Assalamualaikum. Dah lama tak menulis. Dah lama juga tak bw. Maaf sangat pada semua. Bukan tak rindu cuma mood tu belum datang. Ada orang recover cepat je. Tapi in my case, sampai sekarang masih meleleh airmata terutama bila dah selesai solat. Kadang2 tahiyyat akhir tu dah bergenang2 airmata. Tak dapat nak tahan. Mencembeng je akak ni.
Akak ni pulak dah jadi rutin tiap hari, semuanya nak beritahu mak. Sarapan apa pun nak citer. Masa mak kat kampung, sampai 3, 4 kali tepon mak satu hari. Bila mak duduk sama, akak memang asik melepak dalam bilik dia aje. Selama 3 minggu tu, semuanya fokus pada mak. Bila keluar beli barang tu, asik nak cepat balik sebab mak ada di rumah.
Selepas dia meninggal ni, I found myself keep falling back to that routine. Ada sekali tu nak capai tepon call mak kat kampung. And at one time, akak bangun pukul 1 pagi, pastu nak pergi check mak dalam bilik dia, betulkan selimut dia semua. Bila sedar balik, dia dah tak de, menangislah akak sorang2 dalam sunyi malam tu.
Tak kira berapa umur kita kan, kehilangan ibu memang satu dugaan yang berat. We will never be ready for that. Perpisahan yang sangat pedih. Tapi Alhamdulillah, hati semakin tenang setelah 2 minggu berlalu. Terimakasih pada kawan2 yang selalu tanya khabar akak. Tak terucap rasa sayangnya pada semua. Mak pernah cakap, " Centu lah kawan namo eh. Tak kigho susah sonang....."
Bilik mak ni pun akak biarkan seperti dulu. Tak nak ubah apa2 pun. Setiap kali masuk bilik ni, ternampak2 mak baring. Bau perfume dan bedak mak kuat sangat dalam bilik ni. Even telekung dia pun sangat wangi macam bau daun pandan. Syukur sangat pada Allah yang beri kesempatan pada akak menjaga mak di rumah sendiri. Memang itu hasrat mak sebenarnya. Dia kata kalau dia sakit atau masuk hospital, dia nak akak yang jaga dia. Alhamdulillah atas rezeki Allah ini.
Mak akak orang yang sangat suka bersedekah. Duit pencennya setiap bulan memang habis dia sedekahkan pada yang memerlukan. Mudah menguruskan peninggalan mak sebab tiada apa yang perlu dibawa ke mahkamah untuk bicara harta. Hanya ilmu dan kasih sayang yang kami simpan sebagai warisan peninggalan mak. Dan satu lagi yang juga sangat bernilai.....
Ooops...sorry, bukan satu tapi tiga. Yang 2 ekor ni akak bela. Wahau pulak Alang yang bela. Maka sekarang ni, sukacita dimaklumkan, kucing akak dah bertambah kepada LIMA ekor. YEAAAAYYYY!!!
Tomey dgn pos paling menggoda. Kalau buat macam ni, memang kena kacau dgn orang. Gewwwwaaam tengok.
Uteh atau Kitteh. Muka boring sebab kena duduk rumah kecik. Pastu laman pun tak de. Kalau nak tengok burung pun celah langsir tingkap je........tu pun tingkap yang tak pernah bukak pun.
Puteri gunung ledang paling stress. Semua kucing2 jantan tu suka sangat dengan dia. Maklumlah bulu dia kan 3 warna. HD katanya.
Paling hepi si minah gatal ni. Tiap hari main kejar2 dgn Tomey dan Kitteh. Ngam sangat. Dia ni cepat mesra....maklumlah dulu duduk pasar kan. Dah biasa adik badik ramai.
Deddi Milo pulak. Masih dgn don't care, don't wanna know attitude dia. Tapi kami faham. Milo masih tak berapa sihat sekarang ni. Sendiri sudah banyak masalah kan. Buat apa nak cari pasal fikir tentang anak2 angkat/ bakal2 menantu tu semua. Haa??? Bakal menantu??? Kuang, kuang, kuang........
22 comments:
Alhamdulillah u are back...bukan apa nak tau kabar berita .....my Abah passed away 1Muharram 2011...until now masih rindu, masih nangis...i dh la anak sorang..ni kdg2 rasa mcm nak drive balik kluang p kat kubur dia bila rindu sgt...tp nak buat mcm mana...kat KLuang tu dh x de sape..Mak dh stay sama dgn i.....its not easy tp...kita x pernah lupa....in sya Allah...they all will always be with us..mana yg mampu kita sama2 sedekah kan...u take care ye...hug n kisses to anak2 bulus ye...Al Fatihah
hai kak..sihat kah?
baiknya mak akak,,org suka bersedekah dan memudahkan urusan org lain balasannya Allah akan mudahkan urusan hidupnya
salam kak aidah..welcome back. rindu dengan kak sebenarnya, tapi in the mean time tak mau ganggu kakak yang sedang mencari ketenangan. boleh faham perasaan akak tu. yang pergi tetap pergi..hanya doa yang dapat dikirimkan semoga mereka beroleh ketenangan di sana.
serius..saya pun terkenangkan kucing2 arwah mak akak.
tun fatimah,
Yes, my friend, i'm back. Tapi slow sikit moodnya. Memang kan, kehilangan mak atau abah memang satu pengalaman paling pedih. Tak tergambar dgn kata2. Sometimes you feel that, in order to heal you want to forget everything. Tapi tak tergamak nak lupakan...itulah satu2nya mak. Thank you tun kerana ambil berat.
Irfa,
Macam ni je lah Irfa. Adakala sihat, adakala tak. Memang arwah baik hati. Orang buat macamana pun dgn dia, dia masih sedekah kat orang tu. Tak simpan apa2 perasaan pun. Harap akak boleh jadi macam dia.
Murni,
Alaikumsalam dik. Akak pun rindu jugak. Nak jengah blog murni tapi masih belum berkesempatan. Banyak2 mintak maaf. A bit difficult untuk get back into usual routine sebab sebelum ni, apa je akak buat centered around mak. Maklumlah she's everything to me. So pelan2 lah kan.
atok milo dah nampak kurus....sakit ye?..xpe tok..pelan2 recover ye..tak jadi naik pelamin taun ni,..kita tunda taun depan..eh??!!!..hahahahah
seronok bila tengok akak dah menulis semula...kehilangan seseorang yang amat kita sayang memang berat dugaannya..tapi insyaAllah..nini tau akak tabah.
Nini,
Memang dah kurus sangat dik. Melengkung perut dia. Bawak pergi vet banyak kali dah. Tapi doktor kata, faktor umurnya tu buat dia makin sakit. Sedih akak tengok.
Dobot, doakan abang ni ya.
Terimakasih dik, selalu sms tanya khabar akak. Kata2 semangat tu lah buat ubat untuk akak.
Salam kak ,
Sedekah pelindung dari api neraka... Besar ganjarannya utk arwah mak akak, semoga dia tenang disana... Doa anak solehah yang di tunggunya setiap hari kak .
Semoga akak dapat melalui hari2 akak seperti biasa tanpa ibu tercinta.
Salam kak Aidah, seronok tengok ada entri terbaru dari kak Aidah. Hari2 dok tengok kat list..
Saya dulu masa arwah bapak baru meninggal, rasa macam bila2 masa ja keta dia akan balik ke rumah, saya lari pi bukak pagaq..tapi..
Alhamdulillah. kak ida dah kembali di blog, rindu nak baca entry akk. Bersabar lah kak. Al fatihah buat arwah mak akk..
assalam aidah..alhamdulillah dah ok sikit kan..aidah boleh telefon acik bila2 masa dan dimana saja..acik sedia mendengar apa saja dari aidah ye..banyak bersabar ye aidah
Good news that kak is feeling better. Saya pon tak terbayang kalau mak saya tadek. Takut pulak rasenye hari yang akan datang tu.
Tapi kekucing 2 ekor tu sure sikit sebanyak rase tenang sikit. (tenang ke tengok die orang berlarian bagai nak rak.. hehe.. tapi kalau saya sedih saya suke tengok kucing berkejar-kejaran rase macam tadek worries je die orang ni, best je tengok ).
Salam Kak Aidah
Sara pun camgitu jugak.. seolah-olah masih terasa kehadira arawah ummi sara di rumah. Org kata jgn selalu menangis nanti arwah tak tenang kat sana, tp sebagai anak yg tggl sebumbung dgn ummi mana mungkin kita mampu menahan sebak bila tiba2 beliau kini telah pg buat selamanya. Memang lepas solat waktu berdoa auto jer air mata ni mengalir. Sedih & perit tak terhingga kan kak...
Semoga kita sama2 beroleh ketabahan menahan rindu pada arwah ibu kita kak...
Terima kasih atas doa dan kata2 semangat. Memang mak akk suka sedekah. Pantang ada duit, mesti nak hulur kat sedara mara. Akk pun dia bagi.
Alaikumsalam dik. Dah lebih 2 minggu baru rasa kuat sikit. Tapi airmata ni asik meleleh je dik. Tak dpt ditahan langsung.
Sedih akk dengar citer dinas ni. Kecik lagi dah kehilangan. Tak pe, dinas diuji sbb dinas istimewa. Jgn lupa peluk mak tiap hari dan beritahu dia kita sayangkan dia. Akak masa last day tu tak sempat, dik. Sbb sibuk masak di dapur. Tapi akak yakin, dia tahu...
Kita sama kehilangan. Masa akak beritahu pada mak yg adik nak bagi ubat hari tu kan, mak akak ckp.....baik kawan ida tu. Tapi tak de rezeki kan. Dia pergi dulu.
Alaikumsalam acik. Kuat sikit rasanya, acik. Terimakasih acik. Aidah tahu yg acik mmg sedia mendengar. Beruntung aidah kenal acik ni. Ada rezeki kita jumpa lagi ya, acik.
Yup, slow and steady je dik. Kdg2 ada jugak panic attack tu. Tapi cpt2 istighfar.
Memang, dik. Kucing2 ni help a lot. Kurang sikit rasa sedih bila dia buat relay/cross country pukul 1 pagi. Hehehe.
Wahhhh.. dah bertambah ahli mesyuarat tingkap. Comel comel plak tu.
Milo, cepat sihat ye sayang
wahhh si bujang berdua tu dah jadi keluarga you lah ya.. meriah kan.. at least ada juga pengubat rindu. MJ tu makin hari makin cantik ea.. Atuk Milo, moga cepat sembuh.
Kucing-kucing arwah mak akak boleh jadi pengubat rindu kak. Mesti diorang pun sama rindu. Semoga akak terus tabah dan terus berblogging
Post a Comment