Sejak mak tak sihat, akak hilang tempat mengadu nasib, meluahkan masalah yang tak pernah sudah. Akak tak mahu membebankan mak di kala mak perlukan sekitaran positif untuk sihat. Biarlah mak dengar cerita yang baik2 belaka. Walau berat mana dihimpit masalah akak tak akan bebankan mak.
Dan bila hati merintih.......asik nak cembeng je lately, akak lari ke sini. Risau mengenangkan sakit mak yang tak menentu. Ada hari macam dah susut ketumbuhan tu. tapi kadang2 macam bengkak semula.
Tapi akak tak boleh menangis depan dia. Have to be strong for mak. Padahal dialah selalunya sumber kekuatan akak. Jadi bawak diri ke sini. Menangis sepuas2nya. Sambil menadah tangan pada Yang Esa. Akak mengharap masih ada lagi simpanan rahmat Allah untuk akak kerana sedar diri ni taklah sebaik mana. Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, rahmatilah mak, berikan kesembuhan pada mak.
Semoga Allah makbulkan doa kami dan sekelian sahabat yang turut mendoakan kami....
13 comments:
amin.. amin.. moga mak akak cepat sembuh.. diringankan bebanannya...
kalau menangis boleh mengurangkan sesak dada.. menangislah kak... moga akak terus kuat utk mak & family
:peluk dari jauh:
Moga ibu puan sembuh secepat mungkin dan segalanya dipermudahkan Allah buat puan berdua....
Saya faham perasaan tuh kak aidah. rasa tercekik di kerongkong. nak telan pun payah..nak luak pun tak boleh. Jangan usai berdoa kak, doa sumber kekuatan kita. ketepi kan rasa kesedihan yang terlampau. Kita kena bersemangat untuk memberikan aura yang positif. Semoga mak kak aidah cepat2 sembuh!! peluk kan mak kakak untuk saya :/
Aaminn... semoga mak akk dikurniakan kesihatan sebaiknya ...
b strong kak!
Ya Allah kak...dugaan kita sama! exactly..apa yang akak tulis, itu jugak yg saya lalui now..and itu jugak yg saya dapat buat utk mak.
saya faham sgt apa yg akak rasa.
semoga Allah terus beri kekuatan pada kita..dan semoga mak akak...dan mak saya cepat sembuh...amin.amin ya rabbal aalamin.
insyaAllah kak...walau kita jauh & tak pernah bersua,...doa Nini sentiasa mengiringi akak.bertahan dulu kak ye.
Amiin..semoga Allah mendengar rintihan hambanya dan memberi kesembuhan pada mak aidah.Aidah acik sudi menjadi penengar setia pada rintihan Aidah...sungguh aidah..walau tak mapu membatu tapi acik boleh jadi pendengar yang setia
Salam,
Semoga emak akak cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan berkat doa anak seperti Kak Aidah yang tak jemu-jemu mendoakan.
Menangis itu tanda kekuatan hati yang tak pernah buntu mencari jalan dan usaha untuk mengatasi setiap masalah yang menimpa kita.
Saya pun sama, turut doakan semoga mak kak Aidah akan segera sembuh. Saya paling lemah tengok orang yg saya sayang dalam kesakitan. Selalunya saya nangis masa mandi. Kadang2 bila tak tahan, masa memandu pun pernah & berenti tepi jalan jap nangis kaw2.
Semoga kak Aidah terus kuat menghadapi dugaan ni.
Saya doakan juga ye semoga mak akak makin pulih, kurang kesakitan ditanggungnye.
salam singgah..semoga ida tabah dan kuat.. n semoga emak ida segera sembuh..amiin.
mmg mcm tu la Aidah. Suami, anak2, ibu bapa bkn hak mutlak kita. senang ckp tp hati sndiri tuhan saja yg tahu. masa sy menghadapi situasi mcm Aidah, sy seboleh2 nya berlapang dada. cuba meredhakan apa yg bakal terjadi. siap2 kuatkan diri utuk apa saja yg akan dibentangkan utk kita nti. bila tiba masa dan saatnya, sy kagum dgn diri sndri sbb dapat menerima apa sj dgn tenang. In sha Allah Aidah akan kuat. Saya doakan..
mesti hati sgt sedih dan risau bila
ibu tersayang sakit..moga mak akak cepat baik ye
#tenang je nampak tempat tu ;)
Post a Comment