Pages

Wednesday, 23 November 2011

Syukur Alhamdulillah.

 

Bila dah sakit barulah rasa macam kita ni selalu ambil ringan tentang kesihatan. Akak tak pernah sangka puncanya dari otot leher dan boleh sakit macam tu sekali. Sebelum ni ada jugak akak sakit tengkuk macam tak boleh pusing kiri atau kanan tu. Orang tua kata salah bantal dan petuanya jemurkan bantal tu di panas matahari. Tapi kali ni memang bukan sakit macam tu. Kali ni sakitnya sampai ke belakang kepala. Ada masanya akak tak boleh lansung tegakkan kepala ni, leher macam rasa nak terpeletok macam ayam kena sembelih pulak. Hahaha. Kelakar pun ada jugak rasa sekarang ni tapi masa sakit tu amatlah tak kelakarnya. Nak pegang gelas pun sakit segala bahu dan leher. Puan Alang cakap akak punya otot leher ada kecederaan. Ubatnya ialah muscle relexants dan pain killers. (PCM saja sebab akak allergic pada ponstan) Lagi satu ialah stay away from the laptop. Ketiga2 ubat tu memang pahit nak ditelan terutama yang last tuh. Ada jugaklah akak langgar pantang tapi lepas tu tahan je lah sakitnya. Ya lah, sebelum ni bila mengadap laptop akak lupa seketika masalah problem dalam hidup ni yang dah semestinya berguni2. Bila tak dapat pegang laptop satu hari rasa macam mati kutu pulak. Adoiiiiiiyaaiiii.

Kadang2 akak suruh Farah check e-mail dan masa ni sangatlah terharu dengan sahabat2 yang kenal akak melalui laman cikwok ni. Terima kasih sangat atas doa dan rasa malu pulak, takut tak terbalas budibaik semua yang mengingati akak. Tak sangka pulak pada umur macam ni akak dapat kawan baru yang sangat perihatin. Dulu masa zaman jadi student, memanglah akak ada bestfriends tapi dah lost contact sebab akak ni tak pernah pun nak pergi reunion semua tu. Entahlah, rasa malu pun ya jugak. Nanti kalau orang lain semua berkarier tapi akak ni duduk je memerap kat rumah selama ni. Jadi selama ni akak duduk je lah diam2 kat rumah besarkan anak yang dua orang tu. Bila dapat menulis dan buat blog, sangatlah happy rasanya sebab bolehlah akak buat kawan kan. Dan Alhamdulillah kawan2 baru akak semuanya baik2 belaka.

Kadang2 akak pelik jugak dengan sakit otot ni. Macam beralih2 pulak. Kata doktor mungkin saraf yang buat akak sakit macam tu sekali. Puncanya ialah muscle spasm kat tengkuk yang terjadi satu malam tu masa akak tak boleh lelap tidur. Terbongkok2 mencari remote tv yang entah kemana jatuhnya. Tiba2 rasa macam menangkap kat belakang tengkuk terus sampai belakang kepala. Sakitnya ya Allah, tak dapat nak bayangkan. Nak letak kepala atas bantal pun susah. Sekarang ni sakitnya tu on off pulak. Ada masanya macam tak boleh bangun, makan pun anak2 yang sediakan dan bawak kat katil akak.

Hari ni akak dah rasa sakit tu makin berkurang. Kalau sebelum ni tidur pun tak boleh sebab sakit sangat tapi malam tadi akak dah boleh lena tidur.  Syukur Alhamdulillah, Allah makbulkan doa akak, keluarga dan sahabat2 akak semuanya. Mmmmmmmuaaaaaaah. Terima kasih semua ya! Akak akan berdoa  untuk sahabat2 sekelian (you know who you are) semoga Allah beri sebanyak2 pahala untuk kamu yang telah menceriakan hidup akak terutamanya bila akak sakit. Kadang2 rasa macam rahmat Allah ni datang dalam bentuk yang tak pernah kita sangka. Sahabat2 baru akak ni tak pun pernah akak jumpa tapi kenal di alam maya sahaja, tapi suci murni sungguh semuanya. Sangat2 bersyukur. Sekurang2nya akak tahu akak boleh harapkan doa dan Al Fatihah dari kamu semua bila masa akak sudah tiba nanti kan.  

 

034

Pada yang rindu kat Milo tu, hah inilah keje kucing demuk ni. Orang dah lah terlentang terbaring atas katil tu, dia pun menyelit sama kat celah2 bantal. Itu muka dia tengah marah tu sebab ada orang yang kacau dia yang tengah lentok menyelit celah bantal akak.

 

 

016 

Inilah dia budak dua orang yang kerja part-time jadi misi mama. Tolong bawakkan makanan, minuman untuk akak. Lepas ni akak kenalah lipatgandakan hal2 ibadat ni sebab Maha Suci Allah yang berikan akak dua orang anak yang sangat2 baik selama ni. I could not have wished for more. Malu sendiri atas dosa2 yang telah dilakukan selama ni.  Kesian pada Farah yang sedang menghadapi SPM dan akak ni pulak sakit masa ni.

 

022 Tak dapat nak hidangkan apa2 pada yang datang jengok akak hari ni, maklumlah kurang sihat. Hanya gambar orkid ni saja yang dapat akak hidangkan buat menjamu mata sahabat sekelian. Terima kasih sangat2 pada semua ya.

7 comments:

shima said...

Semoga Allah memberkati akak n family n kita smua.smoga cepat sembuh..

Ros said...

Salam ziarah...

Akma_cikyong said...

oh..kak sakit ker..ingat kak p mne..huhu
anyway kak,semoga cepat2 sembuh yer..rindu nak tengok milo tiap kali jengok blog akak~~

Aidah said...

Shima,
Amin. Terima kasih bebanyak kerana datang lawat akak.

Ros,
Nanti akak ziarah ros pulak ya. Terima kasih datang. Jemputlah datang lagi ya.

Akma,
Ha ah. Akak tak sihat sikit. Tapi dah getting better. Cuma recovery ni slow sikit kali ni sebab maklumlah dah tua. Hehe. Milo ni pun sama gak dgn akak. Jalan macam slow je sekarang ni, tiru akak kot. Hihi.

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah, lega sungguh akak dah beransur sembuh. Semoga kesihatan akak akan bertambah baik lagi lepas ni.

Cantik sungguh bunga orkid tu, suka tengok! Gambar '3 beradik' dalam kereta tu pun best, selamba ja Milo, kehkehkeh!

Nina said...

hehe,akak,bukan aka aje malu nak baca emel2 tu,mcm saya ni,nak wish baik2 dkt komen pon nak malu.
last entry akak tu,bape kali saya bukak, pastu cam nak email la wish elok,tp pastu malu sendri,ye la, sbb jarang komen tetiba komen pjg2 hehe..

take care of yourself ye kak. moga makin dipermudahkn urusan dr hari ke hari. and thanks for gambar milo tu. haha, lawak lah kucing gemuk cam tu, nak marah orang pun daya diri tak kuat

Aidah said...

Dinas,
Alhamdulillah. Terima kasih kerana doakan akak, Dinas. Takkan akak lupakan, insyaAllah. 3 beradik tu memang siap dgn tugas masing2. Milo tu tugasnya duduk depan akak je. Hehehe.

Nina,
Terima kasih kerana ambil berat tentang akak walaupun dalam diam. Akak tak kisah pun komen panjang atau pendek sebab kadang2 itu saja cara kita nak berborak kan. Kucing demuk tu memang menyelit je kat akak ni haaa. Hehehe.