Ini memang kisah tragis kat kampung hari tu. Milo kan, dia memang pemalas lipas bab jaga anak2 ni. Main serah kat bibik dgn cacai je tau. Bukannya dia amik tahu pun pasal Minah dan Peah. Asik layan karaoke dgn bunga api je malam2 raya tu. Meriah betul raya milo tahun ni. Bila malam2 dah dekat nak maghrib mula buat isyarat cakar sana sini. Meroyan nak keluar dari bilik.
Inilah dia event planner kat kampung tu. Tuk Ketua Saguah. Penuh tiap malam dgn acara gempaks. Malam menjelang raya, karaoke empatploh lagu raya berturut2 sampai pagi. Malam raya pertama pulak, pertunjukan bunga api. Malam raya kedua joget lambak. Malam raya ketiga pulak, usha aweks dan mak janda kampung tu yang suka sangat berpeleseran di rumah mak akak. Tapi jangan main2, walaupun kucing kampung je diorang tu, lawa2 tau. Malam raya keempat, lepak2 atas atap sambil hisap rokok. Tapi yang hisap rokok tu, tuk ketua je lah. Nampak tak kurus je dia tu. Walaupun makan kemain banyak, tetap menten kurus. Haa macam tu lah seterusnya. Ada je program yang dirancang.
Muka tak sabar masa balik kampung sebab tuk ketua dah sms bagi tahu nak buat macam2 raya tahun ni.
Siap volunteer nak bawak kete sekali sebab boss bawak kereta ala sepoi2 bahasa je gamaknya. Perasan badan dia kecik nak menyelit.
Okey balik semula citer pasal minah rempit ya. Dah mula nak menyimpang citer akak ni. Lepas tu kan, Milo ni, bila dah layan macam2 event di waktu malam, siangnya dia mentido je dari subuh sampai maghrib. Celik mata utk makaaan je.
Anak2 dia si Peah dgn Minah pulak jenis perasan golongan bangsawan. Memang memerap dalam bilik je lah, tak mahu campur pun dgn kucing kampung. Tapi pagi dan petang tetap kena angkut dan pikul pergi toilet memasing kat luar rumah. Takkan nak bagi simpan dalam perut sampai seminggu cuti raya. Alhamdulillah Farah dan Arif tak pernah komplen. Dah sayang kan. Milo je macam orang bujang bila balik kampung. Bukan dia peduli anak dia makan ke, dah 'uok uok' ke belum.
Panjang betul mukaddimah akak nak sampai ke citer sebenar. Gasaklah kan. Tak reti nak ringkaskan. Kalau cikgu bagi latihan meringkaskan karangan ni, fail agaknya. Layan je lah ya pot pet akak ni.
Citer sebenarnya ialah anak tuk ketua Saguah tu, si Kerumun.
Nampak ganas tak? Dia ni sekarang dah 'dagho' bak kata orang nogoghi sopatah. Belum hantar spay lagi nih. Tak lekat duduk rumah sekarang. Asik keluar je. Tuk ketua pulak tak amik tahu pun. Macam stail minah rempit pun ada. Ini kira macam budak form 2 bawak moto tak de lesen tu kan. Bila dipegang, enjin moto pun tak off. Mendereeem je dia. Tapi mekap tak kalah. Eyeliner keliling mata tuuu.
Minah dgn Peah cukup takut dgn si rempit ni. Pantang lepa je. Bercakaran walaupun anak2 Milo yang lembik tu dalam sangkar tengah meneran. Peah pun pernah jatuh dari balcony sebab kena tolak dgn rempit ni. Kira macam lu langsi lu mati lah. Farah dgn Arif pun berdarah kaki tangan kena cakar masa raya baru2 ni. Memang bila nak hantar Peah dgn Minah ke toilet luar rumah tu, kira macam masuk kawasan gangsterlah. Arif jadi bodyguard kakak dia. Sebab kerumun ni, bila dia nampak je anak2 Milo, dia tak kira. Kemain laju dia melesang nak cakar kita. Takuit tau.
Anak2 tan sri pulak jadi tali barut kerumun. Siap bisik2 bagi laporan kat mana Peah dan Minah menyorok. Senang rempit nak pegi bantai.
Dah penat merempit, balik rumah siap ada orang tukang jilat kepala lagi. Semua takut kat dia ni tau.
Apalah nak jadi Kerumun. Itulah padahnya bila bapak tunggal dia, Tuk Ketua Saguah tu asik layan karaoke je dgn Latuk Milo. Anak tah kemana merempit. Jangan jadi bohsia cukuplah. Sebab dah due sangat utk spay ni sebenarnya. Mak akak cukup saspen bila tahu dia asik keluar je. Kat luar tu bukan setakat aweks dan janda je, bohjan pun ramai kat laman rumah. Kang tak pasal2 tuk ketua dapat cucu luar nikah. Sapa yang malu. Latuk dgn Tan sri jugeeek....eh.
18 comments:
ha......dah dpt citer they all..si Kerumun tu lawa betul kan?? sweetnya muka dia......i klu dpt dua ekor tukang gossip tu mmg ku picit2...punyal adorable. Ya Allah , badan si Milo dr belakang penuh mcm guni beras,hahahahhaha...tgk belakang badan dia pun i bole gelak.....Milo2, bila la dpt jumpa face to face ...Brown i pun sama now ni semejak balik raya dr Kluang, dh beralih arah tido dgn my Mak, cuma mlm2 baru dtg menyelit sebelah i....ntah apa yg dia rajuk kan tak taula
Hamboi eyeliner dan macam rockers luar negara dah, keliling mata haaa..
Yang dua ekor tali barut pun kemain lagi jadi batu api. Hahahaha. Siap ada kadam cuci rambut lagi. Mana la tak naik lemak si Kerumun.
Entah entah dah dapat anugerah Queen Kerumun di kalangan kucing. Nama manja, Queen Kay. Kelass sangat hahaha.
Hantar spay cecepat kak, kang ada yang menyonteng arang ke muka Tuk Ketua. Hahahaha
tang bisik2 tu yang tak tahan maco e tu he he..tah apo la yang dibisik an nyo tu.
tun fatimah,
Sweet tapi ganas tuuu. Minah kaktus luka kat badan kena sedas dgn dia. Peah pulak jatuh balkoni kena flying kick. Dasat kan.
Milo memang makmur. Berat pun boleh tahan, macam sekampit beras. Betullah u cakap tu. Hehehe.
Brown pun dah pandai sentaps ya. Cer citer, cer citer...
Iz,
Molek sangat nama tu iz, Queen Kay. Kerlass kan. Hahaha.
Akak ingat cuti wiken 3 hari minggu depan nak uruskan kucings mak akak kat kampunglah. Semua dah due macam2. Dgn injection, dgn ubat cacinglah dgn nak bagi mandul lagi. Tu si Tomey tu dah mula nak eksperimen geget2 belakang adik dia Uteh. Padahal jantan dedua. Ni nak bawak gejala LGBM ke LLM ke apa entah. Tak paham akak...Hahaha.
Achik,
Ontah eh. Tah apo dihasut gak eh. Nyampah nengok. Komain bonci dio kek anak2 Milo. Nampak yo kolibat, dilosang e si Minah ngan Peah. Gaghang amek.
apo lah kono c kerumun nih..handa boto lah.cian kek minah dan peah..makan hati yo lah waktu ghayo maghin..memang kojam.jatuh balcony? memang langsi boto lah nih..kot di tambek macam kambing tak bulih ko kak ida..solamat ckit minah dongan peah tuh :P
Bonda Ryan,
Tak makan tambek, dik. Dikunyah e tali tu. Komain ganeh. Putuih aka dibuek eh. Ponyudah e si Peah ngan Minah makan ati yo lah. Tu lah botapo kek bawah katei. Tak muncul2. Memang sosio tullah Koghumun nih.
"Kerumun" nama dia...hehe...sempoi lah! adik saya nuuu tengah pening kepala nak memilih nama baby syawal dia tu..haih...ngalahkan nak pilih nama orang pulak.
tang eyeliner tu yang tak menahan....dah macam stail ella pulak..itam je keliling mata..
Tang eyeliner keliling mata tu yg mahai tuh, semulajadi okeh, kehkeh!
Gengster sungguh, siap ada tali barut tolong bisik2 info & ada yg tolong jilat kepala plak tu, amboihhh! :D
Amboi Milo jumpa rakan setembok rupanye. Die rase anak dara die dah memencilkan diri tak perlu lebih2 jagaan la tu.
Tapi sampai hati Milo membiarkan je Kerumun belasah puteri2 die. Dah biasa kejar lalat je kut kat apartment. Kena kejar dengan minah rempit terus troma. Nasib baik ade 2 bodyguard volunteer.
Murni,
Kelakar kan, nisya lah yang bagi nama kerumun tu. Dulu2 kucing akak memang banyak nama kelakar. Ada tu kitorang panggil Apanj. Sebab ekor dia panjang. Ada sekor tu pulak nama dia belinda longot. Kemain comot orangnya tapi nak jugak first name glemer. Hahaha. Good luck to your sis ya. Semoga dia dapat nama paling sesuai utk anak2 syawalnya.
Dinas,
Dulu masa kecik kemain baik lagi dia ni, dinas. Ingat lagi orang buang dia depan rumah mak akak, gigil2 je kesejukan. Sekarang ni kemain ganas. Tah mana silap tuk ketua mendidik anak agaknya. Hihihi.
Dils,
Dua ekor orang KL ni memang lembik je, dik. Gertak sikit dah keluar wi wi. Akak ingat nak hantar kelas tae kwon do lah. Hahaha.
hakhakhak.....giler ah celak keliling mata..memang jambu!
as salam. hi Aida, saya ni pembaca blog you yang baru.. geram nya tenguk Milo, kami pun ada kucing yang debab2 tapi tak lah sedebab Milo.. tapi still berat woo bila nak dukung.. tulis lagi ya.. kelakar sangat..
Kak Aidah, saya doakan semoga akak sihat na.
kak aidah..sunyi sopi yo berhari-hari...are u ok kakak...? wish everything's fine...take care, sis.
Post a Comment