Pages

Thursday, 3 November 2011

The Bibiks

 

Hari ni pagi lagi dah hujan. Mencurah2 turun tapi lembut saja curahannya. Tak ada ribut, tak ada angin cuma turun senyap2. Bukak je langsir, tengok dah hujan. Kain akak pulak tengah bermandi-mandian dengan air dan sabun dalam mesin basuh. Macamanalah nak menyidai ni. Tak pe lah by the time habis washing machine tu, hujan mungkin dah teduh. Tambah2 pulak mesin basuh akak selalu buat hal sekarang ni. Dah dekat 2 jam baru habis basuh. Kadang2 air meleleh pulak keluar. Dahlah mesin akak tu front load. Tiap2 hari akak kena pujuk2 dulu mesin basuh tu supaya jangan buat hal. Ada masa dia ikut cakap kita, ada masa dia buat hal jugak.  Itulah dia bibik basuh kain akak.

Sebut pasal bibik ni, teringat pulak akak nak cerita tentang bibik puan Alang di kampung. Puan Alang tu ialah my sister (pada yang tak tahu lagi) dan dia pulak bekerja dari pagi pukul 9am sampailah pukul 9.30pm setiap hari di kliniknya. Kalau ada doktor yang buat locum, dapatlah dia berehat, kalau tidak macam tu lah routine dia setiap hari kecuali hari Sabtu sampai 6pm dan hari Ahad pulak sampai 1pm.

Puan Alang ni tinggal di PD bersama2 mak akak yang dah uzur. Anak Puan Alang, 2 orang je, Nisya 4 thn dan Mohd Thaqif 8 tahun. Oleh kerana dia ni career woman, unlike me yang duduk memeram je di rumah (hehehe),  tentulah dia kena amik bibik. Setakat ni bibik puan Alang dah mencecah 6 orang dalam jangka masa  8 tahun. Semuanya ada cerita tersendiri. Ada kelakar, sedih, marah macam sinetron jugaklah.

Yang pertama, namanya Sagi. Orangnya putih dan umur agak2 awal 40 an rasanya walaupun dia cakap umurnya awal 30 an.  Kerjanya okey saja walaupun agak slow sikit kalau nak siapkan apa2 yang disuruh. Yang paling buat kitorang terkedu ialah dia ni penggetik orangnya. Penggetik ni maksudnya macam tak boleh nak basuh ikan, ayam bagai sebab jijik. Di sepanjang dia basuh ayam, ikan tu dia akan meludah je. Kadang2 singgah jugaklah ludah dia tu atas ayam dan ikan yang tengah dibasuh tu. Kalau daging lembu pulak , a complete no way Jose! Dia akan masuk berkurung dalam bilik dia kalau kitorang nak masak daging. Sampai muntah2 dia kalau terbau daging tu. Bayangkanlah masa hari raya fitri dan adha, menu utama mesti ada daging kan. Masa tu dia akan berkurung dan pinggan, periuk belanga bagai yang ada daging semua dia takkan basuh. Tapi tak pe lah, time raya selalunya akak sekeluarga ada di kampung, bolehlah tolong. Sagi ni, walaupun macam tu dia jarang melawan cakap atau meninggikan suara. Dan dia juga pakar masak rojak pecal. Memang terbaeekk rojak pecal dia. Dia kerja hanya setahun sebab anak dia accident dan perlu jagaannya.

Yang kedua ialah Nunu. Budak lagi, agaknya baru 20 thn kot. Dia ni kerja memang bagus, pandai jaga budak tapi malangnya hanya dipinjamkan sekejap oleh agensi, sementara mendapat bibik baru pengganti Sagi.

Yang ketiga ialah Nengsih. Masa mula2 dtg tu, akak tanya mak dalam tepon. Mak akak cakap nama bibik baru dia, Nancy. Terkejut gak akak. Glemernya nama bibik mak. Bila blk kampung, baru tahu, Nengsih namanya. Neng ni berbadan besar dan tinggi. Mula2 dtg, tak pandai buat kerja, tapi dia ni mudah diajar. Dan seperkara lagi yang istimewanya, neng ni sangat gagah perkasa. Selamba je akak tengok dia kandar beg pakaian gedabak atas bahu dia masa kitorang gi holiday. Bukan satu tapi dua beg gedabak tau. Tapi yang tak syoknya, perawakan dia kasar. Segala perkakas letrik asik berganti je sebab rosak. Risau jugak bila dia kena uruskan Nisya yang masih baby ketika tu. Dalam ramai2 akak memang suka kat Neng ni sebab dia sangat memahami bila ada antara kami yang sedih atau sakit. Dia juga rapat dengan mak walaupun ada masanya bergaduh jugak. Yang kesiannya bila dia ditipu agen. Duit untuk renew permit dan passport semua dah bagi supaya agen uruskan tapi agen tu tak bayar pun pada imigresen. Dia songlap duit tu dan akhirnya passport Neng pun entah kemana. Ada sekali tu kitorang gi Sabah holiday, siap dah beli tiket untuk Neng sekali. Si Agen ni ckp passport Neng sangkut kat imigresenlah, macam2 excuse dia bagi. Last2 Neng tak dpt ikut kami. Menangis dia. Kitorang pulak takut nak tinggalkan dia sorang2, hantarlah ke rumah agen tu. Agen tu pulak paksa Neng bekerja tanpa gaji kat rumah orang India. Menyesal kami hantar pada agen tu. Bila cukup tempoh 2 thn, tambah pulak dgn problem passport, agen ni angkut dia blk, kononnya nak selesaikan masalah passport dia dgn imigresen tapi rupa2nya dihantar balik ikut hutan dan kemudian naik bot haram. Kitorang tahu cerita ni dari Neng sendiri sebab dia ada dtg ziarah kami 2 thn lepas. Masa tu dia bekerja dgn majikan lain. Hajat hati nak kerja dgn kami semula tapi kami dah ada bibik baru masa tu.

Yang keempat pulak ialah Wildani, namanya. Yang ini byk masalah. Yang pertama sebab dia bersaiz xxxl jadi cukup susah untuk dia turun naik tangga. Sampai tingkat atas, dah mengah sampai bercakap pun tak boleh. Takut akak nengoknya. Kalau menyapu pun tak boleh tunduk sebab badan sakit nak bongkok. Puan Alang pilih bibik yang lain tapi yang lain pulak dihantar agen. Tapi disebabkan lama sangat menunggu dan mak akak pun tak larat nak turun lagi (masa dgn Neng, mak akak masih ke dapur masak), jadinya terima sajalah Wildani ni. Dia ni pandai masak bakso. Tapi selalu mintak puji. Setiap orang yang makan bakso tu, dia akan tanya sedap nggak?  Kalau ada enam orang kat meja makan tu, maka sakanlah dia round mintak puji. Tapi dia ni kerja tak lama. Ada satu hari tu, dia keluar beli nasi lemak, langsung tak balik2. Rasanya dalam sebulan je dia kerja kot. 

Yang kelima pulak ialah Sumini. Nini ni kecik je orangnya tapi kuat. Kalau menukar cadar kat bilik mak akak, selamba je dia angkat tilam king size tu. Wa tak percaya wo! Tapi sila percaya sebab memang lumrah maid indon ni sangat kuat tenaganya. Itu bagi mereka yang memang dalam hati memang niat nak kerjalah kan. Nini adalah favourite mak akak sebab setiap hari dia pandai pilih baju yang mak akak nak pakai. Mulanya tu bila habis kontrak 2 tahun, Puan Alang bagi cuti hari raya 2 bulan dari mula puasa, lepas tu bila balik Indon, mak dia tak bagi sambung sebab mak dia pun tak sihat. Masa Nini balik, banjir satu rumah, semua menangis. Dia pun sama meleleh air mata bila mak akak sembur perfume dia kat baju Nini. Kata mak, supaya Nini ingat mak cik bila balik Indon nanti.

Haiihh, lenguh tangan nak bercerita tentang bibiks Puan Alang ni. Yang keenam pulak ialah Nurul. Ini memang penuh kemarahan. Dari mula dtg, dia dah mintak rehat. Okeylah, Puan Alang kata, rehatlah sejam dua. Lepas tu bila kena turun naik tangga, dia dah komplen. "Aku capek! Aku capek!"  Bila Puan Alang cakap, kalau nak kerja macam ni lah, kena membasuh, sapu dan mop rumah sediakan bahan2 masakan (masak memang tak payah). Lepas tu dia kata, "Iyaa, aku laluin saja!"   Macam kena paksa kerja je, akak tengok dia ni. Buat kerja sikit komplen. Hari kedua tu dia siap mintak minyak urut sebab katanya kakinya bengkak. Tengok, tak pulak bengkak.  Ada sekali tu dia sergah mak akak bila mak akak mintak tolong isikan air minuman dalam botol. Sampai mak akak pun takut nak suruh buat apa2. Cadar katil dia pun dia ganti sendiri. Takut betul akak kalau2 dia terjatuh. Balik2 rumah tengok dia dah ganti sendiri cadar katil dia dengan terhoyong hayang berdiri tu. Yang si Nurul ni kerja memang sangat elok tapi tak boleh disuruh. Macamana pulak tu kan. Dahlah gaji dia RM600 sebulan. Separuh kerja dia, mak akak yang buat, macam uruskan Nisya tu. Bila basuh kain dua kali dalam mesin basuh tu pun dia marah. Sambil menyidai kain tu dia berleter tak henti2. Ada satu masa tu dia kena dukung Nisya yang dah lena dari kereta, masuk dalam bilik, dia marah sambil cakap, "Separuh mati aku!"

Lalu Puan Alang pun pulangkan pada agen, si Nurul ni dan minta ganti yang baru. Mak akak macam berbelah bagi sebab kerja Nurul ni kemas dan elok tapi akak dan Puan Alang risaukan keselamatan mak. Manalah tahu kot2 terlampau marah nanti diapa2kan pulak mak akak.

* Tarik nafas panjang*.   Macam tu lah cerita the Bibiks. Belum masuk kisah agen menipus lagi. Puan Alang dah ditipu ribuan ringgit oleh agen. Agen si Nurul ni pun menipu jugak. Hari tu dia nak ganti dgn sorang maid tempang. Macamana boleh lulus, tak tahulah. Sekarang ni tengah tunggu dia pulangkan balik duit Puan Alang, pun liaaaaat semacam je. Nasib baik gaji Nurul tu Puan Alang bagi terus pada dia, kalau bagi pada agen tu tak tahulah merasa tak Nurul tu dapat gaji. Tapi pelik gak Nurul ni, masa nak hantar balik ke agen tu, dia nangis salam mak. Doakan mak sihat dan panjang umur bagai. Tapi sangat garang. Bebudak ni pun takut especially kalau dia buntangkan mata dia tu. Hahaha. Macam sinetron Indon je cerita akak hari ni. Layan je lah ya.

 

P4290209

Itulah dia Nini, favourite mak. Dia tolak mak dgn wheel chair tu cermat je, kalau si gagah perkasa Neng, macam racing dibuatnya. Mak pun kadang2 dalam marah tergelak jugak dgn telatah Neng. Gambar Neng dan Sagi ada kat kampunglah pulak so tengoklah nanti2 kalau rajin akak masukkan dalam blog.

4 comments:

Murni Alfathunnisa said...

hehe...macam-macam cerita pasal 'bibiks' ada ya..dan macam-macam karenah jugak.

diorang ni memang kuat2 belaka..agaknya penangan minum jamu dari kecil kot...

So Shy Lady (SSL) said...

ahaks best la sinetron ni kak hihi 2x sy baca smbil gelak2

mmng slalu sgt bc cite bibik yg t.cekap buat kj ni haha geram pun ada lucu pun ada kn tp kna la layan mrk dgn elok. wah syoknye nini tuh!

Dinas Aldi said...

Hehehe macam2 ragam adanya. Takut sungguh kalau dapat yg perangai bukan2. Alhamdulillah saya dapat yg baik & semoga berterusan begitu, insyaallah! Saya memang tak bleh sabar kalau orang jerkah2 mak saya, no way.

Aidah said...

Siti Murni,
Betul tu, jamu memang tak tinggal esp Sagi. Kalau dah habis, kitorang akan bawak dia gi toko jamu, belikan utk dia.

SSL,
Panjang lagi citer diorang ni tapi akak dah ringkaskan. Sampai sekarang kalau citer balik kat mak akak perangai bibiks dia tu, mak akak akan gelak terbahak2. Kenangan betul. Hehehe.

Dinas,
Semoga Bibik Dinas terusan begitu. Mak akak di kampung masih tak de bibik jadi akak kena selalu blk PD utk tolong apa2 yg patut. Doakan kami juga dpt bibik yang sebagus Dinas punya, okey.