Masa akak kecik dulu, rumah sentiasa meriah. Walaupun adik beradik hanya 3 orang tapi rumah sentiasa dipenuhi sepupu2 yang kebetulan tinggal berdekatan. Mak dan arwah abah akak memang suka kanak2 jadi mereka pun tak kisah kalau rumah sentiasa riuh rendah.
Arwah abah akak ni ada satu sifat yang akak paling kagum. Dia suka ambil anak2 saudaranya yang susah atau kematian ibu atau ayah untuk dipelihara menjadi anak angkat. Padahal waktu itu, kami bukanlah dari golongan berada. Tapi kalau dibandingkan dengan adik beradik yang lain, abah sorang saja yang masuk U. Jadi dia selalu merasa bertanggungjawab pada anak abang2 nya yang hidup susah. Dalam ramai2 sepupu akak ada 2 orang yang akak anggap macam abang sendiri sebab dari kecik lagi mereka dah tinggal bersama kami. Sorang dah bersara dari perguruan dan seorang lagi meninggal masa umur 30 an. Kedua2nya bukan dari keluarga sama tapi sudah kematian ibu dari kecil. Sebab tu lah abah akak pelihara macam anak dia sendiri.
Along, sepupu akak tu meninggal kerana sakit buah pinggang. Sejak dia meninggal dunia, kami hampir putus hubungan dengan isterinya dan anak tunggalnya yang ketika itu baru setahun umurnya. Bila harijadi anaknya itu akak kirimkan hadiah dan hantar ke kampung pada neneknya dan tak pernah dapat jumpa pun dengan dia.
Hari Sabtu lepas, akak dapat undangan perkahwinan anak sepupu akak tu yang dah puluhan tahun tak jumpa.
Saat ini akak berdebar macam jejak kasih pulak. Tak sabar nak tengok pengantin lelaki yang last sekali akak jumpa masa umur dia 3 tahun, kalau tak silap. Sekarang ni dah bertugas jadi doktor di pengkalan tentera Lok Kawi, Sabah.
Bergenang airmata akak bila tengok wajahnya yang sangat mirip wajah arwah ayahnya.
Muhammad Syahril Effendi dan Diana. Pasangan yang sama cantik. Punyalah banyak akak amik gambar sebab nak tunjuk pada mak akak yang uzur dan tak dapat hadir sama. Mak akak rindu sangat dengan Fendi ni. Hanya dapat sampaikan peluk cium dari jauh. Tak dapat menyaksikan sendiri cucu saudaranya kahwin.
Sangat simple tapi cantik. Majlis ni diadakan di perkarangan masjid. Pengantin tak bersanding pun. Hanya makan dan beramah mesra dengan tetamu. Sama macam masa akak kahwin dulu. Pun tak ada bersanding ni sebab dari dulu akak sangatlah pemalu (macam bagus ja statement ) dan tak reti nak buat muka camana kalau bersanding. Hahaha.
Awan hitam yang kadangkala ada dan bila angin tiup dia berlalu pergi. Macam perasaan akak yang kadangkala sebak dan airmata pun asik nak meleleh je.
Tapi dalam sebak tu, habis juga cendol semangkuk. Alhamdulillah selera masih tajam. Asik mengasah tiap hari, mana tak tajam kan. Kihkihkih.
Inilah gambar2 Fendi masa kecil yang ada dalam simpanan akak. Gambar bawah tu dengan arwah ayahnya yang akak panggil Along. Gambar ni diambil dirumah akak di PD, 4 bulan sebelum dia meninggal.
Haiihhh...nak meleleh lagi airmata ni bila tengok gambar ni semula.
Patutnya orang kahwin happy, ni akak menangis pulak. Nak bagi neutral balik, tak mo sedih2 so akak tepek wajah Milo termenung mengenang nasib badan yang dah lama dimandulkan. Tak de can nak kahwin tau. Apalah nasib......