Pages

Wednesday, 9 January 2013

Makanan untuk atuk bertuah.

 

 

Atuk ni sekarang kan bertuaaaaaah sangat. Iyalaaah faham....sakit mulut kan. Nak buat camana.

 

051

Dia ni sekarang kalau ambik gamba, temanya adalah menyampah semedang. Tengok muka orang pun tak nak. Dahlah hidung mulut comot. Nak bersihkan muka dia siap kena pakai gloves tebal 3 inci tu. Kalau tak, koyak tangan.

 

 

152

Walaupun dia sakit tapi tak de makna nak buat muka mintak simpati. Nak melempang orang adalah. "You come near me, I ngap you!! Dah macam bela rimau pulak akak ni.

 

007

Badan dia pun dah banyak kurus dari dulu. Dulu dekat 8kg kan. Sekarang ni 5.5 kg je. Mula2 dulu akak bagi dia makan fussie cat. Okey je untuk 2 minggu. Lepas tu dia dah tak nak. Yang dia nak makan ialah ayam yang akak makan. Kalau akak makan nasi kerabu siap memanjat2 lagi nak cukai lauk ayam tu. KFC pun sama berselera dia.

 

005

 

So sekarang ni akak rebus dada ayam setiap tiga hari bagi dia makan. Buat banyak sekali dan simpan dalam fridge. Mula2 tu kemain berselera dia makan. Tapi sekarang ni pantang silap sikit. Kalau akak terpanaskan sampai kering sangat ayam tu, dia mula sentap. Kalau berair sangat dgn sup tu pun dia sentap jugak. Sambil dia makan tu pulak kena ada amoi kasi massage kat dia. Tapi kat rumah ni mana ada amoi masat. Amoi tua ni adalah. Jadi Arif lah jadi tukang urut dia. Arrrgghhhh...akak adalah sangat stress.

 

 

008

 

Pot sentap dia. Cukup payah nak bawak keluar dari bawah katil. Dahlah lutut akak ni sakit. Adooiii Milo!

 

 

022 

Tapi yang peliknya aktiviti kegemaran di masa lapang tetap berjalan seperti biasa. Mengopek di selimut akak atau selimut En.AHBY. Kata sakit mulut kan, tapi mengopek boleh pulak. Dan selimut yang dia nak ialah selimut yang kami pakai. Hari tu akak gunting selimut lama yang dah koyak, bagi kat dia. Pandang pun dia tak nak. Bertuah betul. Basah tau selimut akak dikopeknya. Sejuk je kaki kita malam2.

 

Cepatlah elok wahai Milo. Doktor pun tak nak bagi a/biotik kerap sangat. Milo kan dah tua, nanti takut buah pinggang dia rosak pulak. Jadi dia cakap sabar je lah. Akak kesian sebenarnya dgn Milo ni. Kadang2 menangis bila tengok dia tak bermaya. Pagi2 kalau beli nasi kerabu, siap bungkus lebih lauk ayam tu untuk dia sekali. Puas hati kalau tengok dia mau makan.

 

 

057

 

Akak tahu suatu hari nanti akan berpisah jugak dgnnya. Tapi mintaklah hari tu jauuuuuh kedepan lagi. Biarlah 5 atau 10 tahun lagi. Tak sanggup nak fikir.

20 comments:

Suara Kalbu said...

Akak .. janganlah sedih macam ni. Insya Allah milo akan sihat nanti. Kita doa sama-sama ye

Nini D.. said...

adoiiii bakal menantu.kronik jgk sakit kamu nih tapi selera tak mengalah.kopak hokey!

mmg btol kak...kita tetap akan berpisah dgn diaorg satu hari nanti.sama jgk dgn nini & dobot kat sini..selagi terdaya nk layan ragam dia..nini ikutkan je..selalu sebut dengan dia.."umie sayang dobot"..
tapi takut bila hari tu sampai..kita yg tak dapat terima kenyataan kan..

Dinas Aldi said...

Semoga atuk Milo panjang umur, amin. Betoi la kak, muka dia nampak ekspresi "stay away from me" gitu. Gambaq dok bawah katil tu, adoyai..camana nak keluarkan dia tu kalau dia tak mo keluar sendiri..kena tarik eh?

Aidah said...

Suara kalbu,
Terimakasih ida. Memang akak selalu doakan dia jugak lepas sembahyang tu.

Aidah said...

Nini,
Memang betullah Nini. Kopek, kopak semua. Tapi nak buat camana. Selagi ada kudrat dan rezeki, akak layankan je lah. Dulu masa akak tak sihat, dialah peneman akak malam2 setiap kali akak tak boleh tidur. Ni bahagian dia pulak yang sakit. Memang selayaknya dia dapat layanan istimewa dari akak. Sedih pulak nak taip lagi...

Aidah said...

Dinas,
Bab bawak keluar dari katil tu, Arif punya keje. Akak ni nak melutut pun punyalah payah...siap sound efek ngeri keluar kat lutut tu. Hihihi.
Terima kasih doakan untuk Milo, dinas. Akak sayang sangat dgn dia. Tak boleh bayangkan life without him walaupun tahu hari tu akan datang jua. Tapi ajal tu ketentuan Allah. Entah sape yang dulu pergi, kan.

makchaq said...

Makchaq pun sedih baca..
Tak pa la layan aja la.. orang tua2 memang sensitif..terutama bab makan..

Nota Cikgu Anum said...

nangis sy bc entry ni. anak sy si Ecah tu tepi mate berdarah kne cakar dgn abg die. gundah gulana x keruan rase ati. klu dh jd mcm Milo ni, mau berjemaah sentap bwh katil gamak nye.

Murni Alfathunnisa said...

eh kak..takmo lah pikir camtu...takmo..takmo..kami doakan atuk milo panjang umur dan beroleh kesihatan yang baik. amin.

tua2 ni memang lah asyik sentap semedang..sensitip la katakan..makan terhangit sikit pun sentap..terlebih kurang layan pun sentap..macam kita manusia jugak la..semua serba sensitif..sabo ye kak..menangani masalah emo si milo ni..

zard said...

kita serupa Aidah, you risau tentang Milo, i pulak risau tentang Blackie rasanya usia mereka sebaya kot.

"Ya Rahim, lanjutkan usia Makcik Wok, Milo dan Blackie, berilah mereka kesihatan yang baik, belum sanggup kami nak berpisah dengan mereka Ya Rahman" Aaminn.

walaupun ada yang lain2 tapi each one of them ada keistimewaan mereka masing2, kan Aidah. bergenang2 airmata i sambil taip ni..

Dils said...

Sebak saya baca especially last paragraph tu. Saya pernah Kurap taknak makan 2 3 hari, sebab tekak luka, muntah ade darah. Nangis2 saya sambil force feed die takut die tak sihat balik. (Ngamuk pon ade sebab kucing kan tak suke kena force feed)

Ni apatah lagi Deddi Milo yg dah bertahun2 jadi famili akak. Saya doakan la Milo makin sihat, kalau die mahu makan ayam je hari2. Kalau saya pon turutkan jugak la. Kucing2 ni memang kan. Saya kalau rebus ayam tu, susah jugak die orang nak. Tapi ayam KFC lahapppp.

Bonda Ryan said...

berapa umur milo kak?..nampak uzur sgt dah nih. sedih saya. ari2 bukak blog akk harap ada gambar milo. takpe kak..layan jer, cian dia dah kurus. kucing dah berusia mmg garang kan? sama macam orang jugak.take care milo, semoga cepat sembuh :/

Iz said...

Kesian Milo.. moga cepat sembuh ya Milo.. Akak ada pegi tanya vet lain tak? Kot la vet lain bagi ubat power skit, hehe.. Milo ni sakit gigi ke sakit gusi? Sbb ada kucing yang sebab dia ada gum problem, vet cabut semua gigi dia. Tapi still dia boleh makan kibbles. Dan gemuk pulak tu..

Aidah said...

Akak belum bawak pegi UPM punya animal hospital tu. Rasanya macam nak bawak jugaklah. Tapi akak risau sebab kat hospital ni nanti banyak tests yang dia akan buat pada Milo. Kesian kat dia. Minggu ni akak start semula dgn fussie cat, berselera pulak dia. Nak kena tukar2 lah Iz. Bertuaaaaah sangat tau!! *tangan kat dada, mata kelip2*.

Aidah said...

makchaq,
Jiwa orang tua macam kita ni sensitip kan. Saya ni asik nak cembeng ja makchaq.

Aidah said...

Ckgu Anum,
Abang si Ecah tu bergurau power jugak ya. Agaknya nak test power kat adik dia kot. Sian Ecah. Abis tu camana cikgu. Ecah dah bawak jumpa vet?

Aidah said...

Murni,
Memang kena sabar banyak. Tapi kan dik, masalahnya yang tukang layan dia ni pun tua jugak. Kadang2 akak pun nak sentap jugak dgn dia. Jadi sentaplah kami bersama2, dia bawah katil, akak pulak macam dugong atas katil. Hahaha.

Aidah said...

zard,
Betul, betul, betul. Memang sangat tepat apa yang you cakap. Setiap dari mereka ni sangat istimewa apatah lagi Milo yang dah 8 tahun bersama2 kami. Yang buat I sedih, bila I bangun malam pergi toilet, Milo dah tak larat lagi tunggu I depan pintu toilet. Tapi dia masih bukak mata dari tempat tidur, perhatikan I okey atau tidak. *sedih*

Aidah said...

Dils,
Dulu masa dia sakit akak force feed jugak. Tapi sekarang ni sebab gusi dia problem, memang dia takkan bagi kita usik mulut dia. Kesian dik. Akak tengok badan dia pun lemah je. Tapi itu kenyataan yang kita kena hadapi kan. Semua ni pinjaman sahaja.

Aidah said...

Bonda Ryan,
Umur dia dah lebih 8 tahun. Kata doktor tu, kira macam veteranlah tu. Memang dia ni garang dari dulu. No-nonsense. U touch me, U die. Macam tu lah lebih kurang. Kihkihkih.