Dengan bangganya akak nak bagi tahu, akak dah pegi Big Bad Wolf Book sale di MIECC. Sekarang ni tengah senyum lebar dan ada masa tersengih sorang2 sebab dapat beli buku murah2 sangat.
Okey kita citer dari mula ya.
Sebelum tidur malam tadi dah beritahu semua orang, esok alarm akan bunyi pukul 5 pagi. By 6 am, semua orang kena siap. Akak punya eksaited memang melampau tahap gaban. Tak nyenyak langsung tidur. Sampai mimpi2 pergi sale. Ini semua sebab 63 hr non stop sale tu lah. Bayangkan sale start pukul 6.30 pagi tadi dan berterusan sampai 9.30 malam hari Ahad.
Husband akak dah siap sound, " U ni macam orang nak beratur tunggu iphone 5 pulak. Tak nak camping depan pintu masuk ke?"
Akak kata, " Ipong ke upong ke I tak kisah. Tapi when it comes to books, i memang kisah sangat2. So tak kira ya, pukul 6.15 dah bergerak tau!"
Dah settle solat subuh, makan quacker oats, masuk kain dalam mesin basuh dan antar kucings pegi toilet semua, kami pun bertolak ke Mines yang hanya sepelaung je dari rumah. Siap mintak izin Atuk Milo...pinjam stroller dia kejap.
Akak ingat akak dah awallah tu kan. Rupa2nya tidak ya. Jalan ke parking dah jam. Kereta datang dari segala penjuru dan celah. Parking di MIECC ni weekdays hanya RM2 dan weekends pulak RM3. Sampai parking ngam2 6.30 pagi.
Naik atas pulak tengok2 line dah macam ular sawa. Akak beratur kat luar pintu lobby tu walaupun memula sampai tadi rasa macam dah awal sangat. Alhamdulillah bila pintu bukak je, line bergerak dgn teratur. Tak de lah insiden sakit hati orang tolak2 atau jump queue ke kan.
Fengsan kejap. Books,books, books everywhere. Patutlah ramai orang bawak luggage bags yang besar2 tu.
Daaaan yang buat mata macam berpinar2 je sebab harga buku tu sangat2 murah. Bayangkan buku yang jual di Kinokuniya dgn harga RM56, boleh dibeli di sini dgn harga RM8 sahaja. Menangis air mata gembira tau, akak.
Kejap je dah penuh bags dan 2 trolley.
Hasil tangkapan akak selama 2 jam. Buku Cats yang gabaks tu sangat unik. Biasa jumpa buku ni dalam library je. Kempunan nak beli sebab kompom harganya ratus2. Tapi kat sini kan dijual dgn harga RM30 sahaja.
Balik rumah terus baring atas katil dgn buku2 pojaan hati. Errr sila abaikan MK (minah kon) tu ya. Dia masih dalam pantang tapi tetap sibuk nak cek hasil shopping mama. Macam Minah Kastam pulak.
Yang ni akak punya. Perasan tak banyak 'stupid' kat tajuk tu. Akak memang suka buku humour macam ni. Baca pun tak stress. Gelaaaaak manjang. Tapi semua tu true facts tau bukan rekaan. Lagi satu akak suka baca biography ni. Tapi kali ni tak sempat pilih kat bahagian tu. Jawabnya....kena pergi lagi pukul 3 pagi nanti kot. Kali ni concentrate kat buku2 serious pulak.
Ini pulak buku yang akak beli untuk Farah. Main teka je apa yang dia suka sebab Farah dah balik kampus. Itupun mengelenting2 lagi ulat buku tu nak balik umah sebab nak join mama pergi sale. Tapi lecturer pulak potong stim...buat kelas ganti siap dgn lab hari Sabtu ni. Tak pelah. Minggu depan inshaAllah sempat pergi lagi.
Ini pulak comics dan buku untuk Nisya dan Thaqif di kampung. Garfield punya comics tu Arif dan Farah punya. RM10 satu. Dan buku Dress-up Fashion Doll ni pulak RM6 satu. Teringat zaman dulu2. Ini je lah menan akak. Dolls yang cut-up tu dgn koleksi baju2nya. Rasa2nya macam nak simpan pulak satu buku ni. Hehehe.
Yang ini Arif punya. 4 buah buku sahaja. Tapi bila sampai umah, komplen pulak sebab dia punya sikit. Masa orang memilih dia tak nak join. Tapi dia frust sebab buku Auto tak banyak.
Pukul 8.30 lebih kurang....dah abis shopping. Masa untuk membayar. Cashier counters masih tak banyak yang dibuka. Tapi diorang sangat cekap buat keje. Cepat je berjalan line tu.
Hehehe....jangan ditanya berapa akak berhabis hari ni. Sebab ini semua keje Mr. Wolf ni. Habis bocor poket akak kena gigit. Memang bad bad wolf tau. Biasa dia tu!! Tapi sangat berbaloilah kan. Sape nak bagi discount dari 75% sampai 95%. Memang tak tipu punya discount sebab akak dah survey harga kat kedai buku lain sebelum ni.
Nasihat akak (wah, siap nasihat....dah macam duta sale je akak ni) sebelum pergi, pakai kasut sesuai dan selesa untuk menapak. Pakai baju yang selesa tapi jangan risau dewan ni ada aircon...sejuk je. Kalau yang tak larat tu bawak tongkat yang ada bangku siap2 tu kan, senang nak duduk baca sinopsis buku satu2. Kerusi sangat limited. Biasanya yang duduk atas kerusi hanya ibu2 yang ada baby je. Ramai bersila atas lantai akak tengok.
Kalau nak rehat kejap dan pergi makan, boleh. Letak buku2 kat tempat simpan sementara bawah escalator tu. Ada crew yang tolong simpankan buku kita yang belum bayar. Tempat makan pulak di 1st floor dewan tu.
Dan dalam keadaan ramai2 ni sila jaga belongings ya. Masa akak pergi pagi tadi, ada sorang ni hilang satu luggage bag dia dgn semua buku2. Macam nak nangis dah dia.
Lepas tu, sebelum bayar sila check semua buku. Takut ada yang koyak atau pages yang kosong kat dalam ke kan. Lagi satu check harga dan sila kira sebelum pergi cashier. Takut nanti menganga mulut sebab tanjat gegurl dgn jumlah yang kena dibayar. Yalah kan. Walaupun RM8, dgn mata berpinar2 seolah kena pukau....boleh jugak tak sedar kan. Ambik sampai 30 biji. Sampai cashier dah RM240 kena bayar. Macam kes sorang pompuan depan akak tadi. Dia beli buku dgn anak2 dia. Kebanyakannya jenis encyclopedia dan hard covers rasanya. Sampai RM570. Menganga mulut mak dia...tak tutup2 sampailah turn akak nak bayar pulak.
Okey sampai sini saja citer akak dgn serigala jadian di Mines. Senapas siapkan n3 untuk panduan orang yang baru nak pergi. Semput. Lepas ni akak nak bertapa dgn buku2 ni. Kalau ada rezeki, pukul 3 pagi kang nak pegi lagi. Hihihi.
Update at 4.22 pm today : Traffic jam menuju Mines sangat teruk. Jalan depan rumah akak pun jam jugak. Susah nak keluar rumah. Huhuhu. Sapa2 yang nak pergi BBW sale, naik komuter saja dan berhenti di Serdang station. Lepas tu jalan kaki 10 - 15 min utk ke MIECC. Lagi cepat sampai.
20 comments:
dasyat nyer kak.. aduhai.. gigih..:)
kak...kalo pegi lagik..belikan novel Malay untuk Nini!!!! :)
mama maman,
Akak memang gigih bab buku2 ni. Yang kat PWTC tu pun akak pergi jugak tiap tahun dan tak pernah cukup sehari. Hehehe.
Nini,
InshaAllah. Tapi limitedlah dik. Akak try beli ya. Ada spesifik author yang Nini nak?
alahai bestnya, apsal la Big Bad Wolf Book sale ni tanak round malaysia... buat la kat ipoh huhu...
Makchaq sekeluarga memang gila dengan buku2 ni.. Tapi selau neli nuku cerita la...
Kalau ke book access pun berlambak2 beli.. Syuhada memang ajak pegi BBW, tapi dia tengah praktikal sekarang... Tapi pepagi esok nak pi jugak.......
wahh.. u dah sampai dulu ya Aidah.. jeles..haha ni tengah pujuk my sis to teman kan i pi pagi esok jam 2 pagi ..hahah kalau mata still terang.. kalau lolap beli dalam mimpi ler..hehe
Fulamak! Kalau saya pegi situ, saya pengsan dulu seround sebab dapat pijak tanah tempat jual buku dgn diskaun 75% sampai 95%. Peh tu bila sedar, saya nangis kaw2 dulu, terharu. Lepas tu baru saya pi cari buku yg saya nak. Begitulah tahap keterujaan saya, kak Aidah!
Awat jauh sangat nihhhh!
ala kak bestnyeeeeeeeee.... Nk pegi jugak tp 18hb ni bru nk g KL suami ada kursus, tp 20hb bru free. Alahai sraanya smpai 23hb kan? Mesti bnyk yg xde. Akak nk g lg x? Nak kiriimmmmmmm
akak, klu betul akak nk pegi lg dan blh kirim akak bgtau ek, nt sy tgk komen sini balik and nk bg list. X bnyk pun 2,3 bijik je hehe. Thanks in advance kak:-)
Bestnye akak rumah dekat. Kalau saya pon teringin pegi hari2. Wahhh... Saya pon nampak buku besar tu. Tapi malas nak beli walau teringin. Hehe.
Nanti tunjuk la lagi hasil visit yg seterusnye. Saya nampak akak ade beli buku titanic... Alaaa.. Saya tak nampak pon. Kalo nampak mesti saya beli gak
fird,
Tak tahulah pulak akak kenapa dia tak nak buat tour. Kesian jugak orang jauh2 kan.
makchaq,
Dah jadi event wajib pergi mak chaq. Beli tengok buku murah2 macam ni rasa macam tak berbaloi nak pergi beli di bookstores yang jual mahal2. Lugi lorr.
zard,
Semalam kan jalan ke Mines jam teruk sampai 12 tengah malam masih belum clear. Tapi pukul 3 pagi okey jugak tu. I tengok jalan dah lengang sikit. I pergi jugak awal pagi tadi. Tak boleh tahan maa.
Dinas,
Kalau kita pi sama2, dua2 fengsan serentak. Sapalah nak tolong. Kihkihkih. Akak dah mabuk buku ni dik. Asik layan buku je, kucing akak pun sentap. Tapi Dinas akak ada beli something utk Dinas. Nanti akak contact lagi ya mintak address. Sebelum tu nak belajar cara2 nak pos barang. Hehehe.
marinahunny,
Im so sorrrrryyyy, dik. Akak dah balik kampung ni. Semalam tak dapat masuk internet, line tak stable. Hari ni baru check mail. Sorry sangat dik tak dapat nak belikan buku yang dihajati tu sebab akak lama di kampung ni.
Dils,
Akak pergi lagi pagi tadi, dik. Tak boleh ditahan2 nafsu ni. Hari ni dah balik kampung....tak dapat tengok lampu Mines yang bersinar2 sampai ke pagi tu. Hehehe.
Akak pulak kan ingat nak cari buku History of the World yang you beli tu pagi tadi tapi dah tak jumpa. Semalam berlambak2 tapi macam tak teringat nak ambik. Kan dah menyesal. Nampak best sangat buku tu. Buku Titanic yang akak beli tu memang dah tinggal the only one je dik. Laris betul.
nganga tak tutup2 ker kak ida mulut ibu tuh sampai bila2? kalau as dengan package air liur mnitik2 lagik..haha!!. dekat 6rat wet buku...lpas bayor keta sebulan..kih3!!.
Encyclopedia Cats & Kittens tu saya pun ada kak!!!! Hehehe.. Suka gila saya baca sebab banyak gambo :)
BBW ni mmg tiap2 tahun ada ke? Melepas la nak perabih duit beli buku.
Post a Comment