Baru2 ni wiken panjang sekali lagi kan. Akak dah lama tak balik kampung. Nak masuk 3 minggu dah. Mak pun dah rindu kat anak dan cucu2nya ni.
Hari Sabtu tu, dalam keadaan mamai akibat makan ubat yang berkoyan2, akak pun bertolak balik kampung.
Biasalah kan, balik kampung satu pakej dgn bebudak ni. Pagi lagi dah bertolak. Taik mata pun tak sempat bersihkan tau. Atuk Milo memang tak senonoh sejak akhir2 ni. Orang amik gambar, dia jelir lidah pulak.
Sampai je kampung, tengok2 orang kat kampung pun tengah nyenyak tidur jugak. Ke akak yang mimpi balik kampung?
Tak mimpi pun sebenarnya. Balik kampung tu yang sekejap sangat sampai rasa macam mimpi. Nak sambut birthday budak kecik, Nisya ni. Baru 5 tahun rupanya. Ingatkan dah 30 tahun. Kihkihkih. Cakap dia sekarang ni mengalahkan orang tua. Kalau orang suruh dia buat kerja banyak2, dia boleh pulak suruh kita sabar sebab tangan dia ada dua je.
Birthday girl yang cuba buat lawak kering. Tapi Atehnya ni sibuk batuk je. Tak dan nak gelak.
Birthday cake yang cute sangat sebab ramai yang batuk, tak dapat nak makan. Nasib baik sebelum demam hari tu, akak dah siap2 belikan dia hadiah, handbag Dora. Kalau tak de hadiah gerenti budak ni merajuk. Happy Birthday, Nisya. Semoga menjadi anak yang solehah dan taat pada Allah dan ibu ayah ya, sayang.
Balik kampung semalaman sahaja. Hari Ahad pagi dah balik KL semula sebab badan tak sihat. Nanti takut menjangkit pulak penyakit kat orang kampung. Dan macam biasa, Atuk Milo lah yang paling letih dalam rombongan. Maklumlah bawak kete, angkut barang, unpack lagi, masak, basuh baju, updet blog........(*mata ke atas tangan kepak2*...style baru ni )
15 comments:
Assalam Aidah.happy Birthday Nisya..kek comel pun tak pe janji ada.
aidah tak sihat lagi ko..minum air kalapo pulak aidah..kok dah pueh makan ubek sepital tu
Hahaha kelakarnya tengok dua ekor kenit oren ngan putih tu tido. Mengangkang je. Seronok tengok family akak ni semua sayang kucing :) Dah la relax je boleh usung sana sini balik kampung, cool gila :)
Achik,
Alaikumsalam. Badan dah tak paneh laie. Tapi masih lomah, poning kopalo bagai. Maklumlah umo pun dah banyak. Lambeklah sikit nak pulih tu kan. Air kolapo dah minum haghi tuh. Alhamdulillah.
Iz,
Akak satu family demam masa tu. Maka Milo and the geng pun main campak2 je masuk kete. Sila ambil tempat memasing. Hehehe. Itu yang rasa macam mimpi je tu. Iz.
U still tak sihat sgt lagi eh.....lama gak kan ..sian u. Now ni mmg musim sakit kot....ramai yg kene kan, maybe the weather...hazey lagi....u jgn keluar2 sgt klu tak de keperluan....
Alhamdulillah si bulus2 tu ok kan....thru my FB gang suka kucing, now ni pun byk cats yg tak sihat...u all take care ye....u bykkan minum ait kosong n 100+....tp make sure u mkn gak...jgn perut kosong Aidah....take care ye
Happy birthday Nisya. Semuga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Anak sedara saya 28 Sept ni sambut ulangtahun yang ke 5 juga hadoii memacam wishlist nya..
Aidah, cepat sembuh serta sihat dan kuat seperti teenagers kembali ya.. aaminn... :)
tun fatimah,
Lama betul penangan demam kali ni, tun. Tapi alhamdulillah temperature tak naik lagi. Cuma batuk dan lemah sikit badan. Okey tun. I pun duduk rumah je. Tak berani nak keluar. Thank you kerana ambil berat. You pun take care, ya.
zard,
Amboi zard..teenagers lagi. Ni kira macam pelamin anganku musnah je. Jauh na target tu. Tak tercapai. Kihkihkih.
rindu nak balik kg lagik.... knp kite suker kg kite... sbb dia besssssstttt... hehehe
hi kak aidah.. alahai kesiannya nisya sampai terlentok sama2 ngan kucing plak dah... hehehe cute...
Happy birthday, Nisya! Konpem takkan lupa berapa umur Nisya pasal sama dengan anak sedara saya si Kakak tu, hehe.
Suka tengok gambaq atuk Milo terjelir tu, kehkeh!
Happy birthday dak Nisya! Kemain dia pakai mask bagai yer...
kak aidah...are u okey..? udah sembuh batuk nya belum..
take cara ya kak..makan ubat ikut arahan tuan doktot..
apa2 pun saya jeles tengok dua ekor kucen tu terlentang je tido nya...dah la cejuk sini...huhu
Kak nakalnya atuk milo tu...hepi belatef bday to besday girlr
Baru baca entry akak ni. Akak dah sihat ke ? Kalau belum, jangan lupa makan ubat dan rehat tau.
Ohh..saya rindu nak tengok Milo and the gang
hai lah bakal menantu..hape ke udah semakin malas nih...hahahahaha
Post a Comment