Waaah...hari rabu yang special sangat kan. 12.12.12. Kepada yang bernikah hari ni, selamat berbahagia hingga ke syurga ya. Tapi bagi akak, tak de yang special hari ni. Biasa2 je except menu lunch. Sebab hari ni akak masak gulai lemak cili api ayam denak. Sape pernah makan. Sedap tau. Nak2nya kalau yang tangkap dalam kebun kelapa sawit tu. Ayam ni hanya makan biji kelapa sawit tu je. Memang pure ayam hutan. Akak masa kecik dulu memang selalu makan sebab abah memang selalu pergi menembak ayam denak ni.
Okey hari ni akak nak citer pasal trip pergi Melaka hari tu. Akak bersyukur sangat sebenarnya sebab dapat bawak mak bercuti ke Melaka. Bila mengenangkan kesihatan dia bulan lepas memang rasa macam susah je lepas ni mak nak bergerak kemana2. Teruk mak sakit masa tu. Alhamdulillah...Allah beri jugak mak kesembuhan.
Happy sangat mak walaupun atas kerusi roda je. Kami pergi swimming pool pun dia nak temankan jugak.
Tapi opkos yang paling hepi bebudak berempat ni lah. Anak2 akak dan anak2 Puan Alang. Nasib baik bawak pegi negeri sebelah je diorang dah hepi. Kalu pergi obersi baru nak hepi, memang kopak sikitlah.
Tapi akak pun suka jugak pergi Melaka ni. Bukan setakat dekat je, bab shopping tu pun terbaik jugak. Dah lah duduk sebelah je dgn Dataran Pahlawan. Sebelum check in lagi kami dah shopping.
Shopping apa? Baju kelawarlah....apa lagi. Mak akak punya koleksi baju kelawar dah out of season. Kemain kan. Sebenarnya dah naik lapuk dah. Tiap2 hari basuh kan. Tang ketiak tu paling over nak koyak. Kadang2 dah sampai ke pinggang koyaknya. Dah tak de makna pakai baju. Semua nampak. Hahaha.
Cer tengok tu. Hepi je dia. Hilang segala sakit bila sampai depan kedai Noor Arfa Batik. Sebelah Noor Arfa tu pulak kedai Seem Noor, pun jual baju batik trengganu jugak. Main tunjuk je mana pattern yang berkenan. Akak pulak jadi model tukang sarung kat badan.
Pilih punya pilih, first day je dah sampai 5 pasang.
Hari kedua pun shopping lagi. Sampai hari ketiga pun masih shopping lagi. Siap jiran2 kami Macik Jah, Tuk Kapten dan lain2 pun dapat jugak selai sorang baju batik trengganu dan kain pelekat.
Bukti kehebatan mak bershopping. Ini pandangan depan.
Ini pulak pandangan dari belakang.
Yang dua ni pandangan sisi kanan dan kiri.
Semua mak kasi rembat. Siap ada sale comforter Akemi kat ruang legar tu. Itupun mak borong siap dgn bantal peluk lagi. Kat PD, bantal peluk dah tak de jual, habis. Kihkihkih.
Yang kelakarnya bila sampai lobi hotel, semua pakat pandang mak dgn muka kesian. Macam mak kena dera je. Padahal kami yang dah tak larat nak angkut barang2 shopping mak. Itulah.... wheelchair mak pun dah serupa beca je. Siap mak pun terkekek2 gelak bila akak tunjuk gambar ni kat dia.
Abang ipar akak cakap, " Bagi can lah kat mak tu. Dah lama menyimpan duit pencen. Bila lagi nak shopping."
Alhamdulillah kami dapat menyempurnakan hajat mak dan dia sangat puas hati siap nyanyi lagi sambil lipat baju kelawar masuk dalam beg. Hihihi.
24 comments:
Bershopping nih boleh legakan tekanan.. tp jangan berlebih.. nnt stress lak duit banyak abis.. hahaha
Adoih tak larat la gelak part koyak dari ketiak sampai ke pinggang! Memang konpem la takdak makna pakai baju, kahkahkah!
Amboi Nisya siap posing jelir lidah lagi, kehkeh!
Mak akak nampak hepi ja tu. Alhamdulillah dia diberikan kesembuhan olehNya & dapat jalan2 lagi dengan akak & family :)
Alhamdullilah dapat tenguk your mom sihat dan tersenyum simpul gitu.. walauweyyy.. shopping sakan woo.. jiran2 dapat ole2.. tan sri wahau and the gang dapat apa? hehehehe.. masa pi hols ni Milo dan anak2 hols kat mana plak?
wah banyaknya sopim ;)
wah..sakan sopping..mmg penuh muatan..
seronok kan kak bila tengok mak kita senyum riang bila keinginan dia kita dapat tunaikan.
kakkk. mesti akak beli baju yang belang oren kat blakang tu kannn?
comel je. layankan aje, ye tak?
Mama maman,
Kadang2 window shopping je pun dah cukup, dik. Itu kalau musim poket kempislah. Hehehe.
Dinas,
Alhamdulillah...syukur sangat bila ada banyaaaak improvement.
Memang betul dinas, baju kelawar ni kan asik nak terkoyak rabak tang ketiak tu. Maklumlah akak ni pun ganas jugak. Hahaha.
Zard,
Wahau dan anak2 serombongan dgn Milo dan anak2nya berholiday di boarding house. Malam tu i dengar ada karaoke session. Hahaha.
Irfa,
Mak akak je yang banyak shopping. Akak jadi tukang teman.
Nini,
Kelakar dik. Mak akak kan, pagi lagi dah mengajak ke Dataran Pahlawan. Sekali sekala kitorang bagi dia puas hati. Dah berbulan2 terperuk di rumah je.
Tijah,
Baju mano ni, Jah. Akak ni solalu out of date. Dah lamo pakai dek oghang baghulah ngaso momboli lak. Asik kotinggalan zaman yo.
Yana,
Cuti kali ni memang nak kasi mak puas hati. Kesian dia...lama sakit. Dah sembuh ni haruslah bawak jalan kan.
wah~~sape la beli bantal peluk kat pd tu sampai abes..?hahaah
Pasti hidup akak sentiasa dilindungi Allah sebab berbakti pada emak..
azie,
Memang. Kesian akak kena pergi Melaka nak beli bantal peluk. Hahaha.
isal,
InshaAllah dik. Tak de yang lebih membahagiakan dari tengok mak senyum dan ketawa lepas dia sakit tu. Syukur Alhamdulillah.
hehehe lawak pon ada tp tiada yg melegakan selain melihat ibu gapa tersenyum gembira :-)
Seronok tengok mak Aidah happy.. happy betui la tu sampai nyanyi2 sambil kemas baju..
Poket anak dia dah kena cekau ngan wolf.. mana boleh shopping lagi.. boleh teman je la..
mmg tak tahan tgk wheelchair tuh kak aidah..hak3!!. kot as nampak akk itu hari pun as tuduh akk dera mak akk..mmg nampak teraniaya gitu :P, padahal.....^__________^
tudiaaa...borong sakan! suka la mcm ni..akakkkkk....jiran sebelah kiri kanan rumah akak tu ada yg nak pindah keluar tak...chek nak pindah masuk..hehe...:-)
wheelchair mak akak jugak jadi mangsa ye..tapi ok la tu..yg penting dapat hepi kan mak akak..saya nak pegi melaka pun tak ter-pegi lagi ni..
mcm biasa, blog akak mmg sentiasa buat saya x kering gusi...sabasss betehhh... hehehe
wak doa muger2 mak akak cik wok sehat senantiasa yee..
Post a Comment