Pages

Wednesday, 15 August 2012

Edisi Khas Hari Raya..........khas lah sangat.

 

 

 

 

066

Semalam si Minah kaktus ni melaram baju merah Peah. Kemain berseri lagi. Maklumlah putih kan. Siap berpantun seloka lagi dia. 

Pasang pelita bersama tuk ketua,

Meriahkan lagi tujuh likur,

Baju kakak baju ku jua,

Padah baju sendiri salah ukur.

 

068

Apa??? Ko rembat baju aku!!!! Kong ajo....tak sesueii tau.

 

Pergi ke masjid memakai sepatu,

Siap bersampin menambah gaya,

Baju merahku itu hanya satu,

Buat menutup aurat di pagi raya. 

 

Takkan kakak nak telanjang pulak, minah kaktus ooii!! Agak2lah kalau nak rembat harta kakak. Dahlah tahun pertama nak beraya ni.

 

067

Alah kakak.....sharing is caring kan. Pe salahnya. Kakak pun tak muat lagi baju ni macam tak tertutup aurat je saya tengok. Nampak pusat mana boleh. Nanti Lebai Wahau marah.

 

Mak cik Dobot bakal mak tiri,

Pengubat sunyi dihati deddi,

Apalah malang nasibku ini,

Baju lain tak de stok ke deddi?

 

069

Selesai berbalas pantun, diorang berbalas pelempang pulak.  Mula2 berhemah jugak kekdahnya, berpantun bagai. Lepas tu siap pang pung dush dush!!

 

073

Tak cukup tangan nak melempang, siap baham membaham lagi. Nampak macam Minah kaktus tak melawan je kan. Konon2 sedar diri lah, bersalah sebab rembat baju kakak Peah without permission. Tapi tak payahlah tertipu dgn gambar ni. Minah lagi ganas sebab siap sepak pakai kaki lagi.

Adoouuiiiyaiii...mana deddi ni? Dia sekarang ni kan, main serah kat bibik je jaga anak2 dia. Macam kan sibuk sangat. Ya lah tu. Sibuk tido lepas tu bila bangun tidur sibuk sentap pulak.

Tapi kan, tak baik syak yang bukan2 dgn deddi tau. Dia sekarang ni tengah sibuk prektis...

 

 

115

Aku ....aku.... aku ttteeerima....aku ter...aku terima nniikahnya Dobot binti....err terima nikahnya Dobot AlDiva binti Tuan yang amat berhormat En. Doktor dengan mas kahwin sebuah bungalow 2 tingkat hutaaaaaaaangggg.

Dekat 2 jam nak bagi hafal satu ayat. Kekdah nama bakal bapak mentua tu sangatlah panjang sebab nak bodek lebih2. Maklumlah mas kawennya hutang. Kihkihkih.

 

138

Aduuiiiyaiii longuh tangan den prektis. Cukuplah tu sokali yo kawen. Bolun kawen laiie dah mongah, tangan den pun somut2 digonggam tok kadi. Sibbaik bakal bini den lawa. Hihihi.

 

Selamat Hari Raya Aidil fitri 1433H

dari akak kepada semua yang sudi singgah dan membaca tulisan 

akak ini. Dengan ikhlas akak memohon maaf jika ada pernah

terkasar bahasa atau menyinggung perasaan sesiapa pun samada

dalam entri atau dalam komen. Mohon maaf zahir dan batin ya.

 

* kalau sempat akan di updet lagi terus menerus dari podeksen. Itupun kalau line tenet semenggah. Kalau tak semenggah cuti panjanglah akak.*

25 comments:

Wak Danial said...

selamat hari raya

Nini D.. said...

giler gempak entry rayo nih....bakal mak mentua suko!!!!
ni bakal pengantin tak cari lagik baju menutup aurat..semuanya dia semburr..ntah hape2 punya perangai..silap2 rayo nih dobot tu togel aje tak berbaju...


Selamat HariRaya AidilFitri kak..maaf zahir batin..mohon ampun maaf ye kalo ada komen nini kat sini yg menyentap hati akak..

Iz said...

Hahahaha terkejut benar si Peah tengok baju dia dirembat si Minah. Hahaha. Saya tahun ni takdelah beli baju raya untuk bebudak ni. Dah si Memey tak muat spender Helo Kitty tu, teruslah malas nak membeli baju dah, haha. Ni pun bukan boleh tukar pun. Membazir jek, cis. Ingat nak buat giveaway je lah nanti spender tu hahaha. Collar raya je ada.

Aidah said...

Wak Danial,
Selamat Hari Raya Wak.

Suara Kalbu said...

Selamat Hari Raya untuk akak sekeluarga termasuk Milo and the gang.

Maaf zahir batin kalau kalau selama kita bertegur sapa, berbalas kata tersinggung dek hati antara kita ye kak.

Semoga Syawal memberikan berkat untuk kita semua

Dils said...

Selamat Hari Raya Kak! Semoga Deddi Milo tak berapa nak sentap2 raya ni, dan Peah dan Minah Kaktus mintak ampun dari Deddi.

Nampak gangsta je Minah pakai baju Peah tu

Bonda Ryan said...

Selamat sumo eh yo milo yo..solamat jadik husband n selamat aghi ghayo, nikah lopeh ghayo ko?..sobut namo botol2 yo..hahaha!! mmg kari lawak entry nih..:P

Aidah said...

Nini,
Bulu dah meriah, tak yah baju pun vogue jugak dobot tu. Kalau rajin kan, bulu dia yang gugur tu sulam2kan buat skirt. Gerenti melopong kucing kat kampung tengok. Kihkihkih.
Dik, tak do salah silap ekau kat akak dik. Tak ponah akak sontap solamo akak kona dongan nini. Dah macam adik sondighi raso e. *lap hingus kat lengan baju* Selamat balik kampung yo. Bobaik bawak keto tu, posan kat encek doktor tu yo.

Aidah said...

Iz,
Kakak iz ni bajet beli spender je kat Memey. Tak patut tau. Orang lain berbaju baru, Hime pulak berspender baru, tak muat pulak tu. Gelak je akak baca.
Baju mahal sangat dik. Semalam akak ingat nak shopping sikit baju, tengok2 lagi kecik saiz kucing lagi mahal bajunya. Sampai dekat enampoloh henggit. Bopoluh2 akak menengoknya. Kim salam je lah jawabnya.

Aidah said...

Suara Kalbu,
Selamat hari raya ida. Amin. Semoga kita semua mendapat berkat.
Akak pun nak mintak maaf jugak dik dan semua yang akak kenal dalam alam maya ni tak de pun salah silap ngan akak. Semuanya sweet2 belaka. Alhamdulillah.

Akma_cikyong said...

wah...ade drama sebabak ary raya nie kak aidah..bez!bez!
selamat ary raya jugak ke akak..klau ader salah silap semasa akma komen kt sni..akma minx maaf sangat2 aw kak..

Aidah said...

Dils,
Selamat berhari raya dgn ahli keluarga baru ya, dik. Minah dgn Peah kena sujud lama2 sikit kat kaki deddi tu sebab selalu buat deddi sentap. Hihihi.

Aidah said...

Bonda Ryan,
Selamat hari raya dik. Bolum tahu laiie bilo lansung e mejlis tu. Kot jadi pun nikah gantung yo, dik. Sobab soghang Taiping, soghang KL. Hehehe.

Murni Alfathunnisa said...

merahnya mak ngah! kemain lagi tau!
dedi sibuk nak menikah sampai baju anak2 dilupa yek....besa ni!

chek pun sama yaa kak aidah...mintak ampun maaf zahir & batin..kot2 ada silap salah tang mana2 selama kita kenal dan beramas mesra di alam maya ni....salam aidilfitri & selamat hari raya..selamat balik podeksen jugak naa..hati2 di jalanraya.

Aidah said...

Akma,
Selamat Hari raya dik. Tak mo sedih2 ya. Akma tak de salah apa2 pun ngan akak. Menolong lagik ada.

Aidah said...

Murni,
Dia tu dah tidur mimpi dobot, mandi pun jarang sekali, makan pun ingat dobot. Anak2 pandang sebelah mata je tau. Sesuka hati serah kat bibik suruh jaga.
Selamat hari raya to U too. Tak de salah apa2 pun adik pada akak. Banyak support kat akak lagi terutama kalau akak tak sihat. Thank you dik.

Acik Erna said...

assalam aidah he he..lucu lak akak..komain praktis tu.
selamat hari raya aidilfitri aidah..rao kek podeksen ko..kek mano tu aidah..kalau dari opis akak dokek yo nak sampao podeksen tu.

Dinas Aldi said...

Kak Aidah, salam Aidilfitri & maaf zahir batin serta salam sayang banyak2 & cium2an dari sayaaa!

fadz said...

hi kak aidah; selamat hari raya.. maaf zahir batin... hehehe apsal milo tu nampak letih je.. kesian praktis jabat salam sampai penat ke?? heheheh... akak, fadz baru je siap direct drama raya.. nanti jemput singgah ke blog ye :)

LadyBird said...

baju ni mmg dibuat untuk kucing ke? comellah.. comel sgt2.. ke baju baby? padan2 je ngn lengan kucing..

mama maman aka yana said...

wah.. cantik bj raya dia.. hehehe.. selamat hari raya kak..:)

PCL said...

Salam, sslamat hari raya maaf zahir batin dari pcl sekeluarga.

MulutPayau said...

Assalamualaikum...

salam aidilfitri...maaf zahir dan batin dan salam perkenalan...

Irfa said...

aduh
sakit perut baca tau

Mak Wardah said...

Hahaha, suka betul baca n3 ni...