Citer hari ni bukan pasal Milo dgn Dobot tau. Pasal kenduri budak berdua tu kita tangguh ya. Sebab Ummie Dobot nak sambut ahli keluarga baru tak lama lagi. Alhamdulillah. Kita rileks dulu ya, Milo.
Ini hari nak citer pasal anak Milo ni. Minah Kaktus ni akak belum hantar spay lagi. Dah lebih 6 bulan ni. Tapi before spay tu kena vaksin 2 round dulu kan. Itu pun belum buat lagi. Tapi so far tak nampak tanda2 dia heat ke kan. Macam kanak2 ribena je lagi akak tengok.
Tapi kan hari tu akak ada jugak rasa2 macam nak jodohkan dia dgn teruna kampung tu. Sebab dia punya bulu ni cantik, halus je. Taklah panjang mana tapi panjang jugaklah dari Peah tu.
Muka pun sweeeeet je kan. Ayu macam tu. Nak tengok calon menantu akak? Akak ada gambar tau. Meh kita tengok padan ke tak.
Calon pertama. Tomey. Pernah membintangi drama 'Akakku minah rempit. Ko ada?'. Sekarang ni sibuk shooting drama Roda2 Jalan di Teluk Kemang pulak. Watak dia bawak motor polis trafik tu. Bawak motor je bukan polis trafik tu tau. Dia ni tukang bawak motor pegi cuci je. Sebab belum cukup umur, lesen motor pun tak dak. Hehehe.
Calon kedua pulak. Uteh. Dia ni comel jugak. Bab mata juling tu paling tak tahan tengok. Sikit je lah julingnya tapi manis sangat. Dia ni suara kemain merdu. Pernah masuk pertandingan menyanyi akademi funfair Teluk Kemang. Masuk final 5 ni tau. Tapi tak menang sebab disabotaj oleh Minah Rempit Ganas. Malam sebelum final tu, motor minah rempit accident semasa merempit. Tercabut ekzos. Lepas tu masuk bengkel dan tak dapatlah nak hantar Uteh nyanyi kat funfair. Langsung disqualified. Kesian.
Lepas tu masa akak balik kampung tu, cubalah kenalkan kat pompuan ayu minah kaktus tu kan. Hmmmppph....
Bercakaran dia uollss di atas katil ni haa. Mula2 jelir lidah je. Lepas tu tampar2. Sikiiit lagi nak keluar kuku. Si Minah kaktus ni eksen. "Apa kelas nak kawen dgn orang kampung.... i orang Key Ell tau." Si Tomey pun tak mau kalah jugak. Maklumlah ada mix macam omputih kacukan je rupanya.
Lepas tu dengan calon kedua lagilah hebat. Kaki tangan semua naik. Minah tu tak padan dgn mulut kecik. Nak jugak membaham si Uteh ni. Uteh pun sama jugak. Dah nak bagi penampar sulung kat Minah. Belum kawen dah nampak belang ni. Sesedap dia nak tampar anak dara orang. Adoouiiiyaiii...
Tak nak kawen! Tak nak kawen! Siap menyorok dalam selimut. Kempunanlah Milo nak timang cucu. Jadi insyaAllah wiken ni akak akan bawak Minah ni untuk vaksin pertama dan lagi 2 minggu utk cucuk kedua pulak. Lepas tu barulah boleh dispay macam Kak Peah yang dah selamat semuanya.
Dalam pantang nanti Farah boleh tolong jaga sebab dia cuti. Hehehe. Best kan plan akak. Projek besar2 tunggu anak2 cuti kat rumah. Tak larat dah akak nak menjaga minah dengan jahitannya nanti. Sebab Minah ni drama sikit. Orang tak de kat dalam bilik pun dia meraung2. Hari tu akak masuk toilet, dia mengiau2 dgn meriahnya kat pintu toilet tu. Tak senang orang nak termenung kejap.
Okey, sekianlah updet akak utk minggu ni. Besok ada hal sikit. Nak ke Palam jemput Farah balik. InsyaAllah minggu depan kita borak lagi ya.
23 comments:
Hahaha pandai akak plan. Kempunan Milo nak timang cucu. Dah tu anak sendiri tentu tentu dah feeling bangsawan. Yang calon menantu pulak handsome sangat sampai memilih nau bakal isteri. Memang payah la gitu kak. Kak rumahtangga roboh di tengah jalan kang memasing salahkan Milo. Udahle si Milo tengah melalui fasa fasa yang sukar sebab wedding kena postpone. Kang stress pulak dia, hehe..
HAHAHAHAHA..
ada2 je kisah akak ni tau
tak merasa la nak makan nasi minyak dlm masa terdekat ni ye ;)
Iz,
Tu lah pasal. Antara penyebab sentap tak sudah Milo tu. Nak buat camana kan. Dah tentu Dobot sibuk gak. Maklumlah kak long. Akak ni pandai2 je plan Iz. Padahal dah kena jeling dgn encik somi. Tak reti2 kuota dah cukup. Cuma buat2 rabun je dgn jeling dia tu. Hehehe.
Irfa,
Irfa sebut nasi minyak, buat akak lapar pulok. Tak pe. Nanti cuti skolah insyaAllah ada rezeki makan nasi minyak anak orang lain kawen.
assalam Aidah..tak jadilah milo dapek monantu..kompunan deh he he..kokm dah bocaka an bolom nikah ..sok2 becorai lak deh..baik tak usah kan aidah he he
Achik,
Alaikumsalam achik. Jodoh paneh ni agak e, achik. Tak sosuai langsung. Tak moghasolah Milo nak besan dgn oghang podeksen. Hehehe.
Hehe.. geli hati saya baca entri ni.
Minah kaktus ni mesti nak ikut teladan kak peah die la tu. Tanak kasik kak peah berseorangan.
Tak dapat la nak timang cucu ye. Tapi ade kang anak kacukan kat kampung tu buat onar kat minah rempit pulak. Ade can dapat anak2 bangsawan
Kihkihkih tak menahan tengok gambar menyorok dalam selimut sambil cakap tak nak kawen tu :D
Akak, saya nak tanya.. memandangkan rumah akak tinggi di kayangan kan, diorang bertiga ni boring tak duduk dalam rumah je 24 jam? Ke ada bwk jalan2 jugak? Pastu biasanya apa aktiviti diorang? Kucing2 saya kalau duduk dalam rumah 24jam, mcm nak meroyan diorang. Rasa mcm rumah kitorang tu tak cukup luas ke nak main kejar2? Sookie & Hachiko je relax duk dlm rumah 24jam. Yg lain, tetiap ptg mesti nak lepas gian keluar. Padahal kadang bukan berlari pun. Jalan2 je.. Dpt sejam ke setengah jam pun jadik. Hahahaha
Kak, Isma tu saya la ye.. Iz. Lupa nak tukar akaun hahaha
As Salam.
Aidah, nk besan dgn Zaph tak? Dgn Hachiko .. Semi- long hair..mata kaler emas/oren..fur kaler putih oren.. Offer ni sebelum kami hantar Hachiko masuk jawi sebab habis sikenit-keni nk di ligan nya smp si Benjy pun dia konfius..haha..
hahahaha sabar je lak, kempunan nk trima menantu hahahaha
Dils,
Nampaknya Minah dan Peah jadi bff sampai tua lah agaknya. Kamcing diorang sekarang ni tau. Peah hilang kejap meraung si Minah. Terharu akak...hehehe.
Dinas,
Akak ni je yang sebokk dik. Padahal kucing tu tak hingin pun nak kawen. Trauma member tu kejap. Kihkihkih.
Iz,
Akak selalu jugak bawak Milo tu jalan kat garden depan swimming pool tu. Riang gumbira dia. Tapi kena pakai leash lah. Senang sikit nak kawal. Tapi Minah dgn Peah ni anti sosial sikit Iz. Bawak keluar dari bilik pun susah. Terhendap2 dia berjalan. Bunyi TV kat luar pun dia takut esp Peah. Akak syak sebab childhood dia very the terrible. Sebab tu lah macam saiko sikit mak cik tu. Minah pulak akak suka bawak naik kereta. Sebab dia cool je sampai siap baring2 terkangkang lagi atas seat kereta. Naik kereta okey asal jangan bawak keluar kereta. Bawak keluar kereta dia pun meroyan jugak. Tapi kan akak memang teringin nak kawasan rumah mcm iz. Seronok betul bagi kucing bebas dan makan rumput sekali sekala. Tapi apakan daya..
Isma,
Memula akak saspen jugak Isma mana ni? Reader baru ke? Bila sebut nama mak cik mok Sookie baru tahu. Hihihi.
zard,
Alamak Zaph, dah terlepas keretapi lah pulak. Baru balik dari hantar dia ke klinik ni haa. Tak de rezeki nak bercucu betul Milo ni. Kalau tak, mungkin ada harapan jugak dapat callico cat nanti. Best.
marinahunny,
Eksen je Milo tu. Nanti kalau dah banyak kekenit bukan dia nak jaga. Bibik dia ni jugak yang terbongkok2. Maka dengan itu lupakan je lah...
Saya doakan semoga mak kak Aidah dikurniakan kesihatan yg baik olehNya, amin.
Aisayy.. Zaph dah mula siap kan bunga telur if jadi..nnt Zaph upload kat dlm blog.. Nampaknya kempunan lh kita ya.. Hahaha ..
Psst..nnt Zaph tunjuk foto anak2 Hachiko yg ada sekarang...
Stay healthy ya Aidah...
kesian bakal menantu kita kak kan...terpaksa postpone majlis sebab bakal mak mentua pulak yang nak menimang cahaya mata.kuikuikui
kemain ganaz gambar drama kat atas tu kak...kompem bulu bersepah-sepah lepas bercakaran!
haha...saya gelak macam nak pecah perut baca entry ni...adoyai...oh my kakak! :-)
banyak hari saya cuti blog...hari ni baru dapat gelak puas2....sabo aje lah...tapi uteh tu sesuai la utk minah kaktus akak tu...futeh sama futeh....alahai..garang la pulak dier....jangan give-up match-making lagi kak...tiap2 weekend balik kampung..lama2 nanti sesuwei ler....haha....
Biaq la Atuk Milo bercucu sekoq dua dulu... kesian orang tua tu.. Orang tua kalau ngan cucu penyayang tau...
Post a Comment