ada ribut, tak ada angin cuma turun senyap2. Bukak je langsir, tengok dah hujan. Kain akak pulak tengah bermandi-mandian dengan air dan sabun dalam mesin basuh. Macamanalah nak menyidai ni. Tak pe lah by the time habis washing machine tu, hujan mungkin dah teduh. Tambah2 pulak mesin basuh akak selalu buat hal sekarang ni. Dah dekat 2 jam baru habis basuh. Kadang2 air meleleh pulak keluar. Dahlah mesin akak tu front load. Tiap2 hari akak kena pujuk2 dulu mesin basuh tu supaya jangan buat hal. Ada masa dia ikut cakap kita, ada masa dia buat hal jugak.  Itulah dia bibik basuh kain akak.

Sebut pasal bibik ni, teringat pulak akak nak cerita tentang bibik puan Alang di kampung. Puan Alang tu ialah my sister (pada yang tak tahu lagi) dan dia pulak bekerja dari pagi pukul 9am sampailah pukul 9.30pm setiap hari di kliniknya. Kalau ada doktor yang buat locum, dapatlah dia berehat, kalau tidak macam tu lah routine dia setiap hari kecuali hari Sabtu sampai 6pm dan hari Ahad pulak sampai 1pm.

Puan Alang ni tinggal di PD bersama2 mak akak yang dah uzur. Anak Puan Alang, 2 orang je, Nisya 4 thn dan Mohd Thaqif 8 tahun. Oleh kerana dia ni career woman, unlike me yang duduk memeram je di rumah (hehehe),  tentulah dia kena amik bibik. Setakat ni bibik puan Alang dah mencecah 6 orang dalam jangka masa  8 tahun. Semuanya ada cerita tersendiri. Ada kelakar, sedih, marah macam sinetron jugaklah.

Yang pertama, namanya Sagi. Orangnya putih dan umur agak2 awal 40 an rasanya walaupun dia cakap umurnya awal 30 an.  Kerjanya okey saja walaupun agak slow sikit kalau nak siapkan apa2 yang disuruh. Yang paling buat kitorang terkedu ialah dia ni penggetik orangnya. Penggetik ni maksudnya macam tak boleh nak basuh ikan, ayam bagai sebab jijik. Di sepanjang dia basuh ayam, ikan tu dia akan meludah je. Kadang2 singgah jugaklah ludah dia tu atas ayam dan ikan yang tengah dibasuh tu. Kalau daging lembu pulak , a complete no way Jose! Dia akan masuk berkurung dalam bilik dia kalau kitorang nak masak daging. Sampai muntah2 dia kalau terbau daging tu. Bayangkanlah masa hari raya fitri dan adha, menu utama mesti ada daging kan. Masa tu dia akan berkurung dan pinggan, periuk belanga bagai yang ada daging semua dia takkan basuh. Tapi tak pe lah, time raya selalunya akak sekeluarga ada di kampung, bolehlah tolong. Sagi ni, walaupun macam tu dia jarang melawan cakap atau meninggikan suara. Dan dia juga pakar masak rojak pecal. Memang terbaeekk rojak pecal dia. Dia kerja hanya setahun sebab anak dia accident dan perlu jagaannya.

Yang kedua ialah Nunu. Budak lagi, agaknya baru 20 thn kot. Dia ni kerja memang bagus, pandai jaga budak tapi malangnya hanya dipinjamkan sekejap oleh agensi, sementara mendapat bibik baru pengganti Sagi.

Yang ketiga ialah Nengsih. Masa mula2 dtg tu, akak tanya mak dalam tepon. Mak akak cakap nama bibik baru dia, Nancy. Terkejut gak akak. Glemernya nama bibik mak. Bila blk kampung, baru tahu, Nengsih namanya. Neng ni berbadan besar dan tinggi. Mula2 dtg, tak pandai buat kerja, tapi dia ni mudah diajar. Dan seperkara lagi yang istimewanya, neng ni sangat gagah perkasa. Selamba je akak tengok dia kandar beg pakaian gedabak atas bahu dia masa kitorang gi holiday. Bukan satu tapi dua beg gedabak tau. Tapi yang tak syoknya, perawakan dia kasar. Segala perkakas letrik asik berganti je sebab rosak. Risau jugak bila dia kena uruskan Nisya yang masih baby ketika tu. Dalam ramai2 akak memang suka kat Neng ni sebab dia sangat memahami bila ada antara kami yang sedih atau sakit. Dia juga rapat dengan mak walaupun ada masanya bergaduh jugak. Yang kesiannya bila dia ditipu agen. Duit untuk renew permit dan passport semua dah bagi supaya agen uruskan tapi agen tu tak bayar pun pada imigresen. Dia songlap duit tu dan akhirnya passport Neng pun entah kemana. Ada sekali tu kitorang gi Sabah holiday, siap dah beli tiket untuk Neng sekali. Si Agen ni ckp passport Neng sangkut kat imigresenlah, macam2 excuse dia bagi. Last2 Neng tak dpt ikut kami. Menangis dia. Kitorang pulak takut nak tinggalkan dia sorang2, hantarlah ke rumah agen tu. Agen tu pulak paksa Neng bekerja tanpa gaji kat rumah orang India. Menyesal kami hantar pada agen tu. Bila cukup tempoh 2 thn, tambah pulak dgn problem passport, agen ni angkut dia blk, kononnya nak selesaikan masalah passport dia dgn imigresen tapi rupa2nya dihantar balik ikut hutan dan kemudian naik bot haram. Kitorang tahu cerita ni dari Neng sendiri sebab dia ada dtg ziarah kami 2 thn lepas. Masa tu dia bekerja dgn majikan lain. Hajat hati nak kerja dgn kami semula tapi kami dah ada bibik baru masa tu.

Yang keempat pulak ialah Wildani, namanya. Yang ini byk masalah. Yang pertama sebab dia bersaiz xxxl jadi cukup susah untuk dia turun naik tangga. Sampai tingkat atas, dah mengah sampai bercakap pun tak boleh. Takut akak nengoknya. Kalau menyapu pun tak boleh tunduk sebab badan sakit nak bongkok. Puan Alang pilih bibik yang lain tapi yang lain pulak dihantar agen. Tapi disebabkan lama sangat menunggu dan mak akak pun tak larat nak turun lagi (masa dgn Neng, mak akak masih ke dapur masak), jadinya terima sajalah Wildani ni. Dia ni pandai masak bakso. Tapi selalu mintak puji. Setiap orang yang makan bakso tu, dia akan tanya sedap nggak?  Kalau ada enam orang kat meja makan tu, maka sakanlah dia round mintak puji. Tapi dia ni kerja tak lama. Ada satu hari tu, dia keluar beli nasi lemak, langsung tak balik2. Rasanya dalam sebulan je dia kerja kot. 

Yang kelima pulak ialah Sumini. Nini ni kecik je orangnya tapi kuat. Kalau menukar cadar kat bilik mak akak, selamba je dia angkat tilam king size tu. Wa tak percaya wo! Tapi sila percaya sebab memang lumrah maid indon ni sangat kuat tenaganya. Itu bagi mereka yang memang dalam hati memang niat nak kerjalah kan. Nini adalah favourite mak akak sebab setiap hari dia pandai pilih baju yang mak akak nak pakai. Mulanya tu bila habis kontrak 2 tahun, Puan Alang bagi cuti hari raya 2 bulan dari mula puasa, lepas tu bila balik Indon, mak dia tak bagi sambung sebab mak dia pun tak sihat. Masa Nini balik, banjir satu rumah, semua menangis. Dia pun sama meleleh air mata bila mak akak sembur perfume dia kat baju Nini. Kata mak, supaya Nini ingat mak cik bila balik Indon nanti.

Haiihh, lenguh tangan nak bercerita tentang bibiks Puan Alang ni. Yang keenam pulak ialah Nurul. Ini memang penuh kemarahan. Dari mula dtg, dia dah mintak rehat. Okeylah, Puan Alang kata, rehatlah sejam dua. Lepas tu bila kena turun naik tangga, dia dah komplen. "Aku capek! Aku capek!"  Bila Puan Alang cakap, kalau nak kerja macam ni lah, kena membasuh, sapu dan mop rumah sediakan bahan2 masakan (masak memang tak payah). Lepas tu dia kata, "Iyaa, aku laluin saja!"   Macam kena paksa kerja je, akak tengok dia ni. Buat kerja sikit komplen. Hari kedua tu dia siap mintak minyak urut sebab katanya kakinya bengkak. Tengok, tak pulak bengkak.  Ada sekali tu dia sergah mak akak bila mak akak mintak tolong isikan air minuman dalam botol. Sampai mak akak pun takut nak suruh buat apa2. Cadar katil dia pun dia ganti sendiri. Takut betul akak kalau2 dia terjatuh. Balik2 rumah tengok dia dah ganti sendiri cadar katil dia dengan terhoyong hayang berdiri tu. Yang si Nurul ni kerja memang sangat elok tapi tak boleh disuruh. Macamana pulak tu kan. Dahlah gaji dia RM600 sebulan. Separuh kerja dia, mak akak yang buat, macam uruskan Nisya tu. Bila basuh kain dua kali dalam mesin basuh tu pun dia marah. Sambil menyidai kain tu dia berleter tak henti2. Ada satu masa tu dia kena dukung Nisya yang dah lena dari kereta, masuk dalam bilik, dia marah sambil cakap, "Separuh mati aku!"

Lalu Puan Alang pun pulangkan pada agen, si Nurul ni dan minta ganti yang baru. Mak akak macam berbelah bagi sebab kerja Nurul ni kemas dan elok tapi akak dan Puan Alang risaukan keselamatan mak. Manalah tahu kot2 terlampau marah nanti diapa2kan pulak mak akak.

* Tarik nafas panjang*.   Macam tu lah cerita the Bibiks. Belum masuk kisah agen menipus lagi. Puan Alang dah ditipu ribuan ringgit oleh agen. Agen si Nurul ni pun menipu jugak. Hari tu dia nak ganti dgn sorang maid tempang. Macamana boleh lulus, tak tahulah. Sekarang ni tengah tunggu dia pulangkan balik duit Puan Alang, pun liaaaaat semacam je. Nasib baik gaji Nurul tu Puan Alang bagi terus pada dia, kalau bagi pada agen tu tak tahulah merasa tak Nurul tu dapat gaji. Tapi pelik gak Nurul ni, masa nak hantar balik ke agen tu, dia nangis salam mak. Doakan mak sihat dan panjang umur bagai. Tapi sangat garang. Bebudak ni pun takut especially kalau dia buntangkan mata dia tu. Hahaha. Macam sinetron Indon je cerita akak hari ni. Layan je lah ya.

 

P4290209

Itulah dia Nini, favourite mak. Dia tolak mak dgn wheel chair tu cermat je, kalau si gagah perkasa Neng, macam racing dibuatnya. Mak pun kadang2 dalam marah tergelak jugak dgn telatah Neng. Gambar Neng dan Sagi ada kat kampunglah pulak so tengoklah nanti2 kalau rajin akak masukkan dalam blog.

Wednesday, 2 November 2011

The perfectionist

 

Mak akak, kak wok adalah sorang yang perfectionist kata orang kampung. Kalau ikut faham akak, orang yang amat teliti, lepas tu mak akak ni, kalau nak buat apa2 kerja dari A to Z kena ikut method dia. Akak ni memanglah sempoi sangat kalau buat apa2 tu. Janji penyudahnya, keje siap dan hasilnya memuaskan hati kan.  Tapi kalau depan mak kenalah buat ikut cara dia, kalau tak kena leteran berbisa yang panjang berjela2. Merah telinga bila dah selesai buat kerja tu nanti.

Contohnya kalau nak menyapu rumah tu, memula sekali cara pegang penyapu kena betul. Sebelum sapu tu, sila gulung carpet dulu. Lepas tu sapu setiap inci penjuru tu tanpa miss sikit pun. Kalau miss, kena ulang balik. Masa akak kecik memang muncung je mulut bila mak asik suruh ulang2 sapu. Nak menjawab tak boleh, derhaka pulak kang. Maka dipendamkan je lah dalam hati sampai merah2 muka. Itu yang kadang2 meletop kat dalam sampai meleleh2 airmata. Dah habis sapu lantai, sapu karpet lak. Kali ini kena tukar penyapu lidi. Akak paling marah bila penyapu lidi dah kurus kering macam orang aneroxia. Getah yang ikat lidi tu pulak longgar. Sapu sikit dah berterabur dua tiga batang. Terbongkok2lah mengutip lidi tu dan joinkan dengan geng2 lain. Kalau dah banyak kali lidi tu tercabut, siaplah dia berleter.

"Hontakkanlah kek lantai tu, biar padat lidi tu. Hiii yaii! Tak botah mak nengok kau ni buek kojo lah! Bak sini mak tunjukkan." 

Part demo dari mak ni akak paling suka. Bukan fokus kat dia pun, mata fokus kat komik Gila2 atas kerusi tu. Penyudahnya mak akak jugak yang siapkan semua kerja. Hehe.

Pagi tadi, si Arif kena kerah sidai kain. Mak akak pulak laju je ikut keluar dengan tongkat kaki empat dia tu. Ingatkan dia nak buat apa, rupanya nak supervise Arif. Habislah Arif kena leter.

100 Sidai kena ikut alphabetical order. Hehe. Taklah sampai cenggitu. Cuma kena ikut jenis pakaian. Mula2 T-shirt dari besar ke kecik, kemudian kain pelekat dan kain batik, lepas tu baju kelawar. Kalau campur2 kecik besar kecik besar memang kena marah dengan kak wok.

 

096 Finally Arif dapat approval dari kak wok. Itu ibu jari tembam akak sebenarnya, yang sedang bersantai2 sebelah kak wok. Hehe. Alah, ni turn cucu lah pulak kena groom oleh kak wok. Kitorang mak mak ni nak rilek. ( hii, gebusnyeee ibu jari akak, kan.)

Sekarang ni mak akak dah kurang sikit cerewet dia tu sebab dia dah uzur dan tak kuasa nak pantau kerja kitorang satu persatu. Cuma depan mata dia je lah dia sempat leter. Kalau dia tengok akak buat kerja kat dapur entah camana panjanglah agaknya leter dia. Hihi.

Tuesday, 1 November 2011

Hujan atau panas, semua dari Allah.

 

Baru baru ni asal petang je hujan. Hujan bukan sikit2 pulak tu, bak kata orang kampung raining cats and dogs gamaknya. Kadang2 akak takut jugak terutamanya kalau tinggal sorang kat rumah. Cermin tingkap pun bergegar bila hujan datang siap dengan ribut sekali.

Ada satu petang tu akak tinggal sorang dengan Milo kat rumah. Hujan turun dengan selebat2nya. Sampai berpusing2 angin kat swimming pool bawah nun. Milo biasanya tak amik pot pun bila hujan lebat ni, berkeruh je sepanjang masa. Tapi hari tu dia siap bangun dan pandang je kat tingkap. Tak lama lepas tu akak dengar tingkap tu bergegar sebab ribut tu. Takut betul akak tingkap tu pecah ke apa. Lagi pun binatang ni selalunya boleh sense kalau ada benda luar biasa yang nak terjadi kan.  Alhamdulillah tak ada apa yang tak diingini berlaku.

002Macam malam gelapnya petang2 bila hujan nak turun. Anak akak si Farah sangat fobia dengan ribut dan hujan. Selalunya bila awan gelap ni datang, dia dah siap baring sebelah akak, berpeluh2 takut. Fobia dia ni dari toddler lagi. Asal hari gelap nak hujan, dia akan menangis menjerit2 cakap takut2.  Akak dah bawak jumpa ustaz untuk rawat fobia dia ni dan ada jugak kurang sikit. Sekarang ni akak ajar dia zikir yang diamalkan oleh Nabi Daud, kalau tak silap, dalam perut ikan tu.

210 

Lepas ni akak nak suruh dia zikir sambil bayangkan sawah padi menghijau ni di bawah langit biru yang cerah.

 

 075

Atau pun bayangkan pelangi yang timbul bila hujan sudah mula reda. Tapi sebenarnya gambar pelangi ni akak snap just before hujan dan ribut hari tu. Sekelip mata je pelangi tu hilang digantikan dengan thunderstorm dasyat. Menakutkan. (Huh. Mak pun takut sekali ke ??)

Apa2 pun semua fenomena alam ni datang dari Allah. Kita kenalah ambil iktibar dan sentiasa mengingatiNya kan.

p/s  macamanalah agaknya tiupan sengkakala pertama nanti yek.