Pages

Wednesday, 2 January 2013

New Year Partayy.....ko ada?

 

 

 

129

Event planner, Seripah Moli. Tarikh majlis ialah pada pagi ini dan waktu mula majlis ialah seawal 6.30 pagi. Nampak tak Seripah Moli baru bangun tidur tu. Taik mata pun tak sempat nak buang.

Tema majlis ialah freedom. Makanya tetamu adalah sangat digalakkan untuk tidak memakai apa2 pakaian pun. Seripah tu okeylah kalau telanjang kan sebab calico...warna bulu meriah.

 

 

144 

Si minah ni?? Kesian tengok. Dahlah perut tu masih botak dari operation hari tu. Buruk beno rupenye. Tapi dia ni tak kisah pun. Party tetap party.

Apa hal pulak kucings ni nak berparty bagai kan. Sebaaaabnya hari ni Arif dah start pergi sekolah. Makhluk paling hepi ialah kucing 2 ekor ni. Kalau Arif ada kat rumah, asik kena kacau je. Dahlah suara macam petir. 

 

 

113

 

Dari 6.30 sampailah pukul 11 pagi, kucing 2 ekor ni bergurau sakan. Akak yang duduk atas katil dgn laptop ni macam tak wujud je. Badan akak dah dibuat jadi trampoline pulak. Tahulah badan kita gebu banyak lemak tapi agak2lah kan. Ini siap lompat kijang lagi. Kurang asem punya kucen. Anak sapalah ni.

 

 

 

139

 

Anak dia ni lah. Tapi deddi lagi kesian sebab kepala pun jadi mangsa jugak. Tu deddi tengah mengadulah tu. Senget2 kepala dia kena karate kick. Nampak tak serius muka. "Sekali lagi...sekali je lagi..siap kau ya! Aku tampo gak sekor2 ni kang!"

11 comments:

Dinas Aldi said...

Kahkahkahkah siap berparty lagi bebudak tu Arif pi sekolah na! Amboih, kuat nau ka ngusik si Arif tu sampai depa semua raya sakan bila dia takdak?
Tapi Seripah Moli memang gojes la bulu, cantik!

♚ wonderFURRworld ♚ said...

parti sakan dorang yer..hahaha

Nini D.. said...

hebat gilerrr party diaorg..ada pesta buih jugak ke kak?ke mulut yg berbuih?..kihkihkih...

atok milo lately nih kemain gorjeng pulak.

tunfatimah said...

hahhahahha...mula2 wondering apa yg party nya...rupa2 tukang kacau x de...cute je....rumah i ada si kenit Lily tu suka kacau the others...lari2....n then cepuk belakang seniors...tension je bila kakak2 n aunties dh amik port nak sambung tido.....klu kene kat Noni...mmg dibalas dgn penampar....hahahaha.......am so happy to see them...lama tak nampak ...missing deddi n anak2

zard said...

wahh ada party.. tunjuk kat Baby semalam, kijam celik dia menenguk haha.. seripah moli makin gojes, wan micki makin santek.. Datuk Milo nmpk berwibawa sangat.. PRU13 dah dekat ya Datuk?? hehe..

Nota Cikgu Anum said...

hamboii partay lagik. pesanan untuk abg Melo. Sila buang taik mata. Acik jentik bulu kang..

Bonda Ryan said...

dedi!! bonda rindu dedi..hak3!!

Dils said...

Hahaha. Comel je. Sakan tu tengok orang2 kat rumah bangun awal , aka Arif.

Takpe membuas pagi, asalkan malam pengsan.

kasihibu said...

Salam kak
harap mak akk dah beransur sembuh
sya minta maaf sangat sangat sebab nombor telefon tu x ada lg dah
sya cuba call tp org tu kata sya salah nombor
Nombor tu sya dapatkan sendiri dari kawan sya
tu..sedih sangat tak dapat membantu
maaf ye kak...

Murni Alfathunnisa said...

Depa celebrate kebebasan dari tuan Arif ya...suka kemain nau!hahaha...

seripah moli maintain vogue...cik minah pula agak keterlaluan disitu..sampai terkangkang..ish..ish..ce sopan sikit.

well..dedi milo..i mish u la...very the tembamzzzz....

Iz said...

Ala, yela kak.. Milo dah slim sikit. Dulu tak nampak bentuk muka dia tu. Sekarang dah cengkung sikit. Takde ubat ke nak bagi pulih sakit gusi dia tu kak? Sebulan sakit gusi, mau la kurus balik si Milo ni. Kesian pulak :(