Hari ni akak keletihan sangat2. Semalam pukul 6.30 akak dah menghabiskan masa dekat 3 jam jugak dgn BBW ni. Tapi masih tak puas hati walaupun handbag dah ringan.
Lepas tu eloook je view tingkap bedroom akak mengadap Mines tu. Jengok je tingkap macam terdengar2 panggilan BBW. Haaaaiiih. Camana nak buat nih
Hajat hati nak pergi lagi pukul 3 pagi. Tapi kan malam tadi punya jam dekat Mines tu memang menguji kesabaran. Dgn hujan yang turun lebat. Traffic jam pulak. Jalan depan rumah akak pun jam sangat. Tak dapat nak keluar pun. Pukul 12 tengah malam pun masih jam lagi.
Dah dekat pukul 3 pagi baru jalan clear. Begitulah hebatnya BBW book sale ni.
Tapi jangan sangka hasrat akak nak kesana terbantut tau. Tidak hokey. Berkobar2 lagi. Walaupun hari ni ada acara balik kampung, akak masih tetap nak ke Mines dulu. Hari ni bangun awal lagi dari semalam. Iya...4.30am alarm dah bunyi. Arif dan husband akak punyalah mamai2 nak bangun seawal tu. Macam bangun sahur pulak kekdahnya.
Tapi akak tetap bersemangat. Selesai je solat subuh, akak dah start enjin kereta siap2. Pukul 6.10 pagi dah terpacak dalam dewan MIECC. Hehehe. Dan memang kekdah akak terbaik sangat sebab jalan sangat lengang. Parking pun betul2 depan lobby menghadap drivers range utk golfers tu.
Ini antara hasil tangkapan akak. Reader's Digest punya jokebook tu RM18 dan Anne Frank's diary tu pulak RM10. Ada banyak lagi sebenarnya sebab dalam light2 shopping tu berat jugaklah trolley. Hihihi.
Tapi nampak macam dah susut sikitlah buku2 dalam dewan tu. Agaknya dia tak top up dari semalam kot. Buku kucing yang besar gedabak tu akak tengok dah habis. Buku RD jokebook ni pun tinggal satu je.
Hari ni akak dah bersiaran dari kampung setelah berulang alik dua kali KL-PD, PD-KL dan kemudian KL-PD sekali lagi. Semuanya gara2 mabuk buku sampai terlupa durian Musang King yang akak dah siap2 pack atas meja makan rumah akak. Hari tu beli banyak2 nak bawak balik untuk mak. Sekali lupa pulak. Maka pasrahlah akak dgn muncung husband yang marah sebab penat ulang alik kan. Tak nak kena sound lebih2, maka akak je lah drive semula ke KL.
Tapi tak pe, hati puas sebab dapat banyak bukus. Nasib baik dah balik kampung. Kalau masih di KL, entah berapa kalilah lagi agaknya akak pergi ukur dewan tu.
Sape2 yang belum pergi, boleh pergi ya. Sale marathon 63 hr non stop ni habis pukul 9.30 malam Ahad. Lepas tu macam biasa dia bukak pukul 9 pagi until 9.30 malam setiap hari until 23 Disember. Akak dah tak pergi lagi kot sebab husband cakap kuota akak dah habis. Hehehe.
5 comments:
Gigih! Tapi dema dah tak top up buku dah eh, gamaknya stok buku untuk sale ni setakat tu jalah.
Takpa, akak dah banyak membeli tu, kalau ada lagi, bertambah ringan purse, kihkih!
kak ida..saya jauh, sob3!! lama dah tak g jualan bukus2 nih. nak bawak ryan4 alamat buku tah ke mana diorg tah ke mana..hik3!!. nak g sorang, fuhhh!! laki tak moh tinggal pulak..haha!!
kuota poket dah abes kak yer..kihkihkih
kuota poket utk nini masih blom berusik bulan nih sebab nak simpan utk 22-25hb nih...
langkawi jom!!!
2 attempt nk pi sana at wee hour tapi badan masih down apalagi trus kena curfew ler dgn matron garang.. Selamat membaca!
Pasrah la Farah gitu tak dapat nk pilih buku sendiri kuota habis. Hehe.
Post a Comment