Pages

Wednesday, 2 November 2011

The perfectionist

 

Mak akak, kak wok adalah sorang yang perfectionist kata orang kampung. Kalau ikut faham akak, orang yang amat teliti, lepas tu mak akak ni, kalau nak buat apa2 kerja dari A to Z kena ikut method dia. Akak ni memanglah sempoi sangat kalau buat apa2 tu. Janji penyudahnya, keje siap dan hasilnya memuaskan hati kan.  Tapi kalau depan mak kenalah buat ikut cara dia, kalau tak kena leteran berbisa yang panjang berjela2. Merah telinga bila dah selesai buat kerja tu nanti.

Contohnya kalau nak menyapu rumah tu, memula sekali cara pegang penyapu kena betul. Sebelum sapu tu, sila gulung carpet dulu. Lepas tu sapu setiap inci penjuru tu tanpa miss sikit pun. Kalau miss, kena ulang balik. Masa akak kecik memang muncung je mulut bila mak asik suruh ulang2 sapu. Nak menjawab tak boleh, derhaka pulak kang. Maka dipendamkan je lah dalam hati sampai merah2 muka. Itu yang kadang2 meletop kat dalam sampai meleleh2 airmata. Dah habis sapu lantai, sapu karpet lak. Kali ini kena tukar penyapu lidi. Akak paling marah bila penyapu lidi dah kurus kering macam orang aneroxia. Getah yang ikat lidi tu pulak longgar. Sapu sikit dah berterabur dua tiga batang. Terbongkok2lah mengutip lidi tu dan joinkan dengan geng2 lain. Kalau dah banyak kali lidi tu tercabut, siaplah dia berleter.

"Hontakkanlah kek lantai tu, biar padat lidi tu. Hiii yaii! Tak botah mak nengok kau ni buek kojo lah! Bak sini mak tunjukkan." 

Part demo dari mak ni akak paling suka. Bukan fokus kat dia pun, mata fokus kat komik Gila2 atas kerusi tu. Penyudahnya mak akak jugak yang siapkan semua kerja. Hehe.

Pagi tadi, si Arif kena kerah sidai kain. Mak akak pulak laju je ikut keluar dengan tongkat kaki empat dia tu. Ingatkan dia nak buat apa, rupanya nak supervise Arif. Habislah Arif kena leter.

100 Sidai kena ikut alphabetical order. Hehe. Taklah sampai cenggitu. Cuma kena ikut jenis pakaian. Mula2 T-shirt dari besar ke kecik, kemudian kain pelekat dan kain batik, lepas tu baju kelawar. Kalau campur2 kecik besar kecik besar memang kena marah dengan kak wok.

 

096 Finally Arif dapat approval dari kak wok. Itu ibu jari tembam akak sebenarnya, yang sedang bersantai2 sebelah kak wok. Hehe. Alah, ni turn cucu lah pulak kena groom oleh kak wok. Kitorang mak mak ni nak rilek. ( hii, gebusnyeee ibu jari akak, kan.)

Sekarang ni mak akak dah kurang sikit cerewet dia tu sebab dia dah uzur dan tak kuasa nak pantau kerja kitorang satu persatu. Cuma depan mata dia je lah dia sempat leter. Kalau dia tengok akak buat kerja kat dapur entah camana panjanglah agaknya leter dia. Hihi.

4 comments:

mama maman aka yana said...

suka bc entry nih.. jika dulu mak2 dok pantau keja kita kan.. skrg kita lak dok pantau keja anak kita.. hheee.. sweet memori sebenarnya.. mak kita syg kat kita sebenarnya..:)

Aidah said...

Terima kasih kerana ziarah laman akak. Mak akak selalu cakap, kalau dia tak kerah buat kerja dari kecik, besar nanti tak jadi orang. Hehehe. (kalau tak reti buat keje maksudnya bukan manusia kot.Hihi)

Dinas Aldi said...

Sungguh comel jari itu, lebih kurang macam jari saya saja, kehkehkeh! Marah dalam sayang, takpa, untuk menjadikan kita manusia berguna & untuk kebaikan kita jugak.

Aidah said...

Betul tu, Dinas. Kalau tak ibu yang marah dan betulkan kita, siapa lagi kan.